You are on page 1of 50

Pembentukan Istilah dan Kata Pinjaman

PERISTILAHAN merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru,


terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu
bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang
tepat bagi konteks penggunaan bidangnya, dan dengan itu dapat diberi
definisi yang khusus. Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjam
terjemah atau melalui istilah pinjaman.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa
kebangsaan sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira
sejuta istilah dalam pelbagai bidang. Dalam melaksanakan kerja penyusunan
istilah, DBP dengan kerjasama pakar bidang dalam Jawatankuasa Istilah
tertentu telah bersidang dan meneliti setiap butiran dalam senarai bahasa
sumber iaitu, bahasa Inggeris sebelum membincangkannya dan seterusnya
memberikan padanan bahasa sasaran, iaitu bahasa Melayu berdasarkan
langkah-langkah proses pembentukan istilah yang telah ditetapkan dalam
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Melayu. Mereka mengabstrakkan konsep daripada bahasa sumber,
biasanya bahasa Inggeris. Apa yang terbentang di hadapan mereka merupakan
entiti yang bermakna kepada mereka. Tugas mereka adalah untuk mengambil
konsep daripada entiti tersebut dan menempatkannya dalam leksikon asli
bahasa Melayu melalui proses pinjam terjemah atau menggunakan istilah
kata pinjaman.
Konsep pinjam terjemah (konsepnya yang dipinjam daripada bahasa lain),
kemudiannya disesuaikan dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.
Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat terbang adalah frasa
pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal
udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane.
Begitu juga dengan kata dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi
ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat sebahagian penutur
bahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog
hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan.
Kata bahasa Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of
honey dalam bahasa Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu.
Antara kaedah dalam proses pinjam terjemah ialah terjemahan langsung.
Kaedah ini dilaksanakan apabila wujud kesepadanan istilah bagi kedua-dua
bahasa sasaran dan bahasa sumber. Contohnya, akar (bahasa sasaran)
merupakan terjemahan daripada root (bahasa sumber), alang (bahasa
sasaran) diterjemahkan daripada beam (bahasa sumber) dan cacing (bahasa
sasaran) merupakan terjemahan daripada worm (bahasa sumber). Kata padanan
dalam bahasa sasaran menunjukkan bahawa sudah wujud kata dalam
perbendaharaan kata bahasa Melayu dan juga dalam pengetahuan ahli
peristilahan. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan
bahasa sasaran adalah sama dengan makna dalam bahasa sumber.
Melalui proses pinjam terjemah ini ada kalanya juga penggabungan dua
kata dapat mencari padanannya yang setara apabila diterjemahkan seperti
"pasangan" yang diterjemahkan daripada viability (daya hidup) dan "gila
babi" daripada epilepsy. Ada kalanya kesepadanan terjemahan antara
kedua-dua bahasa tersebut tidak dapat dicari, seperti terjemahan
"denyutan nadi" daripada pulse. Hal ini demikian kerana asas terjemahan
dalam istilah adalah ketepatan makna bukan makna harafiah. Selain itu,
berlaku juga penciptaan kata baru yang tidak pernah ada dalam bahasa
Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam bentuk satu perkataan,
frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak
baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.
Ada kalanya proses pinjam terjemah juga tidak mudah, terutamanya dalam
bidang yang lebih khusus dan teknikal. Bahasa Melayu masih kurang efisien
untuk mendukung konsep yang saintifik yang timbul bersama-sama dengan
kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi dan ikhtisas. Kaedah yang
sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan dalam
pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia.
Kaedah peminjaman ini banyak diterapkan oleh penggubal istilah bahasa
Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk pinjaman yang tidak
diasimilasikan, iaitu tidak disesuaikan secara ortografi (sistem
ejaannya). Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun
maknanya dalam bahasa asal, seperti istilah "lamina", "orbit" dan
"organ". Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara
penyesuaian dari segi ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan
"analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik) daripada chip. Bentuk
ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,
seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialah
kata dasar yang merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu,
seperti "kadar kemortalan" (mortality rate) dan "meneutralkan"
(neutralise). Frasa "pelarut akues" (bahasa sasaran) yang diterjemahkan
daripada aqueous solvent (bahasa sumber) ialah bentuk istilah yang unsur
penerangnya ialah kata pinjaman.
Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkan
martabat bahasa Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalam
bahasa Melayu yang tidak sejajar dengan makna konsep dalam bahasa
Inggeris, dan ada kalanya istilah bahasa Melayu harus digandingkan dengan
istilah pinjaman untuk membentuk istilah tersebut. Hasil daripada
penyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam leksikon bahasa
Melayu.
Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam
bahasanya dan memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk
melangsungkan komunikasi.
Monday, October 25, 2010

PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Menurut Abdullah Hassan ( 2005:14 ), keperluan manusia untuk berkomunikasi
menyebabkan terbitnya bahasa yang banyak dalam dunia ini malah setiap bangsa mempuanyi
satu atau lebih bahasa yang mempuanyi sejarahnya yang tersendiri dan berdasarkan kajian beliau
terdapat empat belas golongan besar bahasa ( Indo-Eropah, Semit-Hemit, Ural, Altaik, Sino-
Tibet, Austronesia, Irian, Bantu, Dravidia, Khoisan, Niger-Kongo, Makro-Sudan, Amerika Utara
dan Amerika Latin ) yang digunakan dalam dunia ini. walaupun begitu, penulisan ini tidak
mengkaji kesemua golongan bahasa tersebut tetapi hanya mengfokuskan kepada pembinaan dan
perkembangan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan oleh beliau sebagai golongan bahasa
keenam dalam dunia iaitu dalam kelompok bahasa Austronesia yang secara terperinci akan
dibincangakan dalam penulisan ini.

1.2 Objektif
Adalah agak sukar untuk memperjelaskan secara terperinci keseluruhan sejarah dalam
pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu kerana keterbatasan dalam mendapatkan sumber,
walaupun begitu penulisan ini akan cuba mengupas kembali segala perancangan yang digariskan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka amnya dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu
dalam aspek pembinaan dan perkembangan. Aspek pembinaan yang akan ditekankan dalam
penulisan ini membicarakan pembinaan atau perancangan korpus bahasa dari segi istilah, kosa
kata, laras bahasa, ejaan, sebutan dan tatabahasa tanpa menafikan akan wujudkan pinjaman
bahasa asing mengikut keperluan dalam Bahasa Melayu yang sangat diperlukan dalam semua
bidang. Bagi aspek perkembangan, adalah menjadi suatu yang sinonim dalam penulisan untuk
membicarakan kronologi perkembangan mengikut zaman peralihan status bahasa, tetapi
penulisan ini akan membicarakan perkembangan Bahasa Melayu mengikut tahun, iaitu tahun
1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan 11990 hingga 2000 atas rasional, adalah menjadi
keperluan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan Bahasa Melayu bagi
menilai sejauhmana usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan Bahasa
Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia yang mampu menjadi pengerak kepada
pembangunan negara dalam semua bidang.

1.3 Kaedah
Kaedah yang digunakan dalam kajian penulisan ini adalah menggunakan kaedah kajian
perpustakaan berdasarkan sumber buku yang didapati secara langsung mahupun tidak langsung
dengan menggunakan laman web.
1.4 Batasan
Segala sesuatu kajian memiliki batasnya tersendiri, maka dalam kajian penulisan ini
adalah tidak dinafikan wujudnya batasan dalam mendapatkan sumber yang tepat dalam kuantiti
yang banyak dalam tempoh masa yang terhad. Dalam aspek penelitian kajian penulisan pula,
kajian adalah terbatas kepada aspek pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu semata-mata,
ini bermakna kajian penulisan ini tidak akan membincangkan perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian
mengenai Bahasa Melayu ini turut menyentuh perkaitan perkembangannya berdasarkan
perubahan dunia semasa yang sukar sekali mengetepikan akan isu-isu yang menyumbang kepada
perkembangannya yang dimaninkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Batasan kajian penulisan
juga berhadapan dengan kesukaran mendapatkan data terbaru kerana tidak dapat menjalankan
kajian lapangan bagi meneliti kebenaran isu-isu tersebut.

1.5 Definisi Konsep


Konsep yang harus difahami dalam kajian penulisan ini adalah berkisar kepada kehendak
tajuk kajian, iaitu pembinaan dan perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Awang Sariyan (
2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus
bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa yang menyentuh aspek kosa
kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah berjaya dilakukan secara
terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang pada awalnya
menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf kemudiannya menjadi
badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa selepas lulusnya Akta
DBP 1959.
Perkembangan bahasa Melayu pula menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat
( 2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ),
Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa
Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai
berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan
sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran
Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).

2.0 Sejarah ringkas Bahasa Melayu


Sehingga ke hari ini banyak sejarawan yang merumuskan akan hal asal usul Bahasa
Melayu sebagai suatu yang masih kabur yang masih memerlukan kajian lanjut dan mendalam,
maka penulisan ini secara tidak langsung akan membincangkan secara ringkas berkaitan sejarah
Bahasa Melayu dari aspek konsep etimologi ( perkataan ) dan bangsa, salasilah dan hipotesis
tempat asal Bahasa Melayu.

2.1 Konsep etimologi dan bangsa


Dari aspek etimologi atau perkataan, ‘Melayu’ menurut Zuber Usman dalam Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: ), berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang telah
disingkatkan kepada ‘Malaya’ yang kemudiannya menjadi ‘Melayu’. Selain itu, terdapat juga
pengkaji yang mengutarakan bahawa ‘Melayu’ berasal daripada perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang
terpahat pada prasasti Bukit Gombak 1 di Sumatera Barat yang akhirnya menimbulkan perkataan
malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: ), perkataan ‘Melayu’ berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Baru, iaitu
‘Mlaya’ dan ‘Mlayu’ yang membawa maksud lari. Tambahan beliau lagi, perkataan ‘ Melayu’
turut merujuk kepada kerajaan, iaitu berasal daripada perkataan ‘Malayu’ yang merujuk kepada
sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi pada abad ke-7 ( 644 M ) yang mendapat nama
sempena nama sebatang sungai, iaitu ‘Sungai Malayu’ yang sangat deras arusnya selaju orang
berlari yang disifatkan mempuanyi pengertian yang sama dalam Bahasa Jawa.
Dari aspek konsep perkataan ‘Melayu’ berdasarkan bangsa adalah merujuk kepada teori
awal perpindahan golongan manusia yang diberi nama Austronesia dari daerah Yunan ke
wilayah Asia Tenggara, iaitu Melayu Proto ( 2500 M ) dan Melayu Deutro ( 1500 M ) menurut
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3 ).
Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 11 ) pula, penggunaan
perkataan ‘Melayu’ pada abad ke-17 merujuk kepada istilah yang lebih luas yang merangkumi
suku bangsa serumpun di Nusantara merujuk kepada istilah UNESCO ( 1972 ).
“......Melayu itu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa
yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama,berkulit sawo matang, rambut lurus
dan tinggi yang sederhana dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar yang
merupakan satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Malayo-
Polynesia ( Melayu-Polinesia ) atau Austronesia....”

Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 8 ), Perkara 160 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 mengariskan ‘Melayu’ sebagai seseorang yang berbahasa melayu,
berkebudayaan melayu dan beragama Islam.

2.2 Salasilah Bahasa Melayu


Kajian salasilah Bahasa Melayu akan merujuk kepada asal usul atau keturunan Bahasa
Melayu itu sendiri yang mana menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan
Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 3-4 ), berasal dari rumpun bahasa Austronesia yang tergolong
dalam satu keluarga bahasa besar bahasa Austris ( Austroasia, Tibet-Cina dan Austronesia –
Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia ) dalam cabang Nusantara, iaitu jumlah bahasa
yang paling banyak merangkumi 16 golongan kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Hal ini turut
diutarakan oleh Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007: 2 ), bahawa Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia ( Nusantara Barat dan Timur, Melanesia
dan Polinesia ) dalam kelompok Nusantara Barat ( Malagasi, Acheh, Melayu, Jawa,Sunda,
Dayak, Tagalog, Sibu, Bisaya dan lain-lain ) yang digunakan di sebelah timur gugusan pulau-
pulau Melayu dan Nusantara sejak abad pertama masihi menurut Abdullah Hassan ( 2005:23).
Hal ini turut diutarakan oleh James T.Collins ( 2005 ), iaitu kewujudan akan Bahasa Melayu
sebagai salah satu komponen daripada 1000 bahasa yang terpenting dalam rumpun bahasa
Austronesia yang terbentuk di Taiwan yang kemudiannya tersebar dibahagian selatan, timur dan
barat melalui Filipina yang turut mempunyai perhubungan dengan bahasa-bahasa Polinesia
menurut William Marsden ( 1754-1836 M ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari
Moain ( 2006: 1 ) yang banyak mengkaji bahasa di Asia Tenggara dalam karya penulisannya,
seperti A Dictionary of the Malayan Language dan A Grammar of the Malayan Language ( 1812
) dan sehingga sekarang dikenali sebagai Bahasa Melayu-Polinesia oleh Wilhelm Von Humboldt
( 1767-1835 ) dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) berdasarkan
perincian hubungan antara bahasa-bahasa di Asia Tenggara yang serumpun dalam
karyanya Uber die Kawisprache auf der Insel Java ( 1836 ) yang turut disokong oleh Abdullah
Hassan ( 2005: 23 ) berdasarkan jadual yang telah diambil dari Crowely ( 1987 ) dalam James
T.Collins ( 2005: 3 ). Walaupun begitu, terdapat juga pengkaji barat, seperti John Crawfurd
dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 2 ) yang tidak mempersetujui
perkaitan yang wujud antara Bahasa Melayu dengan Polinesia kerana tidak sekeluarga.

2.3 Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu


Menurut Northefer ( 1996 ) dalam James T.Collins ( 2005 ), kesepekatan ahli-ahli
arkeologi menyatakan bahawa Bahasa Melayu di kepulauan gugusan Melayu bermula di
Kalimantan sebelum tersebar di bahagian barat menyeberangi Laut China Selatan pada 100
masihi dahulu melalui Pulau Tambela dan Riau sebelum ke Sumatera dan ke selatan Benua Asia
atau kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama juga tidak dinafikan
berlaku penyebaran Bahasa Melayu di bahagian utara, selatan dan timur sehingga ke barat Pulau
Luzon yang kini dikenali sebagai Teluk Manila dan seterusnya di bahagian timur kepulauan
Maluku ( Indonesia ).
Kewujudan penggunaan Bahasa Melayu turut dibuktikan oleh Bede dalam James
T.Collins ( 2005 ), pada abad ke-8 dalamCaedmon’s Hymn to the Creator yang menyatakan akan
wujudkan tulisan teks tertua Bahasa Melayu bertarikh 682 masihi di atas batu di Sumatera yang
mengadaptasi ortografi india berdasarkan palawa yang dikenali sebagai teks Bahasa Melayu
Kuno.
3.0 Pembinaan Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan
bahasa daripada sudut korpus bahasanya atau dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa
yang menyentuh aspek kosa kata, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa yang telah
berjaya dilakukan secara terancang selepas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun
1956 yang pada awalnya menjalankan fungsi sebagai jabatan kerajaan yang telah bertukar taraf
kemudiannya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Pembinaan bahasa
selepas lulusnya Akta DBP 1959.

