You are on page 1of 2

MINIT MESYURAT SIDANG REDAKSI MAJALAH SEKOLAH 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELANGOR BIL 1/2014

TARIKH : 13 April 2015


MASA: 1:30 PM
TEMPAT : BILIK WAWASAN

HADIR
Lampiran disertakan.

AGENDA
1 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Pn. Usha Rani A/P S.Ganapathi selaku Naib Pengerusi 1 mengucapkan
terima kasih kepada guru –guru di bawah sidang redaksi majalah sekolah dapat
hadir ke mesyuarat kali pertama untuk tahun 2015.

2. PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN
2.1 Senarai Ajk terkini diedarkan (Lampiran disertakan)

2.1.1 Pn. Usha Rani membacakan senarai AJK Unit Keselamatan tahun 2015.

3 HAL- HAL LAIN.


3.1 Tajuk ’Seri” dipilih sebagai tajuk bagi majalah sekolah bagi sesi 2015
Makluman dan Tindakan semua guru

3.2 Guru-guru dinasihatkan untuk memberi tempoh masa bagi murid-murid untuk
menghasilkan karaya mereka untuk dicetak dalam majalah sekolah. Hasil karya
murid-murid perlu diserahkan kepada ketua unit masing-masing untuk semakan.
Tidak had bagi hasil murid-murid.
Makluman dan Tindakan semua guru

3.3 RM 17.50 telah ditetapkan sebagai harga majalah dan murid-murid hanya prlu
bayar RM 13.00. Duit baki akan ditanggung oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Selangor.
Makluman dan Tindakan semua guru dan PIBG

3.4 Kos iklan bagi muka surat pertama dan akhir ditetapkan sebagai RM 2500.00
manakala harga bagi kulit belakang majalah adalah RM 4000.00. Muka surat lain
berharga RM 1000.00 setiap satu, RM 500.00 bagi separuh muka surat dan RM
250.00 bagi suku muka surat.
Makluman dan Tindakan semua guru
3.5 Gambar individu bagi tahun 6 akan dicaj sebanyak RM 10.00 bagi seorang
murid. Manakala gambar kelas tidak dikenakan sebarang pembayaran oleh murid-
murid bagi semua kelas.
Makluman dan Tindakan semua guru

3.6 PIBG sekolah akan memikul tugas untuk mempromosi dan mencari iklan bagi
majalah sekolah.
Makluman dan Tindakan PIBG

3.7 Majalah sekolah akan merangkumi 150 hingga 200 mukasurat.


Makluman dan Tindakan semua guru

3.8 Pn.Faizah dan Pn. Nalini dikenakan mengutip duit murid bagi majalah.
Makluman dan Tindakan Pn Faizah dan Pn Nalini

3.9 Guru-guru lain dinasihatkan untuk membincangkan tugasan masing-masing


dan semua guru terlibat darahkan untuk berbincang dengan ketua kumpulan
tentang proses kerja bagi bidang masing-masing.
Makluman dan Tindakan semua AJK

3.10 Pn. Rabeatul mengedarkan borang soal selidik kepada penyelaras tahun
masing-masing untuk diedarkan kepada guru-guru kelas bagi mendapatkan
maklumat mengenai adik beradik murid-murid SK Seri Selangor.

Makluman dan Tindakan Penyelaras Tahun

5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada Pn Usha Rani.

Disediakan Oleh :
....................................
(Thiviya A/P Muniandy )
Setiausaha II

You might also like