You are on page 1of 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

AMALI SAINS

HBSC 3303
TEACHING SCIENCE FOR LOWER SECONDARY I /
PENGAJARAN SAINS UNTUK MENENGAH RENDAH I

PENYELIA AMALI : PUAN HJH ROHANA BTE HUSSIN

NAMA : NORIZAM BIN RAHMAT


NO. MATRIKULASI : 770622016463002
NO. KAD PENGNEALAN : 770622-01-6463
NO. TELEFON : 0197696050
E-MEL : nirnjar@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN OUM
IPTHO BATU PAHAT
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

ISI KANDUNGAN LAPORAN EKSPERIMEN AMALI

Muka
Bil Eksperimen Tajuk
Surat

1 1 Untuk mengenalpasti bahagian-bahagian mikroskop dan 2


fungsinya serta mempelajari cara yang betul untuk
mengendalikan mikroskop

2 2 Untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara sel tumbuhan 5


dan sel haiwan menggunakan mikroskop

3 4 Untuk menyiasat struktur tipikal bunga dan organ pembiakan 8


jantan dan betina yang diperlukan untuk pembiakan seksual
dalam tumbuhan berbunga.

4 5 Untuk membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks 15


haiwan.

5 6 Memahami peranan neuron deria, antara neuron dan neuron 19


motor

6 8 Mengira kadar denyutan nadi 21

7 9 1. Untuk mengkaji perbezaan di antara unsure dan sebatian 24


2. Untuk mengkaji perbezaan di antara sebatian dan
campuran.
3. Untuk mengkaji perbezaan antara perubahan kimia dan
fizikal.

8 10 Untuk menyiasat tindak balas oksigen dengan unsur-unsur lain 26

9 11 Untuk menguji sama ada ketumpatan air yang berbeza berkaitan 29


dengan ciri bagi air tersebut.

1
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 1

Tujuan : Untuk mengenalpasti bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya serta


mempelajari cara yang betul untuk mengendalikan mikroskop.

Bahan dan Radas : Mikroskop, Slaid Kaca, Kertas Bercetak dan Gunting

Langkah Eksperimen:

Persediaan Sebelum Menggunakan Mikroskop


1. Letakkan mikroskop di tempat yang terang.
2. Laraskan kanta objektif berkuasa rendah hingga berada di atas lubang pada pentas.
3. Lihat melalui kanta dan laraskan cermin supaya paparan menjadi terang.
4. Letakkan slaid di atas pentas dan kukuhkan kedudukan slaid dengan klip.

Cara Menggunakan Mikroskop


1. Lihat slaid melalui kanta mata.
2. Putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta berkuasa rendah ke bawah sehingga
kanta berada hampir pada slaid.
3. Lihat ke dalam kanta mata dan putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta objek
ke atas sehingga spesimen pada slaid boleh dilihat dengan jelas.
4. Jika perlu, tukar kepada kanta berkuasa tinggi.
5. Laraskan tombol fokus jitu sehingga imej menjadi jelas.

Keputusan dan Perbincangan :

Mikroskop dan Fungsinya


1. Mikroskop adalah satu alat yang digunakan untuk memeriksa spesimen yang sangat kecil
seperti sel dan mikkroorganisma.
2. Terdapat beberapa mikroskop dengan kuasa pembesaran dan fungsi seperti mikroskop cahaya,
mikroskop elektron dan mikroskop elektron imbasan.
3. Di makmal sekolah, mikroskop cahaya (kadangkala dikenali sebagai mikroskop kompaun)
biasanya digunakan.
2
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

4. Bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya :

Rajah Mikroskop Cahaya

BAHAGIAN FUNGSI
Kanta mata Untuk memerhati spesimen dan membesarkan imej spesimen.
Salur Badan Untuk memegang kanta.
Untuk menaik dan menurunkan salur badan bagi tujuan memfokus.
Tombol pelaras kasar
Digunakan apabila kanta kuasa rendah dipilih.
Untuk menaik dan menurunkan salur badan ketika kanta kuasa tinggi
Tombol pelaras halus
dipilih.
Lengan Untuk memegang mikroskop.
Tapak Untuk menyokong mikroskop.
Kanta objek Untuk memfokus dan membesarkan imej spesimen.
Pentas Untuk menyokong slaid kaca.
Diafragma Untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke kanta objek.
Kondenser Untuk memfokus cahaya ke atas spesimen.
Cermin Untuk memantulkan cahaya ke kanta objek.

3
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Penjagaan Mikroskop Cahaya


1. Simpan dan letakkan mikroskop di atas permukaan datar.
2. Simpan dan letakkan mikroskop dalam kedudukan menegak.
3. Memegang mikroskop dengan kedua-dua belah tangan. Sebelah tangan seharusnya memegang
badan mikroskop manakala sebelah tangan lain seharusnya menyokong tapak mikroskop.
4. Pastikan mikroskop sentiasa kering dan bersih dan bersih untuk mengelakkan pertumbuhan
kulat.
5. Sentiasa bersihkan kanta mikroskop dengan kertas tisu atau larutan pembersih kanta.
6. Tutup slaid kaca yang mengandungi spesimen dengan penutup kaca apabila menggunakan
kanta objek pada kuasa tinggi.
7. Sentiasa putarkan tombol fokus kasar dalam arah antijam.
8. Buka kedua-dua mata semasa melihat melalui mikroskop.

