You are on page 1of 9

***********************************************************************************************

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUM KUCHING, SARAWAK


****************************************************************************************

HBEF2803

PROFESSIONALISME DEVELOPMENT
********************

RUMUSAN SEMINAR VIDEO TUGASAN 2A1

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN :

KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI

OLEH

DR. NASARUDDIN BIN BASAR

KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENINGKATAN ILMU

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

**********************************************************************************

Disediakan oleh,

ANNABELL DELAPENA

(780713125082)

FEBRUARI 2014
HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Pembangunan Profesionalisme Berterusan :


Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri

1.0 Pengenalan

Perjuangan dalam bidang pendidikan semakin terasa kehangatannya apabila dunia


pendidikan masa kini mengalami transformasi yang begitu mencabar dan penuh
dugaan seiring dengan kemahiran ICT yang benar-benar menguji kebolehan setiap
warga pendidik dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Dengan
termeterinya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menggubal semula sistem pendidikan secara menyeluruh
dalam usaha membangunkan dan memperkasakan lagi pendidikan di Malaysia.
Inovasi sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Manakala
inovasi dalam perguruan dan keguruan adalah tunjang pembangunan manusia
sebagai modal insan negara pada masa akan datang.

Dalam mengangkat martabat pendidikan, profesionalisme keguruan paling


diutamakan. Para guru kini dilengkapkan dengan pembelajaran keguruan yang
benar-benar berkualiti dan professional demi menjaga keprofesionalisme keguruan.
Keberhasilan guru yang berkualiti perlu dipertingkatkan dengan harapan
kemenjadian pelajar abad ke 21 dapat dilaksanakan. Guru yang sudah memiliki
ijazah perguruan digalakkan untuk melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih
tinggi. Manakala bagi guru yang belum berijazah, diwujudkan program
pensiswazahan guru supaya masa depan mereka lebih terjamin dan seiring dengan
sistem pendidikan kini. Program pensiswazahan guru di bawah tajaan Kementerian
Pelajaran dengan kerjasama universiti-universiti tempatan seperti universiti terbuka
Malaysia yang diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan peluang kepada
warga guru supaya sentiasa memperbaiki dan menambah nilai professionalisme diri
bagi memartabatkan lagi profesion keguruan. Para guru yang belum memiliki ijazah
harus merebut peluang keemasan ini demi untuk keberlangsungan pendidikan alaf
baru.

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 1


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Melangkah kaki ke dalam pembangunan profesionalisme keguruan melalui program


pensiswazahan guru sememangnya memerlukan pengorbanan yang begitu besar
dan mencabar kewibawaan seseorang guru. Namun begitu, demi meningkatkan ilmu
diri dalam bidang perguruan, guru seharusnya berubah seiring dengan perubahan
zaman dalam transformasi sistem pendidikan negara. Keperluan mendesak guru
dalam keberhasilan pelajar alaf baru menuntut kebolehan guru dalam dunia
pendidikan yang serba boleh dan professional agar hasrat Falsafah Pendidikan
Negara dalam pembentukan pelajar seimbang dalam semua aspek JERIS (jasmani,
emosi, rohani, intelek dan spiritual) dapat dilaksanakan.

Sebagai guru, memanglah setiap hari kita menuntut ilmu dalam pelaksanaan proses
pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu meluaskan pengetahuan dan sentiasa
‘upgrade’ dirinya supaya pengajaran yang disampaikan menjadi bermakna kepada
pelajar. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sebagai guru kita harus
meningkatkan potensi diri secara menyeluruh dan menganggap profesion perguruan
sebagai satu ibadat agar penyampaian ilmu mendapat berkat dan bermanfaat
kepada setiap pelajar. Keberkatan ilmu yang dicurahkan akan mewujudkan
keberhasilan pelajar yang diinginkan untuk memimpin negara pada masa akan
datang.

