You are on page 1of 2

LAPORAN PEMERHATIAN DAN TEMUBUAL

Berdasarkan kepada kedua-dua pemerhatian dan temubual yang dijalankan terhadap


pelajar ini, pelbagai perbezaan yang nyata dari aspek perkembangan dan tingkah laku dapat
dikenalpasti. Saya mengambil pelajar yang mempunyai perbezaan jantina, perbezaan
kognitif, fizikal dan sosio budaya. Pemerhatian dijalankan selama 2 hari bermula dari 5 Mac
sehingga 8 Mac 2019.

Pelajar 1 mempunyai perkembangan yang berbeza daripada pelajar lain. Melalui


temubual yang dijalankan bersama pelajar ini mendapati, beliau adalah daripada golongan
keluarga yang susah. Pelajar ini tinggal di kawasan pedalaman dan mempunyai adik beradik
yang ramai. Melalui permerhatian di dalam kelas, pelajar ini seorang yang sangat aktif. Dia
gemar berjalan-jalan dan meninjau aktiviti kawannya yang lain. Dia kelihatan hilang tumpuan
apabila guru mula menerangkan isi pembelajaran. Bagaimanapun, dia aktif menanyakan
soalan kepada gurunya bila aktiviti pengajaran dan pembelajaran mula dijalankan oleh guru.
Jelas di sini beliau sangat suka aktiviti praktikal ‘hands on’ jika dibandingkan dengan
membaca dan menulis. Berbeza pula dengan pelajar 2, dia menumpukan perhatian
sepenuhnya ketika guru mengajar. Dia hanya akan bercakap bila guru mengajukan soalan.
Walaubagaimanapun, pergaulannya bersama rakan kelihatan tidak bermasalah.

Dari aspek perkembangan kognitif, pelajar pertama ini lebih cenderung kepada teori
Jean Piaget yang menekankan proses pembelajaran melalui penerokaan atau pengalaman
sendiri. Beliau berpandangan bahawa di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekeliling, proses pembelajaran telah berlaku apabila individu tersebut memperolehi
pengalaman hasil interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda lain (Mok, 2018). Jelas
di sini, pelajar 1 menggunakan persekitarannya untuk meneroka dan mencari pengalaman
sendiri. Dia gemar berinteraksi dengan rakan dan gurunya tanpa mempunyai perasaan takut.
Selain itu, kemahiran kognitifnya tertumpu kepada melukis, mewarna yang mana dia boleh
berfikir secara kreatif dan kritis. Perkembangan ini adalah perubahan yang berlaku kepada
pelajar 1 dimana otak manusia mula membuat persepsi, pembentukan konsep, daya ingatan
dan kebolehan berdasarkan minat. Lain-lain aspek perkembangan kognitif yang ada padanya
ialah kebolehan penghujahan dalam menyelesaikan masalah-masalah logik.

Perkembangan kognitif pelajar 2 pula berbeza dari pelajar 1. Pelajar ini lebih pasif
tingkah lakunya. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya dalam kelas Bahasa Melayu,
pelajar 2 sangat menumpukan perhatian ketika gurunya mengajar. Menurut teori kognitif
Vygotsky, jelas di sini pelajar 1 dalam konsep pembelajaran membina ataupun pembelajaran
terarah kendiri. Dia akan aktif apabila sentiasa diberikan perhatian oleh gurunya. Penerokaan
yang berlaku pada pelajar 1 adalah penerokaan melalui sokongan. Belajar melalui bantuan
guru dengan tunjuk cara, sokongan, pandu hala dan sebagainya.

Perkembangan fizikal merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi
sistem fizikal dan koordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Merujuk Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran
psikomotor dalam diri individu. Dalam aspek perkembangan fizikal pelajar 1, dia
menggunakan segala kemahiran motor nya semaksimum mungkin. Dari aspek fizikal tubuh
badan, beliau mempunyai tubuh badan yang kecil dan ketinggian yang sederhana.
Pertumbuhan dan perkembangannya yang dialaminya mungkin dipengaruhi oleh faktor baka
daripada kedua orang tuanya

Pelajar 2 pula mempunyai tubuh badan yang kurus dan tinggi. Menurut Sheldon
(1942), beliau mengkategorikan gaya perilaku ataupun temperamen kepada tiga katogori.
Pelajar 2 ini berada pada kategori Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang , suka
bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini mungkin diwarisi, namun ia
juga ditentukan oleh tindak balas dengan persekitaran. Pelajar ini perlukan bimbingan yang
lebih dan perlu sentiasa diberi perhatian.

Sosio budaya pula adalah amalan gaya hidup dan peradapan seseorang individu.
Pelajar 1 tidak mempunyai masalah dari segi pergaulannya bersama rakan-rakan mungkin
disebabkan oleh majoriti rakan sekelasnya berbangsa Iban. Tiada masalah dari segi
komunikasi dan Bahasa. Begitu juga dengan perbezaan gender. Dari segi pemerhatian
melalui pembelajaran kooperatif yang dijalankan oleh guru, suasana kelas pelajar 1 tidak
mempunyai sebarang masalah sosio budaya maksudnya, mereka sudah memupuk sikap
percaya antara satu sama lain.

Pelajar 2 juga tidak mempunyai masalah dari segi pergaulan bersama rakannya.
Bahasa yang sama dan persekitaran yang kondusif menyebabkan mereka selesa bergaul
dalam kelas. Walaupun status ekonomi pelajar 2 berbeza dari rakannya, tapi dia boleh
menyesuaikan diri seperti biasa bersama mereka.

Gaya pembelajaran adalah satu cara bagi seseorang mudah untuk menerima
pelajaran yang dipelajarinya. Gaya pembelajaran menur

You might also like