You are on page 1of 2

Babak 1

Di dalam sebuah taman bunga yang cantik, terdapat seekor rama-rama yang cantik iaitu cik ram

dan seekor lebah yang baik hati iaitu cik bazz. Mereka merupakan sahabat baik. Persahabatan

mereka sangat akrab dan saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Cik Rama : Bazz, Bazz, Bazz….mari kita bermain di hujung sana. Ada bunga yang baru berputik

dan ianya sangat cantik.

Cik Bazz : Wah, seronoknya ada bunga baru! Jom ke sana sekarang. Tak sabar saya nak lihat

bunga-bunga yang cantik itu.

Cik Rama : Cantiknya bunga-bunga yang baru berputik itu. Sungguh indah ciptaan tuhan.

Cik Bazz : Eh..Ram cuba awak lihat di sana. Ada pelangi la…

Cik Rama : Haah la..wah…banyaknya warna…ada warna merah, jingga, kuning, hijau, biru,

indigo dan ungu.

Cik Bazz : Cik Rama, jom nyanyi lagu nak tak, sudah lama kita tidak menyanyi lagu.

Cik Rama : Awak nak nyanyi lagu apa Cik Bazz?

Cik Bazz : hmmmmm…… kalau macam tu, apa kata kita nyanyi lagu pelangi

Cik Rama : Jom nyanyi sama-sama.

LIRIK LAGU PELANGI

Pelangi pelangi

Alangkah indahmu

Merah, kuning, hijau

Di langit yang biru

Pelukismu Agung, siapa gerangan

Pelangi, pelangi, ciptaan Tuhan


Babak 2

Pada suatu hari, seekor burung iaitu Chichi telah singgah di taman bunga itu dan terpegun dengan

keindahan bunga-bunga yang ada di situ.

Chichi : Wah, cantik sungguh taman bunga ini. Tapi di mana haiwan-haiwan yang lain? Atau

taman secantik ini tidak berpenghuni?

Cik Rama : Eh kamu ke Chichi, kamu buat apa datang ke mari?

Chichi : Saya sedang bersiar-siar dan saya ternampak bunga-bunga yang sedang berputik itu.

Sungguh menarik sekali warna-warnanya.

Cik Ram : Oh ye ke…kalau macam tu jom la kita main di sekitar taman ini bersama-sama, tadi

saya bermain bersama Cik Bazz… tetapi saya tidak tahu ke mana dia menghilang.

Chichi : Oh ye ke…kalau macam tu marilah kita bermain sekarang. Nanti kalau dah hujan kita

sudah tidak boleh bermain lagi.

Cik Bazz : Cik Rama, jom nyanyi lagu nak tak, sudah lama kita tidak menyanyi lagu.

Cik Rama : Awak nak nyanyi lagu apa Cik Bazz?

Cik Bazz : hmmmmm…… kalau macam tu, apa kata kita nyanyi lagu pelangi

Cik Rama : Jom nyanyi sama-sama.

You might also like