Tuntutan era globalisasi yang amat mencabar adalah melaksanakan peranan


sebagai guru untuk keberhasilan modal insan abad ke 21 yang kreatif dan inovatif.
Guru hendaklah bersedia dengan daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala
karenah transformasi pendidikan lebih-lebih lagi guru dianggap sebagai pembentuk
masa depan negara. Oleh itu, guru hendaklah seratus peratus memiliki nilai-nilai
murni yang tinggi sebagai “role model” kepada pelajar seterusnya sebagai seorang
guru yang professional dalam bidangnya.

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 2


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Menjadi guru yang profesional harus memiliki kemahiran keperibadian yang tinggi,
penguasaan kemahiran professional yang mantap, menguasai kemahiran
pedagogik, menguasai kemahiran sosial, serta mampu memberi motivasi yang
tinggi dan bertakwa serta beriman terhadap agamanya. Guru profesional
bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar, prihatin dalam
membimbing dan mendorong pelajar untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Oleh itu, guru sebagai agen penyampai ilmu haruslah mempunyai kemahiran
professional yang tinggi, mantap dan efektif untuk menjalankan tugas dengan cekap,
sempurna, kreatif dan berinovasi. Selain itu, guru perlu memiliki dan menguasai
kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi serta mengetahui secara menyeluruh aspek-
aspek yang berkaitan dengan bidang perguruan. Pembaharuan dalam ilmu
pengetahuan, strategi, teknik, serta kaedah-kaedah terkini dalam pembelajaran dan
pengajaran haruslah diterokai seiring dengan transformasi pendidikan alaf baru.
Penguasaan ilmu pendidikan dalam kalangan guru di alaf baru harus diutamakan
demi pembangunan bangsa yang kuat dan dihormati. Kemantapan ilmu
pengetahuan dan keberterusan hidup yang bermakna amat diperlukan oleh murid
sebagai bekalan menghadapi era abad ke 21.

Kesimpulannya, guru harus berubah dan perlu ditransformasikan dari aspek minda
dan gaya pembelajaran dan pengajaran sesuai dengan peredaran zaman. Anjakan
paradigma ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran murid menjadi lebih
bermakna dan efektif untuk menyediakan modal insan generasi akan datang.
Persaingan hebat dalam pendidikan dalam kalangan pelajar harus mendorong para
guru supaya berperanan lebih professional dalam tanggungjawabnya sebagai
penentu kehidupan sesuatu bangsa pada masa akan datang.

2.0 Isi Seminar/Ceramah

2.1 Pembangunan Profesionalisme Kendiri.

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 3


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Program pensiswazahan guru yang diadakan oleh pihak kementerian untuk


menaiktaraf bidang perguruan adalah suatu cabaran ilmu yang harus ditempuhi oleh
semua guru untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Kesediaan belajar yang tinggi dalam menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu
dan kemahiran baru dalam penguasaan pendidikan amat diperlukan supaya para
guru memanfaatkan peluang itu dalam menambah nilai kerjaya masing-masing.
Pembelajaran sepanjang hayat harus ada dalam diri seseorang guru. Sebagai
seorang guru professional, meluaskan ilmu pengetahuan dalam kerjayanya amat
diutamakan. Ilmu yang diperolehi semasa program pensiswazahan hendaklah
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Malahan, ilmu
tersebut hendaklah dikongsikan bersama rakan guru yang lain supaya semua pihak
mendapat manfaatnya. Kesedaran pembangunan professionalisme kendiri amat
penting kerana ia dapat membantu pihak guru untuk menambah nilai
tanggungjawabnya dalam pendidikan pelajar.

