You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI

JOHOR BAHRU, JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL. 1/2018

Tarikh : 28/12/2018
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina
Pengerusi : Su Lih Teng
Kehadiran : Rujuk Lampiran

1. Ucapan aluan pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia bil. 1 2018,
terutamanya guru yang baru menjadi ahli panitia.
Makluman
1.2 Penyelaras tingkatan adalah sedemikian
Tingkatan 1 : Pn Meda Anak Gurei
Tingkatan 2 : Pn Tan Chew Hong
Tingkatan 3 : Pn Nurizzati binti Amirudin
Tingkatan 4 : En Mohd. Ramu bin Mat Ripin
Tingkatan 5 : En Mohamad Aidid bin Ridzuan
Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat bil. 4/2017


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Lim Siew Lee .
Disokong untuk pengesahan oleh : En. Mohd. Ramu bin Mat Ripin
Makluman

3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman

4. Perutusasn KPPDJB
4.1 Program pembangunan peningkatan akademik
4.1.1 PPD meminta sekolah merancang program pembangunan peningkatan
akademik bagi jangka masa pendek dan panjang melibatkan semua
tingkatan / tahap 1 & 2.
Makluman

4.2 Pemahaman konsep asas kemahiran berfikir


4.2.1 PPD meminta supaya program yang dirancangkan tidak hanya berfokus
kepada peningkatan akademik (peperiksaan) sahaja tetapi perlu meliputi
pemahaman konsep asas kemahiran berfikir.
Makluman

4.3 Pelaksanaan KSSM dan KSSR/KSSR (Semakan).


4.3.1 PPD meminta Pengetua dan Guru Besar menjelaskan pelaksanaan KSSM dan
KSSR/KSSR (Semakan) kepada semua guru supaya semua guru maklum dan
faham tentang pelaksanaan dasar tersebut.
Makluman

1
4.4 Pelaksanaan PAK-21
4.4.1 PPD meminta Pengetua dan Guru Besar memastikan PAK-21 dilaksanakan
secara menyeluruh pada tahun 2018.
Makluman

4.5 Pelaksanaan PBS


4.5.1 PPD mengingatkan Pengetua dan Guru Besar supaya menjelaskan kepada
guru-guru tentang pelaksanaan PBS yang meliputi 4 komponen kepada ibu
bapa bagi pelajar Tahun 1 / Tingkatan 1 semasa pendaftaran murid dan
semasa hari terbuka untuk semua ibu bapa.
4.5.2 Pihak sekolah digalakkan menyediakan brosur PBS untuk diedarkan kepada
ibu bapa.
Makluman

4.6 STEM
4.6.1 PPD mengingatkan pengetua supaya guru-guru menekankan penerapan
unsur STEM dalam PdP secara penggabungjalinan.
Makluman

4.7 "Project Based Learning" ( PBL )


4.7.1 PPD meminta sekolah melaksankan "Project Based Learning" ( PBL ) dalam
KSSM & KSSR dan dinyatakan dengan jelas di dalam RPT / RPH.
Makluman

4.8 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)


4.8.1 PPD mengingatkan guru-guru supaya RPH mesti selari dengan Rancangan
Pelajaran Tahunan (RPT) dan dibawa bersama-sama ke bilik darjah dan boleh
ditunjukkan bila-bila masa.
Makluman

4.9 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)


4.9.1 PPD mengingatkan semua guru supaya membuat RPT mengikut takwim
persekolahan / jumlah minggu akademik yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.
Makluman

4.10 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)


4.10.1 PPD mewajibkan semua guru menjadikan DSKP sebagai rujukan bagi KSSM,
KSSR, KSPK & MPEI.
Makluman

4.11 Hari pertama persekolahan 2018


4.11.1 PPD menekankan supaya mesti berlaku pdp pada masa ke-2 hari pertama
persekolahan 2018.
Makluman

4.12 Pelajar yang berpindah


4.12.1 PPD mengingatkan sekolah supaya pelajar yang berpindah masuk/keluar
membawa bersama-sama rekod PBS yang lengkap ke sekolah baru.
Makluman
4.13 TOV
4.13.1 PPD memutuskan supaya TOV untuk tahun 2018 adalah berdasarkan
peperiksaan akhir tahun 2017.
Makluman

