You are on page 1of 19

1

1.0 Pengenalan

Berendoi berasal daripada perkataan “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk

menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur

keagamaan. Persembahan ini menggunakan lagu-lagu yang berunsur nasihat kepada anak-anak

dan juga ibu bapa. Adat berendoi ini biasanya dilakukan oleh masyarakat Melayu bagi

menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.1

Amalan adat berendoi ini merupakan satu daripada istiadat yang masih diamalkan di

kalangan masyarakat Melayu di negeri Perak khususnya di daerah Perak Tengah, Kuala

Kangsar dan Hilir Perak. Amalan ini khusus diadakan untuk anak yang baru dilahirkan. Pada

kebiasaannya, ia diadakan semasa bayi berusia 44 hari atau sebaik habis pantang.

Buaian atau dalam loghat Perak yang di sebut ‘boyan’ yang dimaksudkan sebagai satu

peralatan yang diperbuat daripada beberapa helai kain yang digantung bagi membolehkan ia

dibuai atau dihayun untuk menidurkan bayi. Selalunya adat berendoi ini didahului dengan

upacara cukur jambul bayi berserta perlakuan yang berkaitan dengannya. Amalan berendoi ini

disertai dengan marhaban dan dimeriahkan dengan pukulan rebana Perak serta istimewanya

dendangan ‘Syair Siti Fatimah’. Adat berendoi atau lebih dikenali sebagai istiadat naik buai

dan Syair Siti Fatimah begitu akrab hubungannya sehingga kadang-kadang bila disebut hendak

berdendang Siti Fatimah, jelas maksudnya untuk mengadakan istiadat naik buai.2
2

2.0 Sejarah Awal Adat Berendoi Dalam Kalangan Masyarakat Melayu.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada

kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada

sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu

menganut agama Hindu. Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun

1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau

buaian yang digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang

diletakkan di dalam tepak sireh.3

Amalan adat berendoi atau juga dikenali sebagai istiadat naik buai ini dipercayai

bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak kecil ataupun bayi yang

menangis tanpa henti apabila dibaringkan di atas lantai. Melihat keadaan itu lalu si ibu terus

mengangkat bayinya dan membaringkannya di atas lengan sambil menghayun ke kiri dan ke

kanan. Dengan perlakuan itu, bayinya terus berhenti menangis. Kemudian beliau turun ke

bawah rumah untuk mengambil guni dan tali akar mempapan lalu diikat dan digantung menjadi

buaian. Beliau menaikkan anaknya ke atas buaian lalu dibuai sehingga bayinya tidur nyenyak.

Bermula dari detik itu, si ibu beriktikad dalam hatinya, anak cucu Adam jika hendak bagi diam

mesti naik buaian.4

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat orang ahli atau lebih. Upacara berendoi

akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi

sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu yang digunakan ketika berendoi berupa

puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu

yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.5
3

Dari segi pemakaian dalam melakukan persembahan, selalunya kaum lelaki memakai

baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri

daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh

wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi juga berfungsi sebagai alat

hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat

bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu mengenai Nabi Muhammad dan Rukun Islam

yang menceritakan sejarah dan kehidupan nabi.6

Pada kebiasaannya, persembahan ini akan bermula dari pukul 11.00 malam sehingga

puku1 3.00 pagi. Sempena dengan majlis ini, bacaan doa selamat akan diadakan. Para tetamu

dihidangkan dengan kuih muih tradisional yang manis-manis seperti bubur anak lebah dan

pulut, dedodok, limas dan lain-lain.7

Sebelum upacara dimulakan, buaian terlebih dahulu disediakan. Mengikut adat,

kebiasaannya kain buai yang digunakan adalah sebanyak tiga lapis, namun untuk anak yang

berketurunan bangsawan, kain buai yang digunakan adalah sebanyak tujuh lapis manakala

untuk kerabat diraja sebanyak sembilan lapis kain buai yang digunakan. Setelah buaian

disiapkan, segala peralatan diletakkan berhampiran buaian dam setiap satunya dijampi terlebih

dahulu oleh bidan.8

Sebelum bayi dinaikkan ke dalam buaian, bayi terlebih dahulu akan menjalani upacara

memotong rambut (cukur jambul). Upacara dijalankan dengan menjampi dan menepung tawar

kepala bayi dan menggunting sedikit rambut bayi itu sambil diiringi dengan alunan marhaban.

