You are on page 1of 21

Isi Kandungan

A. Pengenalan: Apa itu Kreativiti?

B. Teori dan Model Kreativiti.

C. Pembentukan Kreativiti dan bakat.

D. Penyelesaian Masalah memerlukan Keativiti.

E. Suasana dan Gaya Kepimpinan Guru dalam Bilik Darjah yang boleh Mempengaruhi

Kreativiti Murid

F. Suasana Sosial dalam Bilik Darjah yang Mendorong Kreativiti Murid

G. Elemen bagi Bilik Darjah yang Kreatif

H. Pengajaran dalam kumpulan yang lebih kecil

i. Pembelajaran Kendiri (Independent Instruction)

J. Rekabentuk Fizikal Bilik Darjah Mengikut P&P dan Subjek Diajar

K. Penyediaan Sudut Khas Belajar dalam Bilik Darjah

L. Latarbelakang Bilik Darjah yang Pelbagai

i. Penyediaan Karel

M. Prinsip Asas Persekitaran Bilik Darjah Yang Positif / Kondusif

N. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah yang Merangsang Kreativiti

i. Pembelajaran Koperatif

O. Kesimpulan

Sumber rujukan
A. Pengenalan: Apa itu Kreativiti?

Sebelum kita memperkatakan tentang kreativiti, elok rasanya kita melihat konsep

kreativiti itu sendiri. Perkara pokok di dalam kreativiti adalah keunikan / kualiti pembaharuan

atau inovasi, dan sebab itu kita tidak mempunyai kayu ukur tertentu untuk menentukanya” itu

yang difahami daripada buku yang ditulis oleh Carl R. Rogers : On Becoming a Person: A

Therapist's View of Psychotherapy.

Mari kita lihat pada situasi di bawah. Situasi ini telah diadaptasikan supaya ia sesuai dengan

Malaysia.

Bayangkan sebuah perkampungan orang asli di Sarawak yang terletak di kawasan

pendalaman. Kebanyakan daripada mereka lebih gemar bercucuk tanam, bersawah dan

menternak. Dari itu pendapatan seharian mereka adalah rendah.

Di perkampungan tersebut telah dibangunkan sebuah sekolah dan dengan usaha

yang telah dibuat oleh Tok Batin sebuah perpustakan mini turut dapat diwujudkan. Sekolah

tersebut mempunyai kapasiti 100 buah meja. Walaupun begitu Tok Batin masih tidak

berpuas hati kerana, beliau mendapati ramai kanak-kanak yang sudah boleh bersekolah

namun hanya 15 hingga 20 orang kanak-kanak sahaja telah di daftarkan oleh ibu bapa

mereka untuk bersekolah. Tok Batin telah berjumpa dengan Menteri Pendidikan dan

pelbagai kempen telah dijalankan oleh kementerian dan badan bukan kerajaan namun sikap

ibu bapa masih tidak berubah dan masih engan mendaftarkan anak mereka ke sekolah.

Bermacam-macam alasan telah diberikan oleh penduduk kampung, antaranya mereka risau

nilai-nilai estetika mereka akan hilang, pendidikan adalah asing bagi mereka (tidak sama

dengan apa yang mereka pelajari dari keluarga dan orang tua mereka), sengaja

mengabaikan dan ada juga yang degil. Masalah kewangan untuk pendidikan anak-anak

sering kali dilupakan di dalam persoalan ini.

2|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Selepas empat tahun Tok Batin melalui masalah ini, timbul satu idea baru di mana

beliau mencadangkan kaedah pertukaran bata. Beliau berjumpa dengan organisasi bukan

kerajaan yang membekalkan peralatan serta kemudahan sekolah bagi membantu

menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh penduduknya. Beliau mencadangkan

agar penduduknya dapat membuat pertukaran haiwan ternakan atau padi dengan bahan

keperluan sekolah. Pada hari ini bilangan kanak-kanak yang mendaftar ke sekolah semakin

meningkat dari tahun ke tahun.

Bagaimana Tok Batin mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah ini? Selama

empat tahun tersebut beliau telah memerhatikan bahawa setiap tahun apabila musim

persekolahan baru akan bermula, pada masa yang sama juga harga haiwan ternakan dan

padi adalah pada paras yang paling rendah. Penduduknya terpaksa menjual di dalam

kuantiti yang besar bagi menampung perbelanjaan sekolah anak-anak. Pada masa yang

sama juga penduduknya tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk menampung keperluan

diri mereka dan keluarga sebelum menjelangnya musim menuai akan datang. Masalah ini

sebenarnya yang menghimpit penduduknya. Jadi pada hari ini semua haiwan ternakan dan

padi yang ditukarkan dengan keperluan sekolah anak-anak akan disimpan dan akan dijual

semula apabila tiba masa yang sesuai dimana harga haiwan ternakan dan padi adalah

tinggi. Kedua-dua pihak mendapat keuntunganya. Persoalanya di sini adakah tindakan Tok

Batin boleh diketagorikan sebagai sesorang yang kreatif?

