You are on page 1of 1

Amron Omar

Pertarungan (1989) Cat minyak atas kanvas, 30 1/8 cm x 30 1/8 cm


Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling hadapan iaitu objek lelaki

memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang

bergerak seolah-olah sedang bertarung. Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana

ia tidak nampak garisan kaki langit dan ia seolah-olah seperti dilihat dari atas ke bawah iaitu

pandangan aras bawah mata. Teknik pencahayaan ini kelihatan terdapat pada pantulan dan

pada bentuk-bentuk otot lelaki tersebut agar dapat dihasilkan bentuk yang ‘hidup’. Media

yang digunakan ialah cat minyak dan teknik yang digunakan ialah boleh dilihat sebagai

teknik kilatan kerana terdapat lut sinar pada figura lelaki seolah-olah dibuat dengan warna

berlapis-lapis untuk menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah aliran impressionisme

kerana karya ini dilihat seperti berkarya sambil menonton pertarungan.

You might also like