You are on page 1of 29

Rujukan Kami : SMKP.

600-3/1/1/( )
Tarikh : 22 April 2022

Setiausaha
(Sila rujuk Senarai Edaran)

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB / PERSATUAN / BADAN


BERUNIFORM ____________________________________________ SMK PUJUT MIRI

Dengan segala hormatnya, perkara tertera di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196, bertarikh 21hb Mei 1998, maka
saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Pergerakan
__________________________________ SMK Pujut Miri (No. Pendaftaran _____/2015/SMKP)
dengan syarat pihak tuan mengemukakan kepada saya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari
daripada tarikh Penubuhan yang akan pihak tuan adakan.

3. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Pergerakan


__________________________________ SMK Pujut Miri sudah boleh bergerak sebagai sebuah
persatuan yang sah dan berdaftar.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(MADLINE ANAK JAYAN)


Pengetua,
SMK Pujut Miri.
SENARAI EDARAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENAJA
No. Pendaftaran Nama Kelab / Persatuan / Badan Beruniform
01/2022/SMKP PENCINTA ALAM SEKITAR
02/2022/SMKP BAHASA CINA
03/2022/SMKP BAHASA INGGERIS
04/2022/SMKP BAHASA MELAYU
05/2022/SMKP BIMBINGAN & KAUNSELING
06/2015/SMKP PRS
07/2022/SMKP DOKTOR MUDA
08/2022/SMKP FOTOGRAFI
09/2022/SMKP ISCF
10/2022/SMKP KEBUDAYAAN
11/2022/SMKP KOMPANG
12/2022/SMKP KOMPUTER
13/2022/SMKP MATEMATIK
14/2022/SMKP MUZIK
15/2022/SMKP PENDIDIKAN ISLAM
16/2022/SMKP PENCEGAH JENAYAH
17/2022/SMKP PENDIDIKAN MORAL
18/2022/SMKP PERPUSTAKAAN
19/2022/SMKP PENDIDIKAN SENI VISUAL
20/2022/SMKP RUKUN NEGARA
21/2022/SMKP SAINS
22/2022/SMKP SEJARAH
23/2022/SMKP SPBT
24/2022/SMKP YCS
25/2022/SMKP BADMINTON
26/2022/SMKP BOLA JARING
27/2022/SMKP BOLA BALING
28/2022/SMKP CATUR
29/2022/SMKP KARATEDO
30/2022/SMKP OLAHRAGA
31/2022/SMKP PING PONG
32/2022/SMKP SENAMROBIK
33/2022/SMKP WUSHU & TANG SOO DO
34/2022/SMKP MEMANAH
35/2022/SMKP PETANQUE
36/2022/SMKP BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
37/2022/SMKP KADET POLIS
38/2022/SMKP KADET REMAJA SEKOLAH
39/2022/SMKP PANCARAGAM
40/2022/SMKP PANDU PUTERI
41/2022/SMKP PUTERI ISLAM
42/2022/SMKP PENGAKAP
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA
PERGERAKAN KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM
__________________________________________
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Kehadiran : Sila rujuk lampiran

Bil Agenda
1 Ucapan Guru penasihat

Untuk Makluman Semua


2 Melantik AJK Jawatankuasa Penaja

2.1 Pengerusi : ______________________________________________


2.2 Naib pengerusi : ______________________________________________
2.3 Setiausaha : ______________________________________________
2.4 Naib Setiausaha : ______________________________________________
2.5 Bendahari : ______________________________________________
2.6 Naib Bendahari : ______________________________________________
2.7 Ahli Jawatankuasa : ______________________________________________
: ______________________________________________
: ______________________________________________
: ______________________________________________
: ______________________________________________
: ______________________________________________
3 Perkara yang dibincangkan

3.1. Tarikh/Masa/Tempat Penubuhan : _____________________________________


______________________________________________________
3.2. Perlembagaan
 16 Artikal
3.3. AJK kerja
 Urusetia
- Pendaftaran : ____________________________________
: ____________________________________
: ____________________________________
: ____________________________________
- Borang Pendaftaran Keahlian : Rujuk lampiran
 Persediaan Tempat : _________________________________
 Siaraya / Publisiti : _________________________________
: __________________________________
: __________________________________
 Kutipan Derma : __________________________________
: __________________________________

4 Hal-hal lain

5 Penangguhan

Oleh kerana tiada hal lain mesyuarat ditangguhkan pada pukul

Disediakan oleh Disemak oleh

............................................................. .............................................................
( ) ( )
Setiausaha Guru Penasihat
Jawatankuasa Penaja Jawatankuasa Penaja
Pergerakan Kelab/Persatuan Pergerakan Kelab/Persatuan
SENARAI JAWATANKUASA PENAJA

NAMA KELAB/PERSATUAN/BADAN : ………………………………………………………...


