You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PENUBUHAN ASCASA

KERTAS CADANGAN
PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN ANAK SENI CANANG SARI (ASCASA)
SEKOLAH MENENGAH ABDUL RAHMAN TALIB

1.0 PENGENALAN
Kelab Anak Seni Canang Sari (ASCASA) merupakan merupakan salah satu usaha pihak
sekolah untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara
berfaedah di samping menjadi satu aktiviti kokurikulum sekolah. Tambahan pula, kelab
ini juga mampu mengisi hobi murid-murid yang meminati aktiviti kesenian dan
kebudayaan serta mampu mengasah kemahiran mereka dalam beberapa aktiviti
berkaitan seni dan kebudayaan seperti tarian dan nyanyian. Aktiviti-aktiviti ASCASA ini
membolehkan penglibatan aktif para pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan
pelbagai bangsa di Malaysia seperti tarian tradisional, seni pentas iaitu teater dan juga
nyanyian. Melaui aktiviti ini, pemahaman seni dan budaya dapat diamati, dipelajari dan
disanjungi dengan harmoni oleh setiap lapisan bangsa dan seterusnya mampu
membentuk satu kefahaman dan perpaduan kebangsaan. ASCASA juga menjadi medan
sahutan bagi Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan untuk mengukuhkan
perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan dan
memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Maka, sebagai sekolah yang
berdiri di atas Dasar Pendidikan Malaysia yang ingin membentuk kesatuan dalam budaya
kebangsaan, ASCASA mampu menjadi madah dalam pelaksanaaanya.

2.0 RASIONAL
1. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina, India
dan peribumi Sabah dan Sarawak yang kaya dengan adat, seni dan kebudayaan yang
amat unik.
2. Menghargai dan memartabatkan kebudayaan merupakan perkara yang penting dalam
pembentukan identiti kebangsaan di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa.
3. Melibatkan diri dalam aktiviti seni kebudayaan pelbagai bangsa akan membawa
keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk.
KERTAS KERJA PENUBUHAN ASCASA

4. Perpaduan mampu dipupuk melalui perkongsian seni dan budaya. Perpaduan


merupakan elemen yang amat penting bagi konteks negara membangun Malaysia
yang berbilang kaum bagi mencapai kemajuan, sosioekonomi dan politik yang stabil.

3.0 MATLAMAT
1. Menambah ilmu dalam seni kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.
2. Memupuk kefahaman dan perpaduan antara kaum melalui pengalaman dan asimilasi
seni dan budaya kebangsaan.
3. Memperkembangkan bakat pelajar dalam aktiviti seni kebudayaan.
4. Melibatkan pelajar dalam aktiviti yang melibatkan kesenian dan kebudayaan sama
ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari dan melibatkan diri
dalam seni budaya kaum Melayu, Cina, India dan peribumi Sabah dan Sarawak.
4.2 Mengasah bakat-bakat para pelajar dalam aktiviti seni kebudayaan yang
melibatkan nyanyian, tarian tradisional dan teater (lakonan).
4.3 Mensiapsiagakan dan memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti/pertandingan yang melibatkan kesenian dan kebudayaan di semua
peringkat sama ada dalam dan luar negara.
4.4 Membentuk individu yang menghargai seni kebudayaan pelbagai yang menjadi
identiti kebangsaan.
4.5 Menyokong Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
4.6 Mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira
bangsa, umur dan jantina.
4.7 Meningkatkan daya keyakinan diri para pelajar.

5.0 NAMA DAN ALAMAT KELAB


Nama : Persatuan Anak Seni Canang Sari (ASCASA)
Alamat : Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Jalan Alor Akar, 25250
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
KERTAS KERJA PENUBUHAN ASCASA

6.0 LOGO

7.0 MOTO
“Memartabatkan seni, memperkasakan budaya”

8.0 LAGU

Lagu ASCASA

Demi satu keuggulan, bangsa yang berdaulat


Nyanian, tarian dan teater yang memikat
Seni dan budaya membawa sepakat

Kami Anak Seni Canang Sari


Memartabatkan seni tanggungjawab kami
Memperkasakan budaya tugas hakiki

ASCASA perkasa menjunjung seni budaya


Memayungi adat setiap bangsa
Kami berpegang pada motto bersama
Memartabatkan seni, memperkasakan budaya
KERTAS KERJA PENUBUHAN ASCASA

9.0 KEAHLIAN
Keahlian dibuka kepada semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

10.0 JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN ANAK SENI CANANG SARI (ASCASA)


Penaung : Dato’ Hael Husaini bin Hassan
Penasihat : As’ad Motawh bin Ghafur
Pengurusi : Ismail Izani bin Tajuddin
Naib Pengurusi : Sarah binti Suhairi
Setiausaha : Amirul Syafiq bin Muhamad Nor
Naib Setiausaha : Nur Aida binti Jebat
Bendahari : Zizi Kirana binti Abd Samad
Naib Bendahari : Mohd Haqiem bin Rosli

11.0 PERANCANGAN AKTIVITI


Bil Aktiviti Tarikh
1. Mesyuarat Agung Tahunan dan Pendaftaran Ahli Januari
Perjumpaan Mingguan ( seminggu sekali : kokurikulum
2. -
maktab / sebulan dua kali : latihan persatuan)
3. Pengenalan Perlembagaan ASCASA Ferbruari
4. Persembahan terbuka Mac
5. Pesta Kebudayaan peringkat kebangsaan di MRSM Trolak April
6. Persembahan teater dan tarian Hari Guru May
7. Gimik perasmian Minggu Aktiviti Semester 1 May
Minggu Bahasa peringkat kebangsaan di MRSM Pengkalan
8. Julai
Chepa
9. Lawatan sambal belajar ke Muzium Negara Ogos
10. Persembahan Khas Perasmian Minggu Aktiviti Semester 2 September
Festival Seni dan Kebudayaan Belia Antarabangsa (IYCEF) di
11. Oktober
Nanjing, China.
KERTAS KERJA PENUBUHAN ASCASA

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN


12.1 Sumber
BIL PERKARA JUMLAH
1. Badan Muafakat
2. Maktab
Jumlah Keseluruhan

12.2 Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH
1. Mesyuarat Agung
 Makanan dan minuman
 Pengurusan
Jumlah Keseluruhan

13.0 PERLEMBAGAAN
Sila rujuk lampiran

14.0 PENUTUP
Diharapkan Persatuan Anak Seni Canang Sari (ASCASA) ini dapat memberikan impak
yang positif dan memberi penghayatan seni dan budaya dalam masyarakat Malaysia
disamping membentuk individu yang seimbang, berketerampilan dan memupuk
perpaduan. Sehubungan itu, sokongan dai Tuan Pengetua dan semua pihak adalah
diharapkan bagi menjayakan persatuan ini agar hasrat murni penubuhannya dapat
dicapai.

You might also like