You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NAKHODA MUHAMMAD TAIB

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 28 Disember 2018


Hari : Jumaat
Masa : 11.00
Tempat : Bilik Kemahiran Hidup

KEHADIRAN:

1. Pn. Azura binti (PK Kokurikulum)


2. Pn. Siti Nabila Assilah binti Alias
3. Pn. Nurul Hakimah binti Ismail
4. Pn. Che Gayah @ Salehah binti Sulaiman

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran


guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 AGENDA BARU

2.1 PENUBUHAN JAWATANKUASA


Pelantikan Cg Nurul Hakimah sebagai setiausaha panitia PJPK.

1
2.2 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2.2.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
2.2.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
2.2.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan
selama 30 minit setiap waktu. Tidak boleh dijalankan setiap hari
untuk kelas yang sama. Mesti diselang hari dan mesti dijalankan
sebelum masa rehat.
2.2.4 Masa Pendidikan Kesihatan 1 waktu sahaja (30 minit). Masa PJ
tidak boleh digunakan untuk mengajar PK.
2.2.5 Beri penekanan tentang tajuk-tajuk yang melibatkan PEERS dan
gunakan istilah yang betul kepada murid

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN PJPK


2.3.1 RPT mesti disediakan dan disahkan oleh Guru Besar.
2.3.2 RPH diselaraskan untuk semua guru yang mengajar
PJ dan PK.
2.3.3 RPH boleh disediakan dengan merujuk RPT yang telah disediakan.
Untuk memudahkan guru menyediakan RPH, digalakkan guru-guru
untuk memuat turun Modul Panduan Pengajaran PJ dan PK. Modul
itu adalah lengkap dan sangat membantu guru dalam PdPc dan
membuat perancangan aktiviti.
2.3.4 Ketua Panitia menerangkan serba sedikit tentang rancangan
pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.

Tindakan: Semua guru PJPK

2
2.4 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
2.4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan juga perlu diisi dan dilengkapkan
selepas membuat pentaksiran ataupun selepas aktiviti dijalankan.
2.4.2 Penilaian akhir perlu dicetak dan diserahkan kepada guru kelas
pada hujung tahun.

Tindakan: Makluman

2.5 SEGAK

2.5.1 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan bulan
Ogos untuk murid Tahun 4,5 dan 6. Panduan untuk Pelaksanaan
SEGAK ada pada pengerusi dan akan dibuat salinan dan
diserahkan kepada semua guru PJ.

2.5.2 SEGAK mesti dijalankan mengikut prosedur yang betul (ikut


urutan aktiviti yang telah ditetapkan) dan perlu dijalankan dalam
satu masa sahaja. Tidak boleh disambung pada hari yang
seterusnya. Boleh dijalankan selepas masa PdPc atas kebenaran
guru besar.

2.5.3 Semua guru PJ digalakkan untuk menjalankan ujian SEGAK secara


serentak untuk memudahkan guru menilai murid.

2.5.4 Semua keputusan SEGAK perlu direkodkan di dalam Buku


Penialain SEGAK yang telah disediakan.

3
2.6 AKTIVITI TAHUNAN
2.6.1 Aktiviti Bulan Kecergasan.
2.6.2 Aktiviti senam robik akan dijalankan pada tarikh yang akan
ditetapkan kemudian.
2.6.3 Ceramah Kesihatan dan PEERS.

2.7 PENGURUSAN FAIL


2.7.1 Fail Panitia akan disediakan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan
alatan boleh ambil kunci daripada pengerusi.
3.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ. Sila isi borang keluar masuk peralatan yang diletakkan di pintu
stor.
3.3 Guru PJ perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada
guru lelaki atau guru perempuan.
3.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur
dan jangan lupa untuk tandatangan borang keluar masuk peralatan sukan.

Tindakan: Semua guru PJ

4 UCAPAN PENANGGUHAN

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tgh hari.

4
Disedia oleh Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………… …………………………. ………………………..

(NURUL HAKIMAH BIN ISMAIL) (SITI NABILA ASSILAH BINTI ALIAS) (PN. FATIMAWATI BINTI SAMSUDIN)

Setiausaha Panitia PJPK, Ketua Panitia PJPK Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like