Sebelum jawapan dapat diberikan eloklah di tafsirkan apa itu Kreativiti? Berikut adalah

tafsiran untuk kreativiti;

 Menurut http://wordnetweb.princeton.edu kreativiti adalah keupayaan individu/

kumpulan untuk mencipta.

3|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


 Menurut http://en.wikipedia.org kreativiti adalah proses pemikiran yang melibatkan

penemuan idea atau konsep baru, atau pendekatan baru untuk idea atau konsep

sedia ada, yang diperolehi sama ada secara sedar atau tidak sedar,

 Menurut http://www.ucas.ac.uk kreativiti adalah menghasilkan atau/dan

mengenalpasti bagaimana idea yang di ilhamkan dan di praktis boleh dilakukan/

dilaksanakan di dalam situasi yang berbeza,

 Menurut Kamus Encarta (Amerika Utara). Kreativiti adalah keupayan berimiganasi

untuk menghasilkan idea/ perkara yang baru dan asli terutamanya dalam konteks

artistik,

 Menurut Gale Encyclopedia of Children's Health: Infancy through Adolescence,

1/1/2006, kreativiti adalah keupayaan berfikir dan mereka sesuatu yang baru untuk

penghasiklan seni, menyelesaikan masalah dengan cara baru. Kreativiti adalah

keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang baru atau menghasilkan idea

berdasarkan kerja asal atau cara yang bukan konvensional,

Jika dilihat daripada beberapa tafsiran kreativiti di atas, para penyelidik telah sepakat

menyatakan bahawa kreativiti harus di definasikan sebagai penerbitan /penghasilan kerja

asal, kerja yang tidak dapat dijangkakan dan kerja yang bersesuaian secara bersama

(Sternberg & Lubart, 1996; Lubart, 2000).

Kreativiti adalah keupayaan untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang baru,

untuk melihat dan menyelesaikan masalah yang mungkin tidak dilihat oleh orang lain, dan

pendekatan adalah menggunakan akal fikiran dan pengalaman yang baru, unik atau

berlainan. Kreativiti adalah suatu aspek yang kritikal didalam kehidupan sesorang, bermula

dari alam rahim sehingga dewasa.

4|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Walaupun ramai yang mengaitkan kreativiti dengan kecerdikan, tetapi sebenarnya

kedua-dua perkara ini tidak membawa makna/ maksud yang sama, dan tidak semestinya

sesorang perlu memiliki aras IQ yang pintar untuk menjadi kreatif. Pada hakikatnya hanya

terdapat sedikit perkaitan diantara kecerdikan dan kreativiti pada individu yang memiliki aras

IQ yang sederhana/ sederhana tinggi, atau yang memperolehi 120 semasa ujian IQ.

Para penyelidik juga mendapati keadaan persekitaran amat mempengaruhi individu

berbanding keturunan di dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif, dan kreativiti kanak-

kanak sama ada mengalakan atau tidak, banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang mereka

perolehi semasa di rumah atau di sekolah.

Sesorang individu yang kreatif cenderung kepada tingkah laku tertentu, termasuklah

kecenderungan untuk lebih terbuka atau bersahaja. Ketidakpatuhan atau melawan arus juga

salah satu tanda kreativiti. Kebanyakan individu yang kreatif pada asasnya tidak takut

melakukan sesuatu yang baru, sehubungan dengan itu mereka tidak terlalu memperdulikan

tanggapan atau kata kawan-kawan, mungkin disebabkan itu mereka memilih untuk berdikari,

percaya diri dan tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasa walaupun beliau terpaksa

menentang arus/ menentang pendapat majoriti.

Kreativiti di kalangan kanak-kanak kebiasanya di uji dengan penilaian menggunakan

pen atau pensil seperti Ujian Pemikiran Kreatif Torrance. Ujian ini direka untuk mengukur

kelancaran, fleksibel, ketulinan dan pengolahan sesorang kanak-kanak. Banyak komen dan

kritik telah dilontarkan berhubung ujian kreativiti ini.

5|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Pertamanya, tiada penakrifan kreativiti yang boleh diterima pakai secara universal.

Keduanya, ujian ini tidak menilai kreativiti seperti yang dikatakan, tetapi sebaliknya

mengukur keupayaan tertentu. Ketiga markah yang diberikan banyak bergantung kepada

kepantasan individu itu menjawab, dan ini tidak semestinya kriteria untuk sesorang yang

kreatif. Yang terakhir adalah berkaitan dengan markah itu sendiri, dimana ianya terlalu

subjektif. Kerana perkara-perkara di dalam ujian ini sering dipersoalkan.

B. Teori dan Model Kreativiti.

Terdapat beberapa teori yang telah diperkenalkan. Menurut Lubart (1999), beliau

menekan bahawa kreativiti adalah berkaitan dengan perkara yang berorentasikan produk.

