You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM HARI RAYA DAN PERMAINAN INTERAKTIF

Aktiviti pada bulan Jun ialah ibu bapa menghasilkan bahan bantu mengajar yang bertemakan
permainan interaktif untuk pembelajaran anak-anak Permata. Aktiviti ini telah dipilih berdasarkan
pilihan yang ditetapkan oleh pihak atasan untuk menjayakan tema makanan berkhasiat. Aktiviti
ini menerima sambutan yang baik dari pihak ibu bapa.

Antara permainan interaktif yang dihasilkan ialah puzzle makanan berkhasiat dan
makanan tidak berkhasiat. Perbezaan ini memudahkan kanak-kanak untuk memahami contoh
makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat. Selain itu ibu bapa menghasilkan piramid
makanan bersama kelasnya. Pyramid makanan yang dihasilkan adalah secara hands on, di mana
kanak-kanak berpeluang meletakkan makanan mengikut kelas iaitu protein, karbohidrat, lemak.
Ibu bapa juga menghasilkan permainan seperti dam ular tetapi menggantikannya dengan
makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Aktiviti ini dilaksanakan pada 7 Jun
2018. Semua hasil alat bantu mengajar diaplikasikan kepada kanak-kanak pada waktu
perhimpuanan pagi.

Aktiviti kedua pada bulan Jun ialah sambutan hari raya. Sambutan ini diadakan pada 29
Jun 2018 di perkarangan PAPN Padang Besar. Ibu bapa diminta membawa juadah raya untuk
kanak-kanak. Pelbagai juadah dihidangkan pada hari tersebut antaranya kuih, lontong, ketupat,
lemang, nasi minyak dan lain-lain lagi. Ibu bapa menyiapkan kanak-kanak dengan pakaian raya
yang cantik dan kemas. Kanak-kanak diperkenalkan dengan setiap jenis makanan yang
dihidangkan seterusnya merasa setiap makanan.

Kedua-dua aktiviti ini memberi impak yang positif kepada kanak-kanak dalam
meningkatkan pengetahuan mereka mengenai makanan-makanan berkhasiat serta makanan
yang dihidangkan pada hari raya.

Sekian terima kasih

Dilaporkan oleh,

……………………..
(SITI FARIZA BINTI OSMAN)

You might also like