2
4.14 Common European Framework of Reference For Language (CEFR)
4.14.1 PPD memaklumkan CEFR 2018 telah disebarkan kepada semua ketua panitia
Bahasa Inggeris, guru Ting 1 dan guru Ting 2 bagi sekolah menengah.
4.14.2 Jadi, PPD meminta supaya semua guru di sekolah memahami tentang CEFR.
Makluman

4.15 PLC
4.15.1 PPD meminta sekolah menjalan PLC bertajuk Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK
21)
Makluman

4.16 Dialog Prestasi bagi Menengah Rendah (PT3)


4.16.1 PPD meminta supaya sekolah menjalankan Dialog Prestasi bagi Menengah
Rendah (PT3) diperingkat sekolah bagi melihat pencapaian dan
perkembangan pelajar.
Makluman
4.17 Dialog Prestasi bagi Menengah Atas (SPM)
4.17.1 PPD meminta supaya sekolah menjalankan Dialog Prestasi bagi Menengah
Atas (SPM) setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Makluman

4.18 Goal, Reality, Obstacles & Options and Way Forward (GROW)
4.18.1 PPD meminta supaya sekolah membuat GROW
Makluman

4.19 Dapatan ADaPS dan Penarafan Guru PAK 21


4.19.1 PPD menekankan supaya dapatan AdaPS dan penarafan guru PAK 21 supaya
ada penambahbaikan/ intervensi
Makluman

4.20 Pelan Strategik PAK 21 perlu dibangunkan di sekolah


4.20.1 PPD meminta supaya Pelan Strategik PAK 21 dibangunkan di sekolah.
Makluman

4.21 KIT PAK 21 BPSH KPM


4.21.1 PPD mewajibkan penataran KIT PAK 21 BPSH KPM dijalankan di sekolah
sebagai LDP
Makluman

5. Pembentangan Kertas Kerja/ Isu Laporan

5.1 Analisis Pencapaian dan Post Mortem PT3 2017


5.1.1 Peratus kelulusan untuk PT3 tahun 2017 merupakan 41.14%. Keputusan ini
kurang 3.89% berbanding dengan keputusan tahun lepas.
5.1.2 GPS PT3 tahun 2017 merupakan 3.65 . Keputusan ini juga meningkat
sebanyak 0.1 berbanding dengan keputusan tahun lepas.
5.1.3 4 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang. Bilangan pelajar cemerlang
bertambah satu berbanding tahun lepas.
5.1.4 Panitia Matematik dan Panitia Sains diminta menyediakan slaid Dialog
Prestasi PT3 yang menerangkan faktor-faktor ketidakcapaian ETR yang
disasarkan.
Makluman

3
5.2 Analisis Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2017

5.2.1 Untuk analisis pencapaian peperiksaan akhir tahun 2017 bagi tingkatan 1, 2
dan 4 , sila merujuk lampiran.
Makluman

5.3 Perancangan Peningkatan Prestasi dan Headcount

5.3.1 Program untuk peningkatan prestasi dan headcount


Tingkatan Nama Program Objektif Penerangan program
T1 – T3 Gilap Nilai Pelajar dapat menguasai Kuiz tentang hafalan nilai dan
penghafalan nilai dan definisi definisi nilai
T4 – T5 Skor Cemerlang Pelajar dapat menguasai Bengkel teknik menjawab
teknik menjawab soalan soalan SPM
struktur dan esei

5.3.2 Semua penyelaras perlu membincang pelaksanaan program bersama guru


mata pelajaran lain.
Tindakan : Semua penyelaras tingkatan

5.4 Program Panitia / Kecemerlangan Akademik

5.4.1 Minggu Pendidikan Moral


5.4.1.1 Panitia membuat keputusan bahawa minggu 23 (24hb-28hb Jun
2018) telah dipilih sebagai minggu Pendidikan Moral.
5.4.1.2 Berikut merupakan aktiviti setiap tingkatan dalam Minggu Pendidikan
Moral
Tingkata Jenis Program Penerangan Pelaksanaan
n Program
1 Pertandingan booklet Pelajar menyediakan
tentang nilai booklet mengikut kumpulan.
2 Pertandingan buku skrap Pelajar menyediakan buku
mengikut bidang skrap tentang isu semasa
pembelajaran mengikut bidang
pembelajaran.
3 Pertandingan RECYCLE Pelajar perlu mencipta
sesuatu bahan baru dengan
menggunakan bahan
buangan.
4 Kuiz Isu Semasa Pertandingan bertulis
tentang Kuiz Isu semasa.
5 Pertandingan Celik Isu Pentandingan
mengumpulkan maklumat
tentang isu semasa melalui
suratkhabar.