Tambahan dari itu, penilaian hanya boleh dibuat didalam proses dan sejarah penghasilanya

(Lubart, 1999; Amabile, 1983; Csikszentmihalyi, 1996; Sternberg & Lubart, 1995).

Keaslian sesuatu produk tidak boleh wujud dengan sendirinya. Selari dengan

zamanya (revolusi perindustrian) faktor-faktor yang menjurus kepada kreativiti hanya dapat

di lihat di dalam penghasilan produk itu sendiri. Pada tahun yang berikutnya, dua

pendekatan baru telah mendominasi kajian yang sebelumnya (Lubart, 2000): model yang

berasaskan kepada proses kreativiti (seperti Finke, Ward, Smith, 1992; Mumford, Mobley,

Reiter-Palmon, Uhlman, Doares, 1991); dan model yang berasaskan sistem (Amabile, 1983;

Sternberg & Lubart, 1995; Csikszentmihalyi, 1996). Kedua-dua model ini fokus kepada

perkara yang berbeza iaitu satu proses dan satu lagi adalah sistem, tetapi kedua-duanya

boleh dilihat sebagai pelengkap diantara satu sama lain (Sternberg & Lubart, 1995; Finke,

Ward & Smith, 1992).

Model yang beraskan proses menumpukan kepada proses mengetahui, memahami

dan mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan kreativiti. Apa dan bagaimana sesorang

6|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


yang kreatif itu berfikir? Apakah struktur-struktur yang terlibat semasa proses kreatif? Lubart

(2000) menyimpulkan bahawa terdapat beberapa peluang/ perkara yang bersangkutan dan

penting di dalam kreativiti.

 Pencarian masalah, pentafsiran dan pengolahan

 Percapahan fikiran

 Menganalisa dan pengabungan maklumat

 Pengabungan maklumat secara rawak atau proses pertukaran asas

Pendekatan terkini di dalam mengenalpasti proses dan struktur mengetahui/

memahami dan mempelajari (cognitive) sesuatu yang berkaitan dengan pemikiran kreatif

adalah Geneplore model (Finke, Ward & Smith, 1992).

Model yang berasaskan sistem memberi penekanan yang lebih meluas lagi dimana ia

melibatkan faktor-faktor bukan cognatif (non-cognitive factors). Ia merangkumi faktor yang

beroreantasikan sosial (Csikszentmihalyi, 1996, 1999) kepada faktor-faktor yang

beroreantasikan individu (Sternberg & Lubart, 1996; Amabile, 1983).

Sternberg & Lubart (1995, 1996) memberi pendekatan yang beroreantasikan

matlamat (goal setting approach). Beliau membandingkan kreativiti sebagai urusniaga

pelaburan dimana membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Sesorang

yang kreatif cenderung kepada perkara yang tidak diketahui atau perkara yang tidak menjadi

perhatian ramai (beli pada harga rendah) dan akhirnya ditonjolkan sebagai sesuatu yang

amat bernilai (jual pada harga tinggi). Sternberg & Lubart (1995, 1996) mengenal pasti enam

sumber yang menyumbang kepada kreativiti. Sumber tersebut adalah proses pemikiran,

pengetahuan, cara berfikir, personality, motivasi dan keadaan persekitaran.

Perkara pokok disini adalah diantara proses dan cara berfikir. Proses merujuk kepada

pendefinasian masalah manakala cara berfikir merujuk kepada bagaimana proses pemikiran

7|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


di aplikasikan. Sternberg & Lubart (1995, 1996) mengenal pasti tiga pemboleh ubah yang

berkaitan dengan cara berfikir iaitu membentuk undang-undang dengan mengikut undang-

undang (legislative), pendekatan lama dengan pendekatan baru, aspek yang biasa (general

aspects) dengan pendekatan secara terperinci. Selain dari itu mereka juga mendapati ada

cara-cara tertentu yang disusun mengikut kepentingan (monarchic) untuk menyelesaikan

sesuatu tugas/ perkara.

C. Pembentukan Kreativiti dan bakat.

Perbincangan daripada kisah Tok Batin. Didapati bahawa pendekatan/ idea yang

dibawa adalah sesuatu yang baru, dan ia amat bersesuaian kerana ia memenuhi keperluan

setiap individu yang terlibat. Walaupun kita tidak mengetahui proses berfikir yang terlibat kita

boleh katakan bahawa Tok Batin mempunyai keupayaan mengenali/ mengetahui,

memahami dan mempelajari masalah (pengetahuan) dan mempunyai keupayaan berfikir

yang kreatif (analisa, sintisis dan menyimpul) untuk menyelesaikan masalah yang timbul iaitu

jumlah kanak-kanak yang mendaftar disekolah adalah rendah. Tambahan pula selaku ketua

untuk penduduknya Tok Batin mempunyai motivasi yang tinggi untuk menentukan masalah

ini harus ditangani. Amabile menerangkan, "an inner passion to solve the problem at hand

leads to solutions for more creativity than do external rewards, such as money" (1999).

