You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Menurut Heward (2003), kanak – kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri
daripada kanak – kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kementerian Pendidikan
Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal
pasti dan disahkan oleh paa

akar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran


dan pembelajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa murid masalah pembelajaran
merupakan individu yang mempunyai tahap keupayaan belajar yang terhad bergantung
kepada tahap ketidakupayaan individu.

2.0 Latar belakang

Bagi menyelesaikan tugasan laporan kajian kes, Murid A telah dipilih. Murid A
(Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Mohd Zanurin) ialah seorang murid lelaki berumur 12 tahun
yang belajar di dalam kelas 4 Darussalam iaitu kelas pertama bagi murid-murid pendidikan
khas masalah pembelajaran. Murid A berasal daripada keluarga yang kurang kemampuan
dan tinggal di Rumah Budi iaitu salah sebuah rumah anak yatim di daerah tersebut. Ayah
murid tersebut telah meninggal dunia. Murid A seorang pengawas di sekolah.

Murid A yang telah disahkan mengalami masalah kognitif dengan disleksia. Murid tersebut
diserapkan ke dalam pendidikan khas melalui Program Outreach Pemulihan Khas 2015.
Berdasarkan perolehan data tahap keupayaan murid tersebut bagi domain ketidakupayaan
fungsi kognitif berada pada tahap teruk dan ketidakupayaan kawalan tingkah laku berada
pada tahap ringan.

3.0 Kekuatan

Merujuk pemerhatian yang telah dilakukan, murid A merupakan seorang pengawas di


sekolah dan sentiasa berpakaian kemas ke sekolah. Dapat diperhatikan bahawa murid A
adalah contoh terbaik di kalangan murid-murid masalah pembelajaran yang lain dalam aspek
penampilan diri.

Selain itu, murid A sering melibatkan diri dalam persembahan seperti ketika Sambutan
Hari Guru, Perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Hal ini kerana, murid A meminati seni
pergerakan. Murid A akan fokus ketika PdPc jika sesi tersebut melibatkan aktiviti yang
memerlukannya bergerak berbanding hanya mendengar semata-mata penerangan daripada
guru.

Di samping itu, murid A turut meminati bidang perkebunan. Setiap kali aktiviti perkebunan
dijalankan, murid A akan terlibat secara langsung dan aktif. Murid A bertindak dalam
pembahagian tugas kepada murid-murid yang lain. Murid A banyak membantu dalam
menjayakan projek perkebunan di sekolah tersebut.

4.0 Kelemahan

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, murid A mengalami kesukaran dalam


menyelesaikan tugasan dan mendorong murid tersebut untuk melakukan masalah tingkah
laku. Misalnya, murid A banyak menunjukkan tingkah laku hiperaktif terutamanya apabila
bersama kawan rapatnya. Murid A sering bangun dari tempat duduknya di dalam kelas sama
ada untuk mengganggu rakan, sering menggoyangkan badan, menendang meja dan
mengetuk pensil pada meja.

Selain itu, murid A merupakan seorang yang pasif ketika sesi Pdpc, tidak memberi respon
dan suka menggoyangkan badan ketika di dalam kelas. Murid A kurang berkomunikasi secara
lisan tetapi lebih kepada gerak badan. Murid A tidak mempunyai masalah untuk bergaul
kerana dia selesa berbual dengan rakan-rakannya tetapi ada kalanya bersikap agresif seperti
merampas pemadam daripada rakannya.

Tulisan tangan Murid A juga tidak kemas. Hal ini kerana murid A gagal memegang pensil
dengan cara yang betul. Hal ini terbukti merujuk kepada tulisan yang bersaiz tidak menentu
dan memiliki ruang antara huruf yang tidak konsisten seperti terlalu jauh antara dua suku kata.
Tonus otot yang lemah yang kurang memberikan perhatian ketika guru mengajar merupakan
antara punca kegagalan Murid A dalam kemahiran tulisan terutamanya memegang pensil.