BERUNUFORM

GURU PENASIHAT : ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

PENGERUSI : ………………………………………………………...

NAIB PENGERUSI : ………………………………………………………...

SETIAUSAHA : ………………………………………………………...

NAIB SETIAUSAHA : ………………………………………………………...

BENDAHARI : ………………………………………………………...

NAIB BENDAHARI : ………………………………………………………...

AHLI JAWATANKUASA : ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

: ………………………………………………………...

Disediakan oleh Disemak oleh

............................................................. .............................................................
( ) ( )
Setiausaha Guru Penasihat
CARTA ORGANISASI
KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM
________________________________________
SMK ST. JOSEPH MIRI
TAHUN 2013

GURU PENASIHAT

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

NAIB SETIAUSAHA SETIAUSAHA

SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

JURUAUDIT
SMK PUJUT MIRI,
JALAN PULASAN, SENADIN.
98100 MIRI

No. Telefon & Fax : 085-657349


Kod Sekolah : YFB 4109

Pengetua
SMK Pujut Miri
Jalan Pulasan, Senadin
98100 Miri

Tuan

PERMOHONAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB / PERSATUAN


______________________________________________ SMK PUJUT MIRI

Dengan segala hormatnya, perkara tertera di atas adalah dirujuk.

2. Dengan penuh takzim dimaklumkan bahawa saya berdasarkan peruntukan 4 dalam


warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998, P. U. (A) 196 yang berkait dengan seksyen 130
atau pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan pergerakan Kelab / Persatuan
____________________________ di SMK PUJUT MIRI berkuatkuasa mulai 25 April
sehingga 31 Disember 2022.

3. Bersama ini disertakan :

Draf Perlembagaan
Draf Aktiviti Asas
Senarai Jawatankuasa Penaja

4. Semoga permohonan saya ini mendapat sokongan dan perhatian yang sewajarnya
daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih

Yang benar

……………………………………………………..
( )
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja
Pergerakan Kelab / Persatuan ____________________________
Ruj. Kami : JPS(W)/SMKSJ(KK)/153/05/10/Jld.2(
)
Tarikh : 2 Januari 2013

Cik / Puan / Encik :


(Sila rujuk Senarai Edaran)
SMK St. Joseph Miri
Jalan Brighton
Peti Surat 15
98000 Miri

Tuan,

PERLANTIKAN GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN / BADAN


BERUNIFORM __________________________________________ BAGI TAHUN
2013

Berhubung dengan perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai
Guru Penasihat Kelab / Persatuan / Badan Beruniform
……………………………………….. SMK St. Joseph Miri berkuatkuasa mulai 02 Januari
2013 hingga 30 November 2013.

2. Tuan akan menjalankan kuasa yang diberikan seperti dalam Peraturan 8 warta
kerajaan bertarikh 21.05.1998, P. U. (A) 196.

3. Semoga dengan perlantikan ini tuan akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meningkatkan prestasi kokurikulum di SMK St. Joseph Miri.

Sekian, terima kasih.

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(NG MENG HEONG)


Pengetua,
SMK St. Joseph Miri.
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN - PERATURAN
BAGI KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM
______________________________________ SMK ST. JOSEPH MIRI

ARTIKEL SATU

1.1 Nama

Dikenali dengan nama ______________________________________________________ SMK St. Joseph


Miri, selepas ini disebut sebagai kelab sahaja.

1.2 Alamat

Kelab / Persatuan _____________________________________________ SMK St. Joseph Miri, Jalan


Brighton, Peti Surat 15, 98000 Miri.

ARTIKEL DUA

2.1 Pendaftar

Pendaftar kelab ialah Pengetua SMK St. Joseph Miri mengikut peraturan 4 Dan 5 dalam peraturan-peraturan
pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam warta kerajaan Malaysia jilid 42, no. 11, tambahan no. 21,
perundangan (A) : P.U.(a) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran

______/2013/SMK St. Joseph Miri

2.3 Dokumen Pendaftaran

Bil (23) dalam SMKPT 03/03/02 bertarikh 4 Oktober 2008.