3.1 Pembinaan Istilah Bahasa Melayu


Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang
ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus
bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang
Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan suatu usaha dalam
menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan
ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu
Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah
hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang
telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua
peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan
korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa
Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan
penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan
selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang
menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan
penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975).
Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa
pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957
hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana
tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka
menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa
Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung
mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses
pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang
misalnyastesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah
dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi kepadapsikologi,
ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah
sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP (
mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa
Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 )
serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972
yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi
menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang
mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam
pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan
wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan
pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut
disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (
2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu
pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geography-geografi, biology-biologi,
mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya. Manakala, pengambilan tanpa
perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linear-linear, hilum-hilum, import-import, audit-
audit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima
cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ),
penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ),
perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ), penggabungan dua kata umum
( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan
pembentukan kata ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi
kesemua proses ini terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya
bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa
Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ).
Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan
Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak
Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman
ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung
pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan
dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja
dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada
Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah,
pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat
membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar
dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat
Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang
mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan
pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama
berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahan-
bahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta
menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-
masing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan
dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab
kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia,
biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga
ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.

3.2 Pembinaan Kosa Kata Bahasa Melayu


Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), usaha dalam pembinaan kosa kata atau perbendaharaan
kata dalam Bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh para sarjana asing sejak beberapa
abad silam dalam bentuk daftar kata dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu-Cina ( abad ke-
15 ), Kamus Melayu-Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, kamus Melayu-
Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictonary of The Malay Language oleh
Marsden pada tahun 1821 dan beberapa buah kamus lain oleh R.J.Wilkinson ( 1901,1908 dan
1932 ), W.G.Shellabear ( 1902, dan 1916 ) dan R.O.Winstedt ( 1913 ). Usaha ini kemudiannya
telah diteruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara terancang yang bermula pada 1964 yang
akhirnya telah berjaya menerbitkan Kamus Dewan pada 1970, iaitu sebuah kamus ekabahasa
yang berwibawa sebagai rujukan kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah yang
kemudiannya telah diterbitkan dalam edisi baharu pada tahn 1984 dan 1989 ( masing-masing
dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri ), edisi ketiganya pula pada tahun 1994 ( dengan
tambahan 6,000 entri ) dan edisi keempat pada tahn 2003 ( dengan tambahan 5,000 entri ).
Bagi tujuan keperluan pelajar sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka turut memainkan
peranannya dengan menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada
tahun 1975 bagi pelajar sekolah menengah danKamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun
1989 bagi keperluan pelajar sekolah rendah disamping turut menerbitkan edisi baharu pada tahun
2002 iaitu, Kamus KBSR Dewan danKamus Umum Bahasa Melayu Dewan ( memuatkan 67,000
entri ) pada tahun 2007. Malah bagi memastikan pembinaan kosa kata dalam bahasa Melayu
lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka turut mengadakan kerjasa dengan pihak swasta
dengan menerbitkan kamus elektronik, Kamus Telapak BESTA DBP-1 ( 1998 ) dan Kamus Pena
Quicktionary ( 2000).
Seperti dalam pembinaan istilah Bahasa Melayu, pembinaan kosa kata Bahasa Melayu
turut meminjam kosa kata asing, dan menurut Yahya Othman ( 2005: ), Bahasa Melayu
meminjam 677 kosa kata Bahasa Sanskrit merangkumi 11 bidang.
Malah menurut James T.Collins ( 2005: 18 ), sejak kerajaan kesultanan Melayu Melaka
lagi, Bahasa Melayu telah menggunakan kosa kata pinjaman seperti yang direkodkan oleh Yang
Lin pada tahun 1560 yang diklasifikasikan sebagai kosakata Bahasa Melayu-Cina sebanyak 500
kata untuk keperluan perdagangan disamping kosakata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, Tamil,
Arab dan Persia.
( Rajah 6: Daftar beberapa kosakata Bahasa Melayu-Cina dari Dinasti Ming yang dipetik
dari Edwards dan Blagden ( 1930-1932 ) dalam James T.Collins, 2005: 19 )
3.3 Pembinaan Laras Bahasa Melayu
Menurut Nik Safiah Karim ( 2003: 155-156 ), laras bahasa dalam Bahasa Melayu
merupakan perbezaan cara yang digunakan dalam penulisan walaupun menggunakan bahasa
yang sama dalam situasi yang berbeza atau lebih ringkasnya dikenali sebagai kelainan berbahasa
yang dipengaruhi oleh suasana yang hanya dikenali melalui perkataan-perkataan yang digunakan
berdasarkan cara pengungkapan mengikut situasi tertentu yang wujud berdasarkan perkara yang
ingin diperkatakan serta kolokasi, iaitu kehadiran penggunaan perkataan dan ungkapan tertentu
yang jelas meletakkannya dalam sesuatu laras.
Menurut Awang Sariyan ( 2002 ), pembinaan laras bahasa ini dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai
peringkat yang telah menghasikan hampir 10,000 judul buku dan berdasarkan koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia ( 1966 hingga 2001 ), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai
buku yang berdaftar di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan
Perpustakaan 1966 yang turut merangkumi buku dalam bahasa lain dan hanya 60,474 judul
dalam Bahasa Melayu.
kewujudan perbezaan laras bahasa menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.
Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 36 - 40 ), disebabkan oleh ciri-ciri keperihalan (
situasi luaran dan persekitaran – cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan yang
diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa ) sesuatu peristiwa bahasa dan linguistik (
bunyi, perkataan – khusus, kolokasi dan pinjaman – dan ayat ) yang terbahagi kepada sebelas
laras berdasarkan bidang ilmu, iaitu biasa, perniagaan atau iklan, sains, media, rencana, undang-
undang, agama, sukan, sastera, ekonomi dan akademik.
Laras bahasa biasa adalah laras yang tiak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks
yang khusus kerana ianya digunakan dalam perbualan harian yang tidak melibatkan istilah
khusus tetapi menggunakan struktur ayat yang mudah, ringkas dan padat. tambahan lagi, ianya
tidak banyak menggunakan kata pinjaman serta menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang
mudah difahami yang boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal ( menggunakan
bahasa basahan ).
Laras bahasa perniagaan atau iklan pula adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat
dengan berkesan yang berbentuk pemberitahuan fakta yang ringkas dan terperinci yang bersifat
imaginatif dan kreatif menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan untuk memujuk dan
mempengaruhi pengguna dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa.
Laras bahasa sains pula dihubngkan dengan laras bahasa ilmiah yang bersifat formal dan
tidak menggunakan bahasa basahan kerana bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
dalam mempersembahkan maklumat yang berdasarkan kajian dan fakta yang banyak
menggunkan kata nama dan ragam ayat pasif serta istilah pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Laras bahasa media massa menggunakan bahasa yang mudah, gaya tulisan yang jelas dan
ketepatan isi tulisan dengan mengabaikan kepentingan tatabahasa dalam melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku tanpa istilah teknikal dan khusus dalam mempersembahkan judul dan
teks.
Laras bahasa rencana pula adalah bersifat umum, hal ini kerana adalah untuk keperluan
menyampaikan kepelbagaian idea tentang sesuatu isu dengan gaya bahasa yang mudah difahami
kerana terus menjurus kepada tajuk rencana yang bersifat laporan.
Laras bahasa undang-undang biasanya mengandungi prinsip undang-undang berbentuk
akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen serta banyak menggunakan istilah pinjaman
daripada Bahasa Inggeris. Interpretasi menentukan makna kosa kata yang digunakan tanpa
mengambil kira struktur ayat dalam penyampaian tetapi menekankan kepersisan dan kejelasan
yang bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat dalam binaan ayat yang panjang.
Laras bahasa agama tidak lari dari membincangkan isu agama yang banyak
menggunakan kata pinjaman Bahasa Arab dalam pembentukan struktur ayat yang menekankan
petikan al-quran dan hadis.
Laras bahasa sukan pula bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan
sukan dalam bentuk bahasa yang ringkas dan bersahaja tetapi jelas berikutan pemilihan kosa kata
yang senang difahami.
Laras bahasa saster atau kreatif adalah bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman penulis yang bersifat imaginatif dan figuratif ( penyimpangan makna
aripada bahasa biasa ) serta mementingkan pemilihan diksi yang berkesan dengan menggunakan
bahasa tersirat, istilah-istilah khusus berkaitan sastera, perlambangan, kiasan, imejan,
personafikasi, metafora dan sebagainya yang mementingkan penyusunan dan pengulangan kata
atau ayat, bernada puitis dan komunikatif.
Laras bahasa ekonomi pula merupakan laras berbentuk ilmiah yang menggunakan istilah-
istilah terknikal, tidak mementingkan struktur ayat, bersifat formal serta mementingkan susunan
maklumat yang jelas dan eksplisit dalam bentuk data dan statistik.
Laras bahasa akademik adalah bersifat formal dan objektif yang menunjukkan
kematangan dan keintelektual, iaitu berkeupayaan menyamapaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkesan menggunakan istilah yang bersifat khusus dan sukar difahami kerana
menekankan kesempurnaan bahasa dalam pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang turut
melibatkan sudut pandang orang ketiga, penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk serta turut
memuatkan nota kaki, bibliografi, indeks dan sebagainya dalam penulisan.

3.4 Pembinaan Ejaan Bahasa Melayu

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung, dan Rencong telah menjadi sistem
tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi
daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak
menggunakan lambing suku kata dan ambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan
bunyi. Namun penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan
sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Tulisan Jawi adalah berdasarkan
huruf Arab alif-ba-ta manakala tulisan Rumi adalah berdasarkan huruf Roman a-b-c. sistem
ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19.
Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah
Melayu pada masa tersebut. Antara sistem ejaan yang telah digunakan oleh Barat ialah Ejaan
Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882), dan Ejaan Rumi Sweettenham
(1881).
Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana
sistemejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sisitem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi
mereka yang tidak dapat memehaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar
di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan
untuk menggantikan sistem ejaan Jawi. Satu pertubuhan iaitu Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa
yang telah ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor memainkan peranan yang sangat panting dalam
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam kalangan masyarakat setempat.
Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat
oleh banyak pihak. Contohnya, pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem
tulisan tersebut. Antara tokoh yang berasal dari Barat yang pernah melakukan kajian dalam
mengembangkan sistem tulisan bahasa Melayu ialah William Marsden yang telah menulis buku
yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language pada tahun 1912. Dalam bukunya terdapat
pendapat yang mengatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g, dan ny merupakan huruf-huruf yang
telah ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab ( Rogayah Binti Osman, hlm 3).
Selepas William Marsden, R.J Wilkinson yang merupakan nazir sekolah–sekolah bagi Jabatan
Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu telah menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Ejaan untuk
mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan Rumi yang baru. Sistem ejaan yang telah berjaya
dihasilkan telah dipanggil Ejaan Wilkinson.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah
diperkenalkan iaitu “Ejaan Fajar Asia” yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu,
Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Majalah
Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura telah menggunakan sistem ejaan tersebut dalam
penerbitan majalah mereka. Huruf yang digunakan dalam sistem ini hampir sama dengan Sistem
Ejaan Wilikinson dan sistem Ejaan Rumi Za’Ba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem
ejaan ini menggunakan enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi
huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Za’Ba.
Rajah 7: Huruf-huruf konsonan yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia.
Za’Ba telah memulakan satu lagi sistem ejaan baru yang mana merupakan satu perubahan
yang telah beliau lakukan. Ejaan tersebut dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan
Wilkinsin dan gabungan beberapa adjad bahasa Arab. Za’Ba pada masa itu bertugas di Maktab
Perguruan Sultan Idris selepas Perang Dunia Ke-2. Sistem baru tersebut telah dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah yang telah diggunakan sebelum digantikan oleh ejaan baru yang telah
diistiharkan pada tahun 1972. Sistem baru ini dihasilkan daripada pengamatan sahaja dan
mempunyai banyak kelemahan. Apabila terdapat kelemahan tersebt, maka penggunaan bahasa
Melayu pada masa tersebut telah terganggu.
Menurut Rogayah Binti Osman (hlm 4), satu persidangan antara kerajaan Malaysia
dengan kerajaan Indonesia telah dijalankan untuk membincangkan satu sistem ejaan yang sama
untuk kedua-dua negara. Persidangan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1959 hasil daripada
desakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu. Namun usaha untuk menjalankan persidangan
dengan kerajaan Indonesia telah tergendala kerana tercetusnya konfrantasi. Persidangan kedua-
dua negara tersebut telah menghasilkan satu sistem tulisan baru iaitu sistem Malindo. Asmah
Haji Omar (1993, hlm 154) mengatakan bahawa tulisan Malindo tidak pernah diterbitkan oleh
kedua-dua negara. Oleh yang demikian, bentuk dan sistem ejaannya tidak diketahui. Pada tahun
1966, satu persidangan ttelah dijalankan oleh negara Malaysia dan Indonesia untuk menyambung
semula perbincangan yang telah tergendala semasa konfrantasi. Dalam persidangan ttersebut
beberapa perkera telah dibincangkan seperti;
a) Soal bahasa dan jangka masa panjang.
b) Pertukaran antara bahan-bahan yang berkenaan dangan bahasa dan sastera.
c) Soal pemakaian istilah.
Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju
Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan
beberapa isu dan mereka juga telah membenangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem
tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka
kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah
dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara kedua-
dua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatagani oleh Menteri
Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri.
Perjanjian tersebut telah ditandatagani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan
masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya
pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diistiharkan secara serentak oleh kedua-dua negara
tersebut.
Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran yang matang dan berlandaskan
perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk
memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip
linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan, dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jka
dibandingkan dengan sistem yang lama.
Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf yang berikut.
Sebutan masing-masing huruf disertakan di sebelahnya. Abjad dan sebutan tersebut adalah hasil
daripada perbincangan yang telah dilaksanakan oleh negara Malaysia dan Indonesia yang telah
diistiharkan bersama.
Rajah 8: abjad yang digunakan dalam bahasa Melayu dan sebutannya.

