You are on page 1of 2

Perhatian kepada semua platun yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki

anjuran Unit Uniform Kadet Polis bersempena dengan Kem Kepimpinan Bersepadu,
pertandingan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua platun diminta bersedia.
Mencari timba si anak dara,
Dibawah sarang burung tempu;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat pagi dan salam Kem Kepimpanan Bersepadu diucapkan kepada


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
panel hakim jemputan khas, tuan-tuan dan puan-puan serta para platun sekalian.

Selamat datang saya ucapkan kepada semua peserta Pertandingan Kawad Kaki Kem
Kepimpinan Bersepadu SMK Bakong bagi tahun 2018.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum kita memulakan Pertandingan Kawad Kaki ini
sukacitanya saya memperkenalkan para hakim jemputan khas yang akan mengadili
pertandingan ini. Hakim yang pertama ______________________________ selaku ketua
hakim dan dibantu oleh ______________________________ dan ____________________.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Pertandingan Kawad Kaki ini disertai oleh 7 buah
unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Boys Brigade, Kadet Polis,
Pandu Puteri, PBSM, Pengakap dan St. John Ambulans.

Tuan-tuan dan puan serta hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk makluman para platun, kriteria bagi pemarkahan platun dari aspek yang:
pertama pakaian (25 markah), iaitu merangkumi pakaian yang lengkap (5 markah),
kekemasan (10 markah) dan keseragaman (5 markah)
kedua kawad asas, iaitu berjumlah 55 markah yang merangkumi kekemasan berkawad (35
markah), kata perintah (15 markah) dan pengendalian platun (5 markah)
manakala kriteria bagi pemarkahan Ketua Platun pula terdiri dari aspek pakaian (5 markah),
cara melapor (10 markah) dan nada suara (10 markah) yang berjumlah 25 markah.
Jumlah keseluruhan pemarkahan berjumlah 100 markah.
Masa yang diberikan bagi setiap platun ialah selama 10 minit.

Tanpa melengahkan masa, Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu akan
dimulakan dengan platun pertama. Platun pertama yang akan membuat persembahan
pergerakan kawad kaki pada pagi ini, iaitu Platun __________________ yang diketuai oleh
______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli.

Dengan sukacitanya mempersilakan Platun __________________ untuk bergerak masuk ke


litar pertandingan dan mempamerkan persembahan kawad kaki mereka. Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan kawad kaki yang penuh bersemangat yang telah
dipersembahkan oleh platun 1________________.

Seterusnya dipersilakan platun 2_______________ yang diketuai oleh ______________


dengan membawa seramai _______ orang ahli untuk membuat persembahan kawad kaki.
Demikianlah tadi persembahan kawad kaki yang telah dipersembahkan oleh platun ______.

Platun ketiga yang akan membuat persembahan kawad kaki, iaitu 3

Seterusnya, platun keempat ______


Ulang merah sampai kesemua platun selesai.

Kini tibanya platun yang terakhir bagi Pertandingan Kawad Kaki, iaitu Platun ______________
yang diketuai oleh ______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli. Dengan
ini dipersilakan.

Demikianlah tadi berakhirnya persembahan daripada ketujuh-tujuh platun yang mengambil


bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu bagi tahun 2018.
Mohon perhatian kepada semua platun, sila ke tapak perhimpunan sekarang juga dalam
keadaan terkawal.

Seterusnya, dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________, Ketua


hakim Pertandingan Kawad Kaki untuk memberikan komen dan ulasan tentang persembahan
para platun sebentar tadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________ atas komen dan ulasan
yang diberikan.

Hadirin sekalian,

Persembahan kawad kaki sudah, mendengar komen pun sudah. Maka dengan ini, kami pihak
penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel hakim kerana telah sudi
meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Bagi menyempurnakan pertandingan kita
pada hari ini, dengan segala hormatnya saya menjemput ________________________,
Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderahati kepada panel hakim kita,
iaitu ______

Terima kasih kepada ________________________ kerana telah menyampaikan cenderahati


sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada platun-platun yang mengambil
bahagian pada hari ini. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung pertandingan.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Muar ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu
2018 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan pertandingan pada hari ini. Sekian, terima kasih.

You might also like