You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL,
LADANG LANADRON,
84500 PANCHOR,MUAR,JOHOR. JBD 5084

MINIT MESYUARAT UNIT ICT KE - 1


BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 14.01.2018

Masa : 2.30 - 3.30 petang

Tempat : BILIK KOMPUTER

Pengerusi : GURU BESAR

Kehadiran(Bilangan) : 16/22

Turut Hadir : -

AGENDA:
1. Ucapan Alu-aluan (PK Pentadbiran)
1.1. Pengerusi unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2018.
1.2. Bacaan doa.
1.3. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa untuk meningkatkan penggunaan
ICT, guru-guru perlu membuat penilaian, pengubahsuaian, menggalakkan penggunaan dan
merekod penggunaan makmal komputer untuk pemantauan.

Tindakan: makluman

2. Ucapan Penasihat (Pengetua)


2.1. Penasihat unit ICT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat unit ICT buat kali pertama tahun 2018.
2.2. Penasihat bersetuju dengan ucapan pengerusi berikutan dengan meningkatkan penggunaan
ICT dan menekankan tentang keikhlasan bekerja dalam menjalankan amanah yang diberi.
Tindakan: makluman
3. Kandungan Mesyuarat
3.1. Penyelaras memperkenalkan organisasi unit ICT bagi tahun 2018.
Tindakan: makluman

3.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2018.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Penyelaras Bestari En. Ravindran A/L Kanaison

Penyelaras VLE Frog Cik Kaliyani

Tindakan: semua AJK

3.3. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT


3.3.1. 32 netbook dapat berfungsi dengan baik
3.3.2. 10 buah komputer menpunyai sambungan internet
3.3.3. Komputer guru berfungsi dengan baik
3.3.4. 2 Projektor boleh digunakan
3.3.5. 3 Printer boleh berfungsi.

Tindakan: makluman

3.4. Jadual waktu penggunaan Bilik Bestari.


3.4.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT masih belum disediakan kerana menunggu
perubahan jadual waktu sekolah . Untuk tempoh itu guru-guru boleh menggunakan
makmal ICT pada bila-bila masa mengikut kekosongan pada masa tersebut.
Tindakan: penyelaras

3.5. Program/ Pertandingan


3.5.1. Penyelaras VLE mencadangkan pertandingan VLE FROG di kalangan murid untuk
memantapkan penggunaan VLE Frog dan tempoh diberikan selama 3 bulan untuk
mengemaskini VLE Frog.
3.5.2. Antara program lain yang dibincangkan sesuai ialah:
3.8.2.1 LADAP VLE Frog untuk guru
3.8.2.2 keceriaan makmal komputer
3.8.2.3 Sudut pameran
Tindakan: makluman

3.6. Penggunaan makmal ICT


3.6.1. Penyelaras berharap pada tahun 2018 lebih ramai guru-guru menggunakan makmal
ICT dan menulis rekod penggunaan.

Tindakan: semua AJK

4. Hal-hal lain

5. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 3.30 petang.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak Oleh,


............................................ ..............................……….
(EN.C.Sugumaran) ( Pn M.Gokilambal )
Setiausaha Panitia Guru Besar
Tarikh : 25 Januari 2018 Tarikh : 28 Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like