You are on page 1of 1

Salah satu peribahasa Tamil yang berbunyi ‘Uṭumpup piṭi (உஉஉஉஉஉஉஉஉ உஉஉஉ)’

yang bermaksud ‘pegangan biawak’ yang mengetengahkan aspek fisiologi biawak.

Peribahasa Tamil ini sering digunakan untuk menerangkan sifat yang tidak mudah

mengalah ataupun sifat degil. Kekuatan pegangan biawak ini digunakan sebagai

metafora ataupun sebagai simbol untuk menerangkan sifat seorang yang tidak

mengalah dengan mudah. Walaupun terdapat pelbagai haiwan, peribahasa ini

menggunakan biawak secara khusus untuk menyatakan kekuatan pegangan. Ini

menimbulkan persoalan terhadap kekuatan pegangan haiwan ini. Pengumpulan data

kajian-kajian sains yang berkaitan biawak menunjukkan kekuatan pegangan biawak

adalah sesuatu yang luar biasa. Bennet (1995) dalam bukunya yang bertajuk ‘Little book

of monitor lizard’ menyatakan kebolehan kaki biawak. Menurutnya biawak merupakan

spesis yang mempunyai jari kaki yang fleksibel yang dilengkapi dengan kuku yang

sangat tebal, panjang, tajam dan melengkung. Kelebihan ini membolehkannya mendaki

dengan baik. Jari kaki biawak membenarkan kuku untuk berpusing dan dilengkapi

dengan mekanisma mengunci yang membolehkan mereka untuk menyokong

keseluruhan berat badan mereka dengan hanya satu cakar kuat jika diperlukan (Bennet,

1995).

Masyarakat Tamil telah menggunakan fakta tingkah laku haiwan ini sebagai metafora

dalam peribahasa Tamil yang dibincangkan tadi. Hal ini membuktikan kearifan zoologi

masyarakat Tamil yang mendorong mereka untuk mengungkapkan peribahasa-

peribahasa yang berunsur zoologi sebegini.

You might also like