Tok Batin tidak dapat menentukan pada ketika mana di dalam proses pemikiranya

keputusan/ idea ini wujud. Apa yang kita dapati adalah semasa proses mencari dan

menerima sebab-sebab serta memahami masalah yang timbul beliau menyimpulkan bahawa

permasalahan yang wujud tidak patut dilihat dari sudut jumlah pendaftaran kanak-kanak

yang rendah tetapi dari sudut siapa yang perlu membeli/ menyediakan keperluan

persekolahan. Struktur permasalahan atau penakrifan semula permasalahan dilihat seolah-

olah sebagai suatu factor kritikal yang membawa kepada pemikiran yang kreatif (Mumford et.

al., 1991; Sternberg & Lubart, 1995, 1996).

8|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Pengalaman empat tahun Tok Batin membolehkan beliau memahami keperluan dan

kehendak penduduknya. Amabile (1983) merujuk perkara ini sebagai “pengetahuan

dominan yang berkaitan” ("domain relevant knowledge"), dimana ia merupakan satu

daripada tiga komponen di dalam model kreativitinya. Pengetahuan dominan Tok Batin ini

telah membantu beliau mencadangkan/ melaksanakan penyelesaian yang kreatif. Akhirnya

tanpa paksaan, tanpa perasaan gentar dan segan silu, beliau mendapatkan penduduknya

dan menyuarakan ideanya dengan lantang. Menurut Sternberg & Lubart (1996), pemboleh

ubah/ faktor ini dan lain-lain faktor yang dibincangkan di atas adalah aspek yang penting

dalam menyumbang kepada proses kreativiti itu sendiri.

D. Penyelesaian Masalah memerlukan Keativiti.

Penyelesaian masalah merupakan salah satu daripada kreativiti yang dapat

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Wertheiner menyatakan

bahawa satu interprestasi gestalt mengenai penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar di dalam

kelas akan memeriksa tentang terdapatnya jurang dan ketidaksesuaian, memeriksa

persamaan dan penutup yang mudah dalam penyelesaian masalah.

Osborn & Parners menyediakan lima cara dalam kreativiti penyelesaian masalah.

Antaranya ialah pencarian fakta, pencarian masalah, pencarian idea, pencarian

penyelesaian dan pencarian penerimaan.

Menurut Langley ( 1987 ) pula menyatakan bahawa kreativiti dalam konteks

penemuan saintifik ialah satu bentuk daripada penyelesaian masalah. Dr. Edward De Bono

mengklasifikasikan penyelesaian masalah kepada tiga iaitu pemikiran lateral yang

merupakan satu cara pemikiran di mana anda menggunakan imaginasi untuk melihat

hubungan antara benda-benda yang tidak dapat difikirkan bersama, bertentangan dengan

9|Muka Surat M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


kawalan pemikiran yang boleh diubah, dan mengumpul masalah daripada pelbagai

perspektif.

Penyelesaian masalah adalah satu proses kognitif berterusan untuk mencapai

sesuatu matlamat di mana tiada langkah penyelesaian yang ketara kepada penyelesai

masalah . Selain itu , penyelesaian masalah merupakan satu pendekatan yang sistematik

untuk mentakrif sesuatu masalah ( soalan atau situasi yang tidak pasti , gangguan atau

kesulitan ) dan mencipta sejumlah penyelesaian yang wujud tanpa pengadilan penyelesaian

tersebut.

Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dilakukan oleh guru dalam penyelesaian

masalah. Antaranya ialah membuat kesimpulan, kemahiran analisis, membuat keputusan,

mengumpul maklumat dan perancangan. Guru perlu memulakan langkah demi langkah

untuk menggunakan penyelesaian masalah di dalam kelas.

Langkah ini penting untuk memastikan proses yang dijalankan mencapai

matlamatnya. Murid yang menyelesaikan masalah akan dapat menggunakan daya kreativiti

untuk mencari jalan dalam menyelesaikan masalah yang diberikan.

Dalam menyelesaikan masalah guru perlu melakukan proses penyelesaian masalah

dan memberikan penerangan kepada murid-murid apa yang perlu dilakukan. Proses yang

dilakukan bergantung kepada masalah yang diberikan. Murid akan faham proses yang mana

perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.

Guru sebagai penyelesai masalah merupakan seorang yang guru yang

berketrampilan dan kreatif. Guru perlu tahu tentang ruang lingkup pengetahuannya. Selain

itu, guru perlu berfikir secara matang apabila sesuatu masalah itu seolah-olah tidak jelas dan

nyata kelihatan. Guru perlu memikirkan cara yang berkesan dan kreatif untuk menyelesaikan

masalah tersebut.

10 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Ada beberapa strategi dalam penyelesaian masalah iaitu baca masalah itu dengan

teliti, apa yang kita ketahui, apa yang kita perlu tahu, dan akhir sekali lukis rajah untuk

menyelesaikannya. Strategi ini perlu untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.