Bayi akan dibawa mengelilingi ahli-ahli marhaban di mana setiap ahli akan menggunting

sedikit rambut bayi tersebut. Rambut bayi akan dimasukkan ke dalam nyiur muda supaya

rambut bayi itu akan tumbuh subur dan lebat seperti sabut nyiur. Kemudian helaian rambut

tersebut akan ditanam di pangkal pokok pisang yang bertujuan agar kepala bayi akan merasa
4

sejuk dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Setelah itu haruslah bayi dinaikkan berzanji dan

syair Siti Fatimah.9

Bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik

dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik

perlahan-lahan semasa majlis berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan

oleh sekumpulan lelaki atau wanita.10

2.1 Peralatan Yang Digunakan Dan Fungsinya.

Kesemua peralatan yang digunakan di dalam istiadat ini berhubungkait dengan unsur-unsur

kepercayaan dan unsur-unsur persamaan.

2.1.1 Kukur

Kukur kelapa dicalit dengan sedikit sedikit dengan kapur sirih sebagai tanda bahawa ia

telah dipunyai dan diletakkan berhampiran dengan buaian. Kukur ini adalah sebagai

tangkal untuk menjauhkan daripada angin ribut yang menakutkan anak kecil semasa

bersendirian di dalam buaian.

Kukur
5

2.1.2 Lekur

Lekur atau alas periuk ini mestilah yang telah dipakai dan terdapat arang-arang periuk

lekat padanya. Arang itu dicalitkan di dahi anak kecil dengan selawat ke atas Nabi

Muhammad. Ini dipercayai untuk mengelakkan bayi dari mendapat rerayan.

Lekur

2.1.3 Parang puting

Parang puting ialah parang yang tidak berhulu atau tiada tempat pemegangnya. Seperti

mana kukur, parang puting ini juga ditanda dengan kapur sirih. Ini bermakna setiap

yang bertanda ada tuannya dan alat ini berfungsi untuk menakutkan atau menghalau

hantu atau syaitan.

Parang Puting
6

2.1.4 Tungku

Tungku atau batu penuam yang dipakai di dalam upacara ini adalah yang diguna oleh

ibu bayi semasa dalam berpantang. Tungku ini juga ditanda dengan kapur sirih dan

dibarut dengan barut kecil. Ini dilakukan agar perut bayi tidak masuk angin atau

kembung.

Tungku

2.1.5 Beras dan Cupak

Beras diisi ke dalam cupak sampai penuh. Perlakuan tersebut dilakukan adalah

diharapkan agar rezeki bayi melimpah ruah dan senang hidupnya di masa hadapan. Di

samping itu agar bayi apabila sudah dewasa nanti menjadi seorang yang penyabar bagai

beras dalam cupak, sejuk sentiasa.

Cupak
7

2.1.6 Kucing

Kucing ini dinaikkan ke atas buaian dan dibuai sebanyak tiga kali sebelum bayi

dinaikkan. Jika sekali buai kucing sudah terjun, dipercayai bahawa perangai bayi itu

tidak elok dan tidak mengikut perangai Nabi Muhammad s.a.w.

Kucing

2.1.7 Nyiur / Kelapa Muda

Kelapa muda digunakan di dalam upacara bercukur atau memotong rambut bayi.

Rambut bayi yang telah dipotong akan dimasukkan ke dalam kelapa tersebut supaya

rambut bayi akan tumbuh lebat sepeti sabut kelapa.

Nyiur
8

2.1.8 Daun Kaduk

Daun kaduk digunakan untuk merambas bayi supaya bayi tidak terkena sawan tangis.

Daun Kaduk

2.1.9 Minyak Nyiur

Minyak nyiur digunakan untuk melumur badan bayi. Dipercayai denagn berbuat

demikian badan bayi tidak akan berkudis.

Minyak Nyiur
9

2.1.10 Bedak Sejuk

Bedak sejuk disapukan ke muka bayi serta badannya supaya bayi itu kelihatan bersih.

Bedak Sejuk

2.1.11 Arang Sabut Kelapa

Arang sabut kelapa digunakan untuk dipangkah pada sendi bayi untuk mengelakkan

daripada terkena sawan. Arang ini juga disolekkan ke kening bayi untuk menaikkan

seri muka.

