You are on page 1of 11

PROGRAM LARIAN AMAL (JOGATHON) PIBG 2011

ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )


SMK BENGKONGAN, KOTA MARUDU

1.0

Pendahuluan
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bengkongan, Kota
Marudu telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa pada 27 April 2010 dan
telah bersetuju untuk menganjurkan Program Larian Amal Jogathon Peringkat SMK
Bengkongan Tahun 2011. Program ini sebenarnya adalah anjuran sepenuhnya oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bengkongan.
Cadangan untuk mengadakan Larian Amal Jogathon ini telah dipersetujui oleh
semua Ajk PIBG dalam mesyuarat berkenaan.

2.0

Objektif
Larian Amal Jogathon ini merupakan usaha Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
SMK Bengkongan bagi mendapatkan dana kewangan PIBG sekolah untuk
membantu pihak sekolah merealisasikan impian kecemerlangan pelajar SMK
Bengkongan yang majoriti pelajarnya berasal daripada keluarga yang kurang
berkemampuan. Oleh yang demikian, kejayaan program ini akan membantu
meringankan beban pelajar dan pihak guru-guru serta sekolah dalam apa juga
anjuran yang menjurus kepada mengangkasakan pelajaran dan kebolehan pelajar
ke tahap yang lebih cemerlang. Ini bersesuaian dengan misi SMK Bengkongan
‘CEMERLANG PADA TAHUN 2015’. Program ini juga secara tidak langsung memberi
peluang kepada PIBG sekolah ini berfungsi dengan lebih baik dan sentiasa peka
dengan fungsi sebenar organisasi PIBG dalam sesebuah sekolah.

3.0

Tema
‘ Berlari Untuk Kesihatan Sambil Beramal ’
4.0

Tarikh Larian Amal Jogathon


03 Julai 2011(Ahad) jam 7.00 pagi
( Bertempat di Padang SMK Bengkongan,Kota Marudu )

5.0

Kawasan Larian
Larian Amal Jogathon ini akan bermula dari pintu pagar utama SMK Bengkongan,
keluar menuju dan melintasi Kg. Bintasan Darat dan seterusnya berakhir di Pintu
Pagar SMK Bengkongan. (Lihat lampiran Laluan Jogathon)
6.0

Aktiviti Utama sebelum berlangsungnya Larian Amal Jogathon.


Berdasarkan permit polis yang telah diluluskan maka Ahli Jawatankuasa Induk PIBG
akan mencetak Kad Kutipan Derma Jogathon sebanyak 1645 keping dan diagihkan
kepada:
a) Ibu Bapa /Penjaga Pelajar : 600 orang
b) AJK PIBG, Guru-guru dan Staf SMK Bengkongan : 45 orang
c) Pelajar SMK Bengkongan : 600 orang
d) Orang perseorangan/sekolah lain : 400 orang
Mengadakan kutipan derma sekitar daerah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Kota Belud
dan Kota Kinabalu.

7.0

Jangka Masa Kutipan


09 Mei 2011 hingga 23 Jun 2011
Tempoh ini berdasarkan permit Polis yang telah diluluskan
( No.Permit Polis: K.P.P.W.N.No KM/FTMT/06/2011 Dlm 61/19/10/1 )

8.0

Kategori Penyertaan Larian Amal Jogathon


8.1- Pelajar Lelaki (PL)
Semua pelajar lelaki yang masih bersekolah dan berumur 12
Hingga 19 tahun
8.2- Pelajar Perempuan (PP)
Semua pelajar perempuan yang masih bersekolah dan
berumur 12 hingga 19 tahun
8.3- Terbuka Lelaki (TL)
Peserta lelaki berumur 20 hingga 39 tahun (guru/ibu bapa/staf/orang
awam )
8.4- Terbuka Perempuan (TP)
Peserta perempuan berumur 20 hingga 35 tahun (guru/ibu
bapa/staf/orang awam )
8.5- Veteren Lelaki (VL)
Peserta lelaki berumur 40 dan ke atas
(guru/ibu bapa/staf/orang awam)
8.6- Veteren Perempuan (VP)
Peserta perempuan berumur 36 dan ke atas
(guru/ibu bapa/staf/orang awam)
Jarak larian:
Semua peserta lelaki - 8km
Semua peserta perempuan - 7km
9.0

