You are on page 1of 8

1.

KPD 3016 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1


TUGASAN/TAJUK Tugasan 3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Tajuk : Bahasa Melayu (Buah-buahan Tempatan dan Luar Negara)
Disediakan oleh: Nama :Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir No. Matrik :
D20121058364 Semester : Semester 1 2014/2015 Pensyarah : Dr.
Norfishah Binti Mat Rabi Tarikh hantar : 21 November 2014

2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 Mata pelajaran : Bahasa


Melayu Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas Bilangan pelajar : 6 orang
(Masalah Pembelajaran) Bilangan pelajar yang hadir : Tarikh : 18
September 2014 Masa : 30 minit Tema : Manusia dan alam sekitar
Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan tempatan) Objektif
pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat : 1. Mengenal
dan mengetahui buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.
2. Menulis ayat,bercerita dan melakonkan watak mengenai buah-
buahan tempatan. 3. Menghargai buah-buahan tempatan di
Malaysia.

3. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat buah-buahan.


Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru Kaedah : Bercerita /
Bersyarah (C2-Kefahaman) Kemahiran : Kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur dan kemahiran menulis Bahan Bantu Mengajar :
Buah-buahan maujud, kad gambar buah, lembaran kerja, teks
pendek, kertas A4. Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai
masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama.

4. Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan Set


induksi (5 minit) Teka-teki buah-buahan 1. Guru memberi salam
kepada murid dan bertanyakan keadaan murid pada hari ini. 2. Guru
mengeluarkan sebuah kotak yang mengandungi buah-buahan
tempatan. 3. Guru meminta murid merasa tekstur buah yang
terdapat di dalam kotak tanpa melihat dan meminta pelajar meneka
buah tersebut. 4. Guru meminta murid mengeluarkan buah dan
menyebut apa yang dilihat kepada rakan-rakan yang lain. 1. Pelajar
menjawab salam yang diberikan oleh guru dan memberitahu
keadaan mereka pada hari ini. 2. Pelajar melihat guru mengeluarkan
sebuah kotak. 3. Pelajar pergi kepada guru dan merasa buah yang
terdapat di dalam kotak dan menjawab jenis tekstur buah yang di
rasa. 4. Pelajar menunjukkan buah yang dipilih di dalam kotak dan
menyebut nama buah tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

5. Pengenalan (10 minit) Menyebut dan mengeja nama buah-buahan


tempatan : pisang, belimbing, mangga, rambutan, durian dan jambu
1. Guru menunjukkan buah-buahan yang dibawa dan menyuruh
pelajar menyebut nama buah-buahan tersebut bersama-sama guru.
2. Guru meminta pelajar untuk mengeja buah-buahan yang
ditunjukkan satu per satu. 3. Guru seterusnya meminta pelajar untuk
menulis nama buah-buahan yang di bawa di atas kertas yang
diedarkan oleh guru. 4. Berikutnya guru meminta pelajar
melengkapkan ayat di dalam lembaran kerja mengenai buah-buahan
tempatan. 5. Guru mengutip kertas dan lembaran kerja yang telah
siap 1. Pelajar melihat buah yang ditunjukkan oleh guru dan
menyebut nama buah-buahan tersebut bersama-sama guru. 2.
Pelajar mengeja buah-buahan yang ditunjukkan oleh guru satu per
satu. 3. Pelajar menulis nama buah-buahan yang telah ditunjukkan
oleh guru di atas kertas yang diedarkan oleh guru. 4. Pelajar
melengkapkan ayat di dalam lembaran kerja yang diberikan oleh
guru. 5. Pelajar memberikan kertas dan lembaran kerja yang telah
siap kepada guru

6. Perkembangan (20 minit) Membaca teks pendek dan melakonkan


watak buah 1. Guru mengedarkan satu teks pendek mengenai buah-
buahan tempatan kepada pelajar dan meminta pelajar membaca teks
tersebut beramai-ramai. 1. Pelajar mengambil teks pendek mengenai
buah-buahan tempatan daripada guru dan membaca teks tersebut
secara beramai-ramai bersama rakan-rakan mereka.

