You are on page 1of 2

Ruj. Kami : SKSC.

PTD 100-13/1( )
Tarikh : 23 April 2019
17 Sya’aban1440H
Kepada:

Guru Besar / Pengetua


Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Langat

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN WAKAF KHAS TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG
SK SERI CHEDING

Dengan hormatnya perkara di atas adalah merujuk Surat Bil. (5) dlm.PWS/BK/001/09-288
bertarikh 31 Januari 2019.

2. Untuk makluman pihak tuan, PIBG SK Seri Cheding sedang dalam usaha mencari dana
bagi membinaTapak Perhimpunan Berbumbung SK Seri Cheding. Ini bagi memberikan
keselesaan kepada semua warga SK Seri Cheding khususnya murid-murid dalam menjalankan
pelbagai aktiviti luar bilik darjah. Anggaran perbelanjaan bagi pembinaan tapak perhimpunan ini
ialah RM 160,000.00

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Wakaf PIBG SK Seri Cheding telah diberi kuasa
mengguna pakai prosedur kutipan Saham Wakaf Selangor bagi mendapatkan dana membina
tapak perhimpunan berbumbung tersebut.

4. Justeru, jawatankuasa memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat membenarkan
kami mengutip sumbangan dalam kalangan warga sekolah tuan. Sumbangan pihak tuan boleh
dimasukkan ke dalam akaun BANK RAKYAT, PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEDING
yang bernombor : 11-018-100329-1. Selain itu, sumbangan dalam bentuk cek / tunai atas nama
PIBG SK Seri Cheding juga diterima.

5. Sebagai tanda penerimaan sumbangan dari pihak tuan, kami memohon agar pihak tuan
dapat mengisi maklumat sumbangan dalam borang melalui link berikut
https://forms.gle/LvdJ5Ac34TNWPhqA7 atau mengimbas Kod QR pada borang yang dilampirkan.

6. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada YDP PIBG SK Seri Cheding, Tn. Hj Mohd
Noh bin Kartodjoyo di talian 016 2882099 atau Bendahari PIBG SK Seri Cheding, Puan Noriha
binti Mohamad Nawawi di talian 013- 3218268. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amatlah
kami hargai. Semoga diberkati Allah dan menjadi saham yang berkekalan di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………

SK : Guru Besar
SK Seri Cheding
: Fail Sekolah

Pentadbiran/Nor Rashidah Asari/Wakaf


BORANG KUTIPAN SUMBANGAN
WAKAF TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG
SK SERI CHEDING

NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI :………………………………………………………………………

AMAUN
BIL NAMA PENYUMBANG TANDATANGAN
SUMBANGAN

JUMLAH

* Sumbangan pihak tuan boleh dimasukkan ke dalam akaun BANK RAKYAT, PIBG SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI CHEDING yang bernombor : 11-018-100329-1. Selain itu, sumbangan
dalam bentuk cek / tunai atas nama PIBG SK Seri Cheding juga diterima.

*Kami memohon agar pihak tuan dapat mengisi maklumat sumbangan yang telah dimasukkan ke
dalam akaun PIBG SK Seri Cheding ke dalam Google Form melalui link
https://forms.gle/LvdJ5Ac34TNWPhqA7 atau imbasan Kod QR berikut ;

Pertanyaan Hubungi :
1. Tn. Hj Mohd Noh bin Kartodjoyo (016 2882099 )
2. Puan Noriha binti Mohamad Nawawi (013- 3218268)

You might also like