Syarat Penyertaan Larian Amal Jogathon


9.1 a) Setiap pelajar layak menyertai larian jogathon sekiranya
berjaya membuat kutipan derma jogathon sekurang-kurangnya RM35.00
b) Kutipan Derma Pelajar yang melebihi RM70.00 layak mendapat
dua penyertaan dan seterusnya dalam gandaan RM35.00
atau nilai maksimum satu kad.
c) Kategori Terbuka Lelaki dan Perempuan (orang awam dan pelajar sekolah
lain) yang ingin menyertai larian jogathon ini juga wajib membuat kutipan
derma iogathon sekurang-kurangnya memperolehi kutipan sebanyak RM35.00
atau nilai maksimum satu kad.
9.2 Penyertaan Cabutan Tiket Bertuah

a) Individu dalam semua kategori yang berjaya membuat kutipan derma

jogathon sekurang-kurangnya RM35.00 ke atas secara langsung layak


menyertai dan mendapat satu tiket bertuah.
Jika individu berjaya mengutip RM70.00 layak mendapat dua tiket bertuah
dan begitulah seterusnya dalam gandaan RM35.00

10.0

Hadiah Larian Amal Jogathon


10.1- Kategori Pelajar Lelaki
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.2- Kategori Pelajar Perempuan
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.3- Kategori Terbuka Lelaki
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.4- Kategori Terbuka Perempuan
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.5- Kategori Veteren Lelaki
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.6- Kategori Veteren Perempuan
JOHAN : RM100.00 dan medal
NAIB JOHAN : RM70.00 dan medal
KETIGA : RM50.00 dan medal
KEEMPAT : RM30.00 dan medal
10.7- Kutipan Terbanyak (Individu dan Kelas)
a) Individu tertinggi mendapat 10% daripada hasil kutipan
b) Kutipan Kelas Tertinggi mendapat 10% daripada jumlah hasil kutipan
kelas tersebut
10.8- Hadiah-hadiah untuk cabutan tiket bertuah termasuklah sebuah mesin
basuh, 4 buah telefon bimbit(handphone), 2 buah mesin rumput, 10 buah
basikal pelbagai saiz, 3 buah kereta sorong, barangan elektrik, baucer, hamper
dan lain-lain.

11.0

Cara Pembahagian Kad Kutipan Derma Jogathon


11.1- Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk
dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar melalui pelajar.
11.2- Guru-guru kelas hendaklah mencatat no. siri kad dan nombor permit polis di
bahagian depan kad jogathon setiap pelajar dan mengambil tandatangan
pelajar tersebut.
11.3- Kad jogathon akan diedarkan kepada AJK PIBG SMK Bengkongan,
Guru-Guru dan Staf SMK Bengkongan serta Pelajar Sekolah lain atau Jabatan,
Agensi Kerajaan dan Swasta yang berminat menyertai program ini.

12.0

Keselamatan Kad Jogathon


12.1-Keselamatan Kad Kutipan Derma Jogathon akan diawasi. Kad-kad jogathon
tidak boleh dihilangkan atau diconteng atau ‘diliquid’. Sekiranya berlaku
kehilangan kad, satu laporan polis hendaklah dibuat di balai polis yang
berdekatan dengan serta merta dan laporan berkenaan hendaklah diserahkan
kepada guru kelas pelajar berkenaan. Jika didapati kehilangan itu
dengan sengaja dilakukan maka satu laporan polis dan denda sebanyak
RM200.00 akan dikenakan.
12.2-Jumlah minimum kutipan derma setiap kad jogathon ialah sekurang-kurangnya
RM35.00
12.3-Kad Kutipan Derma Jogathon hendaklah dikembalikan kepada Bendahari PIBG
(Pn. Hilista Midifom) pada selewat-lewatnya pada 24 Jun 2011. Bagi pelajar
Hendaklah dikembalikan kepada guru kelas masing-masing bersama jumlah
wang
yang telah diperolehi hasil daripada kutipan tersebut.
12.4-Setiap kad yang dikeluarkan mempunyai nombor siri dan nombor rujukan
permit polis. Ini bermakna pihak penganjur akan merekodkan nama
peserta, nombor siri sebagai rujukan.

13.0

Agihan Pendapatan Program Larian Amal Jogathon PIBG SMK Bengkongan


a) Tabung PIBG SMK Bengkongan untuk kebajikan pelajar
b) Pembahagian kepada sekolah-sekolah
yang mengambil bahagian -10% daripada jumlah hasil kutipan setiap
sekolah masing-masing
c) Bahagian Kokurikulum SMK Bengkongan
d) Kelab Staf SMK Bengkongan

14.0

Penutup
Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Bengkongan yakin dengan perlaksanaan Program
Larian Amal Jogathon ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-
pelajar, guru-guru, PIBG, Ibu Bapa/Penjaga dan pihak-pihak tertentu serta
masyarakat setempat. Pencarian dana PIBG SMK Bengkongan adalah perkara yang
amat penting memandangkan fungsi dan peranan PIBG dalam memberi
sumbangan kepada pihak sekolah terlalu besar. Tabung PIBG ini juga berperanan
untuk kebajikan dan membantu para pelajar. Ini kerana 90% daripada pelajar SMK
Bengkongan adalah berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Keadaan ini juga seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan pendidikan bertaraf dunia selaras dengan Wawasan 2020

You might also like