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat

Penasihat kelab dilantik oleh Pengetua SMK St. Joseph Miri mengikut peraturan 8 dalam peraturan-peraturan
pendidikan (persatuan-persatuan sekolah) 1998 seperti dalam warta kerajaan jilid 42, no. 11, tambahan no. 21,
perundangan (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT

4.1 Tujuan

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk :

a. Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dengan


____________________________________________
b. Memupuk kemesraan, semangat sepasukan dan bersatu-padu di kalangan ahli-ahli kelab.
c. Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan
_____________________________
____________________________________________________________________________________
___
d. Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam
bidang
_________________________________________________________________________________.
e. Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ahli-ahli dalam
_____________________________.
ARTIKEL LIMA

5.1 Keahlian

5.1.1 Syarat-syarat keahlian :

a) Terbuka kepada semua pelajar SMK St. Joseph Miri.


b) Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Ahli (borang PMA) dan
dikemukakan kepada setiausaha tidak lewat daripada 30 Januari setiap tahun.
c) Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Ahli Jawatan Kuasa
kelab. Keputusan Ahli Jawatan Kuasa kelab menerima atau menolak sesuatu permohonan adalah
muktamad.
d) Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi
oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibubapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2 Hak ahli :

Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk :


a) mengundi dalam pemilihan ahli jawatankuasa kelab
b) menjadi calon dalam pemilihan ahli jawatankuasa kelab.
c) menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab.
d) menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan kepunyaan kelab
e) mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada ahli jawatankuasa kelab mengenai isu-isu
yang berbangkit

5.1.3 Kewajipan ahli :

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib :
a) menghormati, mendukung dan mematuhi perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab ini sepanjang
masa dan dalam semua keadaan
b) mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa kelab
c) menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab
d) memelihara dan menjaga mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab
e) tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab.
f) tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain.
g) tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh kelab.
h) menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan ahli :

a) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis
sebulan terlebih dahulu kepada setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan
diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa kelab atas nasihat Guru Penasihat.
b) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan pertauran-peraturan kelab atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Ahli Jawatankuasa kelab memecat atau
menggantung ahli tersebut. Ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan
dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM

6.1 Jawatankuasa kelab

6.1.1 Jawatankuasa kelab akan dianggotai oleh :


a) Seorang Pengerusi.
b) Seorang Naib Pengerusi
c) Seorang Setiausaha
d) Seorang Penolong Setiausaha
e) Seorang Bendahari
f) Seorang Penolong Bendahari
g) Lima orang Ahli Jawatankuasa
6.1.2 Pemilihan jawatankuasa :

Pemilihan jawatankuasa adalah secara demokratik dalam mesyuarat agung tahunan. Senarai
jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh pendaftar sebelum boleh berfungsi.

6.1.3 Tugas utama jawatankuasa :

Jawatankuasa kelab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek pengurusan dan pentadbiran
kelab, termasuklah yang berikut :
a) Menentu dan menetapkan dasar kelab berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab yang
diluluskan oleh pendaftar.
b) Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan kelab dengan mengambil kira bimbingan dan
nasihat Guru Penasihat kelab.
c) Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh pendaftar dan menyimpan atau
menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan kelab mengikut produser pengurusan kewangan yang
berkuatkuasa di institusi kerajaan.
d) Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka sebagai ahli kelab.
e) Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan mempertingkatkan pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara berterusan.
f) Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan bekalan pejabat kepunyaan kelab.
g) Menjadi penghubung di antara ahli-ahli kelab dengan Guru Penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab
atau persatuan lain di sekolah dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
h) Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan melaksanakan sepenuhnya
keputusan-keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, khususnya mesyuarat
agung tahunan.
i) Menyediakan laporan tahunan kelab.

6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi :

a) Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksanakan serta memantau semua tugas utama
jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
b) Mengetuai pentadbiran dan pengurusan kelab.
c) Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh jawatankuasa kelab
d) Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak
melanggar dan bertentangan dengan tujuan, perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab.
e) Pengerusi berkuasa memanggil mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tergempar apabila
difikirkannya perlu.
f) Mengetuai jawatankuasa disiplin kelab.
g) Menandatangani semua dokumen kewangan kelab seperti resit penerimaan, arahan pembelian dan
penyataan pembayaran bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
h) Mewakili kelab dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau semua perjumpaan atau
mesyuarat dengan kelab atau persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan.
i) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru penasihat.

6.1.5 Tugas dan kuasa Naib Pengerusi :

a) Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksanakan serta memantau
semua tugas utama jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
b) Malaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran pengerusi ataupun dengan
kebenaran bertulis daripada Pengerusi.
c) Melaksankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan Pengerusi.