Kesimpulan :
1. Kita perlu mengenali bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya terlebih dahulu sebelum dapat
menggunakannya dengan betul.
2. Pelarasan mikroskop yang betul akan memudahkan kita melihat sampel yang halus.
3. Kitajuga perlu didedahkan dengan kaedah sebenar penjagaan dan penyimpanan mikroskop kerana ia
merupakan antara radas yang mahal terdapat di makmal sekolah.

4
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 2

Tujuan : Untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara sel tumbuhan dan sel
haiwan menggunakan mikroskop.

Bahan dan Radas : Mikroskop, Sisip Kaca, Slaid Kaca, Larutan Iodin, Bawang, Pencungkil
Gigi dan Larutan Metilena Biru.

Langkah Eksperimen :
Mengkaji Sel Bawang
1. Sel bawang merah diperolehi dengan memotong bawang besar terlebih dahulu.
2. Lapisan epidemis disiat daripada daun sisik bawang menggunakan forsep dengan cermat.
3. Epidermis diletakkan dalam setitik air di atas slaid dan ditutup dengan kaca penutup.
4. Perwarnaan dilakukan ke ke atas epidermis daun sisik bawang dengan menggunakan larutan
iodin dan kemudian diperhatikan menerusi mikroskop.
5. Lapisan epidermis daun sisik bawang diperiksa menerusi mikroskop dengan menggunakan
kanta objek kuasa rendah dan diikuti dengan kanta objek kuasa tinggi.
6. Sel epidermis dilukis dan dilabelkan setiap bahagiannya.

Mengkaji Sel Pipi Manusia


1. Mulut dikumur dengan air yang banyak untuk membuang sisa makanan didalam mulut.
2. Pencungkil gigi digunakan untuk mengguris keluar lapisan nipis daripada bahagian dalam
pipi.
3. Lapisan bahagian dalam pipi dilekapkan dalam setitik larutan metilena biru di atas slaid.
4. Sel pipi diperiksa menerusi mikroskop dengan menggunakan kanta objek kuasa rendah dan
diikuti dengan kanta objek kuasa tinggi.
5. Langkah 1 – 3 diulangi untuk menyediakan slaid bagi sel pipi menggunakan larutan iodin.
6. Sel pipi dilukis dan dilabelkan setiap bahagiannya.

5
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Gambarajah dan pemerhatian :


Sel Bawang

Rajah Sel Bawang

1. Protoplasma (sitoplasma dan nukleus) sel tumbuhan tersebut diselaputi oleh membran sel.
2. Protoplasma adalah bahan yang kelihatan seperti separuh pepejal atau seperti agar-agar.
3. Sel tumbuhan dikelilingi oleh dinding sel selulosa tebal.
4. Protoplasma terdiri daripada bahagian nukleus dan sitoplasma.
5. Sel tumbuhan yang matang mempunyai vakuol sel yang besar.
6. Protoplasma sel daun sisik bawang mengandungi pigmen ungu yang disebut antosianin.

Sel Pipi Manusia

Rajah Sel Pipi Manusia

6
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

1. Sel pipi berbentuk bulat. Bentuknya berubah menjadi poligon apabila tersusun rapat.
2. Setiap sel itu mengandungi nukleus dan sitoplasma.
3. Protoplasma diseliputi oleh membran sel atau dikenali sebagai dinding sel.

Persamaan Antara Sel Tumbuhan dan Sel Haiwan

PERSAMAAN

1. Kedua-dua mempunyai sitoplasma, nukleus dan membran sel.


2. Kedua-dua menjalani proses hidup seperti respirasi, perkumuhan dan sebagainya.

PERBEZAAN

Sel Tumbuhan Sifat Sel Haiwan

Bentuk selnya tetap Bentuk Bentuk selnya tidak sekata

Mempunyai dinding sel yang Tiada dinding sel.


Dinding Sel
terbina daripada selulosa.

Mempunyai kloroplas yang Tiada kloroplas.


Kloroplas
mengandungi pigmen klorofil.

Menyimpan bintil-bintil kanji. Leukoplas Tiada leukoplas.

Meyimpan pigmen berwarna. Kromoplas Tiada kromoplas.

Bersaiz besar dalam sel Tiada vakuol sel namun sekiranya


Vakuol Sel
matang. ada, biasanya sangat seni.

Kesimpulan:-
1. Sel ialah unit asas tumbuhan dan haiwan. Setiap benda hidup terdiri daripada sel.
2. Sel tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia boleh dilihat menggunakan mikroskop.
3. Wujud keharmonian penyelarasan antara struktur sel dan fungsi bahagian sel dalam proses
fisiologi.

