You are on page 1of 1

1.

Strategi penyelidikan induktif


-induktif merupakan proses penyelesaian dari hal khusus ke umum. Induktif adalah bermula dengan kajian
data iaitu maklumat
dikumpulkan,
-Bacon berpandangan sains adalah berdasarkan pemerhatian tanpa prasangka. manakala Mill
berpendapattujuan sains adalah untuk menghasilkan prinsip-prinsip atau hukum-hukum umum
-andaian-andaian ontologikal strategi penyelidikan induktif termasuklah pandangan bahawa dunia adalah
teratur dan tersusun. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian berasingan yang boleh diperhatikan.

Strategi penyelidikan induktif menekankan keadaan reality sosial di mana setiap ilmu yang dihasilkan
adalah melalui pengumpulan data, analisis data dan pembentukan kesimpulan umum. Pemerhatian
merupakan asas dalam menerangkan fakta dalam reality sosial. Dalam strategi penyelidikan induktif,
pemerhatian adalah tunggak utama. Ia berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi
penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang
teliti dan objektif, serta analisis data yang betul bagi menghasilkan penemuan saintifik.

proses ringkas

pengumpulan data--> analisis data--->perbentukan kesimpulan umum.

2.StrategiPenyelidi kan Deduktif.

-Strategi deduktif diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan
mengukuhkan teori-teori yang
selebihnya. prosedur strategi deduktif ialah teori, hipotesis, ujian hipotesis dengan data dan yang terakhir
ialah sangkal atau sokong.
Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan data. Data tidak
hanya diperhatikan, sebaliknya disesuaikan teori awal yang dibina.
-Strategi deduktif menyokong falasafah kritikal rasionalisme. Pelopor bagi strategi ini ialah Karl Popper
(1930- an). Pendekatan ini
bersifat kritikal tetapi tetap rasional. ia tidak taksub dengan teori-teori yang sedia ada, tetapi rasional
dengan komitmen terhadap rukun-rukun logik

You might also like