Huruf Vokal
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u. Huruf e
melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Antara perubahan yang telah berlaku dalam sistem ejaan tersebut ialah perubahan
konsanan contohya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama
seperti ch menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain
adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharatmenjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam
perkataan sharatmanjadi syarat. Pengunaan (‘) dan (’) yang melambangkan hamzah dan ain
digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k contohnya:
a) Ma’ana menjadi makna.
b) Enche’ menjadi encik.
Terdapat juga perkataan yang dikekalkan seperti kh, ny,hg, dan ng dan masih diguna
pakai sehingga sekarang. Dewan Bahasa Dan Pustaka pula telah menerbitkan buku Pedoman
Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975 sebagai rujukan. Setiap negara telah menerbitkan
pedoman umum mengikut versi masing-masing sebagai panduan untuk rakyat di setiap negara.

3.5 Pembinaan Sebutan Bahasa Melayu


Perancangan sebutan telah melalui banyak peringkat dalam memastikan tidak terdapat
kesalahan dalam penyebutannya. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal
Rancangan Malaysia keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan
sejak awal 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan
pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa
Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan PLM serta pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.
Menurut Mohd Rasdi Bin Saamah (hlm 8), aspek sebutan tidaklah menjadi satu perkara
yang semestinya ada transkripsi fonetiknya memandangkan sebutan kata Melayu adalah onemik
berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksudnya ialah terdapat sesetengah ejaan dalam bahasa
Melayu yang sama dengan bahasa Inggeris namun membawa erti yang berbeza. Contohnya
ialah airdalam bahasa Inggeris membawa maksud udara namun dalam bahasa Melayu pula
merupakan sejenis cecair yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai water.
Perancangan sebutan banyak ditulis dalam perkamusan yang menyusun sebutan-sebuta
yang tepat. Contohnya Kamus Dewan menurunkan transkripsi fonetiknya kepada kata masukan
yang ejaannya mengandungi huruf e taling sahaja. Sebutan yang mengandungi e pepet tidak
diberi transkripsi fonetik. Contohnya ialah:
a) enak (enak) = sedap,nyaman (rasa dll)
b) enteng (enteng) = ringan, mudah
c) empat = bilangan tiga yang dicampur dengan satu
Manakala dalam Kamus Besar pula tidak memasukkan sebarang tanda transkripsi fonetiknya
bagi membezakan kedua-dua bentuk e seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan. Contohnya
ialah :
a) emak = ibu, mami, embok. Mak, indung, indu…
b) elok = ranggi, gagah, tampan, anggun, gombang

3.6 Pembinaan Tatabahasa Melayu


Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada lima bahagian besar yang mana setiap bahagian
mempunyai tugas masing-masing. Tatabahasa bahasa Melayu dapat dipelajari melalui lima
bahagian ini iaitu golongan kata, pengimbuhan, penggandaan, ayat, dan rampaian bahasa.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis perkataan yang terbahagi kepada lima bahagian yang
besar iaitu:
a) Nama
b) Perbuatan
c) Sifat
d) Sendi
e) Seruan
Kesemua ayat tersebut membawa erti yang berbeza dan penggunaan yang berbeza.

Kata Nama
Kata nama terbahagi lagi kepada dua bahagian besar iaitu Nama Betul dan Ganti Nama dan
Nama Terbitan. Kata Nama pula dibahagi lagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Kata Nama Am digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan
dan yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan lain-lain lagi. Dapat
disimpulkan bahawa Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau umum.
Contohnya:
a) Benda ; rumah, pencil, bunga, dan lain-lain.
b) Orang ; guru, murid, polis dan lain-lain.
c) Haiwan ; kucing, harimau, kerbau dan lain-lain.
d) Tempat ; bandar, desa, kampung dan lain-lain.
Kata Nama Am boleh ditulis dengan huruf besar jika berada pada awal ayat manakala boleh
ditulis dengan huruf kecil pada akhir ayat. Contohnya ;
a) Harimau itu mengaum dengan kuat.
b) Dia sedang member harimau itu makan.
Nama Khas pula digunakan untuk menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas dan huruf
pertamanya mestilah ditulis dengan huruf besar. Contohnya ;
a) Benda ; Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas,dan lain-lain.
b) Orang ; Tuan Ahmad, Mejar Hamzah, dan lain-lain.
c) Binatang ; Si Comel, Pak Belang, dan lain-lain.
d) Tempat ; Kota Kinabalu, Sepanggar, dan lain-lain.

Kata Nama Terbitan.


Kata Nama Terbitan terbentuk apabila kata nama am diberikan imbuhan awalan, akhiran ataupun
apitan.
a) Imbuhan awalan ; pe-, pem-, pen-, peng-,meng-, ke, dan lain-lain.
b) Imbuhan akhiran ; -ita, -man, -wati, -wan, dan lain-lain.
c) Imbuhan apitan ; per-…..-an, peng-….-an, ke-…-an, dan lain-lain.

Kata Ganti Nama.


Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA iaitu merujuk kepada
seseorang. Seterusnya yang telah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ganti nama diri, ganti
nama umum, ganti nama pertanyaan, ganti nama petunjuk, ganti nama sendi.
a) Ganti Nama Diri pertama. Contohny ialah beta, patik, saya, kami, kita, dan lain-lain.
b) Ganti Nama Diri Kedua. Contohnya ialah kamu, anda, engkau, tuanku, dan lai-lain.
c) Ganti Nama Diri Ketiga. Contohnya ialah ia, dia, beliau,mereka dan lain-lain.

Kata Ganti Tanya


Kata Ganti Tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa,
bilangan dan hal dengan maksub bertanya. Biasanya kata ganti ini ditambah “kah” dan tanda soal
di setiap akhir ayatnya. Ianya juga digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contohnya kata
tanya ialah apakah, siapakah, manakah, bilakah, bagaimanakah, kenapakah, mengapakah, dan
berapakah. Contoh ayatnya ialah:
a) Sudahkah awak menyiapkan kerja tadi?
b) Berapakah harga baju yang berwarna merah ini?
c) Siapakah pemilik rumah yang bercat merah itu?
d) Mengapakah awak tidak menghabiskan makanan itu?
e) Bila awak hendak menghantar surat ini ke pejabat pos?
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti jenis ini terbentuk hasil daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa dan
mana. Kata ganti ini hanya digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Contoh
penggunaan ayat ini ialah ;
a) Jangan sesiapa yang berganjak daripada tempat duduk masing-masing.
b) Siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengambil boring
pendaftaran di sini.
c) Ambilah mana-mana benda yang awak suka di sini.

Kata Ganti Nama Tunjuk.


Penggunaan kata ganti ini ialah untuk menunjukkan sesuatu tempat, orang, benda dan cara.
Contohnya ialah situ, sana, sini, begini, begitu dan banyak lagi. Contoh ayatnya ialah ;
a) Itu bagus.
b) Begini caranya.
c) Rupanya begitu.
d) Tingginya bangunan itu.
e) Cantiknya baju yang awak pakai ini.

Kata Hubung.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat dengan ayat, perkataan dengan perkataan
dan rangkai kata dengan rangkai kata. Maksudnya disini ialah daripada dua ayat yang telah
dibina boleh menjadi satu setelah digabungkan dengan kata hubung. Kata hubung mempunyai
dua jenis iaitu bentuk akar dan terbitan.
Contoh kata hubung akar :
a) Dan
b) Hingga
c) Dengan
d) Jika
e) Kerana
f) Serta
g) Supaya
h) Demi
i) Kemudian
j) Agar
k) Ketika
l) Walhal
Contoh kata hubung terbitan ialah :
a) Semasa
b) Sementara
c) Sebaliknya
d) Itupun
e) Mudah-mudahan
f) Meskipun
g) Setelah
h) Semoga
i) Seketika
j) Seandainya
k) padahal
Contoh ayat ialah :
a) Mimi dan Suzie menaiki bas pergi ke sekolah.
b) Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat namun harganya sangat mahal.

Kata Kerja.
Kata kerja menunjukkan satu perbuatan yang sedang melakukan sesuatu perbuatan. Kata Kerja
Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif adalah bahagian yang terdapat dalam kata kerja. Kata
kerja transitif ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda
yang terkena dengan perbuatan tersebut dipanggil penyambut ataupun objek. Kata kerja transitif
juga dikenali sebagai perbuatan melampau. Biasanya kata kkerja jenis ini menggunakan inbuhan
‘me-‘ seperti mendermakan, mengambil, menduduki dan sebagainya. Contoh ayat ialah :
a) Anjing itu mengongong sesuatu dalam mulutnya.
b) Abang sedang menaip sesuatu.
c) Lelaki itu sedang mencuci kereta kesayangannya.
d) Ayah saya telah mendermakan meja kepada jiran sebelah.
e) Emak akan membacakan saya cerita sebelum saya tidur setiap malam.
Kata kerja tak transitif pula berbeza dengan kata kerja transitif kerana ianya hanya mempunyai
pembuat dan tidak mempunyai penyambut. Perbuatan yang dilakukan adalah dilakukan ke atas
diri sendiri atau keatas pembuat itu sendiri. Contoh ayat ialah :
a) Kucing itu sedang tidur.
b) Angin bertiup dengan kuat sekali.
c) Saya telah menyiapkan kerja itu semalam.
d) Bapa sedang memandu kereta itu.

Kata Adjektif.
Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama seperti hitam, banyak, kuat dan
banyak lagi. Kata Adjektif dapat dibahagikan kepada adjektif jati, adjektif bilangan atau
pecahan, adjektif tunjuk, dan adjektif pencerai.
1. Adjektif jati : menerangkan sifat atau rupa yang jati.
a) Bunga itu berwarna merah.
b) Pen itu sangat cantik.
c) Kereta yang cantik itu milik ayah saya.
d) Penyanyi itu sangat merdu suaranya.
2. Adjektif bilangan atau pecahan menunjukkan bilangan dan juga pecahan.
a) Saya memiliki dua batang pencil.
b) Ayah membelikan saya dua biji limau.
c) Satu per tiga biji guli itu ialah milik kawan saya.
d) Malik perlu mendapatkan lima lagi mata untuk menang.
3. Adjektif tunjuk menggunakan perkataan seperti bagaimana dan yang mana. Contohnya,
a) Jangan ulangi lagi perkara tersebut.
b) Yang mana satu yang betul caranya.
c) Begini caranya hendak mengendalikan alat ini.
d) Baju ini mahal harganya.
Kata Tanya.
Setiap Kata Tanya mempunyai kata atau perkataan yang membentuk ayat tanya dan selalnya
diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan pada awal ayat tanya. Kata Tanya juga boleh wujud
di awal, akhir atau tengah sesuatu ayat. Kata tanya juga mesti siikiti oleh tanda tanya di
setiap akhir ayat tersebut. Contoh kata tanya ialah :
a) Siapakah pemilik kereta itu?
b) Berapakah harga kuih ini?
c) Lama sudahkah awal menunggu saya?
d) Pelajar itu berasal daripada mana?

Kata Seru.
Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, terkejut, hairan,
sindiran, hiba, dan sebagainya. Kata seru mesti diikuti tanda seru (!) di setiap akhir ayat. Setiap
kata seru membawa maksud yang berbeza seperti wahai menyatakan perasaan sayang, amboi
menyatakan perasaan kagum, aduh perasaan sakit, dan wah menyatakan perasaan terkejut.
Contoh kata seru ialah :
a) Wahai adinda ku sayang!
b) Amboi, cantiknya baju ini!
c) Bedebah, berani sungguh dia melawan perintah saya.

Tanda Baca.
Satu lagi komponen yang penting dalam tatabahasa Melayu ialah tanda baca. Tanda baca ialah
simbol atau tanda yang digunakan untuk member isyarat kepada pembaca supaya melakukan
sesuatu dalam pembacaan. Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat
berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh tanda baca ialah :
a) Tanda nokhta atau titik (.).
b) Tanda koma (,).
c) Tanda tanya (?)
d) Tanda seruan (!)
e) Tanda sempang atau sempang (-)
f) Tanda nokhta bertindih (:)
g) Tanda pengikat kata (“…”)
Contoh penggunaan tanda tanya ialah :
a) Di mana dia membeli baju itu?
b) Wah, tingginya bangunan itu!
c) Ali berasal daripada Perak.
d) Ahmad, orang kampung yang telah merantau ke bandar telah berjaya mencari pekerjaan yang
sangat baik.

4.0 Perkembangan Bahasa Melayu


Perkembangan bahasa Melayu menurut Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat (
2009: 39 ), dapat diklasifikasikan mengikut tahap dari Bahasa Melayu Purba ( 2500 masihi ),
Bahasa Melayu kuno ( abad ke-7 masihi ), Bahasa Melayu Klasik ( abad ke-12 masihi ), Bahasa
Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Baharu ( abad ke-19 ). Manakala menurut Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 26 ), perkembangan Bahasa Melayu dapat dirungkai
berdasarkan perkembanagan zaman, iaitu purba, kuno dan klasik tetapi adalah lebih mudah
difahami sekiranya berfokuskan tahun perkembangannya bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkan
sepanjang perkembangan bahasa tersebut, iaitu tahun 1950 hingga 1960, 1970 hingga 1980 dan
1990 hingga 2000 bersesuaian dengan perkembagan ilmu semasa selepas Jawatankuasa Pelajaran
Razak ( 1956 ) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini yang turut disokong oleh Awang Sariyan ( 2002 ).

4.1 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1950 hingga 1960


4.1.1 Penstandardan Bahasa Melayu
Konsep bahasa Melayu standard merujuk kepada bahasa yang dianggap baik dan
dijadikan norma penggunaan dan pengajian di sekolah-sekolah. Proses penstandardan bahasa
Melayu mengalami proses yang hebat apabila bertembung dengan bahasa asing seperti bahasa
Arab. Sistem Kongres telah disiapkan oleh ASAS 50 dan diserahkan kepada Kerajaan pada tahun
1956. Pada tahun 1959, persetujuan persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia telah
ditandatangani. Hasil daripada perjanjian ini, suatu sistem ejaan baru iaitu Sistem Ejaan Malindo
telah dilahirkan. Sistem Malindo tidak dilaksanakan. Malah, sistem ini telah dikaji semula dan
tercipta suatu ejaan iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah diadakan dan
merupakan titik permulaan ke arah perancangan Bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III mengusahakan penstandardan untuk memperkembang Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, timbul permasalahan
apabila sukar untuk mengesan konsep standard bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu standard,
yang paling penting ialah dalam menentukan bentuk sebutannya, tatabahasa, dan perbendaharaan
kata. Dari aspek pembakuan bahasa Melayu, konsep-konsep seperti “Bahasa Melayu Tinggi”
atau “bahasa Surat” atau bahasa Sekolah telah digunakan.
Pada tahun lima puluhan, perkara bahasa Melayu standard telah dihuraikan secara
khusus oleh golongan yang berusaha secara langsung mengembangkan Bahasa Melayu. Selepas
mencapai kemerdekaan, ejaan Rumi telah diterima rasmi oleh Kerajaan Semenanjung Tanah
Melayu. Dalam aspek penulisan Bahasa Melayu, usaha-usaha untuk merubahnya adalah dari
aspek penyempurnaan dan penyatuan Bahasa Malayu dengan Bahasa Indonesia dan
mempengaruhi aspek perkembangan bunyi-bunyi bahasa. Walaupun dalam ejaan yang bersifat
fonemik dibuat abstraksi dari bunyi, namun, pembacaan berlaku lagi pernyuaraan.

