You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA ICT SMK TUN MUTAHIR TAHUN 2011.

Tarikh : 17 Januari 2011 Hari : Isnin Masa : 1.40 hingga 3.35 petang Tempat: Bilik tayang. Kehadiran : 1. Puan Hajjah Kamariah Othman GPK 1 2. Pn Mariah binti Abd Rahman ( GKMP Sains&Matematik) 3. En. Ghaffar bin Yahya 4. Encik Radhi bin Md Sah 5. Puan Chin Kan Thai ( Penyelaras ICT ) 6. Puan Noraini Mohamad 7. Puan Hamizilawati Ishak 8. Puan Li Zhen Ying 9. Cik Saadiah Kamar 10. Puan Norazila Zakaria 11. Puan Hajjah Rozita Saad 12. Cik Nurul Ezzah Roslan 13. Encik Abdul Kadir 14. Puan Mah Kim Peng 15. Puan Khuzaimah Zakaria.

GPK GPK

Hem Koku

Urusetia Mesyuarat : Puan Fazilah Hussin ( Cuti sakit ) 1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat. 1.2 Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi khasnya untuk makmal komputer.. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

2.1 Dicadangkan oleh Puan Noraini dan di sokong oleh Puan Hamizilawati Ishak. 3. BANGKITAN MINIT

3.1 GITN tidak lagi menguruskan capaian internet di makmal komputer. Pihak jabatan menyediakan peruntukan RM 600 untuk tujuan capaian internet.

3.2 Berkaitan dengan RAM komputer yang dicuri ada cadangan memohon diganti dengan menggunakan wang kutipan bayaran tambahan komputer yang dikutip pada zaman Puan Mainon.. 3.3 Makluman bahawa kunci makmal kini tidak lagi dipegang oleh mana-mana guru untuk menggunakan makmal perlulah menggunakan kunci makmal dari pejabat sekolah. 3.4 Berkaitan dengan software dalam PC yang selalu hilang berpunca dari pelajar. Guru-guru ICT diminta mengikut peraturan makmal untuk mengatasi masalah ini. Tindakan : Makluman. 4. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM INOVASI SEKOLAH

4.1 Tema yang dipilih ialah TRANSFORMASI ICT. 4.2 Dengan merujuk kepada lampiran A iaitu Jawatan kuasa kerja laman web dan pempautan blog panitia kepada laman web, pembinaan laman web akan dilaksanakan seberapa segera. Untuk bahan softcopy akan dimasukkan oleh Cik Saadiah manakala dokumentasinya dilakukan oleh Puan Mah kim Peng. 4.3 Semua maklumat yang hendak di masukkan ke blog dan laman web sekolah hendaklah disahkan oleh juru edit iaitu GPK 1. 4.4 Satu pertandingan blog antara pelajar akan diadakan untuk mencungkil bakat terpendam di kalangan pelajar. Pertandingan ini akan dihakimi oleh pentadbir dan ajk ict yang lain seperti Puan Hajjah Rozita dan Cik Saadiah. 4.5 Puan Khuzaimah mencadangkan untuk melancarkan pertandingan blog pelajar boleh memilih kumpulan masing-masing dengan dibimbing oleh seorang guru. 4.6 Terdapat cadangan pula supaya setiap panitia mengenalpasti pelajar berpotensi dan membimbing mereka untuk menghasilkan blog ini dapatlah mengurangkan beban kerja guru. 4.7 Untuk melancarkan program inovasi sekolah pemasangan internet secara wireless akan dibuat dengan menggunakan peruntukan RM 600 dari peruntukan jabatan. Tindakan : Makluman 5. HAL-HAL LAIN.

5.1 Guru-guru yang memegang apa-apa peralatan ICT sekolah perlulah mengisi borang pemantauan peralatan ict. 5.2 Satu pemantauan terhadap penggunaan makmal akan diadakan. 5.3 Jawatankuasa rakaman meminta disediakan ink warna untuk memproses gambar untuk tujuan dokumentasi. Tindakan : Puan Noraini Mohamad 5.4 Ucapan GPK 1 Puan Hajjah Kamariah.

5.4.1 5.4.2

Beliau meminta guru-guru melaksanakan apa yang telah dibincangkan serperti web sekolah dan blog dengan bersungguh-sungguh.Jika terdapat masalah boleh berbincang dan diselesaikan jangan dibiarkan nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Guru yang ditugaskan melaksanakan tugasan diminta bertanya dan berbincang dengan guru-guru lain yang diketahui mempunyai kemahiran.

6.

PENUTUP

6.1 mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

You might also like