You are on page 1of 1

Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen kajian?

Instrumen kajian bermaksud suatu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. , Instrumen kajian ini juga digunakan sebagai asas bagi memperoleh
data sepeti mana yang dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian.
Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan
kualitatif.

Instrumen kajian biasanya merupakan soal selidik yang direka khas untuk mengumpul data
kajian. Soal selidik mempunyai banyak kegunaan antaranya sebagai senarai semak untuk
merekodkan pemerhatian ke atas tingkah laku responden, sebagai soalan sesi temu bual, atau
pun sebagai ujian kertas dan pensil. Soal selidik yang baik boleh menarik minat responden
untuk menjawab dengan ikhlas dan jujur. Pengkaji perlu memastikan instrumen soal selidik
yang digunakan mestilah ringkas, jelas, mudah dijawab dan dapat mewakili konsep
operasional yang dikaji dengan tepat. Tiga jenis instrument kajian yang digunakan dalam
penyelidikan iakah:

1. Soal selidik kajian tinjauan


2. Ujian psikologi seperti ujian IQ dan ujian kemahiran berfikir
3. Ujian pencapaian seperti ujian prestasi.

You might also like