You are on page 1of 4

UW 00102 - HUBUNGAN ETNIK

Panduan Menulis Nota kaki dan Bibliografi Esei Hubungan Etnik.

CARA MENULIS NOTA KAKI.

1. Nota kaki atau nota bawah dibahagikan kepada dua jenis iaitu sebagai sumber
rujukan dan sebagai isi nota. Di dalam sumber rujukan, penyelidik mencatatkan
sumber, yakni dari mana sesuatu fakta itu diperoleh, dikutip atau dirujuk.
Manakala isi nota pula merujuk kepada maklumat tambahan yang perlu dicatat
oleh penulis, untuk perhatian pembaca tetapi tidaklah sampai ke tahap sumber itu
perlu dimasukkan ke dalam teks asal.

2. Cara menulis nota kaki:

a. Sebaik-baiknya diletakkan di bahagian bawah setiap halaman untuk


memudahkan pembaca merujuk dari mana sesuatu sumber itu
diperoleh.
b. Rujukan pertama di dalam sesuatu sumber hendaklah mengandungi
beberapa perkara berikut:
i. Nama pengarang, koma
ii. Judul, koma
iii. Tempat terbit dan tarikh terbitan, koma
iv. Nombor, jilid mengikut tulisan Roman (jika ada), koma
v. Halaman, noktah

Contoh:
1
Ahmad Boestamam, Memoir Ahmad Boestamam, Bangi:
Penerbitan UKM, 2004, hlm 13.
.
Jika nota kaki kedua dan ketiga menggunakan rujukan yang sama dan
berturut-turut tanpa rujukan yang lain di antaranya, gunakan
singkatan Ibid.
2
Contoh: Ibid. (jika merujuk pada halaman yg sama)
3
Ibid., hlm. 25 (jika merujuk pada halaman yg berbeza)

2
3
Jika rujukan pertama berulang pada halaman lain dan setelah diselangi
oleh rujukan lain, kaedah singkatan boleh digunakan untuk catatan
seterusnya (rujuk nota kaki 6)

Contoh:
4
J.N.Hook, The Teaching of High School English, New
York, 1950, hlm.12.
5
Ahmad Boestamam, Memoir Ahmad Boestamam, hlm 13

Buku yang ditulis oleh dua atau tiga orang pengarang, senaraikan semua
nama pengarang, tetapi jika lebih daripada tiga orang pengarang, tulis
et.al atau dan lain-lain selepas nama pengarang pertama.

Contoh:
6
David Austin et.al.,Reading Right for Boys, New York,
1970, hlm.23.

Jika buku tanpa pengarang, tulis nota kaki bermula daripada judul buku.

Jika rujukan diambil daripada artikel dalam buku, cara berikut digunakan:
7
Contoh: Levis Thomas, “Death in the open”, A Long Line of Cells,
New York:Viking, 1990, hlm.33.

4
5

6
7
3. Cara menulis bibliografi:

Bibliografi merupakan catatan penerangan secara lengkap dan penuh


berkenaan dengan buku-buku rujukan, sumber bacaan yang lain,
artikel dan sebagainya yang digunakan untuk sesuatu penulisan
(ditulis di bahagian hujung esei, selepas kesimpulan atau penutup).
Terdapat perbezaan dalam penulisan nota kaki dan bibliografi (sila
rujuk cara yang ditetapkan).

a. Perbezaan utama di antara Bibliografi dengan nota kaki ialah,


dalam bibliografi nama penulis ditulis dengan nama akhir
penulis (kecuali bagi nama orang Melayu) diikuti nama
awal dan maklumat yang lain seperti berikut:

i. Nama pengarang, noktah


ii. Tahun buku diterbitkan, noktah
iii. Judul buku, noktah
iv. Tempat terbit dan penerbit, noktah

Contoh:

Comber, Leon. 1983. 13 May 1969: A Historical Survey of


Sino-Malay Relations. Kuala Lumpur:
Heinemann Asia.

Ibrahim Saad. 1977. Pendidikan dan Politik di Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Noordin Sopiee. 1974. From Malayan Union


to Singapore Separation, Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya.

Teitelbaum, Harry.1994. How To Write A Thesis, A Guide


To the Research Paper. New York:
Macmillan.

Gordon, Shirle. 1967. “Social Implications of


Communalism”, INTISARI, vol.III,no.2.
Catatan: Gaya penulisan nota kaki mestilah selaras untuk
keseluruhan esei. Jika terdapat sebarang
kemusykilan, sila rujuk kepada pensyarah.

You might also like