7
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 4

Tujuan : Untuk menyiasat struktur tipikal bunga dan organ pembiakan jantan dan
betina yang diperlukan untuk pembiakan seksual dalam tumbuhan
berbunga.

Bahan dan Radas : Bunga segar, Jarum bedah, Kanta tangan, Mikroskop, pisau belah atau
pisau cukur,Kertas biasa, Forsep , Pita jernih danPembaris meter.

Langkah Eksperimen:
1. Skuntum bunga dipetik dan perhatikan setiap bahagiannya dengan teliti.
2. Ketika memeriksa bunga, dengan berhati-hati dikeluarkan bahagian luar sehingga pistil secara
berhati-hati bermula dengan pusaran. Setiap pusaran dalam bentuk bulatan di atas kertas
bermula dengan sepal disusun sebagai bulatan terluar paling besar. Semasa pembelahan
dilekatkan setiap pusaran bahagian bunga pada kedudukannya secara berhati-hati dan
labelkannya.
3. Dengan perlahan-lahan, pisahkan sepal dan lekatkannya di atas kertas dan kemudian labelkan.
4. Kelopak bunga boleh didapati secara terus di bawah sepal. Dengan perlahan-lahan, pisahkan
kelopak bunga (petal), lekatkan di atas kertas dan labelkan bahagiannya.
5. Perlahan-lahan pisahkan stamen, lekatkannya di atas kertas dan labelkan.
6. Secara cermat dan berhati-hati keluarkan pistil dengan memotongnya daripada batang betul-
betul di bawah ovari. Dengan menggunakan pensel, buat lakaran keseluruhan bahagian pistil di
tengah-tengah kertas dan labelkannya. Potong style yang hanya berada di bahagian atas ovari,
lekatkanya di sebelah lakaran anda dan labelkan stigma dan style. Dengan menggunakan
pembaris, ukur panjang style dalam milimeter. Potong nipis bahagian rentasan ovari dan
lekatkan di bawah stigma dan style. Label dinding ovari, locules dan ovules. Dengan
menggunakan jarum pembedahan, pilih ovules daripada salah satu locules dengan berhati-hati.
Berdasarkan pemerhatian, anggarkan bilangan ovules yang terkandung dalam satu locule.

8
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Label bahagian rentas bunga

Kelopak , korola, androesium, ginoesium, pistil/karpel, stigma, stil, ovary, ovul, stamen,
anter, filament, tiup pendebungaan, sepal, petal, pudu

Anter
Stamen
filamen

Stigma
Tiub debunga
Stil Pistil /karpel

androesium ovari
Ginoesium

Sepal
Ovul
Petal
pudung
korola Kelopak

9
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan :

1. Apakah yang dihasilkan dalam jumlah kuantiti yang lebih banyak oleh tumbuhan
bunga dalam eksperimen: ovul ataupun butiran debunga? Terangkan kepentingan
jumlah kuantiti ini dalam konteks pembiakan.
Butiran debunga dihasilkan dengan lebih banyak oleh bunga. Hal ini kerana, lebih banyak
debunga yang dihasilkan, maka lebih tinggilah kebarangkalian untuk sesuatu tumbuhan
untuk menyebarkan kod genetiknya ke kawasan yang lebih luas. Selain itu, peratusan
untuk disenyawakan juga dalah lebih tinggi kerana sesetengah butiran pendebungaan
dibantu oleh penyebaran serangga, binatang, dan angin.

2. Apakah contoh penyesuaian pada kelopak debunga bagi membantu menarik


perhatian pendebunga?
Sama ada satu atau berdozen, warna putih ataupun fuchsia yang menyala, kelopak bunga
menarik pehatian agen pendebungaan. Tumbuhan bunga dan pendebunga mendapat
manfaat secara mutual. Tumbuhan dunga menggunakan kurang tenaga untuk
menghasilkan debunga yang didebungakan dengan jayanya. Pendebunga mendapat nektar
dan dapat mencari mangsa dengan mudah. Penyesuaian kelopak yang berjaya dapat
mengelakkan berlakunya penghibridan. Tumbuhan bunga juga dapat mengekalkan ciri-ciri
spesis.
Agen pendebungaan termasuklah burung, serangga, kelawar, rama-rama, lebah
‘bumblebee’, lebah biasa dan kumbang. Bentuk kelopak bunga melalui proses penyesuaian
untuk membenarkan hanya sesetengah pendebunga untuk mendebungakan bunga.
Tumbuhan bunga boleh menarik perhatian hanya sejenis spesis pendebunga atau banyak
spesis pendebunga. Tumbuhan bunga seperti ‘Golderod’ mempunyai bentuk kelopak
bunga yang mampu menarik perhatian beberapa spesis pendebunga. Sesetengah kelopak
bunga menarik perhatian pendebunga yang tertentu dengan cara membuka kelopak bunga
pada waktu tertentu- siang ataupun malam – ketika pendebunga tersebut keluar untuk
mencari makanan.