Tindakan : Semua penyelaras tingkatan

4
5.4.2 Program Bulan Kemerdekaan
5.4.2.1 Jenis aktiviti yang dirancangkan untuk setiap tingkatan
Tingkatan Aktiviti
1 , 2 dan 4 Pertandingan Keceriaan Kelas Sempena Bulan
Kemerdekaan
3 dan 5 Pertandingan “Icon Merdeka” tentang pertandingan
pakaian tradisional.

Tindakan : Semua penyelaras tingkatan

5.4.3 Taklimat Kerja Kursus Pendidikan Moral


5.4.3.1 Guru mata pelajaran tingkatan 4 perlu membuat taklimat penyediaan
folio kerja kursus kepada pelajar pada waktu pdpc minggu kedua
dengan menggunakan kertas panduan yang disediakan oleh ketua
panitia.
Tindakan : Semua guru m/p tingkatan 4
5.4.4 Bengkel Teknik Menjawab Soalan
5.4.4.1 Bengkel Teknik Menjawab untuk pelajar tingkatan 5 akan
dilaksanakan selepas ujian 1. Tarikh dan masa akan ditetapkan
selepas ujian 1.
Tindakan : Penyelaras tingkatan 5
5.4.5 Kursus Penandaan kertas SPM
5.4.5.1 Ketua penitia akan mengumpulkan guru untuk kursus penandaan
kertas peperiksaan kertas. Tarikh yang ditetapkan ialah pada 1hb
Mac 2018
Tindakan : Ketua Panitia

5.5 Program Penambahbaikan dan Pelaksanaan Tahun Lepas


5.5.1 Program penambahbaikan dari pelaksanaan tahun lepas adalah sama dengan
Program Kecemerlangan Panitia dan akan ditambah baik dengan program
intervensi jangka pendek.
Makluman

5.6 Perancangan Strategik 2018-2020, Pelan Tindakan 2018, Pelan Operasi 2018
5.6.1 Pihak pentadbir telah menyediakan perancangan strategik. Satu mesyuarat
antara pentadbir dan ketua panitia akan diadakan. Panitia diminta
menyediakan pelan tindakan dan pelan operasi selepas mesyuarat.
Makluman

5.7 Pengurusan Panitia


5.7.1 Buku teks, buku kerja, buku rekod amali dan buku latihan
5.7.1.1 Buku Kerja bagi tingkatan 3, 4 dan 5 telah diuruskan oleh koperasi
sekolah.
5.7.1.2 Satu fail bersama buku modul akan dijual kepada pelajar tingkatan 4
dan 5.
5.7.1.3 Buku kerja bagi tingktan 1 dan 2 akan diuruskan oleh guru mata
pelajaran sendiri.
5.2.3.3 Penggunaan buku nota dan latihan adalah sedemikian:
Tingkatan 1 – 3 : Buku PBS dan sebuah buku latihan
Tingkatan 4 - 5 : Modul Tingkatan dan sebuah fail.
Makluman

5
5.7.2 Latihan Minimum
5.7.2.1 Semua guru tingkatan 1, 2 dan 3 perlu menyediakan 5 soalan sebagai
latihan dalam setiap tajuk.
5.7.2.2 Bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 latihan minimum yang akan diberi ialah
1 soalan struktur untuk setiap nilai dan 7 soalan esei.
Makluman

5.7.3 Penulisan rancangan pelajaran harian (RPH)


5.7.3.1 Format RPH untuk tingkatan 3, 4 dan 5 adalah seperti berikut
Tajuk:
Bidang Pembelajaran:
Nilai:
Hasil Pembelajaran:
Aktiviti:
KBKK:
Penilaian:
Refleksi:
Makluman

6. Hal-hal lain

6.1 Pelaksanaan PBS Tingkatan 5


6.1.1 Pengerusi mengingatkan guru mata pelajaran tingkatan empat tahun 2017
perlu memberikan borang laporan sahsiah kepada ketua panitia untuk serah
kepada guru mata pelajaran tingkatan 5 2018.
5.1.2 Guru mata pelajaran tingkatan empat tahun 2017 juga perlu memastikan
semua pelajar telah menghantar kerja kursus.
Makluman

7. Penutup
7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
program penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh,

............................................................
(AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD)
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
SMK Skudai
Tarikh : 29/12/2018

You might also like