6.16 Tugas dan kuasa Setiausaha :

a) Membantu merancang, mengurus dam melaksanakan serta memantau semua tugas utama jawatankuasa
seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.
b) Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan persatuan seperti surat
menyurat, perekodan dan penyimpanan dan pengemaskinian fail persatuan, penyebaran maklumat
kepada ahli-ahli persatuan, pendokumentasian aktiviti-aktiviti kelab.
c) Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat kelab, seperti mengeluarkan notis dan surat jemputan
menhadiri sesuatu mesyuarat kepada ahli-ahli dan semua ahli jawatankuasa kelab, menyedia dan
mengedarkan minit mesyuarat, menyediakan tempat mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat.
d) Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam mesyuarat agung persatuan dan mendokumenkan
semua perlaksanaan.
e) Menyedia, mengedar dan mengumpul dan memproses borang permohonan keahlian.
f) Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan rekod atau daftar keahlian kelab dan
mandapatkan pengesahan daripada guru penasihat dan pendaftar.
g) Menyediakan buku rekod kehadiran ahli dan menandakan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang
dianjur, diurus dan dikelolakan oleh kelab.
h) Menyedia dan mengemaskinikan rekod pencapaian ahli serta mendapatkan pengesahan daripada guru
penasihat.
i) Menyediakan laporan bagi seperti yang dijalankan.
j) Menyediakan laporan tahunan kelab dan membentangkannya dalam mesyuarat agung tahunan kelab.
k) Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru penasihat, pengerusi atau timbalan pengerusi atau
pun naib pengerusi.
l) Menerima, mengumpul dam memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan idea-idea yang
dikemukakan oleh ahli-ahli kelab.
m) Menyediakan kertas konsep dan kertas cadangan perlaksanaan bagi setiap program, projek dan aktiviti
yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh jawatankuasa kelab.
n) Menandatangani dokumen-dokumen kewangan kelab seperti resit terimaan,arahan pembelian dan
penyata pembayaran bersama-sama pengerusi dan bendahari.

6.17 Tugas dan kuasa penolong setiausaha :

a) Membantu setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.1.7 di
atas.
b) Menjalankan tugas dan kuasa setiausaha semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya atau pun apabila
diarahkan oleh pengerusi secara bertulis
c) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi atau
setiausaha

6.18 Tugas dan kuasa bendahari :

a) Mentadbir dan mengurus kewangan kelab.


b) Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan kelab.
c) Membayar bagi pihak kelab segala perbelanjaan atau tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal dan
mengakaunkan pembayaran yang dibuat.
d) Menandatangani semua dokumen kewangan kelab, seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata
pembayaran bersama-sama dengan pengerusi dan setiausaha.
e) Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM 20.00.
f) Merancang dan mencadangkan kepada jawatankuasa kelab akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk
menambahkan kewangan kelab.
g) Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan kelab dengan sesalinan diserahkan kepada guru
penasihat dan sesalinan kepada pengetua sekolah.
h) Menyediakan penyata kewangan tahunan kelab dan menyerahkannya kepada pemeriksa kira-kira untuk
diaudit.
i) Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam mesyuarat agung tahunan kelab.
j) Menyerahkan sesalinan penyata kewangan tahunan kelab kepada pengetua sekolah.
k) Melaksanakan keputusan mesyuarat agung yang berkaitan dengan hal ehwal kewangan kelab.
l) Menyerahkan wang terkumpul kelab kepada pengetua sekolah selepas 31 Oktober tahun berkenaan.
m) Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.

6.19 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari :

a) Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.1.9 di
atas.
b) Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau ketidakhadiran atau pun apabila
diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.
c) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

6.20 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa :

a) Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa.


b) Mengemukakan cadangan, ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal-ehwal pengurusan dan
pentadbiran kelab.
c) Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu
aktiviti atau projek kelab.
d) Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung kelab.
e) Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kelab.
f) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.
ARTIKEL TUJUH

7 Kewangan

7.1 Tahun Kewangan :


Tahun Kewangan bagi persatuan ini ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober tahun berkenaan.

7.2 Derma Keahlian :


Derma keahlian adalah sebanyak RM 1.00 sebulan berdasarkan kelulusan yang diberkan oleh Pengetua
Sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah)1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No. 11 Tambahan No. 41
Perundangan 9(A); P.U.(A) 196. bertarikh 21 Mei 1998.

7.3 Tabung Kelab :


7.3.1 Tabung Kewangan kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh Bendahari kelab dan disimpan
oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua.
7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Kelab adalah daripada:-
7.3.2.1 Derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar.
7.3.2.2 Sumbangan daripada sekolah.
7.3.2.3 Sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah.
7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Kelab.

7.3.3 Wang daripada tabung Kewangan Kelab boleh digunakan untuk :-


7.3.3.1 Membiayai kos perlaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh kelab
7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan, dan aksesori untuk kegunaan kelab.
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh kelab.

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan oleh Pemeriksa Kira-Kira
dan pada setiap hujung tahun kewangan kelab.

