You are on page 1of 3

Josephine Tang Yien Yien

Nama karya : “La Liberté guidant le people”

Tahun : 1830

Pengkarya : Eugène Delacroix

Media : Cat Minyak

1
Josephine Tang Yien Yien

“La Liberté guidant le people” atau “Liberty Leading the People” dihasilkan oleh
Eugène Delacroix pada tahun 1830. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak.
Karya ini merupakan karya aliran romantisme, iaitu bermula pada tahun 1800 hingga 1850.

Pelbagai jenis warna telah digunakan untuk menghasilkan karya ini. Warna kuning,
merah, coklat, biru tua, hijau, hitam, dan putih telah digunakan dalam karya ini. Garisan
menegak, melengkung, lurus, dan garisan bersifat lembut, kasar, dan menggerutu telah
digunakan pada karya ini. Ruang yang digunakan ialah ruang dalam atau perspektif. Karya
ini dihasilkan dengan rupa organik. Prinsip rekaan yang ada pada karya ini ialah kontra dan
dominan.

Subjek bagi karya ini ialah seorang wanita, tiga orang yang mati, orang-orang yang
berperang, dan bendera negara. Garisan menegak digunakan pada bangunan yang dijadikan
sebagai latar belakang di sebelah kanan dalam karya, garisan melengkung digunakan pada
senjata perang (parang),dan garisan lurus pula digunakan pada senapang dan batang bendera.
Garisan yang bersifat lembut digunakan pada pakaian subject matter (manusia), garisan
bersifat kasar digunakan pada batu-batu yang dijadikan sebagai pelindung semasa berlakunya
peperangan, dan akhir sekali ialah garisan bersifat menggerutu, garisan ini digunakan pada
latar belakang dalam karya, iaitu asap. Pelukis menggunakan rupa organik pada karyanya dan
akhirnya menghasilkan satu karya yang ada bentuk, iaitu bentuk tiga dimensi pada benda
berbentuk dua dimensi, iaitu catan. Pelukis telah menggunakan warna panas, iaitu kuning,
merah, dan coklat, dan warna sejuk, iaitu biru tua dan hijau, untuk menghasilkan karya ini.
Warna hitam dan putih pula digunakan pada pakaian objek-objek karya. Ia juga digunakan
untuk menghasilkan kesan pancaran terang dan gelap. Prinsip rekaan kontra telah dihasilkan
dalam karya ini dengan penggunaan warnanya. Di samping itu, prinsip rekaan dominan juga
telah dihasilkan dalam karya ini dengan melukiskan seorang wanita yang memegang bendera
negara. Dominan bermaksud berkuasa atau berpengaruh. Prinsip imbangan tidak simetri juga
digunakan pada karya ini. Pengkarya menekankan kualiti ekspresif pada mimik muka objek-
objek karya yang berbeza dan suasana perang. Pelukis telah menggunakan cat minyak untuk
menghasilkan karya. Teknik yang digunakan ialah teknik mewarna.

2
Josephine Tang Yien Yien

Dalam karya ini, pelukis ingin menunjukkan kemuliaan, sentimen, dan kepujian
terhadap wanita pada zaman dahulu. Wanita tersebut merupakan pemimpin bagi tenteranya.
Perasaan simpati terhadap kesan peperangan, iaitu kematian orang, dan kejujuran tentera-
tentera terhadap pemimpinnya juga dihasilkan dalam karya ini. Terdapat tiga orang yang mati
kerana dibunuh oleh pihak musuhnya, tentera-tentera yang bersemangat selepas menang
dalam peperangan, dan bendera negara dalam karya ini. Bendera yang dipegang oleh
wirawati merupakan bendera Perancis yang berwarna biru, putih, dan merah. Setiap warna
mempunyai maksudnya yang tertentu. Warna biru melambangkan kepada borjuasi, warna
putih melambangkan kepada pendeta, dan warna merah pula melambangkan kepada
bangsawan. Warna putih dalam karya ini juga melambangkan nasionalisme. Komposisi pada
objek-objek dalam karya boleh menghasilkan satu bentuk segi tiga, justeru ia mempunyai
imbangan. Di samping itu, karya ini juga menghasilkan satu imej sejarah, iaitu suasana
perang. Pelukis telah menghasilkan satu suasana perang yang kelam dan murung dengan
penggunaan warna yang kontra, iaitu warna panas (cerah) digunakan pada wirawati, dan
warna gelap pula digunakan pada manusia di persekitarannya. Karya ini juga menekankan
peranan wanita dalam pembangunan negara dengan figura wanita yang tidak berpakaian pada
bahagian atas badannya.

Karya ini amat kreatif kerana ia ada maksudnya yang tersendiri. Pengkarya cuba
menunjukkan perasaan nasionalisme pada seorang wirawati dengan figura wanita yang tidak
berpakaian pada bahagian atas badannya. Karya ini berbentuk ekspresif, iaitu pertimbangan
berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Komposisi pada objek karya amat
teratur dan terancang. Teknik mewarna yang digunakan oleh pelukis telah menghasilkan satu
karya yang lebih dramatik, iaitu penggunaan warna yang kelam dan murung. Fungsi bagi
karya ini adalah untuk menyampaikan satu perasaan nasionalisme yang ada pada seorang
wirawati. Karya ini tidak merujuk kepada perkataan asal ‘romance’ yang mengisahkan
percintaan. Ia merupakan satu imej sejarah yang berkaitan dengan peperangan. Suasana
perang yang kelam dan murung telah menghasilkan satu perasaan yang sedih dan dramatik.
Kepuasan perasaan wujud dalam diri saya apabila renung pada karya ini. Hal ini demikian
kerana wujudnya satu perasaan nasionalisme pada diri saya. Karya ini berjaya menyampaikan
mesej kepada audien.

You might also like