You are on page 1of 19

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan.

Dalam penilaian Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi

mata pelajaran Bahasa Melayu, calon diwajibkan menduduki

dua kertas peperiksaan secara berasingan iaitu kertas

pemahaman dan kertas penulisan. Bagi kertas pemahaman,

calon diminta menjawab 40 soalan objektif manakala bagi

kertas penulisan pula mengandungi tiga bahagian wajib

dijawab oleh calon peperriksaan iaitu bahagian A membina

ayat berdasarkan gambar, bahagian B penulisan karangan dan

bahagian C rumusan mengenai nilai yang terkandung dalam

teks.

Bahagian A dalam penilaian kertas penulisan dikenali

sebagai item memindahkan maklumat. Calon dikehendaki

memindahkan maklumat dari bahan rangsangan kepada

maklumat berbentuk ayat. Ayat yang dibina pula haruslah

gramatis iaitu betul struktur dan tatabahasanya. Bahan

rangsangan yang disediakan selalunya dalam bentuk grafik

iaitu gambar tunggal atau gambar bersiri. Markah penuh bagi

penilaian Bahasa Melayu penulisan bahagian A ini adalah 10

markah. Justeru itu bagi memperoleh markah yang cemerlang

dalam bahagian ini calon haruslah menggunakan ayat yang

betul, baik dan gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip

1
tatabahasa serta ayat yang dibina juga haruslah menepati

maklumat tersurat dalam bahan grafik.

Walau bagaimanapun calon peperiksaan sering kali

gagal memperoleh markah yang cemerlang dalam bahagian ini

kerana beberapa faktor. Justeru itu kajian ini dilaksanakan bagi

membantu murid yang lemah dalam bahagian A penulisan

untuk meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan

bahan rangsangan bergambar agar penulisan ayat mereka

dapat diperbaiki dari kurang tersusun kepada lebih tersusun,

baik, menarik dan gramatis dengan menggunakan teknik ‘siapa

buat apa?’ melalui jadual 5W1H.

2
Rajah 1.1 Contoh Soalah Penilaian Penulisan Bahasa Melayu

Bahagian A

BAHASA MELAYU

SK ________ PUTATAN, PENAMPANG

KERTAS 2 (PENULISAN)

NAMA : _____________________________KELAS : _________

Bahagian A

[ 10 markah ]

Arahan soalan:

Tulis lima (5) ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam


gambar di bawah.

1. ________________________________________________________
2. ________________________________________________________
3. ________________________________________________________
4. ________________________________________________________
5. ________________________________________________________

3
1.2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu.

Menjelang sesi praktikum fasa tiga yang dijalankan antara

bulan Januari sehingga April 2013 lepas, saya telah

ditempatkan di salah sebuah sekolah di daerah Putatan

bersama beberapa orang lagi rakan guru pelatih yang lain. Di

sana saya telah diamanatkan untuk mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu tahap dua di kelas tahun empat. Sepanjang

pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, saya

dapati gaya pengajaran dan pembelajaran yang sering

digunakan di sekolah adalah berbentuk induktif atau deduktif

iaitu guru mengemukakan generalisasi pembelajaran

kemudian murid memahami generalisasi tersebut seterusnya

meniru contoh dan mengenal pasti contoh-contoh lain melalui

gerak kerja.

Mengikut Teori Pembelajaran Gagne (1974), terdapat

beberapa susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan

setiap satu urutan kecerdasan ini adalah syarat utama untuk

seseorang individu menguasai sesuatu kemahiran. Justeru itu,

melalui hasil pembelajaran yang dijalankan, didapati murid

berkemampuan cerdas dan sederhana cerdas selalunya dapat

menerima dan memahami konsep pekara yang ingin diajar

oleh guru dengan pendekatan-pendekatan ini. Namun berbeza

kepada murid tahap lemah. Murid lemah ini mempunyai

kesukaran untuk memahami konsep dan perkara yang ingin

4
diajar sehingga mengakibatkan mereka ketinggalan dalam

pembelajaran. Hal ini tidak terkecuali di sekolah tempat saya

menjalani praktikum yang lepas.

