You are on page 1of 1

Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran

Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:


🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini
🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P
🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari
🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara
intensif
🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10
daripadanya mencapai target
🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil
pembelajaran
🎓 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran
🎓 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran
🎓 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil
pembelajaran
🎓 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil
pembelajaran
🎓 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya
🎓 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana
kesuntukan masa
🎓 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang
menarik dan bersesuaian
🎓 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan
BBM yang menarik dan bersesuaian
🎓 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala
bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
🎓 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti
luar kelas
🎓 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru
🎓 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas
🎓 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah
🎓 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh
yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan
🎓 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak
menguasai objektif pembelajaran
**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.

You might also like