7. 2. Guru meminta pelajar untuk memilih satu watak yang disukai


dan pelajar diberikan masa untuk berlatih dan bersedia selama 5
minit sebelum melakonkan watak tersebut di hadapan kelas. 3. Guru
memberikan galakan kepada pelajar dengan memuji lakonan yang
telah dilakukan. 2. Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti dan
memilih watak yang disukai dan kemudian berlatih watak yang dipilih
dan setelah bersedia, pelajar melakonkan watak yang telah dipilih di
hadapan kelas. 3. Pelajar menerima pujian daripada guru. Penutup
(10 minit) 1. Guru mengambil kad gambar buah-buahan tempatan
yang telah di ajar dan menunjukkan kad tersebut kepada pelajar
serta meminta pelajar menyebut dan mengeja buah-buahan 1.
Pelajar melihat kad gambar buah-buahan tempatan yang di
tunjukkan oleh guru dan menyebut serta mengeja buah-buahan
tersebut. 2. Pelajar mendengar cerita daripada guru

8. tersebut. 2. Guru bercerita mengenai keunikan dan kelebihan


mengenai buah-buahan tempatan di Malaysia. mengenai keunikan
dan kelebihan mengenai buah-buahan tempatan dan menghargai
buah-buahan tempatan.

9. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 Mata pelajaran : Bahasa


Melayu Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas Bilangan pelajar : 6 orang
(Masalah Pembelajaran) Bilangan pelajar yang hadir : Tarikh : 18
September 2014 Masa : 30 minit Tema : Manusia dan alam sekitar
Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan luar negara) Objektif
pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat : 4. Mengenal
dan mengetahui buah-buahan luar negara. 5. Membentuk ciri buah-
buahan luar negara daripada doh. 6. Mengamalkan memakan buah-
buahan.
10. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat buah-buahan
daripada media massa . Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah : Tunjuk cara/Demonstrasi (C3-Aplikasi) Kemahiran :
Kemahiran memegang serta membentuk, kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Bahan Bantu Mengajar :
Video buah-buahan luar negara, gambar buah sebenar, kad
perkataan, lembaran kerja, tepung dan air (doh), pewarna. Nilai :
Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin,
fokus, bekerjasama.

11. Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan Set
induksi (5 minit) Pengenalan kepada tajuk pembelajaran 5. Guru
memberi salam kepada murid dan bertanyakan keadaan murid pada
hari ini. 6. Guru menayangkan video mengenai buah-buahan
tempatan kepada pelajar. 5. Pelajar menjawab salam yang diberikan
oleh guru dan memberitahu keadaan mereka pada hari ini. 6. Pelajar
menonton video yang ditayangkan oleh guru. Pengenalan (10 minit)
Memadankan gambar buah-buahan luar negara dengan nama buah
tersebut 1. Guru mengeluarkan gambar dan kad perkataan buah-
buahan luar negara. 2. Guru membahagikan pelajar kepada dua
kumpulan. 3. Guru meminta pelajar untuk memadankan gambar
dengan kad perkataan dengan betul. 1. Pelajar melihat gambar yang
dikeluarkan oleh guru. 2. Pelajar duduk di dalam kumpulan yang telah
ditetapkan oleh guru. 3. Pelajar mengambil gambar, memilih kad
peralatan dan memadankan gambar dan kad perkataan yang betul.