Oleh hal demikian, wujud keperihatinan pada diri saya

bagi mencari satu bentuk pendekatan yang lebih pelbagai

dimana pendekatan tersebut perlu dilaksanakan bagi

menghasilkan strategi pembelajaran yang lebih bersesuaian

untuk murid berkemampuan lemah bagi mempelajari sesuatu

isi pelajaran yang guru sampaikan. Oleh itu, saya telah

mencuba satu bentuk pendekatan dikenali sebagai

pendekatan elektif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu

gabungan prinsip induktif dan deduktif dalam pembelajaran.

Dalam pendekatan elektif ini terdapat beberapa prinsip

yang perlu dipenuhi sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Antara prinsip tersebut termasuklah

menentukan undang-undang yang berkesan dalam aspek

bahasa yang diajar kemudian diikuti dengan kepelbagaian

contoh. Misalnya sesuatu ayat yang lengkap perlu mempunyai

subjek dan predikat agar maksud ayat dapat disampaikan

dengan jelas dan tepat. Maka undang-undang yang perlu

diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah

ayat yang lengkap dan jelas perlu mempunyai subjek dan

predikat dalam ayat. jika sesuatu ayat hanya mempunyai salah

5
satu unsur subjek atau predikat maka penyampaian maksud

ayat tidak tercapai oleh pengguna bahasa.

Pendekatan elektif ini amnya dilihat bersesuaian dengan

isu yang ingin saya praktikan kepada murid iaitu meningkatkan

kemahiran membina ayat dengan teknik ‘siapa buat apa?’

berdasarkan jadual 5W1H melalui gambar tunggal sebagai

bahan rangsangan. Pendekatan ini bersesuaian kerana teknik

ini melibatkan peraturan yang dibina khusus agar ayat yang

murid bina menepati kegramatisan ayat berbahasa. Sebagai

contoh, sesuatu ayat yang lengkap dan baik perlu mempunyai

subjek iaitu pelaku perkara dan predikat perbuatan pelaku

yang disambut dengan penyudah ayat sebagai pelengkap

kepada ayat tersebut.

Teknik ‘siapa buat apa?’ ini merupakan satu improvisasi

dari kajian Andrian Steward Ngau (2010), yang telah membuat

kajian tentang kesan rumus ‘pelaku+perbuatan+huraian’ dalam

meningkatkan kemahiran membina ayat karangan Bahagian A

UPSR Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun rumus ini tidak

dapat digunakan untuk semua jenis gambar kerana tidak

semua jenis gambar meminta meminta murid menulis ayat

menerangkan perbuatan dalam gambar, oleh itu saya telah

membuat sedikit pengubahsuaian terhadap rumus ini dengan

pendekatan berbeza supaya rumus ini dapat digunakan pada

bahan rangsangan berupa gambar tunggal.

6
Sepanjang minggu-minggu awal saya menjalankan

tugas sebagai guru praktikum Bahasa Melayu di kelas tahun

empat Akasia di salah sebuah sekolah daerah Putatan, saya

dapati beberapa keputusan ujian bulanan Bahasa Melayu

kertas dua penulisan murid menunjukkan prestasi yang agak

kurang baik terutama di Bahagian A memindahkan maklumat

ke dalam bentuk penulisan. Walaupun penilaian penulisan

Bahagian A ini hanya memperuntukkan wajaran 10 markah

sahaja namun soalan bahagian ini merupakan bahagian paling

mudah bagi murid untuk mendapatkan markah penulisan. Hal

ini mencetuskan perasaan ingin tahu dan ingin membantu

kerana hasil kerja sesetengah murid menunjukkan

penguasaan yang minimum dan terbatasboleh menjejaskan

gred murid dan prestasi kemahiran berbahasa lebih-lebih lagi

kemahiran menulis yang melibatkan aktiviti gerak kerja yang

membina ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk serta

membuat karangan.

Penyataan isu prestasi kemahiran berbahasa murid

terutama kemahiran menulis ini dikuatkan lagi dengan

beberapa hasil latihan susulan yang diberikan pada sesi

pengajaran dan pembelajaran. Dari hasil latihan harian yang

saya berikan, didapati beberapa orang murid ini kerap dan

konsisten menunjukkan prestasi yang lemah berbanding

rakannya yang lain dalam aktiviti kemahiran menulis dan

7
membina ayat walaupun latihan tersebut telah disertakan

dengan gambar sebagai bahan rangsangan serta

perbincangan kelas mengenai bahan tersebut telah dijalankan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat juga

sesetengah murid yang mampu membina ayat berdasarkan

gambar dengan baik dimana susunan nahunya yang sesuai

dan subjek predikatnya betul. Akan tetapi mereka ini turut

melakukan kesilapan yang minima dari segi tatabahasa

dimana kesilapan seperti ini mampu menjejaskan pemerolehan

markah ketika peperiksaan. Kesilapan ini pada dasarnya dapat

diatasi dengan bimbingan sewajarnya kerana aspek kecuaian

memerlukan latihan secara kerap untuk diatasi secara holistik.

