You are on page 1of 4

SJKC BANDAR SPRINGHILL

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2019

Tarikh : 10.01.2019 ( Khamis )

Masa : 1.35 petang - 3.35 petang

Tempat: Perpustakaan

Kehadiran :

1. Pn. Lee Seok Kein - Guru Besar,


2. Cik Tan Hui Yen - GPK Akademik, Pengerusi
3. Pn. Chen Chew Moy - GPK HEM
4. Cik Yap Yi Shi - GPK Kokurikulum
5. Pn. Tioh Ji Yun
6. Pn. Low Jia Siang
7. Cik Rowena Lim Siew Xian
8. Pn. Nor Hapisah Zaini
9. En. Chew Soon Choy
10. Pn. Noor Hazliezah binti Tamin
11. Pn. Lim Mei Mun
12. Pn. Chan Siok Sin

Agenda :
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru kerana
hadir ke mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019.
1.2 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua
ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
1.3 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik.

Tindakan :
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat yang lalu telah dibaca dan disahkan.


Pencadang: Pn. Chen Chew Moy
Penyokong: Pn. Low Jia Siang

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada Perkara Berbangkit

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Perlantikan Setiausaha Panitia


4.1.1 Setiausaha untuk Panitia Matematik adalah En. Chew Soon Choy.
Tindakan : Makluman
4.2 Post-Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2018
4.2.1
Tindakan : Makluman

4.3 Penulisan Buku Rekod Mengajar


4.3.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph ikut format terbaru (sila rujuk lampiran) dan
melengkapkan maklumat guru dan memastikan rancangan pengajaran dan refleksi
lengkap dan dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap hari Jumaat.
Tindakan : Semua guru MT

4.4 DSKP dan Rancangan Pengajaran Tahunan


4.4.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap matapelajaran dan
memuatnaikkan satu set salinan softcopy DSKP untuk simpanan Google Drive sekolah
selewat-lewatnya sehingga 1/2/2019.
4.4.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP dan RPT.
4.4.3 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada DSKP yang sah
dan terkini.
4.4.4 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai RPT bagi setiap matapelajaran dan
memuatnaikkan satu set salinan softcopy RPT untuk simpanan Google Drive sekolah
selewat-lewatnya sehingga 1/2/2019.
Tindakan : Makluman

4.5 PdPc & Pencerapan


4.5.1 Semua guru perlu mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21 seperti contoh
menggunakan peta I-think dan lain-lain.
4.5.2 Pencerapan dijadualkan sebanyak dua kali setahun mengikut takwim sekolah dan
dijangka akan bermula pada bulan Mac hingga April dan Julai hingga Ogos.
Tindakan : Makluman

4.6 Penggunaan Buku Kerja/ Latihan & Cadangan Buku Rujukan


4.6.1 Murid Tahap 2 menggunakan buku rujukan Matematik. Sebulat suara selepas
perbincangan, kami membuat keputusan supaya tidak membeli buku rujukan untuk
murid Tahap 1 kerana menggunakan buku aktiviti KPM. Setiap murid akan

2
menggunakan tiga buah buku latihan. Buku latihan Tahun 1 menggunakan petak
sederhana. Buku latihan Tahun 2 dan 3 menggunakan petak sederhana kecil. Buku
latihan Tahun 4-6 menggunakan petak kecil.
Tindakan : Makluman

4.7 Ujian & Peperiksaan Dalaman


4.7.1 Tarikh peperiksaan mengikut takwim sekolah iaitu pada bulan Mei dan Oktober.
4.7.2 Semua guru perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik
setiap murid dan mengisi dalam sistem SAPS berdasarkan keputusan peperiksaan
akhir tahun 2018.
4.7.3 Format penyediaan kertas soalan peperiksaan adalah mengikut format UPSR.
Tindakan : Semua guru MT

4.8 PBS / PBD


4.8.1 PBS perlu dijalankan semasa pdp. Rekod pelaporan offline perlu dilengkapkan 2 kali
setahun dan dilekatkan di belakang buku RPH.
4.8.2 PBD perlu dilaksanakan selepas menjalankan satu unit.
4.8.3 Cara pelaksanaan PBD akan dimantapkan selepas mendapat taklimat daripada PPD
kerana sekolah terpilih sebagai Sekolah Rintis PBD 2019 peringkat daerah PD.
Tindakan : Makluman

4.9 Pemulihan
4.9.1 Pemulihan dilaksanakan untuk murid Tahap 1 semasa PdPc.
4.9.2 Kelas bimbingann petang dijalankan untuk murid Tahap 2.
Tindakan : Makluman

4.10 Program PLC


4.10.1 Program PLC akan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun dalam bentuk Lesson
Study.
4.10.2 Program PLC Matematik kali pertama akan dilaksanakan bermula hujung bulan Februari.
Tindakan : Semua guru MT

4.11 Program Peningkatan Akademik (Murid Tahun 1-6)


4.11.1 Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2019. Antara program panitia yang
dijalankan adalah:
1. Kelas Bimbingan
2. Program 5 minit fakta asas Matematik
3. Program Bijak Sifir
4. Congak sifir sebelum mula kelas
Tindakan : Semua guru MT

4.12 Rancangan Tahunan Panitia


4.12.1 Pertandingan Matematik peringkat daerah (bulan September)

3
4.12.2 Pertandingan Bertulis Sains & Matematik (1.10.2019)
4.12.3 Pertandingan Abakus (Sepanjang tahun hari Selasa)

Tindakan : Makluman

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

You might also like