12. Perkembangan (20 minit) Membuat doh dan mereka cerita 1.


Guru mengambil tepung dan air dan diletakkan di atas meja 2. Guru
melakukan demonstrasi bagaimana membuat doh buah strawberi. 3.
Guru meminta pelajar untuk mencampurkan bahan tersebut menjadi
doh dan meletakkan pewarna yang disukai. 4. Guru meminta pelajar
memilih satu buah-buahan luar negara yang disukai dan membentuk
doh mengikut bentuk dan ciri buah tersebut. 5. Guru kemudian
meminta pelajar 1. Pelajar mengambil tepung dan air di atas meja
oleh guru. 2. Pelajar melihat guru melakukan demonstrasi membuat
doh buah strawberi. 3. Pelajar mencampurkan bahan dan dijadikan
doh dan meletakkan pewarna yang disukai. 4. Pelajar memilih satu
buah-buahan luar negara yang disukai dan membentuk doh mengikut
bentuk dan ciri buah yang dipilih. 5. Pelajar kemudian
mempersembahkan doh yang telah siap dan menceritakan mengenai

13. untuk mempersembahkan doh yang telah siap dan menceritakan


mengenai satu rekaan cerita mengenai buah tersebut kepada rakan
sekelas. 6. Guru memberikan peneguhan positif iaitu memberi pujian
di atas usaha pelajar. satu rekaan cerita mengenai buah tersebut
kepada rakan sekelas.

14. Penutup (10 minit) Lembaran kerja 3. Guru bertanyakan apa yang
telah dipelajari pada hari ini. 4. Guru menerangkan kelebihan
memakan buah-buahan secara am. 5. Guru menggalakkan pelajar
untuk memakan buah-buahan. 6. Guru memberikan lembaran kerja
kepada pelajar. 7. Guru mengutip soalan yang telah dijawab dan
menandakan kertas soalan. 3. Pelajar menjawab soalan yang
ditanyakan. 4. Pelajar mendengar apa yang diberitahu oleh guru. 5.
Pelajar berjanji akan memakan buah-buahan setiap hari. 6. Pelajar
mengambil dan menjawab soalan di dalam lembaran kerja. 7. Pelajar
memberikan kertas lembaran kerja kepada guru untuk disemak.

15. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3 Mata pelajaran : Bahasa


Melayu Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas Bilangan pelajar : 6 orang
(Masalah Pembelajaran) Bilangan pelajar yang hadir : Tarikh : 18
September 2014 Masa : 30 minit Tema : Manusia dan alam sekitar
Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan) Objektif pembelajaran : Pada
akhir pembelajaran, pelajar dapat : 7. Membezakan ciri-ciri buah-
buahan tempatan dan buah-buahan luar negara. 8. Mencirikan buah-
buahan dengan melukis bentuk buah-buahan yang telah dipelajari. 9.
Mengetahui dan mengamalkan amalan makan buah-buahan.

16. Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal buah-buahan


tempatan dan buah-buahan luar negara. Strategi : Berpusatkan
pelajar dan guru Konsep : Belajar sambil bermain Kemahiran :
Kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur
dan kemahiran menulis Bahan Bantu Mengajar : Kit Media Cari Kata
(papan perkataan, kad soalan, getah, rak soalan), kertas lukisan dan
pensel warna. Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai
masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama dan tolong menolong.

17. Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan Set
induksi (5 minit) Imbas kembali buah-buahan 7. Guru memberi salam
kepada murid dan bertanyakan keadaan murid pada hari ini. 8. Guru
bertanyakan kepada pelajar mengenai buah-buahan tempatan dan
luar Negara yang sudah dipelajari. 9. Guru menunjukkan dan
meminta pelajar bersama-sama melihat dan membaca kad imbas
buah-buahan. 7. Pelajar menjawab salam yang diberikan oleh guru
dan memberitahu keadaan mereka pada hari ini. 8. Pelajar
mengimbas kembali dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru. 9. Pelajar melihat dan membaca kad imbas buah-buahan
bersama guru.