Arang Sabut Kelapa

Semua peralatan ini dijampi serapah terlebih dahulu sebelum digunakan dalam upacara ini.11
10

2.2 Pantang Larang Istiadat Naik Buai

Selepas menjalani istiadat naik buaian, beberapa pantang larang dikenakan kepada bayi dan

keluarga selama tiga hari.12

Antara pantang larang yang perlu diikut ialah bayi tidak boleh dicium. Ketika mencium

bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air

liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat

orang dewasa, maka mereka lebih mudah diserang jangkitan tersebut. Fahami bahawa bahagian

wajah bayi baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh terlekat, boleh terhirup

melalui hidung, atau tersebar melalui mulutnya.13

Selain itu, bayi juga tidak boleh dibiarkan menangis di dalam buaian. Orang dahulu

berpendapat bahawa bayi harus diberikan sepenuh perhatian . Ada juga berpendapat bahawa

bayi yang menangis kerana terlihat sesuatu yang tidak boleh dilihat dari mata kasar manusia.

Sebagai ibu haruslah menenangkan bayi dan tidak membiarkan masalah sebegini berlarutan.

Pantang larang seterusnya ialah si ibu tidak boleh mengambil bayi dalam keadaan

menonggeng . Ia kerana kelihatan tidak sopan bagi si ibu untuk menonggeng dikhalayak ramai.

Ia juga bagi menghormati tetamu yang hadir di majlis. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara

mendukung anak yang lebih sopan iaitu dengan cara melutut atau bersimpuh.

Akhir sekali, buaian tidak boleh dibiarkan kosong. Ketika bayi tiada di dalam buaian,

parang puting hendaklah diletakkan ke dalam buaian sebagai pengganti bayi. Ramai ibu bapa

yang amat takut dengan syaitan dan jin yang boleh mengganggu anak kecil. Ada yang terlalu

taksub sehingga percaya dengan tangkal dan azimat seperti meletakkan paku, gunting dan

sebagainya dibawah bantal bayi atau meletakkan buku Yaasin berhampiran dengan bayi

dengan niat memberi perlindungan daripada gangguan. Malah lebih menyedihkan apabila

segelintir masyarakat masih lagi mempercayai amalan khurafat seperti memakaikan benang
11

hitam atau kuning yang telah dibacakan ayat jampi untuk menghalau jin. Jumhur ulama

mengatakan haram mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat. Umat islam ditegah

melakukannya kerana dikuatiri boleh jatuh syirik.14

Pantang larang ini mesti diikuti kerana sekiranya tidak dipatuhi, dikhuatiri akan berlaku

sesuatu perkara yang tidak baik kepada bayi. Masyarakat zaman dahulu ada yang terlalu

mengikuti pantang larang kerana takutkan perkara buruk yang akan menimpa anaknya kelak.

Namun demikian, berbeza dengan zaman kini yang telah mengambil ringan pantang larang

yang diamalkan masyarakat terdahulu. Mereka berpendapat bahawa pantang larang itu

hanyalah mitos semata dan tidak wajib dilakukan.


12

3.0 Perkembangan Dan Perubahan Amalan Adat Berendoi Dalam Kalangan Masyarakat
Melayu di Bandar Country Homes Dari Tahun 1990 Hingga 2015

Pada zaman modenisasi sekarang, telah berlaku banyak perubahan dalam adat istiadat

masyarakat Melayu terutama dalam adat istiadat naik buai atau sekarang dikenali sebagai

istiadat berendoi. Perubahan zaman yang ketara telah menyebabkan pelbagai amalan dalam

adat berendoi telah dimodenkan. Kajian lapangan telah dijalankan dengan menggunakan

kaedah temubual yang dilakukan kepada seorang penduduk tang telah menetap di Bandar

Country Homes dari sekitar tahun 1990 hingga kini bagi membantu dalam mencari lebihan

maklumat tentang adat berendoi.

