You are on page 1of 8

3.

KOLAJ

PENGENALAN

Kolaj ialah suatu cara menghasilkan gambar atau corak dengan melekatkan bahan, objek
atau bentuk yang berlainan di atas asas latar.

Perkataan kolaj berasal daripada perkataan Perancis ‘coller’ yang bermaksud ‘memperekat’.

Tampalan bahan boleh disusun dan ditindih pada permukaan rata seperti kertas, kadbod atau
papan mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan.

Kolaj melibatkan proses memilih, momotong, menyusun, menampal dan menjahit.


Perhubungan reaksi deria, lihat dan sentuh banyak berlaku sewaktu murid mengendalikan
bahan-bahan yang digunakan.

Kolaj dibuat untuk tujuan seperti :


 menghias
 melukis sesuatu
 menyampaikan makna satu-satu slogan
 sebagai latar belakang untuk cetakan.

Bahan:

Terdiri daripada benda-benda semula jadi atau bahan sisa/kutipan seperti biji buah, daun,
cengkerang, kulit kerang, gabus, penutup botol, bekas minuman, fabrik, majalah dan lain-
lain. Glu atau pita pelekat diguna untuk menampal atau melekatkan bahan.

Alat.
Seperti berus , palet, gunting, pisau, dan pembaris.
Kolaj ini menggunakan potongan kertas warna berupa gemometri.
Kolaj ini mengguna bahan seperti perca kain, keratan majalah, keratan surat khabar,
dan bahan kutipan.
Kolaj ini menggunakan rupa geometri seperti bulatan,
segi tiga, dan segi empat.
Menampal atau mencantum bahan maujud
dalam aktiviti menggambar.

You might also like