You are on page 1of 7

5.

2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan
kajian. Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Selain itu, dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi
setiap soalan yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau
tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah membuat tinjauan masalah yang telah
dikenalpasti bagitujuan menegesan tahao murid untuk menjawab soalan yang
pendaraban. Pengkaji juga telah membuat rumusan bahawa ketidakupayaan murid
mengingati langkah penyelesaian soalan pendaraban dengan betul dan menganggap
pendaraban yang melibatkan bilangan digit yang besar adalah susah menjadi faktor
utama murid tidak menunjukkan minat dalam mempelajari matapelajaran ini. Selain itu
pengkaji juga telah menggunakan beberapa instrument kajian bagi mendapatkan data
kajian iaitu ujian pra, pos, temubual,dan pemerhatia. Hal ini bagi memudahkan
instrument ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza

Soalan Kajian Cara Pengumpulan Data Analisis


1) Sejauh manakah Ujian pra & pasca Peratus & Min
keberkesanan kaedah grid
dalam meningkatkan tahap Pemerhatian
pencapaian murid dalam
menyelesaikan operasi
pendaraban
2) Bagaimanakah kaedah grid Ujian Pra & Pasca Peratus & Min
dapat membantu murid
meningkatkan kefahaman Pemerhatian
dalam kemahiran mendarab
3) Adakah penggunaan Ujian Pra & Pasca Peratus & Min
kaedah grid dalam
pengajaran dan Temubual
pembelajaran dapat
meningkatkan Pemerhatian
kecenderungan murid dalam
prestasi Matematik
berbanding kaedah lazim
5.2.1 Ujian

Ujian merupakan suatu instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat responden sebelum, samasa mahupun selepas pengajara. Ujian sering
digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penialaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ujian dilakukan untuk memastikan penialain terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
berkesan.

5.2.2 Ujian Dignostik

Ujian ini merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengesan
tahap kelemahan dan pencapaian murid khususnya bagi topik pendaraban. Tujuan
pemerhatian ini dilakukan adalah untuk memilih responden yang digunakan oleh
pengkaji bagi tujuan pelaksanaan kajian ini

Prosedur pemilihan secara ringkasnya adalah seperti berikut :

i) Pengkaji menjalankan ujian dignostik kepada murid dan mendapatkan


keputusan ujian Matematik 1 bagi tahun Empat Bijak daripada Encik Arifin
dan Puan Salwa
ii) Pengkaji menyemak dan mengesan kelemahan murid semasa menjawab
kertas ujian tersebut.
iii) Berdasarkan gred ujian yang dinilai dan pencapaian murid semasa ujian
penilaian 1 yang lepas pengkaji memberi penumpuan kepada mereka yang
memperoleh gred c dan ke bawah selain melihat kesalahan yang dilakukan
terutamanya melibatkan operasi pendaraban.
iv) Pengkaji memilih 15 orang responden yang paling sesuai

Secara umumnya terdapat dua ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca.
Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan
kaedah grid dalam menyelesaikan operasi pendaraban. Ujian pra akan diberikan
sebelum pendekatan pembelajaran kaedah grid diperkenalkan manakala ujian pasca
diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada kumpulan sasaran yang
telah dipilih . Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan
yang dibina hanya terhad kepada topik pendaraban sahaja untuk memudahkan
pengkaji membuat penilaian yang lebih terperinci .

Soalan yang diberikan diberikan tempoh masa selama 30 minit dan mempunyai
8 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu . Markah bagi setiap soalan ialah
8 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya dibiarkan kosong , maka
tiada markah akan diberiikan .Setiap jawapan akan dinilai oleh pengkaji dan guru
matematik kelas tersebut. Markah murid akan dianalisis menggunakan perbezaan
peratus markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor
markah murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Skor maksimum markah bagi setiap
ujian ialah 10 peratus. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap
pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah .

Jadual 5 :Interpretasi skor markah

Gred Markah Analisis Kelayakkan


A 80-100 Cermerlang Lulus
B 60-79 Baik Lulus
C 40-59 Sederhana Lulus
D 20-39 Lemah Gagal
E 0-19 Sangat Lemah Gagal

(Sumber: Gred e-pantau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu)

Dalam menginteprestasi data tersebut gred A, B dan C dikira sebagai lulus, manakala
gred D dan E adalah gagal. Gred yang dinyatakan ini adalah berdasarkan gred yang
digunakan oleh e-pantau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Ujian pasca akan diberikan kepada murid untuk mengetahui tahap penguasaan
mereka selepas kaedah grid dijalankan. Selepas data dikumpul, satu jadual akan
disediakan bagi membandingkan ujian pra dan ujian pasca. markah ujian pra dan ujian
pasca akan dibandingkan melalui graf perbezaan. Jika terdapat peningkatan markah
ujian pasca berbanding ujian pra yang dilaksanakan dalam kajian ini, menunjukkan
adanya keberkesanan penggunaan “kaedah grid “dalam menyelesaikan operasi
pendaraban dengan berkesan. Jesteru kaedah grid ini releven untuk dijadikan kajian
tindakan seterusnya dapat dijadikan suatu inovasi baru tentang kaedah pendaraban.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu ringkasan perhubungan atau interaksi yang berlaku di


antara pengkaji dan peserta tentang tempat atau suatu peristiwa yang berkaitan dengan
kajian tindakan. Menurut Schmuck (1997) mengatakan ,
“observation means of collecting qualitative data, involve carefully watching

and systematically recording what you see and hear going on in a particular

setting”.

Jesteru pemerhatian pula merupakan kaedah seterusnya dalam proses pengumpulan


data. Proses ini merupakan proses berterusan yang dijalankan oleh pengkaji pada
setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya berlaku secara tidak
langsung kebiasaanya bagi memastikan data yang diperolehi bertepatan dengan
kriteria yang dikehendaki. Dalam kaedah ini, pemerhatian secara berstruktur telah
digunakan untuk memerhati, mendengar dan merekod maklumat murid berdasarkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti dengan menggunakan
senarai semak. Setiap soalan permasalahan berkaitan dengan operasi pendaraban
akan dicatat dan disemak

5.2.3 Temubual
Pengumpulan data melalui hasil temu bual adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang

dikemukakan dalam temu bual separa struktur seperti yang telah pengkaji perkatakan sebelum

ini.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sesi temu bual ini, beberapa orang murid akan

dipilih secara rawak dalam kalangan 15 orang sampel tersebut.

Soalan yang dikemukakan pula adalah merangkumi mengenai persoalan bagaimana

keberkesanan pelaksanaan kaedah grid yang telah mereka aplikasikan semasa menjawab soalan

yang dikemukan dalam Ujian Pasca.

Melalui temu bual ini, pengumpulan data akan dibuat berdasarkan respon yang diberikan

oleh peserta temu bual dan satu analisis ringkas akan dilaksanakan untuk memastikan sejauh

mana keberkesanan kaedah ini ke dalam kehidupan mereka seharian terutamanya semasa

menyelesaikan soalan pendaraban

Kaedah kualitatif ini juga sudah tentunya akan dijalankan di kawasan sekolah

memandangkan respon ataupun peserta temu bual terdiri daripada murid-murid dan guru subjek

yang berada di kawasan sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa, membuat kajian dan mengumpul

data di kawasan sekolah mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah, sekolah merupakan

tempat peserta penyelidikan berada. Maka, keadaan ini sudah tentunya memudahkan pengkaji itu

sendiri dalam mengakses penyelidikan yang dikehendaki. Pengkaji juga dapat menemu bual

beberapa orang respon pada satu hari tanpa perlu bergerak jauh dan melibatkan pengeluaran

wang melalui kos pengangkutan dan penginapan.

Selain itu, bagi mengurangkan gangguan bunyi bising semasa menjalankan sesi temu

bual ini, pengkaji boleh memohon kebenaran untuk menggunakan Pusat Sumber Sekolah, bilik
mesyuarat,bilik darjah atau mana-mana bilik yang sesuai untuk menjalankan temu bual tersebut.

Sesungguhnya, bilik yang bebas daripada gangguan bunyi boleh meningkatkan konsentrasi atau

tumpuan penyelidik dan peserta penyelidikan.

Hasil temu bual yang dijalankan akan digunakan untuk menganalisis kajian yang

dijalankan dan keputusan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah grid akan dilihat

sama ada berkesan ataupun tidak terhadap murid-murid Tahun Empat di sekolah tersebut.

You might also like