Antara perubahan yang telah berlaku dalam adat berendoi ialah seperti penggunaan

buaian. Pada sekitar tahun 1990-an, buaian yang digunakan ketika adat ini dijalankan hanya

menggunakan kain songket atau batik yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Namun, menjelang

tahun 2000-an, penggunaan kain songket dan batik dalam adat berendoi semakin lama semakin

dilupakan. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat yang melakukan adat berendoi ini

menggunakan buaian yang ditempah khas dan diperbuat daripada besi dan kayu. Buaian yang

ditempah khas juga telah siap dihias dengan bunga-bungaan. Berbeza pada sekitar tahun 1990-

an, kesemua hiasan pada buaian yang digunakan dilakukan dan disiapkan oleh keluarga atau

rakan-rakan yang dijemput untuk melakukan persiapan majlis. Oleh hal yang demikian,

hubungan silaturrahim yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu dahulu semakin luput ditelan

zaman.

Terdapat juga perubahan dalam peralatan yang digunakan ketika melakukan majlis

berendoi. Antaranya ialah penggunaan kucing yang akan dinaikkan keatas buaian sebelum bayi

dinaikkan ketika majlis yang dipercayai akan menentukan sifat peribadi bayi sama ada

mengikut sifat Nabi Muhammad s.a.w atau tidak telah lama tidak diamalkan.
13

Selain itu, berlaku juga perkembangan dalam pemilihan tempat untuk melakukan majlis

berendoi. Pada sekitar tahun 1990-an, masyarakat lebih suka untuk melakukan majlis di rumah

sahaja. Hal ini kerana masyarakat Melayu dahulu lebih suka bersederhana dan tidak suka

melakukan pembaziran. Namun, pada sekitar tahun 2000-an, masyarakat lebih suka untuk

menyewa hotel atau dewan untuk melakukan majlis. Mereka beranggapan bahawa

kesempurnaan dan kelancaran majlis lebih penting. Oleh itu, mereka tidak kesah untuk

mengeluarkan kos yang besar untuk melakukan majlis. Di samping itu, mereka berpandangan

bahawa dengan menyewa hotel atau dewan, ia mampu untuk mengundang atau menjemput

ramai tetamu dan ia juga kelihatan lebih mewah berbanding melakukan majlis di rumah.

Perkembangan seterusnya dapat dilihat dari segi penggunaan teknologi. Hal ini dapat

dibuktikan dalam persembahan endoi. Persembahan endoi yang dilakukan pada zaman dahulu

hanya terdiri daripada satu kumpulan yang hanya mempunyai beberapa ahli sahaja dan

menggunakan alat-alat muzik tradisional seperti kompang, gendang, canang dan sebagainya.

Menjelang tahun 2000-an, jumlah kumpulan endoi yang dijemput telah bertambah. Di samping

itu, penggunaan alat-alat muzik tradisional semasa persembahan juga semakin dilupakan dan

digantikan dengan teknologi baharu . Hal ini demikian kerana perkembangan teknologi yang

berlaku telah meninggalkan kesan yang besar terhadap budaya dan adat tradisional Melayu

menyebabkan banyak budaya dan adat tradisional Melayu telah dilupakan.

Kesimpulannya, pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam amalan istiadat naik buai

atau berendoi dari zaman dahulu sehingga kini. Hal ini demikian kerana berlaku kemajuan

dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi. Pengkaji berharap agar amalan istiadat

berendoi lalu tidak dilupakan walaupun berlaku kemajuan yang pesat dalam dunia modenisasi

ini.15
14

4.0 Kesimpulan

Esei ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu kaya dengan budaya dan adat

tradisional seperti istiadat naik buai atau dikenali sebagai adat berendoi. Walaubagaimanapun,

pelbagai perubahan telah berlaku kepada budaya dan adat tradiosional masyarakat Melayu. Hal

ini mungkin disebabkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan budaya persekitaran mereka.

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah awal adat berendoi dan mengenal pasti

perubahan dan perkembangan dari zaman dahulu sehingga kini. Hasil kajian telah

menunjukkan bahawa pelbagai perubahan dan perkembangan yang telah berlaku pada zaman

kini berbanding zaman dahulu. Hal ini demikian kerana pengaruh asing, didikan agama

kemajuan teknologi dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat diseru supaya memelihara kesenian,

adat dan budaya Melayu yang semakin terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda.

Mereka berpendapat bahawa ada sesetengah adat yang tidak sesuai dilakukan pada zaman kini.