Di samping itu terdapat beberapa alternatif untuk penyelesaian masalah. Pendekatan

yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan realistic untuk menyempurnakan dengan

jayanya. Sumber yang ada untuk menyelesaikan masalah dan mencukupi.

Masa juga perlu cukup untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, pendekatan itu

mempunyai had atau risiko yang sedikit. Beberapa alternatif ini dapat dikenal pasti untuk

digunakan dalam penyelesaian masalah.

Penyelesaian masalah dapat digunakan dalam pelbagai mata pelajaran yang dapat

diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid sebagai

penyelesai masalah dapat melahirkan daya kreativiti mereka untuk menyelesaikan masalah

yang diberikan.

Ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dengan seronok.

Contoh penyelesaian masalah berbentuk permainan merupakan satu cara yang dapat

membentuk kreativiti murid dalam pembelajaran di dalam kelas.

11 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


E. Suasana dan Gaya Kepimpinan Guru dalam Bilik Darjah yang boleh Mempengaruhi

Kreativiti Murid

Bilik darjah di sekolah mempunyai suasana tersendiri dari segi gaya kepimpinan guru

dalam memberi arahan dalam sesebuah bilik darjah. Suasana ini bergantung kepada guru

yang menjalankan proses proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Carolyn & Carol

(2006), terdapat 3 jenis kepimpinan dalam bilik darjah yang diamalkan oleh guru iaitu,gaya

kepimpinan demokrasi, autokrasi dan bebas. Ada bilik darjah beruasanakan gaya

kepimpinan demokrasi yang mana guru bertidak mengikut kehendak majoriti murid dalam

kelas. Biasanya dalam menjalankan proses pengajaran dan pengajaran dan aktiviti murid

dalam kelas, guru membuat keputusan mengikut kehendak dan keinginan murid yang ramai.

Dalam melaksanakan gaya kepimpinan ini, guru akan bertanya dan meminta saranan murid

dalam melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah.

Satu lagi suasana gaya kepimpinan dalam bilik darjah ialah autokratik iaitu gaya

kepimpinan guru yang memusatkan kuasa guru. Dalam amalan gaya ini, segala keputusan

dan cara pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti murid adalah

bergantung kepada guru semata-mata. Murid tidak diberi peluang dan pilihan untuk memberi

pendapat dalam melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah.

Manakala satu lagi gaya kepimpinan ialah gaya yang memberi kebebasan (laisez

faire) kepada murid untuk melakukan aktiviti. Guru memberi kebebasan sepenuhnya kepada

murid dalam melaksanakan aktiviti tanpa melibatkan guru. Guru hanya menyatakan objektif

yang hendak dicapai dan terserah kepada murid untuk mencapai obkjektif. Gaya kepimpinan

ini biasanya dijalankan pada peringkat sekolah menengah dan pendidikan tinggi di mana

pelajar dapat bertindak dan belajar dalam aktiviti tersebut dengan pengawasan yang

minimum daripada guru.

12 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Jika dibandingkan antara ketiga-tiga gaya kepimpinan dalam bilik darjah tersebut,

kepimpinan demokrasi dapat meningkatkan dan menggalakkan kreativiti murid. Gaya

kepimpinan autokrasi dan “laisez faire” kurang mendorong murid untuk lebih kreatif.

F. Suasana Sosial dalam Bilik Darjah yang Mendorong Kreativiti Murid

Ramai penyelidik dalam bidang pendidikan menyatakan suasana sosial dalam bilik

darjah dapat menggalakkan kreativiti murid. Justeru itu, guru perlu mewujudkan elemen

suasana sosial yang mendorong kreativiti dalam kelas. Mengikut Alan (1970), guru boleh

mewujudkan kebiasaan dan sikap yang menggalakkan kepercayaan, kerjasama, pengaruh

baik dan sokongan antara satu sama lain di kalangan murid dalam bilik darjah. Suasana

sebegini akan dapat mewujudkan suasana sosial yang menggalakkan kreativiti.

Guru juga boleh menetapkan matlamat yang jelas dari segi matlamat dalam aktiviti

bilik darjah dan emosi murid sama ada matlamat bilik darjah atau matlamat murid sendiri.

Apabila murid mempunyai matlamat, mereka akan terdorong untuk berfikir dan bertindak

secara kreatif dan kritis untuk mencapai matlamat tersebut. Selain itu, murid juga perlu diberi

masa yang mencukupi dan bersesuaian tempoh masa, dan masa ini dapat mendorong murid

untuk lebih kreatif.

Murid juga boleh diberi mandat dan kuasa dalam bilik darjah untuk memastikan

tahap kesetiaan dan kebolehpercayaan. Sebagai contoh murid yang diberi jawatan sebagai

ketua darjah atau pengawas dapat diukur tahap kepimpinan, manakala muri-murid dalam

kawalan ketua atau pengawas tersebut akan dilihat tahap kesetian mereka. Suasana yang

mengukur tahap kepimpinan dan kesetiaan ini akan menggalakkan kreativiti di kalangan

murid dalam bilik darjah .

