You are on page 1of 2

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN ( PAKAIAN JALUR GEMILANG )

Pada bulan Ogos, aktiviti yang dilaksanakan ialah sambutan hari kemerdekan dengan memakai
pakaian jalur gemilang. Aktiviti ini disambut pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari Khamis. Kanak-
kanak berpakaian lengkap pada hari tersebut.

Ibu bapa diminta menyediakan pakaian Jalur Gemilang dengan menggunakan bendera
Jalur Gemilang. Pelbagai rekaan daripada ibu bapa ketika menghasilkan baju ini. Pelbagai reaksi
yang diterima daripada ibu bapa ketika melaksanakan program ini. Terdapat ibu bapa tidak setuju
menggunakan Jalur Gemilang sebagai bahan utama menghasilkan baju kanak-kanak. Namun
begitu, setelah berbincang dan menyatakan bahawa baju tersebut dipakai pada bulan
kemerdekaan sahaja, ibu bapa memberi reaksi positif.

Pada 30 Ogos, kanak-kanak hadir bersama bendera di tangan untuk menyemarakkan lagi
sambutan ini. Kanak-kanak berarak mengelilingi Papn Padang Besar. Perarakan tidak
dilaksanakan di luar pusat kerana berdekatan dengan jalan raya.

Usaha ibu bapa menghasilkan baju yang kreatif, diberi penghargaan oleh pihak pusat.
Pakaian yang menarik dan kreatif diberi penghargaan hadiah di atas usaha yang dilaksanakan.
Terdapat enam orang pemenang bagi kategori pakaian cantik.

Sekian terima kasih

Dilaporkan oleh,

……………………..
(SITI FARIZA BINTI OSMAN)

You might also like