You are on page 1of 4

6.

PROSES HIDUP MANUSIA

1. ** PERNAFASAN, PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN

(A) Pernafasan Manusia

1. Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.


2. Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida.
3. Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea,
Peparu.
4. Semasa menarik nafas
 Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
 Peparu mengembang.
 Dada naik dan mengembang.
 Diafragma mengendur dan turun ke bawah.
5. Semasa menghembus nafas,
 Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
 Peparu mengempis.
 Dada turun dan mengempis.
 Diafragma mengecut dan naik ke atas.
6. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan
turun dalam masa satu minit.
7. Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang
dilakukan.
 Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca
 Kadar pernafasan sederhana: bermain boling,
berbasikal
 Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari
8. Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih
banyak udara. Oleh itu, peparu memerlukan lebih banyak udara
dan menyebabkan kadar pernafasan bertambah.
9. Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin
tinggi kadar pernafasan.
10. Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan
yang berbeza.

(B) Perkumuhan

1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan


buangan daripada badan.
2. Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak
disingkirkan daripada badan.
3. Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.
C) Penyahtinjaan
1. Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa
makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.

2. Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan yang


tidak dapat dihadamkan oleh perut kita.

3. Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.

4. Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak


disingkirkan, bahan tersebut akan terkumpul dalam badan kita
dan menjadi toksik atau beracun.

5. Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan


penyahtinjaan tidak berlaku:

1. Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi


masalah batu karang atau kencing berdarah.

2. Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh


menghadapi masalah kanser usus, radang usus atau usus
tersumbat.
2. ** TABIAT BURUK YANG MENGGANGGU PROSES HIDUP MANUSIA

(MEROKOK, MINUM ARAK, DADAH)

(F) Tabiat yang perlu Dielakkan


1. Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan
manusia.

2. Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:

1. Memudaratkan kesihatan

2. Mengganggu tumbesaran

3. Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan

3. Contoh tabiat buruk dan kesannya:

You might also like