13 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


G. Elemen bagi Bilik Darjah yang Kreatif

Berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian pakar dalam bidang pendidikan terdapat

beberapa elemen yang diperlukan dalam sesebuah bilik darjah yang kreatif. Elemen tersebut

adalah pengajaran dalam kumpulan yang lebih kecil, pembelajaran kendiri, rekebentuk kelas

yang bersesuaian dengan subjek, sudut belajar khas disediakan, latar belakang bilik darjah

yang pelbagai dan karel belajar mengikut keperluan disediakan.

H. Pengajaran dalam kumpulan yang lebih kecil

Adalah disarankan untuk mendorong murid lebih kreatif dalam bilik darjah dengan

membuat kumpulan murid yang lebih kecil. Guru dapat menjalankan aktiviti dengan lebih

menumpukan kepada murid. Tumpuan ini membolehkan soal jawab, sumbang saran dan

penglibatan murid secara aktif dalam bilik darjah. Dengan adanya percambahan idea dan

bertukar pendapat akan merangsang murid untuk berfikiran kreatif dan kristis.

I. Pembelajaran Kendiri (Independent Instruction)

Pembelajaran kendiri merupakan elemen penting untuk melahirkan suasana kreatif di

kalangan murid dalam bilik darjah. Pembelajaran kendiri bermaksud murid diberi tugasan

dan belajar sendiri sama ada secara individu atau berkumpulan. Murid perlu menyiapkan

tugasan yang diberikan tanpa campur tangan guru. Guru sebagai fasilitator atau pemudah

cara bagi murid. Guru hanya bertindak sebagai pemberi arahan pada permulaan aktiviti

seterusnya murid yang akan menyiapkan tugasan dan aktiviti dengan menggunakan

kemahiran, kreativiti dan idea masing-masing.

14 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


J. Rekabentuk Fizikal Bilik Darjah Mengikut P&P dan Subjek Diajar

Rekabentuk dalaman dan susun atur dalam bilik darjah juga dapat mempengaruhi

kekreativitian murid. Rekebentuk yang sesuai dengan susun atur fizikal bilik darjah yang

berkesan dapat merangsang kreativiti murid. Rekabentuk dalaman bilik darjah bergantung

kepada bilangan murid dan keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Susunan

meja dan kerusi berbeza mengikut bilangan murid, dan bergantung kepada corak

pengajaran guru sama ada pengajaran secara individu atau kumpulan. Juga bergantung

kepada pembelajaran berpusatkan guru atau berpusatkan murid.

Manakala rekebentuk bilik darjah juga perlu mengikut subjek yang diajar. Adalah

berbeza keperluan bilik darjah bagi subjek bahasa dan sains. Subjek sains memerlukan

aktiviti amali dan makmal. Makmal yang lengkap dan sempurna dapat merangsang

pembelajaran murid yang sempurna sekaligus mendorong kreativiti. Begitu juga kelas seni

dan muzik memerlukan rekabentuk dan peralatan yang berbeza.

Bilik darjah biasanya mempunyai susunan yang tipikal iaitu yang meletakkan murid di

hadapan guru. Kadang kala guru yang kreatif boleh sentiasa menukar susunan meja dan

kedudukan murid dalam bilik darjah seperti bentuk “U” atau separuh bulat untuk

meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti. Selain itu, susunan mengikut kumpulan juga

boleh dilakukan untuk mewujudkan suasana perbincangan berkumpulan yang aktif dan juga

memudahkan demonstrasi seperti kedudukan meja dalam makmal sains.

K. Penyediaan Sudut Khas Belajar dalam Bilik Darjah

Guru juga boleh mewujudkan sudut khas dalam bilik darjah untuk murid. Bilik khas ini

boleh menjadi pusat pembelajaran bagi murid-murid pada masa aktiviti pengajaran dan

15 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


pembelajaran guru serta pada waktu di luar aktiviti tersebut. Bilik ini dapat memberi

kebebasan kepada murid dalam memilih aktiviti dan gerak kerja yang diberikan guru. Di

samping itu, bilik ini dapat menjadi ruang untuk murid menyiapkan tugasan yang diberikan

guru pada bila-bila masa. Ini dapat memberi galakan dan dorongan kepada murid untuk lebih

kreatif.

L. Latarbelakang Bilik Darjah yang Pelbagai

Dalam konteks hiasan dan rekabentuk dalam bilik darjah, latar bilik yang pelbagai

dan penuh kreativiti dan membangkitkan imaginasi dan menyuburkan idea di kalangan

murid. Guru boleh menghiasi dinding dan rekabentuk dalam bilik darjah dengan pelbagai.