4.1.1.1 Konsep bahasa Melayu standard


· Sebelum merdeka
Konsep bahasa Melayu standard dapat diselaraskan untuk mewujudkan satu norma yang
melampaui batas-batas dialek kedaerahan berdasarkan pertuturan orang-orang Melayu di Tanah
Melayu sahaja. Dalam pada itu, usaha untuk mewujudkan satu norma yang boleh menyelaraskan
bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu Indonesia. (Raja Mukhtaruddin & Raja Mohd.
Dain, 1992)
Seorang ahli bahasa yang terkenal iaitu Za’ba telah membezakan bahasa Melayu yang dituturkan
oleh orang Melayu dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu. Sebagai
contohnya, orang Jawa, Boyan, Minangkabau dan Rawa. Za’ba telah membandingkan bahasa
Melayu orang Melayu kepada dua iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Gaya bahasa mulut
merujuk kepada penggunaan bahasa dalam aspek perbualan yang melibatkan susunan ayat-ayat
ringkas dan menggunakan pelbagai singkatan dalam pertuturan. Gaya bahasa surat pula ialah
pemakaian bahasa dalam karangan bersurat sahaja. Susunan adalah lebih lanjut dan lebih
lengkap berbanding bahasa mulut.

· Selepas Merdeka
Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
III telah memupuk usaha yang beterusan dalam penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini,
kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran
Kebangsaan, menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Perjanjian Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai.
Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ahli
linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam penulisan tentang bahasa Melayu.

4.1.1.2 Kesan Konsep Bahasa Melayu Standard terhadap perkembangan bahasa


Melayu
Radio dan Televisyen Malaysia dari segi sebutan standard Melayu menentukan bentuknya
dengan mengadankan rundingan dari semasa ke semasa dengan ahli bahasa dari Universiti di
Semenanjung Malaysia. Sebagai contohnya, pihak Radio dan Televisyen Malaysia mengadakan
perjumpaan untuk menentukan sebutan beberapa bunyi [r] di hujung perkataan. Dari segi
perkembangan, adalah sukar untuk menentukan keseragaman bahasa Melayu. Sebagai
contohnya, Radio Republik Indonesia dan Televisyen Malaysia masing-masing mempunyai
bentuk sebutan mereka tersendiri yang dituturkan hanya oleh juruhebah mereka. Masyarakat di
luar pada umumnya menuturkan sebutan mereka sendiri.
Kesan konsep bahasa Melayu standard dalam rangka penyatuan bahasa Malaysia dengan
bahasa Indonesia dilaksanakan melalui sistem ejaan dan peristilahan. Perkara-perkara yang
berkaitan dengan tatabahasa dan sebutan tidak disentuh. Tatabahasa Asmah dan Za’ba masih
digunakan kerana bahasa Melayu tidak banyak berubah dari segi tatabahasanya dalam tempoh
lima puluh tahun belakangan ini. Yang jelas perubahan yang berlaku hanya dari perbendaharaan
kata. Tatabahasa Za’ba menjadi panduan utama apabila penulisan tatabahasa baru dilakukan.

4.1.1.3 Tatabahasa Bahasa Melayu Standard


Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu. Pelbagai tatabahasa baru telah
diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baru telah dibentuk agar masyarakat dapat
mengaplikasikannya dalam petuturan seharian mereka. Namun, hal ini telah menimbulkan
masalah konsep seperti tatabahasa tradisional dan tatabahasa moden. Masalah kekacauan dalam
penggunaan bahasa Melayu telah berlaku. Pengkaji atau pengajar bahasa mudah terpengaruh
bahawa apa yang ada pada masa sebelum timbulnya konsep itu adalah tradisional dan apa yang
timbul selepas wujudnya konsep itu ialah harus baru dan dianggap moden.
Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek perbandingan antara dua pihak iaitu antara
tatabahasa Za’ba dan Asmah Haji Omar. Za’ba telah menulis tatabahasa lebih awal tanpa
melibatkan penggunaan teori, teknik atau prinsip linguistik. Tatabahasa Za’ba ini dianggap
bersifat tradisional. Manakala, Asmah Haji Omar telah menggunakan pendekatan baru dalam
penulisannya. Pendekatan Asmah Haji Omar yang baru ini dianggap moden. Rakyat belum
bersedia menggunakan pendekatan baru ini. Akibatnya, Pedekatan ini tidak dapat dilaksanakan.
Hal ini bermakna bahasa Melayu harus selaras dengan norma masyarakat agar bentuk dan
struktur tatabahasa dapat diterima oleh masyarakat.
Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu
tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Pertambahan leksis melalui proses
peristilahan telah meninggalkan kesan pada perkembangan bahasa Melayu. Konsep tersebut
dikaji dari aspek bunyi dan morfologi bahasa Melayu. Kemasukan kata bahasa asing telah
membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing. Sebagai contohnya, kemasukan perkataan
Arab telah membawa masuk bunyi bahasa Arab. Dalam hal ini, kita melihat kepada aspek ejaan.
Pengejaan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja dengan ejaan Rumi dengan
menyesuaikan bunyi Arab itu atau menggantikannya dengan bunyi bahasa Melayu yang terdekat
sekali.
Dari aspek morfologi, kemasukan kata Arab telah membawa masuk akhiran [ah].
Akhiran [ah] ini menunjukkan jenis kelamin dan perkataan-perkataan seperti [muslimin] dan
[mslimah]. Kata tersebut telah dibawa masuk dalam bahasa Melayu sebagai kata yang tersendiri.
Istilah yang baru dicipta perlu ada unsur morfologi Melayu. Huraian serta komen daripada ahli
bahasa perlu diteliti tentang unsure baru morfologi bahasa Melayu. Perubahan telah berlaku
melalui pertambahan leksisnya. Perubahan ini ditinjau dari aspek pertambahan perkataa baru,
masuknya morfem-morfem terikat asing, dan penggunaaan morfem terikat bahasa Melayu dalam
menerbitkan perkataan-perkataan baru.
Dari aspek fonologi Melayu, pengaruh Islam telah meninggalkan kesan pada fonologi
Melayu iaitu bertambahnya bunyi konsonan. Tiada penambahan dalam vokal akibat pertambahan
leksis kepada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Konsonan-konsonan yang masuk ke dalam
bahasa Melayu itu yakni selain daripada yang datang daripada bahasa Arab yang datang dari
bahasa Arab adalah jenis konsonan biasa iaitu [v].

4.1.2 Peranan Bahasa Melayu di Malaysia


Bahasa Melayu mempunyai status dan fungsi yang pelbagai di Malaysia. Masyarakat memang
sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1996). Bagi orang
Melayu, bahasa Melayu ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka. Bagi orang bukan
Melayu, bahasa Melayu menjadi berperanan sebagai bahasa kedua. Bahasa Melayu
wajib dikuasai oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem
pendidikan dan pentadbiran di Negara kita. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa formal.
Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi atau formal.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama dalam bidang pendidikan
dan pentadbiran.

4.1.2.1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang
tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan
pelbagai permasalahan. Kita tidak ingin peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh
sebab itu, kita memerlukan satu mekanisme untuk penyatuan untuk mengeratkan hubungan
kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan
telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia. (Zulkifley. Ramli Md. Salleh & Rahim Aman,
2007)
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa “Bahasa
Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen. Manakala pada tahun 1967,
bahasa Malaysia telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi Negara Malaysia. Bagi meningkatkan
kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk
memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu. Perancang korpus ini
telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan
perancangan korpus bahasa dengan menyusun panduan ejaan, kamus, tatabahasa, tanda-tanda
bacaan, surat kiriman, dan peristilahan.
4.1.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan
Selepas merdeka, pihak Kerajaan telah merancangkan pembinaannya dengan tujuan
supaya bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan
masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara. Pelbagai
usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meluaskan penggunaan dan penguasaan
Bahasa Melayu oleh masyarakat yang masih belum tahu berbahasa Melayu.
Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa
Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Namun demikian, pada keseluruhannya bahasa
Melayu gagal dalam melaksanakan pengajaran bahasa Melayu. Kegagalan ini dilihat dari semua
aspek penguasaan bahasa seperti sebutan, ejaan, imbuhan, ayat, kata, intonasi dan peribahasa
(Abdullah Hassan, 1996). Dalam pada itu, usaha giat dijalankan untuk mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa Melayu moden. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam
pengajaran bahasa Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi
digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-
murid. Menurut Laporan Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat
utama bagi sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan
Bahasa yang mempunyai dua peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan
menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Laporan Razak telah menyokong penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mencadangkan
perkara-perkara seperti berikut:
(i) Kelulusan bahasa Melayu diperlukan untuk memasuki perkhidmatan awam.
(ii) Bahasa Melayu patut menjadi faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kanak-kanak ke
sekolah menengah dan diwajibkan dalam semua peperiksaan yang diawasi kerajaan.
(iii) Bahasa Melayu boleh dijadikan syarat kelulusan yang penting bagi calon yang memohon
biasiswa kerajaan.
(iv) Bonus akan diberi kepada pegawai Kerajaan yang lulus peperiksaan Bahasa Melayu.
(v) Bantuan kerajaan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan diberi apabila cukup alatan mengajar
di sekolah itu.
(vi) Bahasa Melayu boleh diwajibkan dalam sebahagian daripada kursus latihan guru dan
peperiksaan.

4.1.2.3 Pembinaan Sekolah Menengah Melayu


Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah Menengah Melayu
dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awal abad ke-60an. Sekolah Menengah
Melayu yang mula-mula sekali siap dibina pada tahun 1963. Pertambahan sekolah Melayu
bertambah agak pesat. Sekolah Menengah Melayu berjumlah 363 buah pada akhir tahun 1974.
Antaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim Jitra, Sekolah Tun Fatimah Melaka, dan lain-lain.
Berdasarkan jadual ini, perkembangan sekolah tidak berkadar terus dengan tahun. Kemerosotan
bilangan sekolah ini jelas terdapat pada tahun 1966, 1967, 1968, 1969, dan 1970. Antara sebab
kemerosotan bilangan sekolah ini adalah disebabkan Sekolah Menengah Melayu pada mulanya
menumpang di sekolah Inggeris. Apabila bangunan barunya dibina, sekolah yang menumpang
ini akan ditutup. Bukan itu sahaja, malah Sekolah Menengah Melayu yang kecil-kecil telah
disatukan.

4.1.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar


Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan Negara dan menjadi alat utama perpaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan yang
berbahasa pengantar Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan, namun pelaksanaan bermula pada
tahun 1968.
Pada tahun 1959, perubahan pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah
dillaksanakan pada peringkat kolej. Hal ini kerana suatu tunjuk perasaan oleh penuntut Maktab
Perguruan Bahasa yang menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengubah bahasa
pengantar kolej itu.

4.1.2.5 Bahasa Melayu dalam peperiksaan


Penggunaan bahasa Melayu dalam peperiksaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan peperiksaan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1957, Peperiksaan bahasa Melayu
sebagai satu matapelajaran telah dilaksanakan.

4.1.2.6 Bahasa Melayu dalam latihan perguruan


Pada tahun 1957, kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di
pusat latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib
kepada para guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu
amat penting kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang
dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan. Sejak tahun 1958, Maktab Perguruan Bahasa
telah melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan
bahasa pertama. Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah
diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka
mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.
4.1.2.7 Bahasa Melayu sebagai bahasa Pentadbiran
Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran di Negara kita.
Perlembagaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk
menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan
oleh Yang Dipertuan Agong.
Bahasa Melayu berperanan dalam kegiatan rasmi seperti penulisan surat, pembicaraan
dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan adalah dalam bahasa Melayu.
Namun demikian, terdapat sestengah pihak yang kurang yakin tentang peranan bahasa Melayu
dalam menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana mreka mendakwa bahawa bahasa
Melayu kurang lengkap istilahnya untuk melambangkan dan memperkatakan berbagai-bagai
perkara, benda, dan kejadian yang terdapat dalam kebudayaan moden. Sebagai contohnya,
bidang ilmu pengetahuan yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran tidak berjaya dilaksanakan secara
keseluruhannya. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah sikap rakyat di
Negara kita sendiri yang tidak yakin akan bahasa Melayu. Hal ini telah menjadi penghalang
dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam urusan
pentadbiran. Bagi menangani masalah ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada
tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan ejen utama dalam merancang penerimaan
bahasa Melayu oleh masyarakat di Negara kita.

4.1.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pusataka dalam memartabatkan Bahasa Melayu
Di samping berkembang dengan sendirinya, pembinaan bahasa Malaysia ini dikendalikan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tugas ini memang besar dan permintaan penutur bahasa
Malaysia untuk perkembangan kata-kata baru, istilah, ejaan, kamus, dan pedoman tatabahasa.
Berbekal Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, yang diberi autonomi untuk melaksanakan
tugas membina dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai salh satu bahasa utama dunia
menjelang tahun 2020. Wawasan keramat ini termaktub dalam Matlamat, Falsafah, Misi, Moto
DAN Budaya Korporat
Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan untuk memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
serta memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan
Pustaka juga telah mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan
buku-buku, risalah-isalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa-bahasa lain. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah berperanan dalam menyamakan ejaan dan bunyi sebutan, dan
menggubal istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Sebuah kamus bahasa kebangsaan juga
telah disusun dan diterbitkan.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah membantu kerajaan dalam usaha menerangkan
maksud bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang
paling mencabar ialah dalam meyakinkan orang tentang kesanggupan bahasa Melayu dalam
menggantikan bahasa Inggeris. Kemudahan-kemudahan untuk orang ramai seperti kakitangan
kerajaan telah disediakan untuk mempelajari bahasa Melayu. Menurut Perlembagaan Tanah
Melayu 1957, selepas sepuluh tahun merdeka, Parlimen akan besidang untuk menentukan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerajaan telah membuat banyak persediaan
berhubung dengan pelajaran dan pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan
menjalankan pelbagai penyelidikan terhadap bahasa melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha membantu kerajaan menyedarkan orang ramai tentang
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan adalah bertujuan menyatukan rakyat
pelabagai bangsa di Tanah Melayu. Namun demikian, Perlembagaan Tanah Melayu tidak
mengetepikan kedudukan bahasa dan kebudayaan bangsa lain di negeri ini. Bahasa dan
kebudayaan bangsa lain tetap terjamin kedudukannya. Sebagai contohnya, pelancaran program
kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Bermula dari tahun 1960 Dewan Bahasa dan Pustaka telah
melancarkan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengarang, bersyarah, melukis
poster yang berdasarkan tema-tema perpaduan.
Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
mengumpulkan dan mencipta istilah untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dua jawatankuasa
telah ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa
Istilah Jawatan dan Jabatan Kerajaan Serta Jawatankuasa istilah Sains dan Teknik.
Dalam pada itu, kemudahan untuk orang ramai telah disediakan untuk mempelajari bahasa
Melayu. Kemudahan ini lebih diutamakan kepada kakitangan kerajaan. Pelbagai kursus telah
dilaksanakan. Kerajaan dan badan-badan serta pertubuhan di luar kerajaan harus menguasai
bahasa Melayu dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Hal ini kerana, Perlembagaan
Tanah Melayu menyatakan bahawa selepas sepuluh tahun merdeka, parlimen akan bersidang
untuk menentukan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang menggantikan bahasa
Inggeris. Bermula dari tahun 1960, Pengarah Pelajaran Lanjutan telah menganjurkan kursus
bahasa kebangsaan kepada pegawai dan Kakitangan kerajaan. Hal ini bertujuan memberi
pengetahuan bahasa Melayu dalam urusan pekerjaan seharian mereka. Tindakan ini
membolehkan jentera pentadbiran Negara pada masa akan datang dijalankan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka giat melaksanakan pembakuan dalam sistem ejaan, peristilahan
,tatabahasa, perkamusan, sebutan, laras dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Bagi
mengukuhkan usaha-usaha ini maka pelbagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera
Melayu telah diadakan. Sebagai contohnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun
1952. Kegiatan- kegiatan seumpama ini membolehkan bahasa Melayu semakin berkembang
sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian
tinggi dan tulisan ilmiah.