7.4 Pentadbiran Kewangan Kelab :


7.4.1 Wang daripada tabung Kewangan Kelab hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah
sesuai dengan tujuan dan matlamat kelab.
7.4.2 setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada tabung kewangan kelab hendaklah disahkan oleh
pengerusi,setiusaha dan bendahari dengan persetujuan daripada ahli kelab
7.4.3 bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada rm 20.00 dalam satu masa.wang
yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh pengetua sekolah atau guru penasihat seperti yang
diarahkan oleh pengetua sekolah
7.4.4 penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi setahun kewangan
hendaklah disediakan oleh bendahari dan diaudit oleh pemeriksa kira-kira.
7.4.5 Penyat kewangan tahunan kelab hendaklah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan kelab.
7.4.6 Tabung kewangan kelab akan diserahkan kepada pengetua sekolah pada setiap akhir tahun kewangan
kelab.

7.5 Pemeriksa kira-kira :


7.5.1 Dua orang pemeriksa kira-kira akn dilantik dalam mesyuarat agung kelab.
7.5.2 Pemeriksa kira-kira bertangungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata bulanan tabungan
kewangan kelab dan penyata kewangan tahunan kelab.
7.5.3 Pemeriksa kira-kira berkuasa menyoal dan menasihati bendahari dan penolong bendahari berkaitan
apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata bulanan tabung kewangan kelab dan penyata
kewangantahuna kelab.
7.5.4 Tempoh perkhidmatan pemeriksa adalah bagi setahun kewangan kelab.
ARTIKEL LAPAN

8 Mesyuarat Agung

8.1 Jenis mesyuarat agung :


8.1.1 Mesyuarat agung tahunan
8.1.2 Mesyuarat agung luar biasa
8.1.3 Mesyuarat agung tergempar

8.2 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab

8.2.1 Tujuan :
a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang sesuatu
tahun kewngan kelab.
b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan kewangan kelab bagi sesuatu tahun
kewangan.
c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan akan
datang.
d) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau dasar yang dicadangkan oleh
Jawatankuasa Kelab.
e) Mendapatkan pandangan idea dan usul daripada ahli-ahli untuk mempertingkatkan kecekapan dari
keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan yang
berikutnya.

8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan :


a) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh
mesyuarat yang ditetapkan.
b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-ahli untuk mencadangkan usul atau
pindaan-pindaan yang hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat
yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di tempat –tempat strategik dan boleh dilihat
oleh semua ahli.
c) Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit
Mesyuarat Sgung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan sebelumnya (Jika
ada).
d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kelab, Takwim Aktiviti Tahuanan, dan
Perancangan Tahunan bagi tahun berikutnya.
e) Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Kelab bagi tahun kewangan berkenaan
dan Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya.
f) Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, Laporan Tahunan,
Perancangan Tahunan, Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu, Anggaran Pendapatan dan
Belanjawaan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan
yang akan dibincangkan dan dibahaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya sebelum 48 jam mesyuarat
diadakan.

8.2.3 Tarikh :
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya
tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Kelab.

8.2.4 Kehadiran :
a) Semua ahli Jawatankuasa Kelab.
b) Semua ahli yang berdaftar.

8.2.5 Korum :
a) Korum Mesyuarat Agung Tahunan ialah dua pertiga daripada jumlah ahli yang berdaftar.
b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat
maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada tiga puluh hari)
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam
daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli
yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang dan peraturan-
peraturan kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.2.6 Agenda :
a) Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit
Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya.
b) Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) di atas.
c) Membentang dan menerima laporan tahunan kelab.
d) Membentang dan mengesahkan Penyata kewangan tahunan Kelab bagi tahun kewangan yang lalu.
e) Membentang dan meluluskan takwim Tahunan kelab dan Perancangan Tahunan Kelab (jika ada) untuk
kewangan berikutnya.
f) Membentang dan memluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan Tahunan bagi tahun kewangan
berikutnya.
g) Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan melalui Setiausaha kepada
Jawatankuasa Kelab sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat ditetapkan.
h) Melantik dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.3 Mesyuarat Aging Luar Biasa

8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa sekiranya:
a) Diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa kelab.
b) Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah
ahli dengan menyatakan tujuan yang menasabah oleh Setiausaha.
8.3.2 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda mesyuarat dalam tampoh
lima ghari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.
8.3.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan di papan kenyataan
persatuan sekurang-kurangnya 48jam sebelum mesyuarat diadakan.
8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja, yakni perkara yang
menyebabkan mesyuarat dipanggil.
8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dab dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung
Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 Mesyuarat Agung Tergempar

