You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID LAYAK BANTUAN

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN GINTONG JERANTUT

Tarikh : 17 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Hal-hal Profesionalisme
3. Hal-hal lain
4. Penutup

Kehadiran :
Nama Jawatan
1. Encik Nor Hayazi bin Yusoff Guru Besar
2. Puan Hamidah binti Nawayi Penolong Kanan Kurikulum
3. En.Mohd Hanif bin Din @ Abdul Razak Penolong Kanan HEM
4. Encik Norrman Yadi bin Osman Penolong Kanan Kokurikulum/
Guru Kelas Tahun 4
5. Puan Faizatul Hayati bt Mohamad Setiausaha HEM / Guru Kelas
Tahun 1
6. Puan Surayawati bt Abu Bakar Guru Bantuan/ Guru Kelas Tahun 3
7. Pn.Hamidah bt Nawayi Guru Kelas Tahun 2
8. Encik Sidek bin V H Usman Guru Kelas Tahun 5

1. Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemberian
Bantuan KWAMP sebanyak RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang
berpendapatan isi rumah sebanyak RM930 dan kebawah serta perkapita isi rumah
RM230 dan ke bawah. Manakala bagi bantuan SUSU1M berpendapatan isi rumah
RM930 dan ke bawah ,perkapita RM240.
1.2 Pelaksanaan bantuan KWMAP bagi tahun ini diteruskan bertujuan meringankan
beban ibu bapa di awal persekolahaan.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan termasuklah
murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan warganegara, salah

1
seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia serta bersekolah di sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.
Tindakan: Untuk makluman
2. Hal-hal Profesionalisme
2.1 Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan maklumat
murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2 Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa berpendapatan RM 930 dan ke
bawah adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.
2.3 Puan Surayawati memberitahu seramai 5 orang murid layak menerima bantuan
KWAMP. Namun seramai 2 orang murid telah ditolak kerana telah menerima bantuan
daripada Yayasan Pahang.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain
3.1 Puan Hamidah memberi cadangan murid yang bermasalah kehadiran dan disiplin
ditarik semula kelayakan bantuan. Penarikan bantuan akan dilaksanakan selepas
mendapat 3 kali amaran daripada pihak sekolah.
3.2 Cadangan ini akan disuarakan dalam mesyuarat Agung PIBG yang akan dilaksanakan
pada Mac depan sebagai makluman kepada ibubapa.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

4. Penutup
4.1 GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.
4.2 Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

2
Disediakan oleh,

____________________
(SURAYAWATI BINTI ABU BAKAR)
Setiausaha Hal Ehwal Murid,
SK Gintong.

Disemak oleh.

_____________________________________
(MOHD HANIF BIN DIN @ ABDUL RAZAK)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Gintong

Disahkan oleh,

______________________
(NOR HAYAZI BIN YUSOFF)
Guru Besar,
SK Gintong

You might also like