4.2 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1970 hingga 1980


Pada tahun 1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perhubungan
awam. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan berlipat ganda untuk melengkapkan bahasa. Isu
yang wujud pada tahun 1970-an ialah bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-
sekolah jenis Kebangsaan Inggeris yang menggantikan bahasa Inggeris. Selain itu, isu yang
wujud pada tahun ini juga ialah semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah
dikuliah dalam bahasa Malaysia. Misalnya, Universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang
(Universiti Sains Malaysia). Di samping itu, perancangan bahasa juga telah berlaku dalam
tempoh 1970-an. Perancangan yang dilaksanakan adalah seperti pembinaan istilah-istilah baru,
sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus telah diterbitkan dalam sepanjang tempoh ini.
Menurut Mukhtaruddin (1982), mulai daripada tahun 1970, PENA telah menggesa
supaya semua darjah Satu dan darjah Dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di samping itu, jumlah waktu
mata pelajaran bahasa Melayu ditambah. Selain itu, pada peringkat sekolah menengah pula,
PENA juga telah menggesa supaya bahasa pengantar di kelas peralihan ditukar daripada Inggeris
kepada bahasa Melayu. Tambahan itu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan
mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa Kebangsaan dan
mulai tahun 1971 Kertas Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi
Persekolahan. Di samping itu, maktab digesa mengambil lebih ramai murid aliran kebangsaan
memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab Tentera manakala bagi
maktab-maktab perguruan pula bahasa Melayu digunakan bahasa pengantarnya dan pelajar-
pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan mengajar dalam bahasa Melayu. Pada
peringkat universiti, bahasa Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah. Pada tahun
1976, semua kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya dan Universiti
Pulau Pinang (Universiti Sains Malaysia).
Dalam tempoh 1970-an, Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah
dimansuhkan. Di samping itu, murid-murid Tingkatan Lima di sekolah menengah jenis
kebangsaan Inggeris mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikehendaki lulus dalam
bahasa Melayu. (Ahmad Adam, 1994: 95). Pada tahun 1971, mata pelajaran Geografi dan
Sejarah di dalam peperiksaan Penilaian Darjah 5 telah diperiksa dalam Bahasa Melayu di
sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris. Namun begitu, pada tahun 1974 semua mata
pelajaran dalam peperiksaan penilaian telah dijalankan dalam bahasa Melayu. Di samping itu,
mata pelajaran Lukisan, Pertukangan Tangan dan Muzik dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran pengantar Inggeris telah diperiksa dalam bahasa Melayu pada tahun 1974 juga. Di sini
dapat kita lihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kepada beberapa institusi
yang penting di negara kita. Hal ini dapat menggalakkan semua penutur di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap di mana-mana sahaja mereka berada.
Terdapat dua kesan daripada gejala pengintensifan bahasa Melayu ini, iaitu yang
pertama ialah melalui usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua pihak, bahasa yang
dahulunya disifatkan sebagai anak tiri telah mekar berkembang menjadi sekuntum bunga yang
harum. Maksudnya di sini ialah bahasa Melayu yang pada mulanya kurang digunakan telah
menjadi bahasa yang mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza dan digunakan juga dalam
bidang yang berbeza dalam masa yang singkat. Kedua ialah perkembangan yang terlalu pesat itu
telah membawa kesan-kesan negatif yang boleh mengakibatkan pencemaran bahasa. Oleh itu,
bagi mengelakkan pencemaran bahasa semakin banyak berlaku, pihak yang bertanggungjawab
telah mewujudkan dan melaksanakan pelbagai kempen-kempen kesedaran bahasa yang akan
mengangkat martabat bahasa kita dengan lebih tinggi lagi.
Tahun 1970-an merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal politik tetapi
lebih tertumpu pada usaha memperkaya dan mengembangkan bahasa itu.
Pada tahun 1983, tahun pertama di semua universiti harus menjalankan kursusnya dalam
bahasa Melayu kerana pada tahun itu mahasiswa yang memasuki universiti adalah daripada
sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di
samping itu, pada tahun ini juga terdapat implikasi yang penting kerana seorang kanak-kanak
Malaysia menerima seluruh persekolahannya dari darjah Satu sehinggalah ke peringkat universiti
dalam bahasa Malaysia. Selain itu, pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang-
bidang lain juga telah selesai. Maka dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tahun 1980-an
merupakan tahun kematangan bagi bahasa Melayu.
Jika dalam tahun-tahun 1970-an, penutur-penuturnya masih meraba-raba dalam gelap dan
istilah-istilah dan ungkapan baru masih dicari-cari, maka pada tahun-tahun 1980-an boleh
dianggap sebagai zaman taraf kesempurnaan hampir tercapai. Maksudnya di sini ialah penutur-
penuturnya masih tidak tahu akan fungsi bahasa Melayu serta masih tercari istilah-istilah yang
baru pada tahun-tahun 1970 dan pada tahun-tahun 1980 telah dianggap sebagai zaman taraf
kesempurnaan hampir tercapai. Selain itu, istilah-istilah teknik dapat diperoleh dengan
mudah. Gaya bahasa juga telah dikembangkan untuk membolehkan bahasa Melayu
memperkatakan sesuatu dengan tepat dan sempurna. Penutur-penutur terutamanya dalam
kalangan generasi muda dapat mengeluarkan buah fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bahasa Melayu.

4.2.1 Perancangan Bahasa


4.2.1.1 Pembentukan Ejaan dan Istilah dalam Bahasa Melayu
Pada zaman Jepun, dan selepasnya Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, dengan kebijaksanaan Za’ba
memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ejaan ini ialah gabungan Ejaan Wilkinson, dengan
beberapa perubahan baru yang dibuat oleh Za’ba. Ini terkandung di dalam Petua-Petua Ejaan Rumi (1974). Sistem ejaan ini
kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za’ba di dalam buku Pelita Bahasa Melayu. Penggal I, II, dan III. Sistem ini
dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini hinggalah ejaan baru diisytiharkan pada tahun 1972. Walau
bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan-pengamatan umum sahaja, oleh itu terdapat juga pengaruh huruf Arab
ke huruf rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah itu tidak saintifik, dan mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan-
kelemahan ini telah mengganggu penggunaan bahasa Melayu waktu itu.

Secara lebih jelas lagi, sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem
ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC.
Sistem Ejaan Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu
Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu
(Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Za’ba.
Sehubungan itu, usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa
sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia pada
tahap awalnya disusun oleh R.J. Wilkinson pada tahun 1908. Kemudian pada tahun 1920-an tokoh ulung bahasa Melayu, iaitu
Pendeta Za`ba (Zainal Abidin bin Ahmad) telah menyusun sistem ejaan Rumi yang digunakan demikian lama di Malaysia dalam
sistem pendidikan, pentadbiran dan lain-lain, iaitu kira-kira setengah abad, sehinggalah ditetapkan ejaan Rumi baharu pada tahun
1972.

Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Tun
Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut
mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang
Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah
perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu danbahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan
baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang
berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan
penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkatsupranasional yang menjadi asas
bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan
yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang
sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa
supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standard yang tinggi berbanding sistem yang
dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk
sistem ejaan rumi yang akan datang.
Dalam pada itu, sebelum penetapan sistem ejaan baharu itu, ada pula sistem ejaan Universiti Malaya, sistem ejaan
Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain. Sesuai pula dengan semangat penyatuan
bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang
dirasmikan ialah sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu)
dengan Pemerintah Indonesia (melalui Pakersa, iaitu Panitia Kerja Sama Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama
kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Penubuhan Majils Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan era baru dalam kerjasama
kebahasaan di rantau ini. Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Baru Bahasa Malaysia/Indonesia dihasilkan. Pengisytiharan Sistem
Ejaan Bersama (di Malaysia disebut Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia disebut Sistem Ejaan Yang
Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis
pengisytiharan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Hussein.

Menurut Zulkifley (2004: 44), pada tahun 1972, penyelarasan sistem ejaan bagi Melayu-
Indonesia merupakan proses perancangan bahasa yang dilaksanakan pada peringkat
supranasional. Hasil yang pertama berjaya dilaksanakan ialah Sistem Ejaan 1972 yang dikenali
sebagai Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia di Malaysia dan di Indonesia pula sebagai
Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan. Sepanjang tempoh 1972 hingga 1975,
beberapa perubahan kecil telah dilakukan oleh kedua-dua negara terhadap sistem ejaan
tersebut. Dengan itu, terhasil lah sebuah buku panduan atau pedoman ejaan yang baru pada
tahun 1975. Di Malaysia, buku panduan tersebut dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa
Malasysia manakala di Indonesia pula dikenali sebagai Ejaan Baru Bahasa Indonesia.
Di samping itu, Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
kegunaan ramai. Sistem ejaan itu nasih mengandungi beberapa masalah kecil. Jadi Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
dibentuk, dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia maka terbentuklah masalah ejaan baru itu dibincangkan
dalam persidangan-persidangan majlis tersebut.
Sebagai pedoman kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah,
antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa
Melayu: Rumi - Sebutan – Jawi (2001). Penerbit swasta turut serta dalam pengembangan sistem ejaan baharu itu dengan
penerbitan pelbagai buku pedoman bahasa yang turut meliputi aspek sistem ejaan. Sistem ejaan baru ini mengubah sistem ejaan
sebelumnya misalnya daripada ch kepada c, sh kepada ‘sy’, ‘dz’ kepada ‘d’ dan ‘th’ kepada ‘s’. Lambang-lambang ‘kh’,
‘ny’, ‘gh’ dan ‘ng’ masih kekal dipakai.

Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen pentadbiran, bahan pengajaran dan
pemelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi tertulis diasaskan pada satu sistem ejaan yang relatif seragam dan hal
ini membantu berlangsungnya komunikasi yang cekap dan berkesan, khususnya dalam pelaksanaan pentadbiran negara dan
sistem pendidikan negara.

Dengan itu, sebuah majlis telah ditubuhkan untuk menyatukan aspek lain bahasa seperti
peristilahan, iaitu Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis ini telah berjaya menghasilkan
sebuah pedoman untuk ejaan baru, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan sebuah
lagi untuk peristilahan, iaitu berjudulPedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa
Malaysia pada tahun 1975 yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan
terbitnya buku ini, maka sebahagian besar kekeliruan tentang sistem ejaan bahasa Melayu dapat
diatasi. Pada tahun 1976 pula, Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia yang telah mengadakan
persidangan di Kuatan memutuskan bahawa akhiran “ysis” dan “esis” dalam bahasa Inggeris
perlu diterjemahkan secara malar dan diberikan bentuk “isis” sahaja dan bukan kadang kalanya
“isa”. Maka dengan itu, “analisa” misalnya kini telah menjadi “analisis”.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahsa
Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah banyak
membentuk kerja-kerja peristilahan. Sejumlah 164,049 isltilah dalam pelbagai bidang/subbidang
ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, 40 buah kamus istilah dapat diterbitkan dalam tempoh
dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah kamus lain sedang diusahakan.
Bahagian Peristilahan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk
memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan
pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-
jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka
menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai
panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina
didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa.
Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957, dengan dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu
Sains dan Teknik. Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah 1 juta dan meliputi ratusan
bidang ilmu dan profesional (Bidang istilah yang sedang diupayakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia
– Malaysia berjumlah 250 bidang, manakala yang diusahakan di peringkat negara melebihi 300 bidang).

