You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : Intelligent
Tarikh :
Hari :
Masa : 09.00 – 09.40pagi
Bil. Murid : 14 Orang
Umur : 5 Tahun
Tajuk/Tema : Buah-buahan tempatan
Standard kandungan:

BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara gerak laku dan lisan
BM 3.2 Menguasai kemahiran menulis
SA 2.2 Mengelaskan objek
KE 1.1 Menyanyikan lagu daripada pelbagai repertoire

Standard Pembelajaran:

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar


BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul
SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut satu ciri:
(i) warna
(ii) bentuk
(iii) saiz
(iv) tekstur
(v) berat
KE 1.1.4 Menyanyikan lagu dengan:
(i) sebutan yang betul dan jelas
(ii) pic yang betul

Kesepaduan Tunjang:
1) Sains dan Teknologi
2) Fizikal dan Estetika
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

1) Murid boleh mengenali buah-buahan tempatan

Pengetahuan Sedia ada:

1) Mengetahui nama-nama buah-buahan tempatan

Kemahiran Berfikir (KB):

1) Menyebut nama buah

Penerapan Nilai (PN):

1) Berkerjasama
2) Hormat menghormati

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

1) Papan putih
2) Straw
3) Kad buah
4) Video

Fokus Kecerdasan Pelbagai:

1) Interpersonal
2) Linguistik

Kosa Kata:

1) Buah

LANGKAH / ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN


MASA

Set Induksi Mendengar dengan - Guru mengucap salam ABM :


(2 minit) teliti dan bertanyakan khabar
-
- Guru mengrefleksi apa
yang telah dipelajari
- Guru berteka teki
berkaitan tema minggu
ini

- Guru berbual sopan


bersama murid

Langkah 1 Mengenal buah- - Guru menanyangkan ABM :


(2 minit) buahan video kesihatan kepada
murid iaitu kepentingan - Kad bergambar
memakan buah-buahan

- Guru meminta murid


menyebut nama buah-
buahan pada gambar

- Guru memperkenalkan
buah-buahan kepada
murid

Langkah 2 Membuat aktiviti - Murid diminta menyebut ABM :


(18 minit) buah-buahan huruf pada nama buah
yang ditayangkan - Kad bergambar
- Papan tulis
- Murid diminta mengeja - Kad buah-
nama buah-buahan buahan

- Murid menyanyikan lagu


buah

Langkah3 Mengisi tempat - Guru menunjukkan cara -Lembaran Kerja


(5 minit) kosong untuk membuat lembaran
kerja kepada murid.

- Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
murid untuk diselesaikan
di tepat masing-masing

- Guru mengarahkan
murid untuk duduk di
tempat masing-masing.

- Murid mengambil
lembaran kerja dan
duduk di tempat masing-
masing.

Penutup - Mengulang
(2 minit) apa yang - Guru bertanyakan murid
dipelajarinya apa yang dipelajari pada
hari tersebut.

- Guru mengulangi apa


yang telah diajar kepada
murid.
REFLEKSI – BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Pada hari ini saya sebagai guru telah menjalankan aktiviti mengenal buah-
buahan tempatan bersama kanak-kanak 5 tahun. Melalui aktiviti ini, saya dapat
melihat perkembangan yang paling ketara terlibat seperti perkembangan verbal
linguistik iaitu keupayaan berkomunikasi dan penggunaan bahasa serta
interpersonal iaitu boleh bekerjasama dengan orang lain.

Antara kekuatan guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran


pada hari ini ialah dengan menayangkan video tentang kesihatan buah-buahan.
Perkara ini adalah penilaian yang boleh dijadikan pengukuhan kerana video
adalah salah satu bahan bantu mengajar yang sangat menarik perhatian murid
dengan baik. Pada era ini, murid lebih cenderung dengan visual sehinggakan ada
murid iaitu Aina berkata “saya suka tengok buah-buahan”, Iman pula berseloroh
“pandai orang tu cakap macam cikgu”. Kekuatan guru menggunakan teknik
visual adalah. Lebih daripada 5 orang murid mengatakan “saya suka makan
buah-buahan tempatan”. Seorang rakan bernama Aqeef berkata “ayah saya beli
durian sebab durian buah tempatan”, Danial berkata “tengok upin ipin cikgu, ada
belajar buah-buahan tempatan”.  Murid belajar dari pengalaman sedia ada dan
dikaitkan dengan pengalaman baru.

Apabila guru menghentikan tayangan dan memulakan dengan kad


bergambar, murid boleh menjawab dengan baik nama-nama buah-buahan
tempatan dengan baik. Guru menunjukkan kad bergambar rambutan dan
memamnggil nama Aqeef dan Aqeef menyebut dengan baik perkataan rambutan
tersebut. Guru cuba kepada beberapa lagi orang murid dan mereka menjawab
dengan baik. Kemudian, guru menampalkan beberapa kad bergambar di papan
putih dan meminta murid menunjukkan buah-buahan yang disebutkan guru.
Guru memanggil nama Ain dan meminta ain menunjukkan buah manggis. Ain
menunjukkan dengan tepat buah manggis sambil berkata “rumah atok saya ada
pokok manggis”.

Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelemahan semasa pelaksanaan


aktiviti ini antaranya guru tidak boleh mendengar setiap kenyataan atau soalan
daripada semua kanak-kanak. Oleh sebab itu, ada kanak-kanak yang terpaksa
menjerit atau meninggikan suara untuk menarik minat guru mendengar.
Namun, guru menyedari kelemahan ini dan meminta kanak-kanak mengikut
giliran untuk bersoaljawab dengan mengangkat tangan dan memberikan peluang
seorang demi seorang untuk bercakap.

Oleh itu, bagi mengatasi kelemahan tersebut, penambahbaikan perlu


diambil oleh pendidik antaranya ialah menggalakkan kanak-kanak untuk
mengangkat tangan sekiranya ingin menjawab. Selain itu, guru boleh membuat
arahan awal kepada murid sebelum memulakan aktiviti. Guru juga harus
memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang sama seperti rakan yang lain.

You might also like