10
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

a. Bentuk kelopak
Bentuk kelopak disesuaikan mengikut pilihan cara makan, bauan, pandangan dan
cara hinggap pendebunga.
Bentuk kelopak yang biasa termasuklah bentuk loceng/cawan seperti ‘bluebell’,
bentuk tiub seperti ‘trumpet vine’, formasi kelompok bunga kecil seperti ‘butterfly
bushes’, dan kelopak tiub panjang seperti bunga ‘cardinal’. Kelopak bunga juga
boleh berbentuk roda pin leper, kelopak terbalik seperti ‘columbine’, dan bentuk
seakan bibir seperti kelopak ‘snapdragon’. Sesetengah tumbuhan bunga juga
mempunyai satu kelopak yang lebih besar daripada kelopak-kelopak yang lain.
Bentuk kelopak berbeza-beza dari satu spesis bunga ke spesis bunga yang lain.
Sesetengah kelopak bunga meniru bentuk sesetengah serangga untuk mengelirukan
pendebunga. Satu spesis tebuan mendebungakan satu spesis orkid yang mempunyai
kelopak yang bentuk, baud dan rasanya seakan-akan tabuan betina. Kelopak bunga
juga menyesuaikan diri untuk membentuk tempat hinggap untuk serangga
pendebunga, bagi menyesuaikan dengan saiz lidah, paruh dan badan pendebunga
tersebut. Kelopak bunga membentuk laluan melengkung yang member laluan
kepada hanya satu spesis pendebunga yang tertentu sahaja memasuki bahagian
dalam bunga. Sebagai cotoh, bunga ‘Snapdragon’ menyesuaikan diri kepada berat
seekor lebah ‘bumblebee’. Lebah ‘bumblebee’ hinggap pada kelopak yang
berbbetuk tersendiri dan kelopak tersebut terbuka dengan berat lebah ‘bumblebee’
tersebut. Burung kelicap pula mengambang untuk makan nektar bunga dan lebih
suka kelopak bunga dengan bukaan luas dengan bentuk tiub melengkung. Kelawar
pula mendenbungakan bunga dengan kelopak yang utuh dan mempunyai bukaan
luas bagi menampung berat kelawar yang lebih besar.

b. Warna kelopak
Pendebuga hanya dapat melihat spectrum warna yang terhad. Untuk itu, kelopak
tumbuhan bunga menyesuaikan diri dengan mempunyai warna tertentu bagi
pendebunga yang tertentu. Lebah tidak dapat melihat warna merah, tetapi dapat
melihat warna kuning, biru, dan ultra violet. Burung kelicap pula mudah tertarik
kepada kelopak bunga berwarna merah seperti bunga ‘catmint’. Rama-rama dapat
11
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

melihat warna merah dan juga ungu. Bunga-bunga berwarna putih dapat dilihat
oleh pendebunga yang hanya keluar pada waktu malam seperti kelawar dan kupu-
kupu. Kelopak bunga kadangkala mempunyai dua warna, contohnya kuning dan
merah, untuk menarik perhatian lebih daripada satu jenis pendebunga. Corak warna
yang menyerupai garisan landasan memberi tunjuk arah kepada pendebunga untuk
mencapai debunga.

c. Bauan kelopak
Bauan kelopak terhasil daripada minyak pati yang diperbuat daripada ester. Minyak
pati ini menarik perhatian lebah, rama-rama, kupu-kupu dan serangga-serangga
lain.
Lebah mendebungakan bunga-bunga yang berbau manis dan ringan seperti bunga
‘sage’/kendur , ‘mint’/pudina dan ‘clover’/semanggi.
Kelopak bunga yang mempunyai bauan manis yang kuat dapat menairk perhatian
pendebunga yang keluar malam terutamanya kupu-kupu.
Kelopak bunga juga menyesuaikan diri untuk mengeluarkan bauan seakan-akan
daging busuk yang dapat menarik minat pendebuga seperti kupu-kupu dan lalat.

3. Bagaimanakah bahagian stigma pada bunga menyesuaikan diri untuk menangkap


dan menahan debunga?
Bahagian stigma pada bunga telah menyesuaikan diri untuk menjadi melekit bagi menahan
debunga. Bahagian stamen telah berkembang cara bagi mengarahkan bahagian stigma
kepada posisi tertentu yang membolehkannya bergesel dengan pendebunga. Pada
tumbuhan yang didebungakan oleh angin, bahagian stamen lebh panjang menjadikan
bahagian stigma terkeluar lebih jauh dimana ianya lebih mudah untuk menangkap
debunga. Bahagian stigma tumbuhan selalunya menyesuaikan diri dengan mempunyai
bentuk tersendiri bagi memudahkan proses menangkap debunga. Sesetengah tumbuhan
mempunyai bahagian stigma luas dan ringan, atau bahagian stigma dengan bulu-bulu
halus. Penyesuaian bahagian stigma sperti ini amat berguna terutamanya bagi tumbuhan
yang didebungakan angin. Tumbuhan yang didebungan angin seperti rumput lalang tidak
boleh menarik perhatian pendebunga. Rumput lalang perlu menangkap debunga yang
12
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

diterbangkan oleh angin secara rawak. Lebih besar luas permukaan bahagian stigma, lebih
besar kebarangkalian untuk menangkap debunga seterusnya membiak.

