You are on page 1of 4

LAPORAN PROJEK/ PERANAN LAIN

TAJUK PROJEK : BENGKEL C.O.S PLAY


TARIKH : 10 SEPTEMBER 2018
HARI : SELASA
MASA : 7.30 PAGI– 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN LUQMAN HAKIM

Program ini diadakan sempena sambutan maal hijrah 1440 Hijrah. Program ini telah
dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam SK Seri Puteri. Program ini melibatkan semua
warga sekolah SK Seri Puteri iaitu daripada murid-murid prasekolah hingga tahun 6, guru-
guru serta pekerja swasta sekolah.

Program telah bermula daripada jam 7.30 pagi yang mana semua warga sekolah
berkumpul di Dewan Luqman Hakim. Program telah dimulakan dengan bacaan yaasin.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ceramah Hari A’syura. Ustazah Aminah telah
dijemput untuk memberi ceramah. Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Ustazah
Aminah ialah berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari A’syura serta
ibrah daripada peristiwa tersebut. Setelah itu, semua warga SK Seri Puteri menikmati
keenakan bubur A’syura yang telah ditempah daripada Fandy Canopy & Catering.

Kami guru pelatih telah diberi tugas untuk mengagihkan bubur A’syura dan membuat
air. Kami telah bekerjasama dengan guru-guru serta pekerja swasta untuk menyelesaikan
tugasan yang diberi. Semangat kerja pasukan sangat penting bagi memastikan program
berjalan dengan lancar. Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan
jayanya sebagaimana yang telah dirancang dari mula sehingga berakhirnya program pada
jam 10.00 pagi.
Gambar Aktiviti

Ustazah Aminah memberi ceramah tentang peristiwa-peristiwa A’syura

Pengagihan bubur lambuk


Pengagihan air kepada murid-murid

Murid-murid menimkmati hidangan bubur A’syura

You might also like