2.2 Peningkatan Kualiti Guru

Guru yang berkualiti harus memiliki pendidikan yang berkualiti supaya dapat
menghasilkan modal insan yang berkualiti kepada pembangunan negara. Oleh itu,
guru hendaklah lebih maju ke hadapan dalam aspek pengajaran dengan
kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang terkini
demi untuk kecemerlangan pelajar. Sebagai guru, kita haruslah sentiasa
meningkatkan kualiti diri dengan standard yang baharu pada setiap masa supaya
anak didik kita mendapat manfaatnya. Peningkatan kualiti guru menjadi keperluan
mendesak dalam sistem pendidikan masa kini untuk melahirkan generasi masa akan
datang yang mampu berdikari dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan
pembangunan negara. Pengalaman guru semasa belajar melalui program
pensiswazahan guru dalam merasai penggunaan kepelbagaian kaedah dalam
menimba ilmu seharusnya diaplikasikan ke dalam pembelajaran pelajar supaya
mereka juga mampu merasai kecemerlangan dalam pendidikan.

2.3 Inisiatif Kendiri

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 4


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Tanpa kesedaran dan inisiatif kendiri, guru tidak akan dapat maju ke depan. atif
kendiri untuk menentukan kecemerlangan akademik masing-masing.Tanpa disedari
dengan minat, keupayaan diri dan semangat yang ada, seseorang guru boleh
berjaya dalam membangunkan keprofessionalisme diri dalam bidangnya. Dengan
inisiatif kendiri ini akan dapat membantu guru meneruskan hidup dan berjuang
dalam pengajian mereka melalui program pensiswazahan guru. Belajar sambil
bekerja sememangnya memerlukan pengorbanan yang begitu besar kepada guru
kerana banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi untuk meneruskan
pengajian masing-masing. Walau bagaimanapun, dengan adanya inisiatif kendiri
yang tinggi, guru akan dapat mengatasi apa jua rintangan di samping pemerolehan
ilmu itu dapat dikongsi bersama rakan dan dimanfaatkan kepada pelajar. Memiliki
inisiatif kendiri yang tinggi mampu membawa guru untuk menambah nilai dan mutu
pembelajaran dan pengajaran guru dalam kelas. Pendedahan kepada perkara baru,
kaedah pembelajaran yang baru, strategi dan teknik terkini dalam dunia pendidikan
semasa menuntut ilmu boleh membantu guru mengaplikasikannya dalam kelas
masing-masing.

2.4 Kompetensi Guru

Guru yang berkesan dalam pendidikan memiliki kompetensi diri yang tinggi dan
sentiasa memajukan diri dalam bidangnya. Kompetensi guru yang diharapkan dalam
dunia pendidikan masa kini adalah lebih kepada penyediaan pengajaran, nilai
profesional diri, aktiviti luar bilik darjah yang memberangsangkan, serta sumbangan
profesional yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Golongan guru ini
akan sentiasa terbuka mindanya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah,
master mahupun PHD dalam pelbagai bidang demi keberlangsungan pendidikan.
Dengan demikian, kecemerlangan pendidikan guru pastinya akan sentiasa dapat
meningkatkan pembangunan profesionalisme guru seterusnya kecemerlangan
pembelajaran modal insan negara. Guru yang mempunyai kompetensi yang tinggi
akan dapat mendidik pelajarnya cara berkolaborasi yang sesuai dengan bidang yang
menjadi pilihan masing-masing. Selain itu, dengan kompetensi guru yang jitu dan
tepat dapat memastikan pelajar didiknya sentiasa memperolehi pengalaman baru
dalam pembelajaran masing-masing. Guru yang proaktif dalam bidangnya akan

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 5


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

sentiasa membimbing pelajar ke arah pembelajaran yang bermakna. Guru proaktif


akan selalu melaksanakan aktiviti berkaitan pembelajaran dan pengajaran yang
terkini dan berinovasi tanpa arahan daripada majikannya. Guru proaktif juga akan
sering memastikan keberhasilan murid diutamakan dalam proses pembelajaran
mereka.

