You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Kod sekolah


Bandar Baru Kangkar Pulai, JBA1136
81300 Johor Bahru, Telefon
07-5583661
Johor Darul Ta’zim. Faksimili
07-5583661
Ruj.Tuan :
Ruj. Kami : JBA1136/700-8/2/1 ( )
Tarikh :4 Julai 2022

EN. MUHAMMAD ADAM BIN ROSLAN


YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2,
Johor Bahru, Johor.
(up: En. Mohd. Mustakim bin Kamarudin )

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM KECEMERLANGAN ATLET MERENTAS


DESA MSS KULAI DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS JOHOR 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa salah seorang murid sekolah ini bernama Auni
Fatihin binti Azuan telah berjaya mewakili daerah Kulai untuk bertanding dalam sukan
merentas desa di peringkat neger. Justeru itu, murid ini sedang menjalani latihan
bertempat di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.

3. Sehubungan dengan itu, saya dengan rasa rendah diri dan penuh hormatnya
memohon sumbangan daripada PIBG bagi menampung perbelanjaan sepanjang
latihan dan juga di hari kejohanan.

Nama Program : KEM KECEMERLANGAN ATLET MERENTAS


DESA MSS KULAI DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS JOHOR
2022

Tarikh pelaksanaan : 4 Julai 2022 hingga 14 Julai 2022

Bil. Perihal Amaun (RM)


1. Makan (RM10 X 10 hari)
100
2. Pengangkutan ( RM25 X 10 hari) 250
JUMLAH 350
4. Dilampirkan juga jadual latihan dan kejohanan sebagai rujukan tuan:

5. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan dan budi


baik yang dihulurkan oleh pihak tuan. Sesungguhnya sumbangan tuan amatlah
bermakna buat kami dan dikenang sehingga akhir nanti.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................
(KAMARUL ARIFFIN BIN KHAMIS)
Jurulatih Merentas Desa,
Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2,
81300 Johor Bahru,Johor.

You might also like