8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya :


a) Diarahkan oleh Jawatankuasa kelab
b) Diminta oleh dua pertiga daripada ahli berdaftar.
8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh Setiausaha dengan
memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan persatuan selewat-lewatnya 24 jam sebelum
mesyuarat diadakan.
8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi agenda untuk
dibincangkan.
8.4.4 Korum bagi sesuatu Masyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung
Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
ARTIKAL SEMBILAN

9 Mesyuarat Jawatankuasa

9.1 Jawatankuasa Kelab hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.


9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat
diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan tindakan segera maka pemberitahuan mesyuarat
bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.
9.3 Jika timbul sesuatau perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan sesebuah jawatankuasa
berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan
kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini
hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu :

a) Masalah yang dibangiktkan atau perkara yang memerlukan keputusan segera itu hendaklah dibutirkan
dengan terang, tepat, jelas dan terperinci, di samping cadangan tindakan atau keputusan dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap orang ahli jawatankuasa :
i) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan
persetujuan atau bantahan mereka tehadap tindakan atau keputusan yang dicadangkan itu: dan
ii) Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan atau tindakan itu
menerima undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha
kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

ARTIKAL SEPULUH

10 Undi

10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.


10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh Mesyuarat, hendaklah dengan
mengangkat tangan. Mengundi dengan dengan proksi tidak dibenarkan.

ARTIKAL SEBELAS

11 Penamatan Dan Perletakan Jawatan

11.1 Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan menyampaikan surat
perletakan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru Penasihat.
11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab
atas nasihat Guru Penasihat.
11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka ia hendaklah menyampaikan surat perletakan
jawapan kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.
11.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak tiga kali berturut-
turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan dalam jawatankuasa
yang berkenaan.
ARTIKAL DUA BELAS

12 Tata Tertib

12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib :


Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah kelab serta kepentingan ahli-ahli, sesebuah
Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke
atas mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melalukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan
undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan mencemarkan nama baik kelab.

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan tatatertib akan dianggotai oleh :


a) Guru Penasihat Kelab sebagai penasihat.
b) Pengerusi Jawatankuasa Kelab sebagai pengundi.
c) Setiausaha Jawatankuasa Kelab sebagai setiausaha.
d) Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab daripada kalangan ahli yang berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib :


a) Menerima aduan dan laporann, menyiasat, mendakwa dan membicarakan ahli yang disyaki melakukan
kesalahan.
b) Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan bersalah kepada Guru Penasihat, dan
menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.
c) Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua sekolah.
d) Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan, dan hukuman kepada Guru Penasihat dan Pengetua
sekolah.

12.4 Jenis-jenis hukuman :


a) Digantung daripada menyertai semua aktiviti kelab.
b) Tidak dibenarkan menggunalkan sebarang kemudahan, peralatan, bahan-bahan cetak, dan bilik kelab.
c) Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada pengetua sekolah.

12.5 Lembaga Rayuan


12.5.1 Sesebuah Lembaga Rayuan ditubuhkan untuk :
a) Mengkaji dan meneliti dari masa kesemasa segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat
oleh Jawarankuasa Disiplin dan Tata tertib.
b) Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh jawatankuasa Disiplin
dan Tata Tertib yang dirujukkan oleh yang terdakwa.
12.5.2 Lembaga rayuan akan dianggotai oleh :
a) Guru penasihat Kelab sebagai pengerusi
b) Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru penasihat.
c) Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKAL TIGA BELAS

13 Perwakilan Persatuan

Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili kelab ke sebarang mesyuarat yang diadakan oleh sekolah atau
dengan persatuan-persatuan lain. Sekiranya kedua-duanya tidak dapat hadir maka pengerusi hendaklah
digantikan oleh timbalan pengerusi dan setiusaha oleh penolong setiusaha.demikian seterusnya
mengikut hierarki jawatan dalam jawatankuasa kelab.sekiranya bilangan perwakilan yang dijemput
lebih daripada dua orang maka jawatankuasa kelab hendaklah menamakan perwakilan tersebut selain
daripada pengerusi dan setiusaha.
ARIKEL EMPAT BELAS

14 Tafsiran Undang-undang

14.1 Selepas Mesyuarat Agung Tahunan kelab sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan kelab yang
berikutnya, Jawatankuasa kelab boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-
peraturan ini dan Jawatankuasa kelab jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan ini.
14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan keputusan Jawatankuasa kelab ke atas-atas dalam Mesyuarat Agung
Tahunan keputusan Jawatankuasa kelab keatas perkara-perkara berbangkit
pengurusan,pentadbiran,pengoperasian persatuan adlah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

ARTIKEL LIMA BELAS

15 Pindaan Undang-undang

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung .permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan
Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai
daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam
Subperaturan 6(1) dalam peraturan-peraturan pendidikan (Persatuan Sekolah)1998.Akta Pendidikan
1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A):P.U(A)196.
bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL ENAM BELAS

16 Pembubaran

Kelab ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 12(1) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998.Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A):P.U(A)196.Bertarikh 21 Mei 1998.