Budaya bangsa kita bukan sahaja perlu terus diperkukuhkan, malah harus disemai

dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi pewaris kepada kesenian bangsa sendiri.

budaya dan sifat sopan santun, kehalusan budi bahasa, semangat bergotong-royong dan saling

membantu yang menjadi amalan orang Melayu perlu disuburkan. Nilai-nilai sebegini perlu

dipertahankan kerana merupakan kekuatan identiti orang Melayu, jangan biarkan budaya

murni ini dilupakan. Walaupun orang Melayu semakin moden, adat-adat seperti ini tidak perlu

dipinggirkan kerana ini adalah satu harta amat bernilai yang ditinggalkan oleh nenek-moyang.

Sedar ataupun tidak, masyarakat Melayu sebenarnya kaya dengan amalan dan budaya

tradisional yang patut diteruskan sehingga ke hari ini. Jika kita tidak meneruskan tradisi ini

mungkin amalan itu akan lenyap dan generasi baharu tidak akan mengetahui pernah wujudnya

majlis seperti berendoi ini. “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” begitulah amalan-

amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan

masyarakat Melayu di negara kita ini.


15

NOTA HUJUNG

1
Khairul Amri, “Budaya Berendoi,” https://www.scribd.com/document/234108959/Majlis-
berendoi (diakses pada 18 Februari, 2018).

2
Habsah binti Mohd Noordin, Istiadat Naik Buai (Perak: Kementerian kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan Malaysia, 2004), 1.

3
Khairul Amri, “Budaya Berendoi,” https://www.scribd.com/document/234108959/Majlis-
berendoi (diakses pada 18 Februari, 2018).

4
Habsah binti Mohd Noordin, Istiadat Naik Buai (Perak: Kementerian kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan Malaysia, 2004), 1.

5
Laman Wikipedia Ensiklopedia Bebas . https://ms.wikipedia.org/wiki/Berendoi (diakses
pada 18 Februari, 2018).

6
ibid.

7
Habsah binti Mohd Noordin, Istiadat Naik Buai (Perak: Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 2004), 21.

8
ibid. 3.

9
ibid. 6.

10
Khairul Amri, “Budaya Berendoi,” https://www.scribd.com/document/234108959/Majlis-
berendoi (diakses pada 18 Februari, 2018).

11
Habsah binti Mohd Noordin, Istiadat Naik Buai (Perak: Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 2004), 21.

12
ibid.
16

13
Nazurah Hassan, “Awas, Ini 5 Sebab Bayi Tak Boleh Dicium Sesuka Hati,” Rev Asia
Berhad, https://siraplimau.com/pantang-larang-bayi-baru-lahir-dicium/ (diakses pada 11 Mac,
2018).

14
Specky, “5 Amalan Menyambut Bayi Baru Lahir : Antara Sunnah, Adat Dan Khurafat,”
https://iluminasi.com/bm/5-amalan-menyambut-bayi-baru-lahir-antara-sunnah-adat-dan-
khurafat.html (diakses pada 11 Mac, 2018).

15
Farhana Binti Abu Bakar, 45 Tahun, Peniaga, Pangsapuri Las Palmas, Bandar Country
Homes, Rawang.
17

BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

TEMU BUAL

Nama : Farhana Binti Abu Bakar

Umur : 45 Tahun

Perkerjaan : Peniaga

Tarikh temu bual : 11 Mac 2018

Tempat temu bual : Pangsapuri Las Palmas Bandar Country Homes

SUMBER SEKUNDER

Habsah binti Mohd Noordin. Istiadat Naik Buai. Perak: Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan Malaysia, 2004.

Khairul Amri. “Budaya Berendoi.” https://www.scribd.com/document/234108959/Majlis-


berendoi

Nazurah Hassan. “Awas, Ini 5 Sebab Bayi Tak Boleh Dicium Sesuka Hati,”
https://siraplimau.com/pantang-larang-bayi-baru-lahir-dicium/

Specky. “5 Amalan Menyambut Bayi Baru Lahir : Antara Sunnah, Adat Dan Khurafat,”
https://iluminasi.com/bm/5-amalan-menyambut-bayi-baru-lahir-antara-sunnah-adat-dan-
khurafat. html
18

LAMPIRAN A

Contoh buaian tradisional


yang digunakan dahulu

Contoh buaian moden yang digunakan


sekarang
19

LAMPIRAN B

Antara peralatan yang digunakan semasa majlis berendoi

Kumpulan endoi

You might also like