4.
a. Pada organ pembiakan jantan, di bahagian manakah butiran debunga
dihasilkan?
Bahagian organ pembiakan jantan yang menghasilan butiran debunga adalah anter.

b. Pada organ pembikan betina, di bahagian manakah sel-sel telur dihasilkan?


Bahagian organ pembiakan betina di mana sel-sel telur dihasilkan adalah ovul.

c. Melalui proses nuklear yang manakah gamete dihasilkan?


Proses nuklear di mana gamete dihasilkan adalah proses meiosis.

5. Bagaimanakah teras sperma dalam satu butir debunga mencapat nucleus telur
dalam avum
Setiap butir debunga menghasilkan dua gamet jantan.salah satu daripadanya akan berpadu
dengan ovum (gamet betina) di dalam ovul.apabila butir debunga berpindah ke stigma,
butir debunga di suburkan oeh bahagian bergula pada permukaan stigma.setelah itu tiub
debunga akan tumbuh keluar daripada butir debunga menuruni stil ke ovul dalam ovary.
Apabila tiub debunga pecah dan membebaskan gamet jantan melalui mikropil,iaitu liang
kecil pada permukaan ovul.Zigot terbentuk dan berkembang menjadi embrio
tumbuhan.Zigot di dalam ovul membahagi untuk membentuk embrio.

6.
a. Bahagian bunga yang manakah menjadi biji?
Bahagian yang menjadi biji adalah ovul.
b. Bahagian manakah yang menjadi buah?
Bahagian yang menjadi buah adalah ovari.
c. Bahagian buah yang manakah mengandungi embrio?
Bahagian buah yang mengandungi embrio adalah ovul.
13
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Kesimpulan :
Setiap tumbuhan mempunyai sistem pembiakan yang terdiri daripada sel jantan dan sel betina
yang akan bergabung untuk menghasilkan biji benih untuk mengekalkan spesies.bahagian organ
pembiakan tumbuhan terdiri daripada anter, ranggi, stigma, stil, ovari, ovul, sepal, tangkai,pudung,
filament yang mempunyai fungsi yang tertentu.Pendebungaan penting untuk tumbuhan dan
mempunyai dua cara iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Untuk memastikan
pendebungaan berhasil maka agen – agen pendebungan ada lah penting iaitu angin, serangga,
haiwan dan air.Oleh itu setiap tumbuhan yang ada di dunia ini akan melakukan pembiakan untuk
memastikan kemandirian spesies agar tidak pupus.

14
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 5

Tujuan : Untuk membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks haiwan.

Bahan dan Radas : Gambar haiwan/organisma pada helaian kerja (aseks dan seks), gam

Langkah Eksperimen :
1. Gambar-gambar yang dihelaian kerja dipotong selepas dikenalpasti cara pembiakannya.
2. Gambar – gambar tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu yang membiak
melalui seks dan aseks
3. Gambar-gambar ini ditampal pada helaian kertas bersaiz A4 mengikut kategori pembiakan
seks dan aseks.
4. Ciri-ciri pembiakan seks dan aseks direkodkan.

Data dan pemerhatian :

Definisi Ciri – ciri pembiakan seks


Pembiakan seks - Proses menghasilkan progeni(zuriat) baru melalui pencantuman gamet
jantan dengan gamet betina.

Bilangan Induk - Dua induk : jantan dan betina akan mengeluarkan gamet.

Variasi progeni - setiap individu mempunyai genetik berbeza

Kadar pembiakan - masa yang lama untuk menghasilkan progeni

Peringkat organisasi - peringkat tinggi seperti vertebrata ; contoh cicak,burung , paus

Definisi Ciri – ciri pembiakan aseks


Pembiakan aseks - Proses menghasilkan progeni(zuriat) baru tanpa kehadiran gamet atau
sel pembiakan.
Bilangan Induk - satu induk sahaja diperlukan untuk proses ini
Variasi progeni - menyerupai induk secara mutlak.
Kadar pembiakan - masa yang lebih singkat untuk menghasilkan progeni
Peringkat organisasi - peringkat rendah seperti Ameba dan paramesium.
15
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

GAMBAR HAIWAN YANG MEMBIAK MELALUI PEMBIAKAN SEKS

16
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

GAMBAR HAIWAN YANG MEMBIAK MELALUI PEMBIAKAN ASEKS

17
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan dan kesimpulan :


1. Haiwan-haiwan yang bersaiz besar tidak boleh membiak tanpa seks kerana proses
pembiakan memerlukan gamet dari induk jantan dan betina. Sperma dari induk jantan dan
ovum dari induk betina perlu disenyawakan melalui persenyawaan dalam atau luar.
Pensenyawaan akan menghasilkan zigot dan berkembang menjadi fetus sebelum lahirnya
progeni yang baru.