Rajah 1.2 Data Awal Hasil Kerja Murid Kemahiran Sederhana


q

Bahan rangsangan

8
Rajah 1.3 Data awal hasil kerja murid kemahiran lemah

Bahan rangsangan

Binaan ayat yang


ringkas dan tidak
menarik dengan
kata lain tidak
lengkap maksud
ayat dan tidak

Kemahiran membina ayat atau asas menulis ini

merupakan antara kemahiran berbahasa aras tinggi dalam

matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran ini penting dalam

membentuk kosa kata murid agar ungkapan dan ujaran ayat

yang dinyatakan betul dan memenuhi maksud penyampaian

yang ingin diujarkan. Memetik kata-kata Norhadi Sarponen

(2009) dalam bukunya Kemahiran Asas Menulis menyatakan

kosa kata yang terhad mengakibatkan penyampaian maksud

ayat yang terbatas. Dari siri latihan yang saya berikan sendiri

pada murid juga menunjukkan kesepaduan yang sama dengan

9
asas kenyataan beliau. Kosa kata yang terhad mengakibatkan

ayat yang murid bina sealunya tidak sampai maksudnya dan

terlalu ringkas untuk dijadikan ayat lengkap yang gramatis.

Daripada masalah yang dihadapi ini timbul persoalan

dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk

membantu murid menguasai kemahiran ini? Apakah tindakan

yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini dari terus

belarutan? Bagaimanakah tindakan ini dapat dilaksanakan

bagi membantu murid menguasi kemahiran membina ayat

dengan lebih gramatis? Justeru saya telah mengambil

beberapa inisiatif bagi memudahkan murid memahami konsep

membina ayat serta membantu mereka membina ayat yang

lebih baik dan lengkap berdasarkan intervensi kajian yang

dilaksanakan iaitu teknik ‘siapa buat apa?’ berpandukan jadual

5W1H dalam meningkatkan kemahiran membina ayat

berdasarkan bahan rangsangan bergambar.

10
1.3 Fokus Kajian.

Kemahiran menulis atau membina ayat dalam Bahasa Melayu

merupakan tunjang kepada pencapaian kemahiran tertinggi

dalam pengajaran kemahiran berbahasa. Peperiksaan

peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Bahasa

Melayu kertas dua penulisan turut memberi perhatian terhadap

kemahiran ini sebagai salah satu penanda aras kemahiran dan

pencapaian peringkat kemahiran berbahasa murid tahun enam

di sekolah. Oleh hal demikian, langkah segera perlu diambil

bagi memantapkan kemahiran murid berbasa bermula dari

seawal tahun empat sebelum mereka melangkah ke tahun lima

dan enam dimana mereka perlu berhadapan dengan penilaian

UPSR.

Bagi mengatasi keterbatasan kemahiran membina ayat

terutama murid yang kurang berkemahiran ini, satu kajian

tindakan telah dilaksanakan selaras dengan matlamat kajian

bagi membantu murid ini keluar dari tahap kemahiran mereka

sekarang ke standard pencapaian yang lebih

memberangsangkan. Kajian ini merupakan satu improvisasi

teknik pengajaran bagi meningkatkan kemampuan murid

membina ayat dengan baik dan betul sebelum mereka pergi ke

peringkat yang lebih tinggi iaitu karangan. Melalui kajian

tindakan yang dilaksanakan ini didapati murid yang

menghadapi masalah membina ayat dapat didedahkan dengan

11
kaedah termudah memahami konsep membina ayat supaya

mereka menguasai kemahiran tersebut.