2.5 Aplikasi Penguasaan Pembelajaran kepada Pelajar

Segala ilmu yang diperolehi semasa guru mengikuti program pensiswazahan guru
seharusnya diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Dengan
demikian, pelajar kita akan sentiasa memperolehi semangat baru dalam proses
pembelajaran di mana guru telah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik
dalam penyampaian ilmu. Ilmu yang disampaikan pula memberi kesan bermakna
dalam pembelajaran murid. Murid akan mudah mengingati apa yang dipelajari dalam
suasana pembelajaran yang pelbagai dan menyeronokkan. Contohnya,
penggunaan peta minda, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, aktiviti-aktiviti
luar bilik darjah yang memberangsangkan dan pelbagai lagi bentuk pembelajaran
yang mampu mendidik kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu meluas kini boleh diterapkan
kepada pelajar supaya mereka mempunyai ruang pembelajaran jauh ke depan. Ini
kerana dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai dapat
membangunkan kecerdasan minda dan perkembangan kemahiran berfikir pelajar.
Oleh itu, sebagai guru yang berwawasan, kita kena sentiasa meluaskan ilmu
pengetahuan kita dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi supaya kita dapat memberikan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan teruja dalam kalangan pelajar yang sememangnya suka pada
benda-benda baharu yang mereka pelajari. Penguasaan kemahiran ICT alaf baru
memang perlu kepada setiap guru supaya pelajar dapat pendedahan berguna ini
untuk keperluan modal mereka sebagai generasi abad ke 21.

2.6 Laluan Kerjaya

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 6


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

Guru yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri dalam dunia pendidikan dan berani
menyahut cabaran pendidikan alaf baru akan sentiasa terdedah dengan laluan
kerjaya yang begitu memberangsangkan setimpal dengan usaha dan tenaga yang
dicurahkan demi pembangunan pendidikan bangsa. Kini terdapat pelbagai
kemudahan dan keistimewaan laluan kerjaya disediakan kepada para guru untuk
memotivasikan serta mengukur kebertanggungjawaban masing-masing dalam
melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan. Misalnya, terdapat tiga kelompok
utama dalam laluan kerjaya guru seperti guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah.
Pemberian time based berasaskan kecemerlangan kepada guru yang layak adalah
sebagai penghargaan kecemerlangan perkhidmatan guru. Sumbangan professional
guru juga diambilkira dalam laluan kerjaya mereka supaya guru lebih bermotivasi
dan berkembang maju seiring dengan perkembangan dunia pendidikan alaf baru.
Guru berprestasi tinggi akan lebih cekap menguasai kompetensi diri dan mempunyai
peningkatan tinggi dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta pencapaian
pelajar dalam kelas.

3.0 Rumusan

Guru alaf baru adalah guru yang seiring dengan perubahan semasa sentiasa
mentransfosmasikan dirinya dengan segala perubahan terkini demi kecemerlangan
diri dan pelajar. Guru perlu berubah seiring dengan kompetensi diri, pemikiran, arah
tuju dan sentiasa proaktif ke depan supaya kualiti diri guru melebihi kualiti sistem
pendidikan. Dengan menempuh segala perubahan dan pembaharuan dalam dunia
pendidikan, guru akan sentiasa berusaha untuk membantu murid yang bermasalah
pembelajaran melalui kajian-kajian dan modul yang dihasilkan kerana hanya gurulah
yang lebih mengetahui keadaan pelajarnya dan cara bagaimana menangani
masalah pembelajaran mereka. Melalui kepelbagaian kaedah dalam pembelajaran
dan pengajaran mampu memastikan keberhasilan murid generasi masa depan yang
berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Di samping itu, ruang pembelajaran
melalui penggunaan media sosial yang meluas untuk pembangunan diri dapat
memberikan impak yang besar dalam kemenjadian diri guru untuk memartabatkan
profesion keguruan. Pendidik yang berkualiti dan berprestasi tinggi akan sentiasa

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 7


HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT (FEB.2014)

memikirkan kemajuan kendiri, kemajuan murid dan peningkatan profesionalisme diri


dalam dunia pendidikan.

ANNABELL DELAPENA (780713125082) 8

You might also like