You are on page 1of 3

Bismillah…. Assalamualaikum, w.b.

t, Selamat sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan Sarawak


dan Salam Keluarga Malaysia

1. Yg. berusaha (Tn PPD)


________________________________________________________
2. Yg. Berbahagia, (Guru Besar)
__________________________________________________________________________
3. Yg, di hormati, (PK)
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
4. Barisan AJK Pengelola Kejohanan Sepaktakraw Majlis Sukan Sekolah Bahagian Bintulu

5. Wakil-wakil rasmi pengetua sekolah menengah dan rendah dari bahagian Bintulu
6. Pengadil-pengadil kejohanan pertandingan
Pengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih pasukan sepaktakraw sekolah,
pemain-pemain sepaktakraw sekolah yang mengambil bahagian seterusnya
Tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin-hadirat yg. dihormati sekelian.

Alhamdullillah….. bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita
bersama-sama pada pagi yang indah ini berhimpun di dewan terbuka SK Kidurong 2 untuk
meraikan MAJLIS PENAGGUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 12TKB BAHAGIAN
BINTULU BAGI TAHUN 2022.

Lenggang bertapak seni memandang


 Silat sendeng menyusun jari
 Salam Sembah selamat datang
 Sudi Tuan ke majlis kami.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan serta
hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama
pada pagi ini dapat menyemarakkan lagi majlis. Untuk makluman hadirin sekalian, kejohanan
pada kali ini ialah di bawah kelolaan bersama PPD Bintulu & Gabungan Sekolah G5S iaitu Sk
Sungai Selad, SK ulu Segan, SK Sg. Silas, SK Sg Setulan dan SK Sg Setiam.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, dijemput dengan segala hormatnya
Yg. dihormati, ___________________________________________________________
selaku pengerusi J/kuasa Pengelola untuk menyampaikan ucapan penagguhan
…….. dipersilakan.

****Ucapan
Demikianlah tadi ucapan penangguhan yang telah disampaikan oleh pengerusi Pengelola
kejohanan, _________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada para pengadil kejohanan.
Majlis dengan sukacitanya menjemput ____________________________________ bagi
menyempurnakan penyampaian cenderamata tersebut. Dipersilakan….
Terimakasih diucapkan kepada ________________________________ atas kesudian
menyampaikan cenderamata sebentar tadi
Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekalian,
Seterusnya ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang.
Dengan itu, majlis menjemput _____________________________________ bagi
menyampaikan sijil kepada pasukan-pasukan yang telah bertanding dalam kejohanan kali ini.
Majlis mempersila……
***Baca senarai nama sekolah
Terima kasih diucapkan kepada ______________________________ atas kesudian
menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.
Seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian, majlis menjemput
___________________________. Dipersilakan……
Tempat keempat telah dimenangi oleh ________________________________
Tempat ketiga dimenangi oleh _____________________________________
Naib Johan bagi KEJOHANAN SEPAKTAKRAW kali ini dimenangi oleh
_________________________________________
Dan JOHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 12TKB BAHAGIAN BINTULU BAGI TAHUN 2022.
Dimenangi oleh ___________________________________________________

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________________ atas kesudian


menyampaian hadiah kepada para pemenang. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada
pasukan sekolah yang telah Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus
asa dan cuba lagi pada kejohanan yang akan datang.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Majlis seterusnya menjemput En. Adam Gerina selaku Pegawai Teknik Sepak Takraw
Bahagian Bintulu untuk mengumumkan senarai pemain yang terpilih bagi mewakili Bahagian
Bintulu. Dipersilakan…….
*** Pengumuman……

Terima kasih diucapkan kepada En. Adam Gerina atas pengumuman tersebut. Dengan ini,
majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepasa semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada KEJOHANAN
SEPAKTAKRAW 12TKB BAHAGIAN BINTULU BAGI TAHUN 2022.. Segala kelemahan dan
kekurangan semasa kejohanan berlangsung, kami sebagai J/K pengelola kejohanan memohon
maaf.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dengan itu, berakhir sudah majlis penangguhan KEJOHANAN SEPAKTAKRAW 12TKB


BAHAGIAN BINTULU BAGI TAHUN 2022. Akhir kalam.. wabilahitaufiq
walhidayah….wassalamualaikum wth dan sampai berjumpa lagi….Terima kasih

SENARAI NAMA GURU BESAR:


En. Abulana bin Bolhi, Guru Besar Sk Sg Setiam
En. Yahya bin Piduman, Guru Besar Sk Ulu Segan
En Boniface anak Jonathan Paun, Guru Besar SK Sg Silas
En Chapun anak Dawin, Guru Besar SK Sg Selad
En. Shinny anak Menang, Guru Besar Sk Sg Setulan

You might also like