Hiasan dan susunan dalaman bilik darjah yang tipikal tidak mampu merangsang murid untuk

menjadi seorang yang kreatif.

i. Penyediaan Karel

Dalam sesetengah keadaan, guru boleh menyediakan karel iaitu ruang tertutup khas

untuk membolehkan murid belajar dengan tumpuan yang tinggi tanpa gangguan sebarang

bunyi. Selain sudut khas belajar sebagaimana yang dinyatakan tadi, penyediaan karel

mampu mendorong murid berfikiran kreatif dan merangsang minda mereka untuk

mencetuskan idea-idea baru.

M. Prinsip Asas Persekitaran Bilik Darjah Yang Positif / Kondusif

Dalam merangsang dan menggalakkan murid menjadi kreatif dalam bilik darjah,

beberapa prinsip asas boleh diamalkan oleh guru. Guru perlu memastikan keadaan fizikal

bilik darjah seperti kedudukan meja dan kerusi murid dapat membolehkan penglihatan bagi

guru dan murid sempurna. Murid dapat melihat guru dari segi pergerakan dan percakapan

yang jelas, begitu sebaliknya guru dapat melihat setiap murid dengan jelas semasa

16 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


melakukan aktiviti da proses pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya tiada benda yang

menghalang penglihatan antara guru dan murid.

Selain itu, segala peralatan dalam bilik darjah atau makmal, guru dan setiap murid

hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan sepenuhnya segala bahan dan alat untuk

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tidak boleh ada pengecualian atau diskriminasi dalam

soal penggunaan bahan belajar dalam bilik darjah. Sebagai contoh sekiranya pembelajaran

mengunakan komputer, setiap murid mesti boleh diberi kebenaran untuk menggunakan

komputer.

Persekitaran yang positif bagi bilik darjah juga memerlukan sebuah bilik darjah yang

bebas daripada sebarang gangguan. Persekitaran bilik darjah mestilah dapat merangsang

murid untuk kreatif sekaligus sebarang gangguan yang boleh menjejaskan perhatian dan

tumpuan murid hendaklah dielakkan. Gannguan ini sekiranya wujud boleh membantut

proses percambahan idea kreatif murid-murid.

Seterusnya, bilik darjah yang positif hendaklah menjadi satu medan yang aktif di

antara murid dan guru. Murid boleh berinteraksi sesama mereka juga dengan guru secara

aktif. Ini dapat merangsang murid untuk memberi pendapat dan sumbang saran dalam

setiap aktiviti sama ada penyelesaian masalah atau kerja berkumpulan.

Beberapa isu yang timbul di sebalik susunan bilik darjah dan kumpulan murid yang

berinteraksi dalam bilik darjah. Antaranya ialah bilangan murid dalam bilik darjah

menjangkau sehingga 45-50 orang dan kepelbagaian aras murid serta pengasingan murid

mengikut keputusan peperiksaan adalah isu yang berterusan. Setiap isu ini mempunyai baik

dan buruknya, yang penting guru haruslah mampu mewujudkan rangsangan kreativiti dalam

diri murid tanpa mengira keadaan murid dan bilik darjah.

17 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


N. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah yang Merangsang Kreativiti

i. Pembelajaran Koperatif

Pada awal tadi perbincangan berkenaan gaya kepimpinan guru dalam bilik darjah

yang boleh merangsang kreativiti murid. Seterusnya tadi dihuraikan keadaan fizikal dan

susunan rekabentuk bilik darjah yang mempengaruhi murid untuk menjadi lebih kreatif, dan

kini perbincangan diteruskan dengan pendekatan guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang boleh menggalakkan murid menjadi kreatif.

Guru dicadangakan menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif. Pendekatan

dalam pembelajaran ini dapat melatih dan merangsang murid menjadi seorang individu yang

kreatif. Menurut Johnson & Johnson (2000) pembelajaran koperatif adalah setiap murid

bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif.

Murid adalah mempunyai akauntabiliti atau kebertanggungjawaban terhadap prestasi

akademik sendiri dan rakan belajar. Guru pula bertindak sebagai pengawas dalam melihat

kemahiran kolaborasi murid dan hasil pembelajaran murid. Di sini murid akan belajar

berkenaan kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, kemahiran

berkomunikasi dan kemahiran pengurusan konflik. Manakala murid juga akan berinteraksi

antara satu sama lain dengan rakan belajar mereka dalam bilik darjah. Murid akan terdedah

kepada projek kumpulan, percambahan idea, pengetahuan dan kemahiran dan peningkatan

motivasi murid juga akan terhasil.

Contoh aktiviti dalam pembelajaran koperatif ini adalah aktiviti Jig Saw dan “Group

Shield”. Walau bagaimanapun, pembelajaran koperatif ini tidak berkesan bagi pelajar yang

tidak aktif dalam kumpulan. Pelajar yang sebegini akan terkeliru dan tercari-cari objektif

18 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, murid yang terlibat dalam pembelajaran

koperatif ini hendaklah aktif dan tidak menjadi rakan “tidur” sahaja.

