You are on page 1of 5

RINGKASAN DAN NOTA: CADANGAN PERNIAGAAN

A. PENGENALAN DAN RINGKASAN PROJEK

1. Latar Belakang

Bahagian ini menceritakan serba ringkas berhubung apakah projek yang hendak dilaksanakan

Nota : Apakah yang hendak dilaksanakan? Adakah ia produk untuk diniagakan ataupun penyediaan perkhidmatan?

Contoh:

Projek ini merupakan perniagaan kombinasi “Perniagaan Bistari” yang menggabungkan tiga unit perniagaan strategik (SBU) sebagai
rangkaian perniagaan yang berbeza di bawah satu pengurusan iaitu perkhidmatan mencuci pakaian layan diri, kafe kiosk makanan dan
perkhidmatan mencetak dokumen dan fotostat.

2. Lokasi cadangan hendak dilaksanakan

Cth: Nama bandar lengkap nama lot, jalan dan bandar. Sertakan pelan lakar dari google dsb.

Gambar 1: Lokasi Perniagaan Bistari, Bandar Sri Permaisuri, Cheras


Senaraikan secara ringkas akan apa jua jenis perniagaan?

Keluasan premis dan sebagainya. Sertakan juga alakaran mahupun gambar yang sesuai.

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Pelan Lakaran Projek

Perkhidmatan Dobi Layan Diri Ruangan Lobi


Tandas

Kafe
Kaunter Daftar
Masuk
Lif Fotostat

Diagram 1: Pelan Lakaran Penempatan Unit Perniagaan Strategik Bistari


Keperluan Perniagaan Bistari

Apakah yang membolehkan perniagaan dilaksanakan di lokasi cadangan?

Faktor penduduk ramai – potensi pelanggan

Strategik – lokasi tumpuan dan sebagainya

Contoh:Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kula Lumpur terletak di bawah Parlimen Bandar Tun Razak iaitu 3° 6′ 7″ Utara, 101° 42′ 35″
Timur di Selatan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Perbandaran ini merupakan projek pembangunan bandar hasil usaha sama antara
PPC Glomac Sdn. Bhd. dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tapak seluas 220 ekar. Ia dibangunkan sebagai bandar
kediaman, komersil dan rekreasi yang bersepadu dan serba lengkap. Perbandaran ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
dengan bancian penduduk seramai 70,000 orang.

Persempadanan Bandar Sri Permaisuri merangkumi sempadan bersama Cheras, Salak Selatan dan Bandar Tun Razak. Kemudahan akses
ke bandar ini adalah melalui Lebuh Raya Link Timur-Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuh Maju dan Jalan Lingkaran
Tengah II (MRRII). Sistem perbandaran terbahagi kepda 17 bahagian (parcel) dengan 10 parcel kediaman bertingkat berupa pangsapuri,
apartmen sederhana mewah, dan kondominium dan tujuh parcel untuk tujuan perdagangan dan komersil (212 unit rumah kedai).
Peta Bandar Sri Permaisuri

Kependudukan yang ramai memerlukan beberapa perkhidmatan termasuklah perkhidmatan mencuci pakaian dan percetakan dokumen.
Walaupun terdapat beberapa penyedia perkhidmatan seperti yang dicadangkan ia hanya bertumpu di kawasan Maybank dan Pangsapuri
Cemara, Medan Selera dan Apartmen Bayu Tasik 2 berdekatan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, keperluan dan permintaan terhadap
perkhidmatan perniagaan sangat tinggi dan penyedia perkhidmatan sedia ada tidak dapat memenuhi permintaan perkhidmatan. Ini
memberikan impak dalam aspek peluang kemajuan dan perkembangan perniagaan berdasarkan bilangan potensi pelanggan di lokasi
cadangan.

Skop Pelan Perniagaan

Skop penyediaan cadangan pelan perniagaan ini adalah untuk memenuhi objektif seperti berikut:

i. Mengemukan pelan cadangan pembiayaan kewangan kepada penyedia dana


ii. Mengemukakan cadangan pelaksanaan

iii. Mengemukakan perancangan strategik pengurusan termasuk kawalan proses perniagaan.

You might also like