You are on page 1of 2

Kelab Futsal,

SAM Unwanus Saadah


42600 Kanchong Darat
Selangor. Tel: 03-3153513
_____________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SAMUS
Tarikh : 10 Januari 2018

Pengetua,
SAM Unwanus Saadah
42600 Kanchong Darat
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB FUTSAL

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Futsal memohon kebenaran daripada pihak tuan
untuk menubuhkan Kelab Futsal berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):
P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Futsal
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( HAZWAN B WAN OMAR)
GuruPenasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Futsal
SAM Unwanus Saadah,

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SAM Unwanus Saadah,
SAM Unwanus Saadah
42600 Kanchong Darat
Selangor. Tel: 03-31872377
_____________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SAMUS 1000(1)


Tarikh : 15 Januari 2018

GuruPenasihat,
Kelab Futsal,
SAM Unwanus Saadah
42600 Kanchong Darat
Selangor.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB FUTSAL

Dengan hormatnya surat tuan SAMUS 1000(1) bertarikh 15 Januari 2018 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan
penubuhan Kelab Futsal SAM Unwanus Saadah.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat
Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( PN HJH. MARIAM BINTI ADNAN)
Pengetua,
SAM Unwanus Saadah
42600 Kanchong Darat
Selangor.

You might also like