O. Kesimpulan

Kreativiti adalah proses mengembangkan dan mengekspresikan idea-idea baru untuk

menyelesaikan masalah ataupun memuaskan keperluan. Jadi, kreativiti tidak begitu banyak

bakat kerana ini adalah proses yang berorientasikan tujuan untuk menghasilkan inovasi.

Seperti dijelaskan oleh Teresa Amabile dalam setiap individu, kreativiti adalah fungsi yang

terdiri daripada tiga komponen iaitu kepakaran, kemahiran berfikir secara kreatif, dan

motivasi.

Kepakaran adalah pengetahuan dalam erti perkataan lain- teknikal, prosedural, dan

intelek. Kebolehan berfikir secara kreatif ditakrifkan sebagai cara-cara pendekatan di mana

orang mempunyai masalah. Keterampilan ini sering merupakan fungsi daripada keperibadian

dan gaya kerja. Tidak semua motivasi diciptakan sama. Motivasi mungkin intrinsik (dalaman)

atau extrinsik (luaran). Motivasi Extrinsik (luaran) melalui saranan seperti bonus atau

promosi. Manakala motivasi intrinsik ialah semangat untuk jauh lebih kreatif daripada

ganjaran luaran seperti, wang. Motivasi intrinsik adalah keinginan dan kemahuan individu itu

sendiri tanpa perlu paksaan daripada orang lain. Komponen ini adalah salah satu cara yang

dapat dipengaruhi oleh persekitaran kerja.

Menurut Teresa Amabile, kreativiti melibatkan dua proses berfikir kemudian

memproduksi. Guru memainkan peranan yang lebih penting dalam mencambahkan minat

pelajar menjadi kreatif di dalam kelas. Murid melakukan lebih praktikal daripada teori-teori /

Do it yourself (DIY). Kreativiti mengaplikasikan konsep datang dengan idea-idea. Jika anda

mempunyai idea, tetapi tidak bertindak, pada mereka anda seorang imaginatif tetapi tidak

kreatif.

19 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili fokus

utama kerajaan kini ialah untuk mencapai model ekonomi baru yang berpaksikan inovasi,

kreativiti dan nilai tinggi atau dalam kata lain, ekonomi yang kreatif. Ini sejajar dengan

persekitaran pada masa kini yang berhadapan dengan era globlisasi yang mencabar,

kreativiti dan inovasi kinimerupakan nadi sesebuah Negara. Oleh itu adalah tepat pada

masanya, bagi Malaysia mengambil langkah memperhebatkan bidang kreativiti dan inovasi

yang sebenarnya memerlukan bakat dan kebolehan yang ramai. Justeru, usaha akan terus

diperhebat bagi memupuk daya kreativiti khususnya di peringkat muda. Untuk menghasilkan

inovasi sebenarnya aset mereka ialah kreativiti.

Oleh hal yang demikian, menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Haji

Alimmuddin B. Haji Mohd Dom sekolah harus memperkaya pemikiran, semangat dan nilai

setiap pelajar harus diperluas dan dikembangkan dalam suasana yang menyenangkan,

menarik dan mencabar untuk mengembangkan kreativiti dan potensi, sekolah perlu menilai

kekuatan, memberikan kesempatan pengayaan di dalam kelas dan menggunakan

pendekatan kurikulum yang berbeza selaras dengan usaha kerajaan yang mahu melahirkan

lebih ramai pakar yang kreatif dan inovasi di masa hadapan.

20 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my


Sumber rujukan

1. L. Vivi (2007) ‘Making creativity in the classroom’ Journal of Creativity in childhood

Education, vol. 9, no.1, pg. 55-77.

2. Rother, C.,(2003). Technology’s Value in Education. Retrieved September 15. 2004

from http://www.thejournal.com/articles/

3. Samad, R.S.A., (2004). Teknologi Mencambah Minat Pembelajaran. Dewan Budaya.

19(2): pp. 48-49.

4. T. Amabile (2009) ‘How to kill creativity’ Harvard Business Review, September-

Oktober ,pg 77-87.

5. Carolyn M. Evertson & Carol S. Weinstein (2006) Handbook of Classroom

Management: Research, Practice and Contemporary Issues, Lawrence Erlbaum

Associates, Inc. Publishers, New Jersey.

6. Alan C. Green (1970) An Article Published in Educational Media International Vol. 4

Issue 1, Spring pages 32-39. Routledge Taylor & Francis Group.

7. Johnson, D. W.; Johnson, R. T.; Stanne, M. E. Cooperative Learning Methods: A

meta-analysis. University of Minnesota, Minneapolis: Cooperative Learning Center,

2000; http://www.cooperation. org/pages/cl-methods.html (retrieved on March 5,

2010).

21 | M u k a S u r a t M.Zaki MY; mzmy@um.edu.my

You might also like