…………………………………. ………………………………….
Tandatangan Pengerusi Tandatangan Setiausaha
Tarikh : …………………….. Tarikh : ……………………..

Tandatangan Guru Penasihat Tandatangan Pengetua

Tarikh : …………………….. Tarikh : ………………………..


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AGUNG
KELAB BOLA SEPAK SMK ST. JOSRPH, MIRI

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Kehadiran :

Bil Agenda Tindakan


1 Ucapan Pengerusi
2 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang setiausaha
lalu.
2.1 Pencadang
2.2 Penyokong
3 Membentangkan laporan tahunan setiausaha
3.1. Senarai Ahli Jawatankuasa
3.2. Senarai mesyuarat dan kehadiran AJK
3.3
4 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Bendahari
4.1 Pencadang
4.2 Penyokong
5 Pemilihan AJK Tahunan
5.1 Pengerusi
5.2 Naib Pengerusi
5.3 Setiausaha
5.4 Penolong Setiausaha
5.5 Bendahari
4.6 Penolong Bendahari
5.7 Ahli Jawatankuasa (maksimum 7 orang)

6 Pemilihan dua orang juruaudit/pemeriksa kira-kira


7 Membahaskan usul-usul
7.1 Usul AJK
7.2 Usul Ahli

8 Ucapan Penangguhan
8.1 Ahli
8.2 AJK
8.2 Pengerusi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam …….

Disediakan oleh : Tarikh :

(NAMA)
Setiausaha Kelab …………………..
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
KELAB BOLA SEPAK SMK ST. JOSRPH, MIRI

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Kehadiran :
1. Ahmad b Hashim Pengerusi
2. .......................... ................
3. .......................... ................
4. .......................... ................

Bil Agenda Tindakan


1 Alu-aluan Pengerusi Pengerusi
2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke-2 Setiausaha
2.1 Pencadang AJK
2.2 Penyokong
3 Perkara Berbangkit
3.1 Pertandingan antara kelab (Contoh)
3.2.......................
4 Laporan Jawatankuasa Kecil atau Biro-Biro
4.1 Program
4.2 Disiplin
4.3 Motivasi
4.4 Lawatan
4.5 Kelab Penyokong
5 Laporan Kewangan
6 Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul .....

Dicatat oleh : Tarikh :

......................................
(NAMA)
Setiausaha Kelab Bola Sepak,
SMK St. Joseph, Miri

Disahkan oleh :

--------------------------------
(NAMA)
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak,
SMK St. Joseph, Miri
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
KELAB / PERSATUAN ________________________________________
SMK ST. JOSEPH MIRI TAHUN 2103

PERJUMPAAN AKTIVITI CATATAN


KP1 (9/1/2013) A.G.M. 1. Pemilihan AJK
2. Pendaftaran Ahli-ahli
3. Perbincangan Aktiviti Tahunan
4. Perbincangan Aktiviti Hari
Kokurikulum
KP2 (18/1/2013) Semua AJK Kelab / Persatuan &
KP3 (19/1/2013) pagi Kem Pengurusan Kelab Badan Beruniform WAJIB menyertai
KP4 (19/1/2013) petang aktiviti ini.
KP5 (23/1/2013)

KP6 (6/2/2013) Minggu Bahasa Semua pelajar WAJIB mengambil


bahagian dalam sekurang-kurangnya 1
aktiviti.
KP7 (27/2/2013)

KP8 (3/4/2013) Minggu Anti Dadah Semua pelajar WAJIB mengambil


bahagian dalam sekurang-kurangnya 1
aktiviti.
KP9 (8/5/2013)

KP10 (19/6/2013)

KP11 (3/7/2013)

KP12 (21/8/2013)
21/9/2012 Majlis Anugerah Cemerlang Semua pelajar yang terima sijil &
Kokurikulum & Sukan hadiah WAJIB mengambil bahagian.
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
KELAB SUKAN ____________________________________
SMK ST. JOSEPH MIRI TAHUN 2103

PERJUMPAAN AKTIVITI CATATAN


KS1 (7/1/2013) A.G.M. 1. Pemilihan AJK
2. Pendaftaran Ahli-ahli
3. Perbincangan Aktiviti Tahunan
4. Perbincangan Aktiviti Hari
Kokurikulum
KS2 (21/1/2013)

