You are on page 1of 1

Tutorial 1

Pembolehubah merupakan satu konsep yang dikaji atau diperhatikan dalam


sesuatu kajian yang ingin dikaji. Pembolehubah juga dapat dikaitkan
dengan ciri-ciri yang ingin dikaji misalnya modul yang memudahkan
pemahaman pelajar adalah berbeza dalam kalangan pelajar atau
sekumpulan responden yang dikaji tersebut.

Jenis-jenis pembolehubah

a) Pemboleh Ubah Kuantitatif iaitu satu istilah yang digunakan untuk


menerangkan ciri-ciri sesuatu yang boleh diukur misalnya berat, suhu dan
sebagainya.

b) Pemboleh Ubah Kualitatif merupakan satu istilah yang digunakan untuk


menjelaskan sesuatu yang tidak boleh diukur contohnya jantina, kaum,
agama dan sebagainya.

c) Pemboleh Ubah Diskrit adalah satu istilah yang digunakan untuk


sesuatu yang boleh diwakilkan oleh nombor integer seperti bilangan
kereta, bilangan pelajar dan lain-lain lagi.

d) Pemboleh Ubah Berterusan merupakan satu nilai dalam sesuatu skala


atau interval pengukuran seperti berat, tinggi dan nilai ukuran tekanan
darah.

Yahya Don. 2006. Psikologi Sosial dalam Pendidikan. PTS Professional.

Thiviya Muniandy

P 73767

You might also like