Bagi memudahkan kerja, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan dua
jawatankuasa istilah. Pertama ialah Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan, dan kedua
ialah Jawatankuasa Istilah Sains Am. Panduan dan falsafah yang dipegang dalam pembentukan
istilah tahap awal itu ialah menjaga kemurnian bahasa Melayu dan panduan ini sebenarnya
mengongkong proses pembentukan istilah itu. Namun begitu, beberapa istilah telah dapat
bertahan sampai sekarang seperti stesen, kimia, dan sains. Terdapat beberapa istilah waktu itu
sudah dipinda oleh sebab tidak dapat mendukung konsep asalnya. Contohnya ilmu jiwa,
kajirumpun bangsa, ilmu hisab dan kajibentuk bumi. Istilah yang dipakai sekarang
ialah psikologi, ethnologi, matematik dan geomorfologi.
Zaman kedua dalam pembentuk istilah berlaku sekitar tahun 1960 hingga 1975. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah menyusun tiga pedoman yang dapat disenaraikan seperti berikut:
(a) Pedoman Membentuk Istilah-Istilah Baru DBP, yang mula digunakan sejak 1959.
(b) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP, yang mula digunakan
selepas 1970.
(c) Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang mula digunakan pada 1971.
Beberapa Jawatankuasa Istilah lagi dibentuk kemudiannya oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk membentuk istilah-istilah bidang profesional yang amat mendesak pada ketika
itu. Jawatankuasa Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975.
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972, sebagai
penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada tahap awal penubuhan JKTBM ialah untuk mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama bagi
menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha ini berhasil dan dipertingkatkan
kemudiannya. Selanjutnya tugas jawatankuasa tersebut mencakupi pula aspek peristilahan
dan malahan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa
Melayu.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman ini.
PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman ini ialah hasil
usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu pembentukan
istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI dibentuk dengan sumbangan pakar
ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan berpandu kepada amalan dalam usaha yang sama di
peringkat antarabangsa. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Menteri Pendidikan
Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975
(Abdullah Hassan, 1987: 85).
Walaupun sudah ada PUPI tetapi disebabkan banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) dan
mencakupi bidang yang banyak pula, dengan konsep dan pemahaman ilmunya yang tersendiri
pula, maka wujudlah bermacam-macam istilah, malahan satu istilah mendukung pelbagai konsep
dan pengertian. Oleh sebab itu, istilah tertentu ciptaan pelbagai JKI itu perlu diselaraskan. Dua
buah jawatankuasa penyelarasan telah dibentuk, iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains
tulen dan Jawatankuasa Penyelarasan Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Pada tahun 1981, DBP telah mengeluarkan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia. Buku yang paling muktahir tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ialah
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996.
Menjelang pada tahun 1980-an, akhiran “isasi” atau “ifikasi” yang sangat popular pada
tahun 1960-an dan 1970-an telah digantikan dengan penggunaan “pe-an” oleh para penerbit
karya ilmiah tanpa sebarang sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Contohnya ialah:-
· Modenisasi - Pemodenan
· Islamisasi - Pengislaman
· Klasifikasi – Pengelasan
Dalam tahun 1980-an juga, satu ketetapan dicapai dalam sidang Majlis Bahasa Malaysia-
Indonesia di Bali bahawa “de” dalam istilah saintifik telah digantikan dengan
“nyah”. Contohnya perkataan “mendewarnakan” menjadi “menyahwarnakan”. Dalam tempoh
ini juga, pelbagai istilah saintifik telah wujud seiring dengan peredaran zaman.
Daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya itu, baik dalam bidang ilmu sains sosial mahupun
ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa, kejuruteraan
kapal terbang dan kejuruteraan automotif. Pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad Sabirin merupakan pakar
yang mereka bentuk, melancarkan dan mengoperasikan mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1. Jumlah buku istilah
dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ialah sekitar 213 judul. Seluruh peringkat
dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan
pengembangan ilmu kepada pelajar semua peringkat itu.
Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan
profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang
sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya hingga di peringkat sekolah menengah.
Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden,
ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan
penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian
tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing.
Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang dan memulakan gerak langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu
dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai
peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan
terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi
keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden,
ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan
penggubalan istilah, menyususn glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian
tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka
untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak
langkah meliibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus
ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini.
Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup
pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

4.2.2 Pembentukan Tatabahasa dalam Bahasa Melayu


Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi
perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang
meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita
Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi
rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan
semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah. Dewan Bahasa dan Pustaka
berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid
II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).

4.2.3 Pembentukan Sebutan dalam Bahasa Melayu


Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada
tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan bersempena dengan
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa
Melayu(berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi.

Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab itu,
perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan aspek-aspek bahasa
yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang berikut:
(i) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia
keempat (1981)
(ii) Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal 1980-an.
Beberapa bengkel diadakan sehingga tahun 1987.
(iii) Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik
Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa.
(iv) Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP
dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PLM serta
pakar-pakar bahasa pada tahun 1987.

4.2.4 Pembentukan dan Pengembangan Kamus


Menurut Ibrahim (1994: 4), tradisi penyusunan kamus di rantau ini mengalami
pengalaman yang hampir sama seperti yang berlaku di Barat. Jika tradisi permulaan perkamusan
Melayu bermula dengan disiplin yang agak longgar apabila bentuknya tidak memenuhi ciri-ciri
sebuah kamus, tetapi lebih kepada bentuk daftar kata atau glosari, perkembangan yang sama juga
berlaku di Barat. Mengikut catatan sejarah, bentuk daftar kata atau glosari yang muncul dalam
tradisi bentuk dwibahasa. Hal yang sama juga berlaku dalam tradisi perkamusan Melayu apabila
didapati bentuk kamus yang terawal adalah dalam bentuk dwibahasa. Ini berdasarkan
pembuktian daftar kata dwibahasa Sanskrit-Melayu kuno pada abad ketujuh atau kelapan atau
penemuan glosari atau daftar kata Latin dengan padanan bahasa Inggeris zaman Anglo-Saxon
pada ke -8.
Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa yang pertama bagi DBP telah berjaya diterbitkan
pada tahun 1970 dan diulang cetak pada tahun 1984, dengan perubahan ejaan mengikut sistem
ejaan baru; edisi kedua, iaitu Kamus Dewan Edisi Baru diterbitkan pada tahun 1989; dan edisi
ketiga diterbitkan pada tahun 1994. Kamus Melayu Edisi Pelajar, iaitu Kamus Bahasa Malaysia
Edisi Pelajar, terbit pada tahun 1975, lanjutan daripada kamus ini, Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1983. Kamus Pelajar disusun berasaskan Kamus Bahasa
Malaysia Edisi Pelajar dan sebahagian besar daripada kandungannya diserap daripada kamus
tersebut, tetapi dilakukan sedikit pengubahsuaian. Di samping itu, pada pertengahan tahun 1971,
Kamus Dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia telah mula diusahakan dan terbit pada
tahun 1991. Maka dengan itu, untuk membantu usaha menyebarluaskan pengguna bahasa
Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai bentuk
kamus khusus diusahakan. Kamus bahasa sukuan yang pertama diterbitkan oleh DBP ialah
Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia pada tahun 1989.
Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah bermula pada tahun 1964 terhasil pada tahun 1970 dengan
terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya
berjumlah kira-kira 30,000 patah itu kemudian diterbitkan dalam edisi baharu pada tahun 1984 dan 1989 (masing-masing dengan
tambahan 900 entri dan 2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun 1995 (dengan tambahan 6,000 entri) dan edisi keempatnya pada
tahun 2005 (dengan tambahan 5,000 entri).
Untuk pelajar sekolah menengah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa
Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975 dan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun 1987, sementara untuk murid sekolah
rendah disusun dan diterbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2003 terbit edisi keduanya
dengan judul Kamus KBSR Dewan Bergambar.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengusahakan dua buah kamus dwibahasa. Pertama
ialah kamus Melayu-Inggeris dan kedua kamus Inggeris-Melayu yang kedua-duanya diterbitkan
pada tahun 1984. Terdapat juga kamus yang diusahakan oleh penerbit-penerbit swasta.
Contohnya ialah seperti kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa yang diusahakan oleh A.S
Hornby et al. (1972), A.K. Mohamad (1973), Mohd Salleh Daud (1973), Sulaiman Masri (1973),
Meji Sulung (1974) dan Kader M.A. (1974).
DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus. Kamus-
kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan; kamus
dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa seperti Kamus
Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas,
sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus
khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain
lagi.; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus
umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.
Ada tiga jenis kamus yang diusahakan, iaitu kamus sinonim, antonim dan thesaurus yang
juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Badan perancang bahasa Melayu itu juga ada
menerbitkan kamus menurut bidang yang juga disebut kamus istilah. Kamus ini disusun
mengikut keperluan golongan profesional.
Sepanjang tempoh 1970-an dan 1980-an, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat
dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkenaan. Mereka telah berusaha menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai berbagai-bagai fungsi yang digunakan oleh
seluruh masyarakat yang ada di Malaysia pada masa itu. Dalam tempoh ini juga, Dewan Bahasa
dan Pustaka telah banyak memainkan peranan dalam mengembangkan bahasa Melayu tidak kira
dari segi ejaan mahu pun istilah. DBP juga telah berjaya menerbitkan kamus yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Maka dengan ini, semua maksud kepada sesuatu
perkataan dapat diketahui dengan bantuan kamus.
4.2.5 Kempen Kesedaran Bahasa
Bagi mengekalkan kewujudan bahasa khususnya bahasa Melayu, beberapa usaha telah
dilaksanakan. Sebagai contoh ialah “Program Gerakan Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan
pada 11 Disember 1987 oleh Perdana Menteri Malaysia, bertujuan untuk membina kesedaran
dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa di
Malaysia. Pelbagai kempen kesedaran bahasa telah dijalankan supaya masyarakat yang
menggunakan bahasa Melayu khususnya akan lebih menghargai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Malaysia. Walaupun kita telah menempuh era yang baru, tidak bermakna bahasa yang kita
gunakan juga baru. Kita harus mengekalkan keaslian bahasa kita dalam negara mahu pun di luar
negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan bahasa yang digunakan dalam
kehidupan seharian yang melambangkan identity sesebuah bangsa. Misalnya, bahasa Melayu
atau bahasa Malaysia digunakan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

4.3 Perkembangan Bahasa Melayu tahun 1990 hingga 2000


4.3.1 Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia

Isu bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sering kali diperdebatkan kerana masyarakat
Malaysia masih tidak tahu perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Sebenarnya kedua-
dua bahasa tersebut walaupun pada zahirnya sama, ianya tetap berbeza dari segi pendefinisian
maksud dan latar belakang sejarah. Bagaimana kedua-dua bahasa ini berbeza di kotak fikiran
kita?
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan
istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa,
sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik dan
hakikat ilmu.
Istilah bahasa Melayu tidak mempunyai mandatnya lagi. Bahasa Melayu diganti dengan istilah bahasa Malaysia kerana
ianya dikatakan bersifat majmuk dan sesuai bagi menggambarkan bahasa yang diterima pakai secara meluas oleh rakyat
Malaysia. Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan
cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut
bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa Malaysia sedangkan
hakikatnya tidak begitu. Isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mula ditimbulkan kerana kehadiran sesetengah pihak yang
tidak faham maksud Bahasa Melayu. Golongan tersebut terus mengunci bahawa “Melayu” dan Bahasa Melayu tersebut merujuk
kepada kaum melayu. Bahkan dalam kotak fikiran mereka “bukankah kita sudah merdeka dan hidup berbilang kaum, maka
pengunaan frasa Bahasa Melayu adalah tidak wajar untuk masyarakat Malaysia”. Sesetengah golongan tersebut cuba menyatakan
bahawa Bahasa Melayu bahasa anti perkauman. Mengapa perlu kita kembali kepada zaman Jahiliah, zaman kegelapan tanpa
ilmu.

Bahasa Melayu sebenarnya tidak merujuk kepada kaum Melayu, ianya adalah bahasa untuk
semua orang. Bahasa Melayu tidak perlu dihukum sebegitu rupa kerana bahasa Melayu adalah
warusan milik masyarakat Malaysia. Jika tidak , mengapa Bahasa Melayu digelar sebagai
“lingua Franca” pada zaman dahulu. Menurut Ahmad, bahasa melayu merupakan bahasa yang
berhubung secara meluas merentas etnik negara Malaysia. Maka, mengapa kita perlu
menganggap bahasa melayu sebagai unsur perkauman sedangkan masyarakat di luar sana
mengunakan bahasa inggeris tanpa merasakan unsur perkauman ? Malah, di Australia walaupun
mempunyai bahasa mereka sendiri, bahasa inggeris digunakan seperti biasa tanpa wujud
sentimen perkauman antara kaum asli Maori dengan kaum yang lain. Selain itu ,di Singapura
yang merupakan negara majoriti kaum Cina. Namun begitu, bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan negara tersebut. Sekiranya pelancong asing bertanya kepada rakyat Singapura,
“apakah bahasa kebangsaan negara Singapura?”. Rakyat Singapura akan menjawab bahasa
melayu dan bukannya bahasa Singapura.
Menurut Utusan Malaysia bertarikh 22 November 2007, “Selain itu, jika kita tinjau negara lain terutama negara maju dan
membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa
ibundanya.Jerman dan Jepun misalnya, setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga
mereka berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama. Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa ibundanya
sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi
pertama ke stesen angkasa lepas. Disini kita lihat, negara lain seperti Russia tidak menukar bahasa Russia kepada Bahasa Inggeris
walaupun ingin berkomunikasi dengan negara lain. Mereka tetap cintakan dan agungkan bahasa kebangsaan negara mereka.
Walhal kita malu untuk bercakap bahasa melayu jika berkomunikasi dengan orang luar negara. Pada 5 Mac 2010 lalu,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala
Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia. Kebanyakan peserta tersebut
bukan asli seperti rakyat Malaysia yang daripada kecil sehingga dewasa bertutur dalam bahasa Melayu.
Perlembagaan Malaysia juga telah termaktub iaitu Pekara 152 menyatakan bahawa bahasa yang dirujuk sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.(Abdullah Sani,2007) Walhal, penggunaan bahasa Melayu telah diiktirafkan
oleh dunia dan bahasa tersebut diterap dalam kursus di universiti luar negara. Maka, mengapa kita sebagai bangsa Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak sekian lama ingin menukarkan bahasa Melayu kepada bahasa
Malaysia.

“Keputusan Kabinet menukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi
mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, kata Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tahu Bahasa Kebangsaan itu merupakan
Bahasa Melayu, tetapi kita nak bahasa itu dijadikan bahasa kepada semua rakyat Malaysia,
tidak kira keturunan, kumpulan etnik dan sebagainya. "Kita anggap Bahasa Malaysia sebagai
bahasa milik kita semua, itulah rasionalnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Pelancongan Sedunia ke-3 di sini. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar
The Star hari ini bahawa Bahasa Malaysia akan dijadikan istilah rasmi bagi bahasa
kebangsaan. Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin dilaporkan berkata keputusan
sebulat suara itu dibuat Kabinet pada April memandangkan ia bakal menanamkan semangat
bahasa kebangsaan milik semua tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, semua kementerian,
universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain telah diarahkan supaya memaklumkan jabatan
serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah Bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis
dan dokumen, berkuatkuasa serta-merta. Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Bapa
Kemerdekaan iaitu Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai
kemerdekaan sebagai langkah menanam identiti Malaysia. Ia diguna pakai secara meluas
sehinggalah 1986 apabila ditukar kepada istilah Bahasa Melayu, kata Zainuddin. Beliau berkata
RTM sudah mula menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk merujuk kepada bahasa Melayu
dan mengarahkan semua stesen televisyen dan radio swasta serta suratkhabar supaya turut
menggunakannya.”

(Dipetik daripada Berita Harian ,4 Jun 2007)

Berdasarkan berita tersebut, adakah visi atau matlamat yang sebenarnya bahasa melayu
ditukar kepada bahasa Malaysia berjaya dicapai? “Tepuk dada tanya selera”, bahasa Malaysia
atau bahasa Melayu belum dapat menjamin kestabilan di dalam negara kita. Tahun 2010 telah
memperlihatkan lagi isu perkauman dibangkit melalui aspek agama. Maka, mengapa kita perlu
menganggu warisan bahasa kita yang telah wujud beratus-ratus dahulu demi kepentingan politik.
Bahasa Melayu adalah sejarah dan kita perlu belajar daripada sejarah.