KS3 (2/2/2013) Merentas Desa Semua pelajar WAJIB mengambil


bahagian.
KS4 (25/2/2013) Minggu Sains & Matematik Semua pelajar WAJIB mengambil
bahagian.
KS5 (4/3/2013) Minggu Teknik,Vokasional Semua pelajar WAJIB mengambil
& Koperasi bahagian.
KS6 (8/4/2013)

KS7 (6/5/2013)

KS8 (17/6/2013)

KS9 (1/7/2013)

KS10 (8/7/2013) Senamrobik


KS11 (19/8/2013)

KS12 (6/9/2013) Hari Sukan / Larian 1 Murid Semua pelajar WAJIB mengambil
1 Sukan bahagian dalam sekurang-kurangnya 1
aktiviti.
21/9/2012 Majlis Anugerah Cemerlang Semua pelajar yang terima sijil &
Kokurikulum & Sukan hadiah WAJIB mengambil bahagian.

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


BADAN BERUNIFORM __________________________________
SMK ST. JOSEPH MIRI TAHUN 2103

PERJUMPAAN AKTIVITI CATATAN


BB1 (2/1/2013) A.G.M. 1. Pemilihan AJK
2. Pendaftaran Ahli-ahli
3. Perbincangan Aktiviti Tahunan
4. Perbincangan Aktiviti Hari
Kokurikulum
BB2 (16/1/2013)

BB3 (30/1/2013)

BB4 (20/2/2013) Hari Kokurikulum Semua pelajar WAJIB mengambil


- Anjuran BSMM bahagian.
BB5 (22/2/2013)
BB6 (23/2/2013) Kem Perdana
BB7 (24/2/2013)
BB8 (6/3/2013) Minggu Teknik & Vokasional Semua pelajar WAJIB mengambil
bahagian dalam sekurang-
kurangnya 1 aktiviti.
BB9 (10/4/2013)

BB10 (24/4/2013)

BB11 (12/6/2013)

BB12 (26/6/2013)

BB13 (10/7/2013)

BB14 (17/7/2013)

BB15 (2/9/2013)

BB16 (5/9/2013) Semua pelajar WAJIB mengambil


BB17 (6/9/2013) Hari Sukan bahagian dalam perbarisan sama
ada untuk pasukan unit beruniform
atau pasukan rumah sukan.
BB18 (13/9/2013) Penangguhan Bulan Merdeka Semua pelajar WAJIB mengambil
bahagian.
21/9/2012 Majlis Anugerah Cemerlang Semua pelajar yang terima sijil &
Kokurikulum & Sukan hadiah WAJIB mengambil
bahagian.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PADANG TENGKU KOD : CBA3023
27100 PADANG TENGKU TEL : 09-3291022
KUALA LIPIS FAX : 09-3291022
PAHANG

___________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :

Tuan / Puan
PERMOHONAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN PERSATUAN / KELAB /
BADAN BERUNIFORM : ........................................................................

Dengan hormatnya saya ................................................................... Guru Penasihat


Persatuan / Kelab / Pasukan Beruniform ...........................................................................
sekolah ini memohon untuk membuat kutipan derma keahlian sebanyak RM ..................
(Ringgit Malaysia : ............................................................................) bagi sebulan / setahun.

2. Kutipan ini akan digunakan untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang semoga
mendapat kelulusan dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..................................................................
( )
Guru Penasihat
Persatuan / Kelab / Pasukan Beruniform
................................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PADANG TENGKU KOD : CBA3023
27100 PADANG TENGKU TEL : 09-3291022
KUALA LIPIS FAX : 09-3291022
PAHANG

___________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :

Kepada :
........................................................................
Guru Penasihat,
Kelab / Pasukan Beruniform / Kelab Sukan
.................................................................

Tuan / Puan,

KELULUSAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN PERSATUAN / KELAB /


BADAN BERUNIFORM ..................................................................................................

Merujuk surat tuan/puan yang bertarikh ...................................... sukacita / dukacita


dimaklumkan permohonan tuan/puan untuk mengutip derma keahlian Persatuan / Kelab /
Badan Beruniform ................................................................. sebanyak RM ............................
(Ringgit Malaysia : ............................................................................) bagi sebulan / setahun
adalah diluluskan / perlu perbincangan dengan pihak kami.

2. Semoga tuan/puan dapat menguruskan hal-hal kewangan mengikut peraturan yang


telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................................
( )
Pengetua
SMK
PENYATA KUTIPAN YURAN
Bil Nama Pelajar Tahun Tarikh Penggal 1 Tarikh Penggal 2 Jumlah

You might also like