You are on page 1of 2
IBU PEJABAT JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA, Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 Tel : 03-6686 9000 Fks : 03-8888 9001 62592 PUTRAJAYA Laman Wed : wwawjpph goviny Ruj. Kami : JPPH: IP BP 175/491/6Jid.33() Tarikh : April 2016 Pengarah Bahagian Pengarah Penilaian Negeri Pengarah INSPEN Pengarah NAPIC Penilai Daerah YBhg, Dato’/Dr./Tuan/Puan, DASAR BARU LATIHAN JPPH SELARAS ARAHAN PENANGGUHAN PENGUATKUASAAN PELAKSANAAN DASAR BERKURSUS TUJUH HARI SETAHUN Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan arahan Penangguhan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam berkuat kuasa pada 29 Februari 2016. Ini bermakna pelaksanaan dasar berkursus tujuh (7) hari setahun bagi anggota Perkhidmatan Awam seperti yang digariskan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 : Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (PP 6/2005) adalah ditangguhkan 3. Susulan daripada itu, selaras dengan arahan tersebut,YBhg. Datuk Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH) telah bersetuju supaya: a. Semua pegawai dan kakitangan JPPH perlu menghadiri satu kursus/sesi latihan/seminar anjuran INSPEN atau kursus anjuran agensilsyarikat luar sama ada di dalam atau luar negara sahaja {tanpa mengira bilangan minima hari kehadiran). Kehadiran untuk kursus anjuran agensi luar yang berbayar dan melibatkan tuntutan perjalanan yang tinggi perlu mendapat kelulusan YBhg. Datuk KPPPH; dan b. Selain dari kehadiran kursus sekali setahun, semua Pegawai Penilaian yang berdaftar dengan LPPEH boleh menghadiri program CPD dengan jumlah jam kredit tidak lebih daripada 10 jam. Sekiranya kursus sekali setahun yang telah dihadiri juga telah mendapat jam kredit 10 jam, maka tiada lagi keperluan pegawai tersebut untuk menghadiri program CPD. 4. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato'/Dr/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengguna pakai dasar baru latihan JPPH ini dalam menguruskan latihan pegawai dan kakitangan di pejabat YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Peabdidnsten Besniles Komitonen Kani 5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg, Dato/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara tersebut amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, — (KHALID IBRAI Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan bip Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta 8} : 03-8886 9310 & : 03-8886 9001 04 : khalidibrahim@jpph.gov.my sk i) YBhg. Datuk KPPPH ii) TKPP(P) iii) Fail Timbul

You might also like