You are on page 1of 2

Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P)

SK Kionsom Inanam
Peti Surat A-472
89357 Inanam. Tel : 088-424400

__________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami :
Tarikh : 10 Januari 2019

Guru Besar
SK Kionsom Inanam
Peti Surat A-472
89357 Inanam.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SUKAN/PERMAINAN BOLA JARING (P)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P) memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P) SK Kionsom Inanam
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P)
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
( PN.FLORINA SUNTIAM )
GuruPenasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P),
SK kionsom Inanam.

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kionsom Inanam.
SK Kionsom Inanam
Peti Surat A-472
89357 Inanam. Tel:088-424400

______________________________________________________________________________________

Ruj.Kami :
Tarikh : 15 Januari 2019

Guru Penasihat,
Kelab Sukan/Permainan Bola Jaring (P)
SK Kionsom Inanam
Peti Surat A-472
89357 Inanam.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SUKAN PERMAINAN BOLA JARING (P)

Dengan hormatnya surat tuan bertarikh 10 Januari 2019 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan
penubuhan Kelab Sukan Permainan Bola Jaring (P).

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat
Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
( PUAN BINUKAT@HAMIDAH RUMPI )
Guru Besar
SK kionsom Inanam.

You might also like