Dalam pergulatan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kaki lima


di negara sendiri, tidak usahlah dibahaskan pula istilah yang mana satu
betul, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Secara mudah, bahasa
Melayu termaktub dalam Perlembagaan, bukan bahasa Malaysia.
Kerana itu biarlah ia terus menjadi bahasa Melayu daripada bahasa
Malaysia yang membawa konotasi asimilasi bahasa yang dituturkan
oleh semua kaum.(Utusan Malaysia Online, 5 Oktober 2009, ,)
Tamsilnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia, terpulang kepada kita bangsa Malaysia
untuk memahami apakah persoalan atau isu yang menjadi masalah sebenarnya. Sama ada diri
kita yang masih minda kelas ketiga atau bahasa yang perlu dipersalahkan.

4.3.2 Adakah pengunaan Bahasa Melayu merupakan pengerak pembangunan negara

Bahasa sememangnya merupakan alat atau elemen yang penting dalam memajukan tamadun
manusia. Dalam erti kata yang lain, bahasa adalah alat budaya sesuatu bangsa. Tun Mahatir
sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah berkata bahawa “maju bangsa Melayu
majulah Bahasa Melayu”. Konteks pengerak pembangunan negara yang dinyatakan disini ialah
pembangunan negara daripada segi ekonomi, politik dan sosial.
Tetapi, bagaimana bahasa tersebut menunjukkan ianya pengerak pembangunan? Kita lihat sejarah perjuangan Gottfried
Wilhelm Leibniz (1646-1716) dalam kajian Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa oleh Abdullah Hassan (Yang
Dipertua Persatuan Penterjemah Malaysia). Leibniz merupakan seorang sarjana matematik dan falsafah Jerman yang cuba
mencari mengapa bangsa Jerman masih lagi mundur walaupun ekonominya berkembang dan negara Jerman kaya dengan
pelbagai sumber. Permasalahan tersebut dikaji dan Leibniz menyedari bahawa bahasa Perancis dan Latin yang digunakan
menjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasan dan intelektual menggunakan bahasa Perancis dan
Latin, dan ilmu pengetahuan dalam segala bidang ditulis dan disebarkan melalui bahasa Perancis dan Latin saja. Rakyat biasa
yang hanya memahami bahasa Jerman tidak memahaminya. Antara ilmu dan rakyat wujud tembok bahasa. Leibniz juga
menyedari bahawa, apabila bahasa sendiri diketepikan dan bahasa asing didewakan, rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada
diri sendiri dan pemikirannya pun terjejas. Dan bangsa yang tidak percaya kepada diri sendiri tidak akan maju. Leibniz
mengatakan bangsa Jerman hilang kepercayaan kepada bahasa Jerman. Mereka sibuk mengatakan hanya bahasa Perancis itulah
yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang boleh membawa kemajuan. Akibatnya mereka mengabaikan
bahasanya sendiri. Dalam pada itupun, Leibniz melihat bahawa orang Perancis sendiri tidak menerima mereka sebagai nukleus
kepada masyarakat Perancis itu. Perjuangannya disokong oleh orang-orang Jerman yang percaya kepada perjuangannya. Pada
sekitar 1750-an terbitlah sebuah tatabahasa Jerman ditulis oleh Johan Christoph Gottsched, dengan judul Dasar-Dasar Tatabahasa
Bahasa Jerman. Sambutan rakyat dan golongan intelektual terhadap buku tatabahasa ini luar biasa. Gottsched mengatakan
bahawa sambutan hangat rakyat Jerman terhadap tatabahasa itu menunjukkan patriotisme rakyat Jerman terhadap bahasanya.
Tatabahasa Jerman ini membuktikan kepada semua bahawa bahasa Jerman adalah bahasa yang teratur yang sama mampu dengan
bahasa-bahasa mana pun di Eropah.
Bermula dari tarikh itu bahasa Jerman terus membangun dan digunakan dalam bidang-bidang yang diusulkan oleh Leibniz.
Itulah saat yang merupakan permulaan kebangkitan Jerman sebagai salah satu negara maju di dunia. Leibniz meninggal pada
tahun 1716 dan tidak menyaksikan hasil perjuangannya. Tetapi wawasannya telah memupuk jalan yang meletakkan bahasa
Jerman sebagai bahasa utama yang memainkan peranannya sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan perhubungan dalam
semua bidang termasuk perniagaan, di kalangan rakyat Jerman. (ABDULLAH HASSAN, 2009 )
Kita lihat negara-negara timur seperti Jepun dan korea. Bahasa kebangsaan mereka masing-masing adalah bahasa Jepun
dan Korea. Kedua-dua negara tersebut sangat maju walaupun pernah dilanda kemelutan ekonomi dan politik yang teruk.
(Abdullah Sani, 2007), Jepun tidak pernah berganjak daripada mengunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi dalam semua mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan
bukan di sekolah rendah. Peluang untuk mempelajari bahasa asing lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis , Rusia, Mandarin dan
lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun, bahasa
Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. Kita lihat perbezaan negara yang maju(mengunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa utama) dan tidak maju(tidak mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa utama) :

Maka, dapat disimpulkan disini, kebanyakan negara yang tidak mengunakan bahasa Ibunda sebagai bahasa utama
menghadapi masalah dalam memajukan negara mereka. India misalnya, mengunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama
selama 300 tahun dan Filipina selama 60 tahun dalam pentadbiran dan pendidikannya, tidak membantu dalam memajukan negara
mereka.(Abdullah Sani,2007) Berbanding Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun semakin maju dengan pengunaan
bahasa Melayu.

4.3.3 Bahasa Melayu VS Bahasa Inggeris dalam pendidikan


Isu pengunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga hangat diperkatakan dan banyak mengundang kontroversi. Tetapi ,
yang menjadi mangsa ialah para pelajar yang keliru dengan sistem pendidikan di Malaysia. Bila isu ini mula dibangkitkan? Isu
mula timbul apabila pada tahun 1993, Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa
semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Tetapi pada awal tahun 1970-an
ketika menjadi Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, keputusan Tun Dr. Mahatir tersebutt bertentangan dengan
pendiriannya pada peringkat awal iaitu beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa
penghantar utama untuk semua kursus di universiti.
Apabila pengumuman tersebut telah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahatir , kumpulan-kumpulan cendekiawan mengadakan
pertemuan demi pertemuan dan gerakan untuk menasihati kerajaan agar tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri pada
masa tersebut. Bak kata pepetah,”menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” , tidak sampai 10 tahun kemudian, iaitu
pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama iaitu Tun Dr. Mahatir telah membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains
dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Alang-alang mahasiswa
dan mahasiswi yang berhadapan dengan bahasa penghantar bahasa inggeris, biarlah dimulakan dengan rebung yang masih muda
agar senang dilenturkan.
Pada tahun 2003, setealah PPSMI atau nama penuhnyaPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu dasar pendidikan Malaysiayang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sainsdan Matematik di semua peringkat pendidikan Banyak
permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik. Pelbagai bantahan dan
bentuk respon oleh masyarakat Malaysia terhadap isu tersebut. Pemuda UMNO Barisan Nasional melahirkan kebimbangan dari
segi pelaksanaan dasar tersebut terutamanya membabitkan kecukupan tenaga pengajar dan jadual pelaksanaannya. Parti-parti
politik tempatan turut meragui pelaksanaan dasar baru tersebut dan wujud pula sesetengah yang mengambil kesempatan untuk
mengunakan isu tersebut sebagai isu perkauman. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyambut dengan
baik pengunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bagi mengelakkan sindrom tidak tahu berbahasa
inggeris menjadi semakin buruk dalam kalangan pelajar luar bandar khasnya. (Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad,
Rahimawati Abdul Rahim, 2007).

Isu Pelajar luar Bandar yang besar kemungkinan tidak dapat menyediakan diri dengan perubahan dijawab dengan bernas oleh
Tan Sri Musa bin Mohamad. Antaranya ialah :
Salah satu isu kritikal dalam pelaksanaan dasar bahasa Inggeris ini ialah kedudukan para pelajar Melayu di luar bandar.
Banyak pihak mendakwa kononnya pelajar-pelajar Melayu di luar bandarlah yang akan menjadi mangsa dasar bahasa Inggeris.
Mereka akan ketinggalan untuk mengikuti pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Itulah hujah mereka. Apakah
langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan senario seumpama itu tidak berlaku?
MUSA: Yang pertama kita kena faham bahawa pelajar-pelajar tahun satu yang masuk sekolah pada tahun 2003 mempunyai
masa selama enam tahun untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. Enam tahun itu adalah satu jangka masa yang panjang.
Saya yakin selepas enam tahun, mereka akan fasih dalam bahasa Inggeris.
Peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya hanya akan diwajibkan selepas enam tahun. Dalam tempoh enam
tahun itu, kita akan gunakan segala cara untuk mengatasi kelemahan para pelajar di luar bandar iaitu dari segi prasarana, guru
dan alam sekeliling. Orang selalu berkata mengapa kita tidak betulkan dahulu kelemahan-kelemahan itu sebelum laksanakan
dasar bahasa Inggeris. Kalau kita buat macam itu, jika kita beri tempoh enam tahun dari sekarang baru kita hendak laksanakan
pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, apa yang akan berlaku ialah tidak akan ada apa-apa yang berlaku.
Inilah perangai manusia. Mereka selalunya tunggu hingga waktu terakhir baru hendak membuat langkah ke depan.
Cara kerajaan menggerak kemajuan ialah dengan memaksa kemajuan itu berlaku dan bukannya memupuk benda itu sampai
matang, barulah kita hendak lakukan sesuatu. Kalau kita buat macam itu, iaitu tunggu wujud dulu suasana yang sesuai, ketika
itu orang lain telah pun jauh ke depan. Kita pula masih lagi leka membaiki itu, membaiki ini. Saya tidak khuatir jikalau pada
tahun 2003 nanti akan ada banyak masalah. Kita harus berani menghadapi masalah. Kalau dilihat di luar bandar, masalah itu
lebih besar. Kita kena terima dan kita kena hadapi masalah itu dengan berani. Jangan kita lari daripada masalah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada petikan “Jangan kita lari daripada


masalah – Musa”, 2002)
Namun begitu, “rambut sama hitam tapi hati lain-lain”, segelintir warga pendidik mempersoalkan usaha memperkenalkan
dasar baru tersebut. Guru yang berfikiran terbuka menerima dasar tersebut sebagai satu pendekatan yang baik dan cabaran untuk
meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. (don, 2007), Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa melayu
apabila bekas perdana menteri kita iaitu Tun Dr. Mahatir menyarankan pengunaan bahasa inggeris bagi subjek sains dan
teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia . Ia dilihat sebgai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah
penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar.
Kita memang tidak boleh menyangkal kebaikan yang kita peroleh daripada pelaksanaan dasar tersebut. Bahasa Inggeris telah
pun diiktirafkan sebagai bahasa sejagat dan Malaysia memerlukan tenaga-tenaga pekerja tempatan yang mahir berbahasa
inggeris. Pengunaan bahasa inggeris bukanlah meruntuhkan institusi bahasa melayu sebaliknya mengangkat mertabat bahasa
melayu di mata dunia. Maka, semua pihak haruslah berganding bahu dalam pelaksanaan tersebut agar tiada pihak yang
tersinggung serta pengunaan bahasa inggeris tersebut tidaklah seperti menghakis bahasa melayu daripada kamus kehidupan
masyarakat Malaysia. Sebaliknya, memperkukuhkan bahasa melayu serta bidang pendidikan Malaysia.
Namun begitu, keputusan pemimpin negara perlu dihormati kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Pada 8 Julai
2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah
melakukan kajian mendalam. Seperti yang diduga Tun Dr. Mahatir memberi kenyatan bahawa Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) wajar diteruskan untuk memastikan pelajar khususnya
bangsa Melayu tidak ketinggalan. Menurut beliau lagi , PPSMI bertujuan untuk melengkapkan pelajar di sekolah untuk
menguasai ilmu Sains dan Matematik sekaligus menguasai bahasa Inggeris yang diguna pakai di peringkat antarabangsa

Menurut SHURA atau Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.Setiausaha Agung Shura Mohd Azmi Abd Hamid berkata sejak PPSMI
dilaksanakan pada tahun 2002, ia telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan negara. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar Memorandum Bantahan terhadap
PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini hari ini.(BERNAMA, 10 JUN
2009).
Marilah kita fikir sejenak, dapatkah kita menentukan bahasa yang mana lebih penting atau akan menang sekiranya kedua-dua
bahasa tersebut dapat bertanding antara satu sama lain? Sebenarnya, menang atau kalah, kita tidak perlu tentukan. Pekara yang
paling penting ialah kedua-duanya membawa kebaikan bukannya menimbilkan permasalahan yang rumit.

4.3.4 Bahasa rojak mengancam Bahasa Melayu


“Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa rojak jika mahu kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan. Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa?
akan luntur khususnya di kalangan generasi akan datang. Mereka bimbang, memandangkan
penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media elektronik. Sehubungan
itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau memberi kuasa kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut undang-undang jika terdapat mana-
mana pihak menggunakan bahasa rojak secara formal. Pensyarah di Jabatan Komunikasi,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr.
Musa Abu Hassan menegaskan semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha menghapuskan
penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis rasmi kerajaan.Bahasa Inggeris
berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada campuran atau dirojakkan, jadi kita mesti
menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam urusan kita.”
(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak” , Berita
harian, 29 April 2004)
Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa , “bahasa jiwa bangsa” yang membawa
maksudnya, daripada bahasa orang lain dapat mengenal siapa diri kita dan bagaimana kita
membawa diri.Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu
sistem perhubungan sosial dalam masyarakat.Bagaimankah tanggapan atau pendapat kita setelah
melihat serta memahami isu bahasa rojak yang semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan
generasi muda? Pendefinisian, ciri-ciri serta contoh bahasa rojak adalah seperti berikut :
1) Definisi : Bahasa rojak boleh didefinisikan sebagai bahasa campuran antara bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa
Inggeris diantara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa
Inggeris.
2) Contoh :
I. “ha, mana kipas tu tok?, saya nak repair(baiki) ni,”
II. “sebenarnya i(saya) nak ajak you(kamu) pergi round-round(jalan-jalan) satu Kuala Lumpur
malam ni,”
III. “ hei, lu(kamu) ingat i(saya) ni stupid(bodoh) ke?”
Perbezaan bahasa rojak dan bahasa melayu sangat ketara pengunaannya. Dalam mengunakan
bahasa rojak, tatabahasa tidak penting asalkan maksud penyampai dapat difahami. Isu tersebut
amat serius dan akan berlarutan sekiranya tidak diambil perhatian. Pelbagaipermasalahan yang
timul apabila bahasa rojak mula membanjiri kehidupan harian masyarakat Malaysia. Pekara yang
membimbangkan apabila bahasa rojak digunakan secara meluas di media massa sehingga
mengancam serta menjejaskan usaha-usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu bahawa bahasa Melayu adalah dibawah perlembagaan
negara. Bahasa rojak yang menjadi punca krisis kecelaruan penggunaan bahasa Melayu kini
umpama barah yang hampir merosakkan keseluruhan sistem bahasa Melayu itu sendiri. Bukan
sahaja dari percakapan mengalami perojakan , lagu tempatan juga mengalami keadaan yang
sama seperti lagu “seksis” yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak dan lagu “ tipah tertipu” yang
dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge. Lagu-lagu ini diharamkan untuk disiarkan di radio
mahupun di televisyen kerana lagu-lagu tersebut mencemarkan mermatabat bahasa kebangsaan.
Menurut Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sebuah kenyataan akhbar , beliau
menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan
unsur-unsur bahasa rojak.``Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh.``Kebanyakan
kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris,'' katanya.