2. Organisma-organisma kecil tidak membiak melalui seks kerana dikategorikan sebagai


organisma peringkat rendah seperti Ameba dan Paramecium. Organisma kecil membiak
melalui pembiakan aseks yang hanya memerlukan sel dari satu induk sahaja. Antara proses
yang terlibat dalam jenis pembiakan aseks ialah belahan dedua, pembentukan spora,
pembentukan vegetatif dan penjanaan semula.

18
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 6

Tujuan : Memahami peranan neuron deria, antara neuron dan neuron motor.

Bahan dan Radas : Tiga bikar besar ( 1000ml ) atau cawan besar dengan susu yang berbeza.

Gambarajah :

Langkah Eksperimen :
1. Bikar (A) diisi dengan tiga suku penuh dengan air panas (50°C) dan bikar (C) pula diisi
tiga suku penuh dengan air yang sangat sejuk ( 5°C), anda boleh memasukkan ais untuk
mendapat suhu yang bersesuaian.
2. Mengisi bikar ketiga (B) dengan air suhu bilik (20°C), dan meletakkannya di antara bikar
suhu rendah dan bikar suhu tinggi.
3. Rendamkan tangan kiri anda dalam air panas selama 1 minit, dan pindahkan tangan ke
bikar B. Adakah rasa air itu panas? ( ya )
4. Rendam tangan kanan anda dalam air sejuk selama 1 minit, kemudian pindahkan ke
dalam bikar B. . Adakah anda rasa panas atau sejuk? ( Sejuk )

19
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan :

1. Adakah air dalam bikar pusat (B) mengalami perubahan suhu?


Tidak

2. Mengapa air dalam bikar. (B) rasa panas dengan satu tangan dan sejuk dengan yang lain?
Kerana haba dari air panas telah dipindahkan ke bahgian yang sejuk

3. Apakah yang memberi kita rasa panas atau sejuk dalam badan kita?
Perubahan suhu dalam badan.

4. Apa keadaan yang serupa yang menggunakan prinsip ini?


Pengawal perubahan suhu dalam badan manusia

5. Peranan tak khusus kulit dalam mempertahankan dan menentang jangkitan.


Untuk melindungi badan dan menghalang mikroorganisma masuk ke dalam badan.

20
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
EKSPERIMEN 8

Tujuan : Mengira kadar denyutan nadi

Bahan dan Radas : Jam randik

Langkah Eksperimen:
1. Kadar denyutan jantung diukur menggunakan nadi di pergelangan tangan.
2. Kedudukan tangan dengan tapak tangan dihala ke atas.
3. Jari diletakkan di pergelangan tangan sebelah kanan. Jangan gunakan ibu jari kerana ia
mempunyai denyutan. Jari ditolak perlahan-lahan ke bawah sehingga merasa nadi.
Gambar di bawah menunjukkan di mana anda perlu meletakkan jari anda.

4. Dengan berhati-hati kira bilangan denyutan yang dapat dirasa dalam 15 saat dan darab
dengan 4 untuk mendapatkan kadar denyutan jantung.
5. Keputusan ekspeimen dimasukkan ke dalam jadual.
6. Setelah memperolehi kadar denyutan jantung rehat, lakukan aktiviti lompat bintang
selama satu minit. Kadar denyutan jantung diukur.

21
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
Keputusan :
Degupan jantung rehat
Saya mengira kadar denyutan nadi dalam 15 saat. Kadar degupan
jantung berehat 80 denyutan setiap minit.

Degupan jantung latihan


Saya mengira kadar denyutan nadi dalam 15 saat. Kadar degupan
jantung latihan 120 denyutan setiap minit.

NAMA REHAT LATIHAN BEZA

1. Norizam 80 120 40

2. Norhalina 85 101 16

3. Zurina 75 103 28

4. Siti Zubaidah 80 114 34

5. Rosmawati 74 102 28

Degupan jantung rehat 80


Degupan jantung latihan 120
Beza degupan jantung 40

Perbincangan : Semasa latihan, kadar degupan jantung berdenyut dengan cepat. Ini
kerana apabila seseorang melakukan latihan/senaman berlaku
peningkatan rembesan hormon adrenalina yang menyebabkan jantung
berdegup kencang.

Kesimpulan : Aktiviti latihan/ senaman menyebabkan berlakunya peningkatan kadar


degupan jantung yang pantas.

22
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Graf kadar denyutan nadi

23
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 9

Tujuan :
1. Untuk mengkaji perbezaan di antara unsur dan sebatian.
2. Untuk mengkaji perbezaan di antara sebatian dan campuran.
3. Untuk mengkaji perbezaan antara perubahan kimia dan fizikal.

