You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Tugasan Kerja Kursus


TAHUN AKADEMIK : JAN – MEI 2019

Program : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


NAMA PELAJAR :
KEPUJIAN (PISMP)

Kod : PBKK3223 SEMESTER : 2 TAHUN 4

AMBILAN : JUN 2015


Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING KUMPULAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (30%) 21.01.2019 07.02.2019 (18 hari)

TUGASAN 2 : LAPORAN PENTAKSIRAN (30%) 04.02.2019 21.02.2019 (18 hari)

TUGASAN 3 : KUIZ (10%) 01.04.2019 06.04.2019 (16 hari)

Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan konsep dan prinsip-prinsip asas pentaksiran dalam kaunseling (C2, A3,PLO1).
2. Menghuraikan proses pentaksiran dalam kaunseling (C2, A1, PLO1)
3. Mentaksir data hasil daripada pentadbiran ujian dan bukan ujian dengan menggunakan sumber terkini dan relevan (C4, A3, PLO3,
PLO6, CTPS3, LL1).
4. Mengaplikasikan pentaksiran dalam kaunseling indidvidu dan kaunseling kelompok (C3,A2, PLO3, PLO4, CTPS3, CS2).
5. Menilai isu-isu dan cabaran dalam pentaksiran kaunseling secara beretika (C5, A3, PLO3, PLO8, EM3)

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 4 dan 5


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan penulisan akademik dengan menilai isu-isu dan cabaran dalam pentaksiran kaunseling secara beretika.
2. Menyediakan laporan lengkap daripada aplikasi pentaksiran dalam kaunseling kelompok.
3. Menjawab soalan kuiz berfokus kepada konsep, prinsip dan proses pentaksiran dalam kaunseling.

Tugasan 1: Penulisan Akademik (30%):


Beberapa isu harus diberi perhatian apabila seseorang kaunselor mengambil keputusan untuk membuat pentaksiran menggunakan sesuatu alat
ujian psikologi ke atas kliennya. Menurut Kaplan dan Saccuzzo (1982), terdapat tiga isu besar yang perlu diberi perhatian iaitu profesional, sosial
dan moral. Selain itu terdapat juga isu lain yang lebih penting iaitu berkaitan dengan etika pentaksiran.

Bincangkan isu pentaksiran dalam kaunseling yang berlaku di Malaysia.

Tugasan 2: Laporan Pentaksiran (30%)


Tadbirkan Ujian Minat Kerjaya kepada sekumpulan klien kaunseling kelompok anda.
Interpretasikan dapatan data yang diperoleh dan sediakan satu laporan pentaksiran berdasarkan sesi kaunseling tersebut.

Tugasan 3: Kuiz (10%)


1. Menjawab 4 soalan kuiz jawapan terhad. Satu soalan membawa 2.5 markah. Jumlah markah keseluruhan adalah 10 markah.
2. Tugasan ini perlu dilaksanakan di dalam kelas.
3. Jangka masa untuk menjawab soalan ialah selama 30 minit sahaja.
4. Merujuk kepada prosedur standard peperiksaan

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:
1. Tugasan esei yang dihasilkan perlu mempunyai liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci (mengikut kehendak
soalan tugasan).
2. Esei perlu ditulis secara individu.
3. Panjang esei adalah 1000 patah perkataan tidak termasuk persembahan visual.
4. Ditaip – Jenis fon : Arial, Saiz fon : 11 Langkau : 1.5
5. Format : Tajuk, nama, unit/kumpulan, tarikh, kandungan artikel, rujukan mengikut format APA terkini.
7. Tugasan pembentangan perlu mempunyai kandungan / bahan-bahan yang relevan dengan isi kandungan kursus.
8. Persembahan hasil tugasan menampilkan kesungguhan dan berpengetahuan luas dari pelbagai aspek.
9. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah dikemukakan
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.......................................... ........................................
(ZULKIPLI BIN OTHMAN) (RASHIDI BIN HAMZAH)
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang SME / Penyelaras Kursus
PBKK3223 Pensyarah Kanan
Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Perlis. IPG Kampus Perlis.

Disahkan oleh :

...........................................
(ZAITON BINTI MAT NON)
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Perlis.

You might also like