Fokus pelaksanaan kajian ini adalah pada kemahiran

murid menyusun dan membina ayat berdasarkan gambar

seperti standard soalan peperiksaan penulisan Bahasa Melayu

tahap dua sekolah rendah. Pada kebiasaannya murid hanya

mampu membina ayat mudah, oleh itu kemahiran ini perlu

ditambah baik agar murid dapat membina ayat yang lebih

menarik dan kompleks. Pelaksanaan kajian ini penting kepada

peserta kajian yang terpilih kerana penguasaan kemahiran ini

melibatkan kemahiran dan pengetahuan, dimana tanpa

penguasaan kemahiran menulis yang baik, nescaya akan

wujud kepincangan penyampaian maklumat sehingga

mengakibatkan maklumat yang diujar gagal disampaikan

dengan sempurna oleh perserta kajian kepada orang lain

khususnya dalam bentuk penulisan.

12
1.4 Masalah Kajian.

Dalam kajian tindakan yang dijalankan ini, pengkaji telah

mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid

tahun empat semasa menghapi peperiksaan bulanan Bahasa

Melayu yang lalu. Dari hasil penelitian pengkaji, didapati

pemasalahan yang paling jelas dihadapi murid tahun empat ini

adalah berkaitan kemahiran menulis atau lebih spesifik

kamahiran membina ayat dengan baik. Dari hasil kerja

penulisan murid terutama di bahagian A ujian penulisan

didapati kebanyakkan murid sukar mengembangkan ayat dan

terdapat beberapa yang gagal membina ayat dengan sturktur

[erkataan yang betul.

Hal ini mengakibatkan mereka kehilangan banyak

marah pada bahagian ini. Pengkaji sedia maklum bahawa

penilaian penulisan murid tahun empat merupakan pekara

baru bagi mereka setelah beralih pada proses transisi

penilaian tahun tiga yang lebih mudah. Oleh itu, pemasalahan

ini telah mendorong pengkaji mengambil langkah untuk

membantu murid yang menghadapi masalah dalam membina

ayat ini dengan memberi konsep asas, latihan dan pencerapan

kemahiran membina ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Penyelidikan melibatkan kemahiran menulis dan

membina ayat ini bukanlah satu bentuk penyelidikan baru

dalam kancuh dunia pendidikan. Di Malaysia sahaja telah

13
ramai pengkaji yang rata-ratanya golongan pendidik telah

melaksanakan berbagai-bagai bentuk kajian bagi membantu

mengubah gaya penulisan terutama melibatkan pelajar

sebagai contoh kajian oleh Zahratulnadirah binti Ibrahim (2012)

dengan kajian, kesan rumus ‘WAT’ dalam membantu murid

membina ayat gambar tunggal dan Adrian Sterward Ngau

(2010), kesan rumus “pelaku+perbuatan+huraian’ dalam

meningkatkan kemahiran menulis. Selain penyelidik tempatan

terdapat juga beberapa penyelidik luar seperti Pressey &

Pressey (1999) dalam kajiannya analyses of three thousand

illegibilities in writing of children.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan rujukan buku

panduan guru inilah timbulnya idea kepada teknik ‘siapa buat

apa?’ berdasarkan jadual 5W1H bagi membantu peserta kajian

yang telah disaring untuk meningkatkan kemahiran membina

dan mengolah ayat berdasarkan gambar. bagi senario masa

kini di sekolah, adalah menjadi keutamaan untuk kemahiran

menulis ini diberi perhatian khusus bagi membolehkan murid-

murid menjana perkembangan kosa kata dan idea dalam

membina ayat yang lebih gramatis. Pengulangan latihan yang

melibatkan aplikasi dan kepenggunaan kemahiran menulis ini

juga harus diberi penekanan oleh guru-guru masa kini seperti

mana yang dinyatakan dalam Hukum Latihan Thoendike

(1906), pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan

14
bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan

diberi berulang kali.

15
1.5 Objektif Kajian.

Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, diharap peserta

kajian yang telah dipilih dari beberapa orang murid tahun 4

yang mempunyai masalah membina ayat pada tahap kritikal,

mampu mengatasi kesukaran yang mereka hadapidengan

baik melalui kaedah dan teknik yang akan saya gunakan ini.

Diharap juga kajian ini dapat menambah baik amalan

pengajaran kearah membimbing murid menguasai kemahiran

berbahasa dalam pembelajaran Bahasa Melayu selain dapat

memenuhi beberapa objektif kajian yang telah ditetapkan oleh

pengkaji.