Bahan dan Radas :


Kertas , paku , player , tabung uji , minyak , lilin , NaCl, CuSO4 , 5H2O , AgNO3 , HC1
,Mg,Fe , S,baking soda dan cuka.

Langkah Eksperimen:
1. Ikut arahan seperti dalam jadual.
2. Rekodkan pemerhatian dan kelaskan mengikut perubahan fizikal dan kimia.
3. Jelaskan keputusan anda.

Jadual Keputusan Eksperimen :

Eksperimen Pemerhatian Perubahan Jelaskan Keputusan


Fizikal atau
Perubahan
Kimia ?

Contoh : Kertas putih Perubahan kimia Kertas bertukar


Bakar Kertas bertukar menjadi sepenuhnya kepada
hitam dan terbakar bahan baru.

1.Bengkokkan paku Paku bengkok Perubahan fizikal Paku berubah bentuk


menggunakan 2 player. kepada yang baru dan
kekal

2. Di dalam tabung uji Air dan minyak Air dan minyak


yang mengandungi ml tidak bercampur. mempunyai ketumpatan
air,tambahkan 5 titis yang berbeza.
minyak.Goncangkan. Air lebih tumpat daripada
minyak

24
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
3. Nyalakan sumbu lilin Lilin terbakar dan Perubahan fizikal Pembakaran lengkap
mencair berlaku kerana wujud
bahan api,haba dan
oksigen.

4.Panaskan lilin Lilin mencair Perubahan fizikal Haba menyebabkan


pepejal berubah kepada
cecair apabila
dipanaskan.
5. Kertas dikoyakkan Kertas terkoyak Perubahan fizikal Daya tarikan dikenakan.

6. Larutkan NaCl(s) in NaCl(s) larut dalam Perubahan kimia NaCl(s) adalah sebatian.
water air Air adalah sebatian.
Campuran air dan
NaCl(s) membentuk
larutan garam
(campuran)
7. Tambahkan satu spatula Larutan berbuih Perubahan kimia Tindakbalas berlaku di
baking soda ke dalam antara asid dan alkali.
tabung uji yang Larutan berasa sejuk.
mengandungi 5ml cuka Haba diserap ( proses
indotermik)

8. Hancurkan CuSO45H20 CuSO45H20 hancur Perubahan fizikal Kandungan air dalam


dengan menggunakan dan berubah warna kuprum terhidrat ke
lesung batu. menjadi lebih cerah udara.
9. Panaskan CuSO45H20 Berubah warna Perubahan kimia Air terhidrat daripada
menjadi putih. bahan.
Wap air terhasil.
10.Tambahkan satu Kedua-dua bahan Perubahan fizikal Menghasilkan bahan
spatula NaCl to bercampur campuran secara fizikal.
AgNO3(aq)
11.Tambahkan 1ml Menghasilkan buih Perubahan kimia Haba dibebaskan(proses
HC1(aq) ke dalam Mg(s) (gas) eksotermik)
Berasa panas
12.Campurkan iron(Fe) Bahan bercampur Perubahan fizikal Campuran boleh
dan Sulfur(S). diasingkan.
13.Panaskan campuran Fe Bau hangit Perubahan kimia Bertukar menjadi kuprum
dan S Asap kekuningan sulfida
dibebaskan. ( kelabu)
Bahan berbara
menjadi kelabu.
14.Tambahkan satu Bahan terlarut di Perubahan kimia Menghasilkan campuran
spatula Kristal ke dalam dalam air.
5ml air dan dikacau

25
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
EKSPERIMEN 10

Tujuan : Untuk menyiasat tindak balas oksigen unsur-unsur yang lain

Bahan dan Radas : Tungku kaki tiga dan pelita alkohol, piring penyejat, serbuk kuprum,
serbuk zink, serbuk besi,

Langkah Eksperimen:
1. Perhatikan sifat-sifat serbuk tembaga. Rekod mereka dalamjadual data 1 pada halaman
seterusnya.
2. Piring penyekat diletakkan di atas tungku kaki tiga dan pelita alcohol. Dimasukkan
kira-kira satu sudu teh serbuk kuprum ke dalam piring penyejatan. Pelita alkohol
dihidupkan dan serbuk dipanaskan dalam 5 minit. Buat pemerhatian semasa dan selepas
pembakaran.
3. Piring penyejatan dibiarkan sejuk dan dikeluarkan kandungannya di atas sekeping
kertas. Bandingkan serbuk kuprum sebelum dan selepas pembakaran. Apakah
perbezaannya?
Persamaan kimia untuk tindak balas ini ialah:
(Bahan tindak balas) (Hasil)
Kuprum + Oksigen = Kuprum oksida.
4. Dari manakah oksigen datang? Udara
5. Apakah unsur-unsur yang digabungkan daripada sebatian di atas? unsur Kuprum dan
unsur oksigen
6. Apakah sebatian yang terbentuk? Kuprum oksida
7. Ulangi langkah 1 – 3 dengan serbuk zink dan serbuk besi.

