You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 3 TAHUN 2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 19 Julai 2017
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Penghulu Jusoh
===================================================================

Kehadiran :

1. Cg Muhammad Shatir Bin Shafiee Pk Pentadbiran


2. Cg Zainol Bin Talib Ketua Panitia
3. Cg Norhafishah Bt Mohd Isa Setiausaha
4. Cg Zairomi Bin Zainol
5. Cg Bibiyanti Bt Ghni
6. Cg Nadwatul Husna Bt Abd Rahman

Agenda mesyuarat
1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Pentadbir
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Postmortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017
5. Hal-hal lain
Agenda 1: Ucapan aluan pengerusi

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pentadbir iaitu Cg Mohd Shatir dan ahli
jawatankuasa kerana sudi meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat Panitia Matematik kali
yang ketiga bagi tahun 2017.
2. Beliau mengharapkan agar pada mesyuarat kali ini lebih banyak idea atau pendapat yang bernas
diberikan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti murid dalam pelajaran Matematik.

Agenda 2: Ucapan Wakil Pihak Pentadbir (Cg Mohd Shatir)

3. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada mesyuarat
kali ini, walaupun banyak tugasan atau urusan lain yang perlu dilaksanakan.
4. Beliau mengharapkan agar prestasi murid tahun ini dapat ditingkatkan lagi
terutama penumpuan kepada murid yang akan menghadapi ujian akhir tahun.

Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat


5. Cg Zainol Bin Talib (Ketua Panitia) membentangkan minit mesyuarat 2/2017. Minit disahkan tanpa
sebarang pindaan.
Cadangan: Cg Bibiyanti Bt Ghni
Sokongan: Cg Zairomi Bin Zainol
Agenda 4: Postmortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017
6. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih semua guru matematik yang telah mebantu murid –
murid tahun 6 sehingga menunjukkan peningkatan bagi setiap ujian yang diduduki. Program ini akan
diteruskan sehingga tiba hari peperiksaan UPSR nanti.
7. Pengerusi mendapati terdapat sedikit peningkatan dari segi prestasi murid bagi peperiksaan
pertengahan tahun yang lalu. Akan tetapi, peningkatan tersebut masih belum memuaskan lagi
memandangkan jumlah murid yang gagal terutamanya di kalangan murid kelas Bestari tahun 3
hingga 6 masih ramai. Ini menyebabkan GPMP Matematik menjadi penyumbang yang kurang baik
berbanding subjek teras yang lain.
8. Cg Norhafishah menyatakan murid tahun Dua Bestari masih lagi mempunyai masalah di dalam
operasi asas terutamanya berkaitan dengan sifir.
9. Pengerusi meminta agar murid yang masih lemah dirujuk kepada Guru Pemulihan iaitu Cg Bibiyanti
walaupun murid tersebut tidak tersenarai dalam kalangan murid pemulihan.
10. Masalah penguasaan operasi asas perlu diatasi segera sebelum murid melangkah ke tahap 2
memandangkan sukatan tahap 2 yang lebih mencabar.
11. Pengerusi menerangkan bahawa murid-murid tahap 2 masih lagi perlu diberi bimbingan terutama
sekali menjawab soalan berkaitan masalah harian dan soalan berbentuk KBAT. Ini adalah kerana
murid kurang memahami kehendak soalan walaupun mampu membaca soalan dengan baik.bagi
kelas Bestari, murid-murid langsung tiada minat untuk membaca soalan ditambah lagi dengan
penguasaan operasi darab dan bahagi yang agak terhad.
12. Cg Norhafishah memaklumkan masih ramai murid – murid yang tidak membawa buku PROBIS
pada hari Isnin dan jumlahnya kian meningkat selepas cuti Hari Raya Puasa yang lalu. Tindakan
telah dikenakan kepada murid murid tersebut.
13. Pengerusi mencadangkan agar guru-guru memperbanyakkan carta-carta berkaitan matematik di
dalam kelas masing-masing. Penyediaan carta matematik tersebut boleh disediakan oleh guru
ataupun murid membuat sendiri carta dengan bimbingan guru seperti di dalam aktiviti berkumpulan.
Diharapkan dengan penggunaan carta-carta ini, murid akan sentiasa mempunyai maklumat
berkaitan matematik.
14. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat meningkatkan lagi usaha untuk membantu murid
menguasai kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun kelak.

AGENDA 5: Hal-hal Lain

15. Cg Shatir mengingatkan kepada guru-guru agar sentiasa melengkapkan Rancangan Pengajaran
Harian kerana pemantauan daripada SISC+ akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
16. Pengerusi memaklumkan bahawa kelas bimbingan Matematik tahun 6 pada hari Khamis akan
disambung kembali sehingga tamat UPSR.
Penangguhan mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………… ………………………………...........................
(PN. Norhafishah Bt Md Isa) (CG ZAINOL BIN TALIB)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Matematik Panitia Matematik
SK Penghulu Jusoh SK Penghulu Jusoh

You might also like