You are on page 1of 4

Minggu Praktikum: 10

Tarikh: 12.10. 2018


Tajuk Jurnal: Keyakinan Murid Dalam Membuat Pembentangan Di Hadapan Kelas

1. Isu Yang Difokuskan :


Minggu ini merupakan minggu kesepuluh saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit
Pada minggu ini,masalah yang dihadapi saya ialah masalah murid hadapi semasa melakukan
aktiviti yang melibatkan pembentangan di hadapan kelas. Pada mula-mulanya, tiada ahli dalam
kumpulan yang menawarkan diri untuk membentangkan hasil yang dibuat tetapi apabila
dipaksa masing-masing menuding jari ke arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain.
Situasi ini berlaku kepada kesemua sembilan kumpulan yang terdapat dalam kelas saya. Hal ini
bukan sahaj merimaskan saya sebagai pemudahcara dalama kelas malah membazirkan masa
PdP dan akan mengganggu masa yang diperuntukkan untuk aktiviti PdP yang seterusnya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Berdasarkan refleksi dan pengamatan saya, saya dapati isu ini berkemungkinan besar timbul
akibat daripada beberapa faktor seperti:
1) kurangnya keyakinan diri dan bimbang diketawakan oleh orang lain

2) tiada suatu kebiasaan untuk bercakap dan membentang di hadapan kelas kerana ia tidak
menjadi amalan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

3) tiada kerjasama atau pembahagian tugas dalam sesuatu kumpulan yang nyata.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Yohan Kurniawan, et. al (2012) menunjukkan bahawa murid malu atau “takut” untuk
bertanya kerana mereka mengakui dirinya pemalu. Begitu juga untuk bercakap di hadapan
kelas. Persamaan dua perkara ini ialah orang yang bercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi
apa yang dilakukan akan menjadi tontonan umum. Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti
yang melibatkan mereka untuk bercakap atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan
dengan orang ramai walaupun audien merupakan rakan sekelas yang telah mereka kenali.

Namun, aktiviti sebegini yang seharusnya mendapat penglibatan dari semua murid bagi
membina keyakinan diri, keberanian bercakap di khalayak dan berani meluahkan apa yang
mereka rasakan dan fikirkan. Dek kerana ketidakbiasaan melakukannya, maka murid-murid
enggan dan berasa malu apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan
perhatian ditumpukan kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untuk dimulakan dan
dilakukan. Di sinilah peranan guru untuk memberi peluang dan galakan kepada murid-murid
untuk mencungkil dan menggunakan potensi diri ke arah yang lebih baik. Mengikut Teori
Psikososial Erikson (1963), pada usia 9 tahun murid mengalami fasa industri lawan rasa rendah
diri. Bagi membantu murid menguasai kemahiran bercakap di khalayak, guru perlu memberi
bimbingan dan galakan suapaya murid tidak berasa rendah diri dalam pencapaian akademik
kelak bahkan dalam hubungan sosial denga individu lain di persekitaran mereka.

Cadangan di atas berasaskan Teori Pelaziman Operan daripada B. F. Skinner. Ia


adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang
diinginkan guru. Walaupun peneguhan ini diberikan hanya kepada murid yang bercakap di
hadapan, namun secara tidak langsung pemberian tersebut mencetus motivasi untuk murid-
murid lain untuk melakukan perkara yang sama. Menurut Nurabadi (2007) antara sebab murid
malu untuk bertanya ialah kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh
orang lain. Begitu juga untuk bercakap dan berlakon di hadapan kelas. Manakala Sharifah
dalam bukunya yang bertajuk 'Panduan dan Strategi Motivasi Diri', beliau berpendapat bahawa
semasa bercakap dengan murid, guru boleh bertentangan mata dengan murid boleh
meningkatkan keyakinan mereka keranan ini boleh menghilangkan rasa takut dan menyerlah
kejujuran dan meningkatkan keyakinan mereka.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu melaksanakan beberapa alternatif yang sesuai dan
berkesan antaranya:
1) Membuat jadual pembahagian tugas atau peranan setiap ahli dalam kumpulan yang bergilir
(siapa yang membentang, siapa yang mencatat dan siapa yang mencari maklumat akan
ditentukan dan digilirkan mengikut jadula yang dibuat oleh guru

2) Membiarkan murid membentang sambil berdiri tempat duduknya sebelum beransur-ansur


berdiri di hadapan atau belakang kelas.

3) memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti ”Bagus!” dan
ucapan terima kasih selain peneguhan positif lain seperti ganjaran bintang atau token ekonomi.
4) Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam PdP juga boleh
membantu murid memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di khalayak. Apabila ia
telah menjadi sesuatu yang rutin, secara tidak langsung keyakinan dalam diri murid-murid akan
terbina.

5) Meminta murid untuk membuat catatan nota ringkas tentang apa yang hendak disampaikan
sebelum dibaca kuat.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 minggu

6. Tindakan Susulan :
Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi aktiviti yang
telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi yang ingin dikongsi itu adalah perkara
yang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk diceritakan kepada orang lain. Selain itu,
guru akan merancang aktiviti yang memerlukan murid-murid menulis beberapa ayat pendek
tentang sesuatu topik.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


15-10-2018

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Cadangan langkah yang dikemukakan telah dicuba kesemuanya dan kesan yang berlaku
adalah positif. Pembahagian tugasan membolehkan setiap murid memikul tanggungjawab dan
memndapat peluang sama rata untuk membentuk keyakinan diri. Cara membentang daripada
tempat duduk (zon selesanya) dapat serba sedikit membina keyakinan diri sebelum guru
membimbing murid untuk keluar daripada zon selesanya (mebentang di depan kelas). Dengan
galakan yang diberikan juga, murid tampak lebih bersemangat dan tidak lagi menunjukkan sifat
pemalu atau penakut semasa disuruh untuk membentang. Keseluruhan langkah-langkah ini
berjaya mengatasi masalah murid kurang berkeyakinan dalam membuat pembentangan di
hadapan kelas.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Secara kesimpulan.latihan dan pengulangan aktiviti membentang sesuatu hasil kerja berupaya
untuk membina dan meningkatkan keyakinan seseorang murid untuk berkongsi pendapat di
hadapan kelas atau khayalak ramai.
10. Rujukan :
Sharifah Akman Syed Zakaria. (2005). Panduan dan strategi motivasi diri. Cheras: Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Yohan Kurniawan, et. al (2012). Mengapa Pelajar Takut Bertanya dalam Kuliah?: Sebuah
Kajian di Universiti Malaysia Kelantan (Why Students Are Afraid to Ask during Lectures? : A
Study in University Malaysia Kelantan). Kelantan : Jurnal Personalia Pelajar 15 (2012): 13-22

You might also like