26
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
Keputusan Jadual 1 :

BAHAN PEMERHATIAN PEMERHATIAN PEMERHATIAN


SEBELUM SEMASA SELEPAS
PEMBAKARAN PEMBAKARAN PEMBAKARAN

Serbuk kuprum Berwarna coklat. Serbuk kuprum Kuprum oksida dihasilkan.


terbakar tetapi kadar Warna bertukar menjadi
tindakbalas berlaku kehitaman.
agak perlahan.

Serbuk zink Berwarna kelabu Serbuk zink terbakar Zink oksida dihasilkan.
kehitaman. dan kadar tindakbalas Ketika panas, serbuk zink
berlaku dengan yang terhasil berwarna
pantas. kuning tetapi bertukar
menjadi warna putih
apabila ia mula sejuk.

Serbuk besi Berwarna kelabu Perubahan warna dan Besi oksida dihasilkan.
kecerahan. wap air kelihatan. Bara merah dihasilkan.
Kadar tindakbalas
berlaku dengan
pantas.

27
HBSC3303 teaching science for lower secondary I
Keputusan Jadual 2 :

BAHAN PERBANDING SUMBER UNSUR-UNSUR SEBATIAN


AN ANTARA OKSIGEN GABUNGAN TERBENTUK
TINDAK
BALAS DAN
PENGHASILAN

Serbuk kuprum Unsur Udara Kuprum + Oksigen Kuprum oksida

Kuprum oksida Sebatian Udara

Serbuk zink Unsur Udara Zink + Oksigen Zink oksida

Zink oksida Sebatian Udara

Serbuk besi Unsur Udara Besi + Oksigen Besi oksida

Besi oksida Sebatian Udara

Keputusan : Didapati semua logam zink, besi dan kuprum bertindak balas dengan oksigen
untuk membentuk oksida logam
.
Perbincangan :
Kadar tindak balas logam (kuprum, zink dan besi) adalah berbeza-beza. Logam yang lebih
reaktif bertindak balas lebih cepat dengan oksigen daripada yang kurang reaktif.

Kesimpulan :
Zink merupakan logam yang paling reaktif berbanding besi dan kuprum. Berikut adalah
susunan logam yang paling reaktif kepada yang kurang reaktif. Zink, serbuk besi, kuprum.

28
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EXPERIMEN 11

Tujuan : Untuk mengkaji bagi jumlah air yang berlainan sama ada air
mempunyai ciri ketumpatan atau tidak.

Bahan dan Radas : Air silinder besenggat (50ml), silinder besenggat (100m).

Langkah Eksperimen :
1. Letak silider besenggat (50ml) diatas penimbang, catat data jisim dalam jadual

2. Sukat (50ml)air dalam silinder bersenggat (50ml) letak di atas alat penimbang. Catat
berat silinder besenggat berisi (50ml) air dalam jadual.

3. Tolak berat silinder kosong dengan silinder berisi (50ml) air untuk mencari berat
(50ml) air. Catat jumlah dalam jadual data.

4. Catat jumlah isipadu (50ml) air dalam jadual data.

5. Bahagi berat (50ml) air dengan isipadu (50ml) air untuk memperoleh ketumpatan air.

6. Ulang langakah-langkah 1-5 mengunakan silinder besenggat (100ml) dan100ml air.

7. Banding ketumpatan 50ml air dengan ketumpatan 100ml air.

Jadual dan Keputusan :

OBJEK BACAAN (50ML) BACAAN (100ML)

Silinder Penyukat 72.86 131.11

Silinder penyukat + air 121.30 229.72

Berat silinder - air 49.44 98.39

Bahagi berat 50ml air 49.44 ÷ 50ml = 0.9888 0.9839

29
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan :
Meramal bagaimana kemasinan akan menjejaskan ketumpatan air dengan sedikit penyelidikan
tambahan pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan ini ke lautan terbuka dan untuk
kegunaan tentera laut tentang keapungan kapal selam.
Teknologi kapal selam menggunakan prinsip ketumpatan untuk beroperasi.

a) Secara praktikalnya kapal selam menggunakan tangki-tangki balast untuk


mengawal jisimnya samada untu timbul kepermukaan air atau tenggelam ke dasar
laut.

b) Jika air dipam keluar dari tangki-tangki balast, jisim kapal selam pun berkurang.
LAMPIRAN
Hal ini bermakna jika mahu mengapungkan kapal selam, air laut dipam keluar
daripada tangki-tangki ballast.

c) Apabila kapal selam menjadi lebih ringan, kapal selam timbul di permukaan laut.

d) Air dipam ke dalam tangki-tangki balast untuk menambahkan jisim kapal selam.

e) Apabila kapal selam menjadi lebih berat, kapal selam tenggelam ke dalam laut.

30
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

31
HBSC3303 teaching science for lower secondary I

32

You might also like