You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

Sek. Keb. Taman Perling (3), Telefon : 07 2417336


Jln Rawa, Taman Perling, Fax : 07-2417339
81200 Johor Bahru (JPNJ/PIBG/SK/31/0889)

Ruj Tuan :
Ruj Kami : JBA 1120/07/03/002(45)
Tarikh : 25 JANUARI 2018
Kepada
Semua Ibu Bapa dan Penjaga
SK Taman Perling 3, Johor Bahru

Tuan/ Puan

SUMBANGAN KEAHLIAN PIBG BAGI TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mengikut keputusan atau ketetapan minit Mesyuarat Agung PIBG bilangan ketiga belas yang telah
dilaksanakan pada 1 April 2017 bagi tahun 2017/2018 telah memutuskan bahawa :

Bil Perkara Jumlah


1 Sumbangan keahlian PIBG bagi satu keluarga RM 50.00 setahun
2 Sumbangan kertas A4 bagi setiap pelajar RM 10.00

3. Justeru itu, pihak PIBG ingin memohon jasa baik pihak tuan/ puan untuk menghulurkan sumbangan
keahlian sebanyak RM 50.00 bagi satu keluarga. Semoga sumbangan pihak tuan/ puan dapat menambah
dana PIBG bagi melicinkan lagi aktiviti murid-murid yang akan diadakan dan sumbangan hendaklah
diserahkan kepada guru kelas anak tuan/ puan. Manakala bagi bayaran RM 10 setiap murid adalah untuk
membeli kertas bagi tujuan lembaran kerja atau ujian bulanan bagi persediaan murid menghadapi
peperiksaan bagi murid tahun 1 – tahun 5.

4. Segala sumbangan tuan/ puan akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan keselesaan dan peningkatan
akademik murid-murid SK Taman Perling 3. Sumbangan tuan/ puan di dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(Tn. Hj. Abd. Rahman B. Hj. Ahmad Unni)


Yang DiPertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Johor Bahru.
Saya……………………………………………………………………………………….……………………………..ibubapa/penjaga kepada
murid …………………………………………………………….…….… Tahun ……………………….. menyumbangkan sebanyak
RM 50/keluarga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Taman Perling 3.

Jika ada anak lain yang bersekolah di SKTP 3, sila isikan maklumat berikut:

Bil Nama anak Kelas Bayaran diserahkan kepada :


(tandakan √)
1
2
3
4
5
6
7

Yang Benar, Saya yang menerima,

_____________________________ ___________________________
( ) ( )
Ibu / Bapa / Penjaga Guru Kelas ( )
SK Taman Perling 3,
Johor Baharu

S.K :
1) Guru Besar SKTP3
2) Setiausaha PIBG SKTP3
3) Fail PIBG SKTP3

You might also like