KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Director General of Education Malaysia
ARAS 8, BLOK E8
Level 8, Block E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
Government Complex Parcel E
USAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tot 03-8884 6077
Federal Goveriment Administrative Centre Foaks: 03-8889 4548
62604 PUTRAJAYA Lamen Web: wwwmoe.gov.my
Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 Jid.5 (23)
Tarikh: yee 2018
‘Semua Ketua Bahagian
‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri
YBhg, Datuk/ Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 4 TAHUN 2018
GARIS PANDUAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH
TUJUAN
4: ‘Surat pekeiiling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan pelaksanaan
Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah.
LATAR BELAKANG
2. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan
22/2017 pada 6 Julai 2017 telah meluluskan cadangan Garis Panduan Mengurus Murid
Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dengan mengadakan kajian rintis di sekolah-sekolah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat
Profesional KPM Bilangan 23/2017 pada 13 Julai 2017 memutuskan garis panduan
mengurus murid berisiko cicir dirintis di sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Kedah bermula pada bulan Ogos 2017.3. Dapatan kajian rintis telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Profesional KPM
Bilangan 38/2017 pada 21 Disember 2017 dan GPMBC ini akan digunakan di semua
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula pada tahun 2018.
4, GPMBC menijelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang
periu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah.
‘GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal
bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah.
PELAKSANAAN
5. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan GPMBC dilaksanakan oleh
pihak sekolah bagi menangani isu keciciran murid di sekolah. GPMBC ini boleh dimuat
turun dari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
6. GPMBC hendaklah dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah
(SPS) dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah
Rendah dan Unit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid.
7. SPS hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
7.4 memasukken isu murid berisiko cicir sebagai agenda utama mesyuarat
pengurusan JPN;
7.2 mengedarkan GPMBC kepada semua PPD di bawah pentadbiran JPN;
7.3 menyelaras isu murid berisiko cicir bagi semua PPD ci bawah pentadbiran
JPN; dan
7.4 mengurus laporan tahunan pencapaian program intervensi murid berisiko
cicir seperti yang dinyatakan dalam GPMBC.
8. SPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
8&1 memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi murid
berisiko cicir;8.2 menjalinkan kerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan unit
Kaunseling di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir; dan
8.3 memantau program intervensi murid berisiko cicir di PPD.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
9, GPMBC hendakiah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah
(UPS) dan Unit Pembangunan Kemanusiaan (UPK). UPS perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab seperti berikut :
9.1 memesukken isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap
dalam mesyuarat pengurusan PPD;
9.2 mengedarkan GPMBC ke semua sekolah di bawah pentadbiran PPD;
9.3 menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah; dan
9.4 menyediakan laporan pemantauan program intervensi untuk dihantar
kepada JPN.
10. UPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut :
10.1 memastikan pengetua/guru beser memahami, mematuhi dan
melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah masing-
masing; dan
10.2. memantau program intervensi yang dijalankan di sekolah di bawah
seliaannya.
Sekolah
14. GPMBC hendaklah dirujuk dan digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus
murid berisiko cicir di sekolah. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab seperti berikut:
11.1 memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap
dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah;
11.2. memastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut
garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM; dan