1.5.1 Objektif Umum.

Kajian ini betujuan membantu murid menambah baik

kemahiran membina ayat berdasarkan gambar atau

bahan rangsangan.

1.5.2 Objektif Khusus.

i. Mengenal pasti pola kemahiran murid dalam

aktiviti membina ayat berdasarkan gambar.

ii. Menentukan keberkesanan teknik ‘siapa buat

apa?’ berdasarkan penggunaan jadual 5W1H

dalam meningkatkan kemahiran membina ayat

berdasarkan gambar.

16
1.6 Soalan Kajian.

Soalan kajian ini merupakan panduan pelaksanaan

kajian dimana soalan kajian ini dibangunkan berdasarkan

objektif kajian tindakan yang dibina.

i. Apakah pola tahap kemahiran murid dalam

membina ayat berdasarkan gambar atau bahan

rangsangan.

ii. Sejauh manakah keberkesanan teknik ‘siapa

buat apa?’ dengan menggunakan jadual 5W1H

dapat meningkatkan kemahiran membina ayat

berdasarkan gambar.

17
1.7 Batasan Kajian.

Menurut Chua (2006) persampelan peserta kajian adalah

berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek kajian dari

populasi untuk dijadikan responden. Jacobs dan Razaveh

(2002) menegaskan lagi isu yang amat penting dalam

menentukan saiz subjek kajian adalah peewakilan dan

kecukupan. Isu perwakilan menentukan saiz subjek yang

mewakili populasi kajian dan isu kecukupan menentukan

bilangan subjek kajian agar dapat menentukan ciri-ciri populasi

kajian. Bagi pelaksanaan kajian berbentuk kualitatif ini, hanya

beberapa peserta kajian adalah memadaidalam proses

pelaksanaan. Menurut Gay (1992) sampel minimum 10 peratus

daripada populasi yang besar adalah bersesuaian bagi

pelaksanaan kajian kualitatif.

Oleh hal demikian dalam kajian yang dilaksanakan ini

peserta kajian yang terlibat hanya terbatas kepada beberapa

individu yang spesifik dalam julat yang kecil. Kajian yang

dilaksanakan ini melibatkan empat orang peserta dimana tiga

dari mereka adalah lelaki dan seorang perempuan yang telah

dipilih hasil analisis ujian diagnostik yang dijalankan. Peserta

kajian yang terlibat mempunyai masalah yang hampir sama

walau tingkat kemahiran mungkin agak berbeza sedikit namun

isu yang diberi keutamaan masih kekal pada kemahiran

menbina ayat yang lebih baik dan kompleks.

18
Secara khusus dalam kajian yang pengkaji laksanakan

ini, terdapat beberapa batasan kajian yang telah ditetapkan.

Pertama, peserta kajian ini terbatas kepada empat orang murid

yang mempunyai masalah yang hampir sama dari tiga puluh

enam orang murid tahun empat Akasia di sebuah sekolah yang

terletak di daerah Putatan. Melalui kajian ini pengkaji cuba

menerapkan kemahiran membina ayat dengan menggunakan

teknik ‘siapa buat apa?’ berdasarkan jadual 5W1H dimana

fokus utama yang ingin pengkaji capai adalah mempertingkat

kemahiran peserta kajian membina ayat supaya ayat yang

peserta bina lebih berkembang dan menepati aspek ayat yang

baik dari struktur kata dan kegramatisan ayat.

Dalam kajian ini, isu-isu seperti kesalahan tatabahasa,

tanda baca dan aspek tulisan tidak berapa diberi fokus kerana

pengkaji ingin melihat peserta kajian dapat menguasai konsep

subjek dan predikat dalam ayat terlebih dahulu sebelum

meningkatkan kemahiran yang lain. Keterbatasan aspek yang

difokuskan ini bertujuan supaya pengkaji mempunyai satu

matlamat yang berpandu agar kejian ini mendatangkan hasil

yang diingini serta objektif kajian dapat dirialisasi. Namun

demikian, aspek perbendaharaan kata akan dipertimbangkan

sebagai kemahiran yang akan dipertingkatkan kerana

pembinaan ayat yang baik dan menarik memerlukan

perbendaharaan perkataan yang bagi murid.

19

You might also like