5.0 Cadangan aktiviti terapi yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran

Mosby (2001) mendefinisikan terapi sebagai suatu rawatan pemulihan ke atas pesakit
yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan
secara normal. Murid-murid keperluan khas masalah pembelajaran memerlukan terapi dan
antara salah satu keperluannya ialah bertujuan merangsang murid-murid untuk bertindak
balas positif terhadap sesuatu perkara dan meningkatkan perkembangan fungsi emosi,
mental, fizikal dan sosial murid-murid. Terapi penting dalam mengurangkan tekanan dan
gangguan mental serta emosi. Secara tidak langsung ia membantu dalam merangsang
pertuturan dan komunikasi yang sememangnya penting dalam kemahiran sosial murid-murid.

Setelah meneliti latar belakang dan minat murid A, terapi pergerakan kreatif adalah yang
paling sesuai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pergerakan kreatif
merupakan proses pelahiran gabungan antara intepretasi idea, perasaan serta tanggapan
deria secara simbolik melalui pergerakan. Terdapat tiga aspek dalam pergerakan kreatif iaitu
lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Menurut Buku Panduan Guru bertajuk
Pergerakan Kreatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) pergerakan kreatif
mempunyai 10 tema dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu antaranya kesedaran tubuh
badan, penyesuaian terhadap kawan, bentuk-bentuk pergerakan dan kesedaran ruang.

Aktiviti pergerakan berkumpulan dan berpasangan sesuai dilaksanakan ke atas murid A.


Ketika set induksi guru boleh menerapkan aktiviti nyanyian dan gerakan kreatif. Misalnya
dalam mempelajari tajuk nombor. Guru menayangkan video lagu pengenalan nombor dan
murid perlu menggerakkan anggota badan bagi menunjukkan simbol nombor. Aktiviti ini
membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri murid. Selain itu, aktiviti terapi ini
sesuai kerana dapat membantu murid A menangani masalah emosi yang dialaminya. ini
mampu meningkatkan minat murid A dalam PdPc kerana melibatkan pergerakan, muzik dan
seni kreatif. Sesi PdPc akan menjadi lebih menarik.

Bagi menangani masalah memegang pensil, terapi yang sesuai diterapkan ketika sesi
PdPc ialah terapi cara kerja. Turner, Foster dan Johnson (2002) mendefinisikan terapi cara
kerja sebagai latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian
seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai
masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Aktiviti seperti menggunting kertas,
melipat origami, membentuk play dough dan mengambil objek kecil menggunakan penyepit
dapat merangsang deria-deria rasa dan neuron yang terlibat agar dapat berfungsi dengan
lebih baik. Contohnya ketika aktiviti dalam mata pelajaran Matematik di mana murid-murid
perlu mengira jumlah lidi yang digunakan ketika membentuk segiempat sama. Murid perlu
memegang lidi tersebut dengan menggunakan penyepit. Ini merupakan salah satu aktiviti
yang menerapkan unsur terapi cara kerja yang secara tidak langsung merangsang deria
sentuhan dalam diri murid.

6.0 Penutup

Terapi-terapi yang dicadangkan di atas boleh diaplikasikan oleh guru-guru bagi membantu
meningkatkan kemahiran murid-murid ketika sesi pengajaran dan pemudahcaraan
berlangsung. Murid-murid berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai
pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru
seharusnya sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif
dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta
menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu
menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan
mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Ini bertujuan mendidik dan
membantu kanak-kanak ini dengan memaksimumkan keupayaan mereka.
Rujukan

Kamus Perubatan Mosby’s (2001), Galgotia Pub. Ltd: New Delhi.

Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis. (2017, May 30). Retrieved from

http://www.myhealth.gov.my/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis/

Esa, N., & Lah, S. C. (n.d.). Kelestarian dan Dinamisme Kearifan Tempatan Dalam
Pendidikan (Penerbit USM). Penang, Malaysia: Penerbit USM.

Hunt, N., & Marshall, K. (2012). Exceptional Children and Youth. Boston, MA: Cengage
Learning.

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS
Professional.

Kurikulum, P. P. (1997). Buku panduan guru pergerakan kreatif.

Radomski, M. V., & Latham, C. A. (2008). Occupational Therapy for Physical Dysfunction.
Philadelphia, PA: Lippincott Williams & Wilkins.
Lampiran

You might also like