Bahasa rojak bukan sahaja meracuni bahasa Melayu dalam pertuturan seharian, di dalam Dewan Parlimen juga berlaku
perdebatan dalam bahasa rojak. “Harapkan pagar, pagar makan padi’, kita mengharapkan pemimpin-pemimpin memberi
teladanyang baik, lain pula kejadiannya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib Selasa membuat teguran
terhadap ahli Parlimen yang suka mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, “bukan sahaja ini tidak sedap didengar, tetapi lebih serius lagi ialah ia mencemarkan bahasa Melayu”. Ramli
berkata kecenderungan mencampur-adukkan bahasa timbul antaranya didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu
bahasa atau merasakan perkataan Bahasa Inggeris mampu memberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya
daripada menggunakan Bahasa Melayu. (http://www.malaysiakini.com/news, 18 April 2006)
Maka, melihat keadaan bahasa Melayu yang semakin parah, pelbagai langkah dan tindakan oleh kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan untuk memastiikan martabat bahasa kebangsaan kita tidak luput ditelan bahasa rojak. Sehubungan dengan isu
tersebut , pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 diharap dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk
menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat negara ini. Timbalan Menteri Pelajarn , Dr.Mohd. Puad Zarkashi
menyatakan bahawa kuasa yang diberi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bukanlah bertujuan untuk menghukum tetapi memberi
pendidikan. Selain itu banyak seminar diadakan dengan tujuan untuk memperkasakan bahasa melayu. Raja Muda Perak Darul
Ridzuan iatu Duli yang Teramat Mulia, Raja Dr.NAzrin Shah memberi titah baginda “
“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada
semangat perjuangan kemerdekaan ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.”
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah
memberi titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan
penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Seminar tersebut bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa rojak
dalam mencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam berbagai-bagai situasi
dan konteks.Seminar tersebut berlangsung selama dua hari dan dihadiri seramai 248 orang
peserta yang terdiri daripada guru, pensyarah, pengamakl dan penyelidik berbagai-bagai bahasa
moden di universiti tempatan dan luar negara. Sepanjang seminar tersebut dijalankan , sebanyak
enam belas kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar bahasa , pengamal bidang , pensyarah dan
tokoh agama mengikut lima skop yang ditetapkan meliputi bahasa rojak dari segi system dan
struktur , etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak , sikap masyarakat terhadap bahasa rojak ,
situasi dan konteks bahasa rojak dan inovasi teknologi komunikasi. (Azahari Edin, Seminar
Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa Melayu, 15 ogos 2007, berita harian)
Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang
luas.Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini,
bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Menurut
,Pendita Za'ba, dalam bahasa Melayu terdapat hanya tiga perkataan yang tidak berasal daripada bahasa lain, yakni benar-benar
perkataan Melayu. Tiga perkataan itu ialah batu, babi dan kayu. Perkataan-perkatan yang lain dipinjam daripada bahasa yang
lain. Namun begitu, janganlah kita meinjam daripada bahasa rojak keranan bahasa rojak bukan bahasa standard. Kesimpulannya,
bahasa rojak harus dibendung agar ianya tidak mengamcam bahasa Melayu kerana “jika pincang bahasa ibunda kita, maka
pincanglah bangsa Malaysia.

4.3.5 Bahasa Melayu merupakan agen penyatuan rakyat Malaysia


“Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai usaha
mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa
Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud. Menurut beliau, pada
masa ini usaha menggunakan bahasa Melayu untuk mewujudkan perpaduan kaum masih belum berjaya sepenuhnya.
"Kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta masih belum menggunakan sepenuhnya dan menguasai
bahasa Melayu dengan baik," katanya. Ungku Aziz menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan
perpaduan negara agar lebih mantap dan ampuh. Menurutnya, Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan kepada matlamat
pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada perpaduan. "Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran
bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan pelajar berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum,"
katanya. Sementara itu Alimudin berkata, beliau tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Ungku Aziz yang mahukan
beberapa perubahan perlu dilakukan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran agar bahasa Melayu menjadi agen
mewujudkan perpaduan kaum. "Cadangan ini amat menarik dan pihak kami akan membuat pertimbangan wajar," katanya.
Beliau tidak menafikan bahawa bahasa Melayu dapat menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini.
Menurutnya, rakyat seharusnya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan masyarakat melalui
komunikasi.
(Dipetik daripada “Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”, Utusan Malaysia Online , 29 Julai 2008)

Hampir 53 tahun kita merdeka, keamanan yang sudah dicapai haruslah dikekalkan kerana tidak terbayar untuk kita
mendapatkannya semula. Bahasa Melayu sudah menjadi sejarah dan sebati dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Bahasa
Melayu tidak semestinya hak milik orang melayu tetapi milik kita bersama. Dalam perlembagaan sudah termaktub bahawa
bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan rasmi negara. Pekara tersebut tidak wajar dipersoalkan. Sebelum penjajahan barat
ke atas bumi asia, bahasa Melayu sudah pun menjadi “lingua Franca” dimana semua orang yang datang ke bumi asia akan
berkomunikasi mengunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada
waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa
tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang
dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi bahasa
ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan dan senjata paling ampuh dalam merealisaikan
konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan bangga akan tanah air.
Laporan kabinet 1985 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan
kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa untuk memperoleh ilmu.Kewajaran mengunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa perpaduan di Malaysia melalui
aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian , kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Aktiviti sebegini dapat
mengeratkan perhubungan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.( Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2010)
Sesetengah pihak mungkin akan menimbulkan persoalan mengapa perlu bahasa dijadikan medium untuk masyarakat
Malaysia mengekalkan keharmonian. “Tepuk dada tanya selera”, sejak dahulu lagi kita menjadikan bahasa Melayu sebagai
“bahasa perantaraan” atau bahasa utama untuk kita berkomunikasi. Maka, untuk mengubah persepsi sesetengah pihak yang masih
lagi tidak memahami fungsi bahasa Melayu sebagai agen penyatuan rakyat Malaysia, bulan bahasa setiap diadakan.Menurut tajuk
rencana “Memberi signifikan Bulan Bahasa” yang bertarikh 5 Oktober 2009 daripada Utusan Malaysia Online, ia merupakan
acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi dengan kualiti tinggi.
Kehadiran Muhyiddin pada satu program bahasa harus dibaca sebagai isyarat keseriusan kerajaan terhadap kedudukan bahasa ini
Ia merupakan acara tahunan bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu di tempat rasmi
dengan kualiti tinggi.

4.3.6 Status Bahasa Melayu di mata masyarakat Malaysia selepas 53 tahun merdeka

Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status sebagai bahasa kebangsaan dimana ianya telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152 ) menyatakan bahawa Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Menurut Pekara 152 ,
Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah digunakan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen dengan
syarat iaitu tidak seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada
mengajarkan atau belajar mana-mana bahasa asing. Syarat lain adalah tiada apa-apa yang boleh
menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
Maka , jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah mengakui kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, namun penggunaannya dalam
acara-acara rasmi belum ditekankan. Penyata Razak telah diterbitkan pada tahun1956 bagi
mengusulkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam proses belajar
dan mengajar di lembaga pendidikan dan akhirnya ia dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961
(kini Akta Pendidikan 1996). Antara kedudukan dan status bahasa kebangsaan ialah :

1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan


2. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
3. Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)
Walaupun perlembagaan yang memperakui status Bahasa Melayu, bukan semua masyrakat
Malaysia memperakuinya. Sudah perpuluh tahun merdeka, kita hanya mempelajari luaran bahasa
melayu dan bukannya dalaman. Jika kita betul-betul menguasai bahasa Melayu , kita mampu
berfikir secara kristis, cekap dan jelas dalam bahasa Melayu. Dalam minda masyarakat sekarng
jika pandai berbahasa Melayu, itu pekara biasa dan jika tidak berpandai berbahasa Inggeris,
maka bodohlah diri kita ini dan perlu malu kepada diri sendiri. Mengapa kita perlu menundukkan
kepala sekiranya bahasa Inggeris kita di tahap teruk? Di negara lain seperti Russia, Jepun dan
Korea, diplomat-diplomat negara mereka ada yang tidak begitu fasih berbahasa Inggeris
sehingga terpaksa membawa seserang untuk menterjemahkan bahasa mereka tetapi mereka
masih berupaya “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah “ dengan pemimpin-pemimpin yang
lain. Renungkanlah jika anda pandai dalam bahasa Inggeris tapi jahil dalam bahasa Melayu, anda
yang patut malu dan tidak patut digelar rakyat Malaysia kerana untuk menjadi seorang rakyat
Malaysia yang unggul, bahasa Melayu perlu dikuasai. Jika tidak , anda menjadi seseorang yang
digambarkan dalam peribahasa “hidup segan tidak mahu di negara sendiri”
Namun begitu, tahap penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan
generasi muda pelbagai kaum. Hal ini kerana kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan
sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa
kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, usaha demi usaa yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu telah menggalakkan orang ramai
memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh
bagaimana tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan
kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.
Tamsilnya, untuk memastikan kemerdekaan dan bahasa Melayu tetap terpelihara, kita harus
berganding bahu walaupun berlainan kaum dan agama supaya sejarah yang pahit tidak akan
berulang kembali. Hal ini demikian kerana bahasa adalah faktor yang sangat penting. Ianya
mampu menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa merupakan
kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum
kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan
pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti
nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh.
5.0 Penutup
5.1 Kesimpulan
Penilaian yang dapat dirangkumkan dalam kajian penulisan ini mendapati bahawa dari
aspek pembinaan sehingga kepada perkembangan, Bahasa Melayu memerlukan pinjaman bahasa
asing dalam mengukuhkan fungsinya yang merangkumi banyak bidang ilmu. Tidak dapat
dinafikan Bahasa Melayu telah mengalamai perkembanag yang terancang dari tahun 1950
sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan, pengantar, pentadbiran
serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga, kajian penulisan ini mendapati Bahasa
Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu terutamanya selepas 1990-an, bermula
kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, peranan dalam pembangunan
negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan
mengugat kedudukan Bahasa Melayu berikutan penelitian status dimata masyarakat selepas 53
tahun merdeka.

5.2 Cadangan
Sejauhmana wujudnya nilai Bahasa Melayu adalah bergantung kepada pemikiran
masyarakat itu sendiri yang meletakkan Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain di
dunia ini.

6.0 Bibliografi
Abdullah Hassan, 2005, Linguistik Am:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, 1987, Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, 2006,Sejarah Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2000, Teori dan Teknik Terjemahan, Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Awang Sariyan, 2002, Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di
Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ibrahim Ahmad, 1994, Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins, 2005, Bahasa Melayu,Bahasa Dunia:Sejarah Singkat, Jakarta: Yayasan
Obor Indonesia.
Kamal Shukri Abdullah Sani, 2007, Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?, Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Rasdi bin Saamah. Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Kamus Dewan dan Kamus Besar: PerbandinganAspek Kandungan Medan Maklumat.

Nik Safiah Karim, 2003, Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, Selangor Darul Ehsan: ‘K’
Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2004, Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Binti Osman. http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-


%20Perancangan%20 BAHAN%20EJAAN%20DAN SEBUTAN.pdf. Perancangan Bahan
Ejaan Dan Sebutan, Peristilahan Dan Perkamusan Dalam Bahasa Melayu Di Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim, 2007, Membina
Pelajar Cemerlang, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 7 Ogos
2010,www.google books. Com.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2009,Perkembangan Pembentukan Istilah Bahasa
Melayu di Malaysia, Indonesia: Kimli Malang..
Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat, 2009,Pemerkasaan Pendidikan Bahasa
Melayu dari Teori ke Praktik,Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Yahya Othman, 2005, Trend dalam Penagajaran Bahasa Melayu, Pahang Darul
Makmur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Yahya Don, 2007, Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Selangor: PTS Publication.
Diperoleh pada 7 Ogos 2010, www.google books. Com.
Zulkifley, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman, 2007,Linguistik Melayu Edisi Kedua,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Akhbar Tempatan daripada Laman Sesawang:
Azahari Edin, (15 ogos 2007), Seminar Bahasa Rojak : Kecelaruan pengunaan bahasa
Melayu, diperoleh pada 5 Ogos 2010, http://www.bharian.com.my/bharian/article

“Bahasa mampu memantapkan perpaduan kaum”. (29 Julai 2008). Diperoleh pada 4
Ogos 2010. http://www.utusan.com.my/utusan

“Jangan kita lari daripada masalah – Musa”, (2002). Diperoleh pada 6 Ogos
2010.http://www.tutor.com.my/tutor/dunia

Keputusan tukar B. Melayu kepada B. Malaysia elak polimek (4 Jun 2007). Diperoleh
pada 3 Ogos 2010,http://www.bharian.com.my/bharian/article

Kerajaan Perlu tegas tangani isu Bahasa rojak .( 29 April 2004). diperoleh pada 4 Ogos
2010.http://dbp.gov.my/lamandbp

Memberi signifikan Bulan Bahasa. (5 Oktober 2009) .diperoleh pada 3 Ogos


2010. http://www.utusan.com.my

Ramli tegur penggunaan bahasa rojak di Dewan Rakyat . (18 April 2006) . Diperoleh
pada 7 Ogos 2010.http://www.malaysiakini.com/news, ,

Rejab Ismail , (22 November 2007), Guna semula bahasa Melayu , diperoleh pada 1
Ogos 2010,http://www.utusan.com.my

Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI . (10 JUN 2009). Diperoleh pada 6 Ogos
2010.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm
Artikel dari laman sesawang:

Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. Diperoleh pada 8 Ogos
2010. www.kongresbahasa.org

CIA World Factbook (2007), www.wikipedia.com.my

Artikel majalah:

Rohaidah Mashudi, J. Sham Wahid . (Julai 2010). Fungsi bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan, Dewan Masyarakat, 26-2

You might also like