You are on page 1of 1

OBJEKTIF RUKUN NEGARA :

1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini
terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan
dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa
mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.


Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-
kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah
gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara,
kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara
hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu
tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.


Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan
negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang
lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing
dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-cita
kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun
penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal


Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta
kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita
sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang
Negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan,
semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu
masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan
menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.


Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai
kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi
terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang
menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan
merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan
teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju
sebagaimana matlamat Wawasan 2020.

You might also like