Professional Documents
Culture Documents
Skrip MC Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu 1
Skrip MC Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu 1
Perhatian kepada semua platun yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki
anjuran Unit Uniform Kadet Polis bersempena dengan Kem Kepimpinan Bersepadu,
pertandingan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua platun diminta bersedia.
Mencari timba si anak dara,
Dibawah sarang burung tempu;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Selamat datang saya ucapkan kepada semua peserta Pertandingan Kawad Kaki Kem
Kepimpinan Bersepadu SMK Bakong bagi tahun 2018.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum kita memulakan Pertandingan Kawad Kaki ini
sukacitanya saya memperkenalkan para hakim jemputan khas yang akan mengadili
pertandingan ini. Hakim yang pertama ______________________________ selaku ketua
hakim dan dibantu oleh ______________________________ dan ____________________.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Pertandingan Kawad Kaki ini disertai oleh 7 buah
unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Boys Brigade, Kadet Polis,
Pandu Puteri, PBSM, Pengakap dan St. John Ambulans.
Untuk makluman para platun, kriteria bagi pemarkahan platun dari aspek yang:
pertama pakaian (25 markah), iaitu merangkumi pakaian yang lengkap (5 markah),
kekemasan (10 markah) dan keseragaman (5 markah)
kedua kawad asas, iaitu berjumlah 55 markah yang merangkumi kekemasan berkawad (35
markah), kata perintah (15 markah) dan pengendalian platun (5 markah)
manakala kriteria bagi pemarkahan Ketua Platun pula terdiri dari aspek pakaian (5 markah),
cara melapor (10 markah) dan nada suara (10 markah) yang berjumlah 25 markah.
Jumlah keseluruhan pemarkahan berjumlah 100 markah.
Masa yang diberikan bagi setiap platun ialah selama 10 minit.
Tanpa melengahkan masa, Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu akan
dimulakan dengan platun pertama. Platun pertama yang akan membuat persembahan
pergerakan kawad kaki pada pagi ini, iaitu Platun __________________ yang diketuai oleh
______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli.
Demikianlah tadi persembahan kawad kaki yang penuh bersemangat yang telah
dipersembahkan oleh platun 1________________.
Kini tibanya platun yang terakhir bagi Pertandingan Kawad Kaki, iaitu Platun ______________
yang diketuai oleh ______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli. Dengan
ini dipersilakan.
Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________ atas komen dan ulasan
yang diberikan.
Hadirin sekalian,
Persembahan kawad kaki sudah, mendengar komen pun sudah. Maka dengan ini, kami pihak
penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel hakim kerana telah sudi
meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Bagi menyempurnakan pertandingan kita
pada hari ini, dengan segala hormatnya saya menjemput ________________________,
Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderahati kepada panel hakim kita,
iaitu ______
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu
2018 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan pertandingan pada hari ini. Sekian, terima kasih.