18. Pengenalan (10 minit) Pengukuhan mencirikan buah-buahan 6.


Guru mengedarkan kertas lukisan kepada setiap pelajar. 7. Pelajar
diminta untuk melukis dan mewarnakan buah-buahan yang
diketahui. 8. Guru memantau dan melihat setiap pelajar untuk
memastikan setiap tiada pelajar yang tidak mengetahui sekurang-
kurangnya satu buah. 9. Apabila pelajar siap melukis dan mewarna
guru akan mengambil lukisan pelajar dan melekatkannya di papan
kenyataan sebagai satu penghargaan. 6. Pelajar mengambil kertas
lukisan yang diberikan oleh guru. 7. Pelajar melukis dan mewarnakan
buah-buahan yang diketahui. 8. Pelajar melukis buah-buahan dengan
pemantauan guru dan bertanyakan soalan apabila mempunyai
masalah(contoh:tidak tahu ciri buah). 9. Pelajar memberikan lukisan
yang telah siap untuk dilekatkan di papan kenyataan apabila lukisan
siap dilukis dan diwarnakan.

19. Perkembangan (20 minit) Aktiviti bermain 4. Guru membahagikan


pelajar kepada dua kumpulan kecil. 5. Guru mengeluarkan papan
perkataan daripada kotak kit media dan diletakkan di antara dua
kumpulan pelajar. 4. Pelajar mendengar arahan guru dan duduk di
dalam kumpulan yang telah diberikan. 5. Pelajar membantu guru
mengeluarkan papan perkataan daripada kotak kit media.

20. 6. Guru mengambil kad soalan di dalam bekas set soalan dan
meminta pelajar untuk menyusun kad soalan pada rak soalan. 7.
Guru meminta pelajar untuk memilih satu kad soalan. 8. Guru
kemudian membacakan soalan di dalam kad soalan dan meminta
pelajar untuk menjawab soalan yang terdapat di dalam kad. 9. Guru
meminta pelajar mencari jawapan di dalam papan perkataan. 6.
Pelajar membantu guru meletakkan kad soalan di dalam rak soalan.
7. Pelajar memilih kad soalan yang ada di rak soalan. 8. Pelajar
mendengar soalan daripada guru dan menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru. 9. Pelajar mencari jawapan di papan
perkataan. 10. Rakan yang lain membantu pelajar

21. 10. Apabila jawapan yang salah, pelajar di dalam kumpulan akan
membantu rakan yang lain. 11. Guru kemudian meminta pelajar
untuk meregangkan getah dan letakkan getah mengikut pin huruf
jawapan yang telah diberikan. 12. Guru mengulangi langkah 4
sehingga soalan selesai di jawab atau masa yang diberikan sudah
tamat. apabila pelajar tidak dapat menjawab soalan dan mencari
perkataan di papan perkataan. 11. Pelajar meregangkan getah pada
jawapan di pin huruf papan perkataan. 12. Pelajar menjawab dan
mencari jawapan di papan perkataan sehingga soalan selesai di jawab
atau masa sudah mencukupi.

22. Penutup (10 minit) 8. Guru bertanyakan apa yang telah dipelajari
pada hari ini. 9. Guru menerangkan kelebihan memakan buah-
buahan secara am. 10. Guru menggalakkan pelajar untuk memakan
buah-buahan. 11. Guru memberikan lembaran kerja kepada pelajar.
12. Guru memberi masa 5 minit kepada pelajar untuk menjawab
soalan. 13. Guru membimbing murid ketika menjawab soalan. 14.
Guru mengutip soalan yang telah dijawab dan menandakan kertas
soalan. 8. Pelajar menjawab soalan yang ditanyakan. 9. Pelajar
mendengar apa yang diberitahu oleh guru. 10. Pelajar berjanji akan
memakan buah-buahan setiap hari. 11. Pelajar mengambil lembaran
kerja yang diberikan oleh guru. 12. Pelajar menjawab lembaran kerja
yang diberikan oleh guru. 13. Pelajar bertanyakan soalan yang tidak
diketahui. 14. Pelajar memberikan kertas lembaran kerja kepada guru
untuk disemak.

You might also like